Anda di halaman 1dari 2

Analisis Teori Relevan

1. Kata hubung ‘dan’ berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih frasa atau klausa yang
sama tara sifatnya atau kata yang menggandingkan dua unsur, dan seharusnya hadir di tengah-
tengah frasa atau klausa bagi menghubungkan frasa atau klausa tersebut.

1. Konteks

Perlakuan serentak menghubungkan dua atau lebih frasa atau klausa yang sama tara sifatnya
untuk menggambarkan perlakuan serentak.

Contoh ayat dan bukti leksikal supaya boleh membawa penggabungan dan pengguatan
dengan melampirkan bukti leksikal.

Contoh no. 15.


Penjual akhbar itu sambil menjelirkan lidah ***dan*** membeliakkan matanya berkata:
“ceh… ceh… ceh…”. (C2m.s450). Dalam contoh ini, penjual akhbar itu melakukan dua
perkara dalam satu masa iaitu menjelir lidah dan membeliakkan matanya.

Contoh no. 17
Anak itu keluar diiringi Jumari Jipan yang membimbit bakul kecil ***dan*** mengepit topi
kanvas di bawah ketiaknya. (C4m.s472). Dalam contoh ini, Jumari Jipan telah melakukan dua
perkara pada masa yang sama. Perkataan sambil telah digugurkan.
Contoh 24
Satiamah dan anak-anaknya menunggu ***dan*** memerhatikan Kariman yang sedang
bersolat. (C3m.s494). Dalam contoh ini Satiamah dan anak-anaknya melakukan dua perkara
dalam masa yang sama iaitu menunggu dan memerhatikan. Perkataan sambil telah
digugurkan.

2. Kesan Konteks

Isu penggabungan berfungsi untuk mengambarkan pelaksanaan serentak.

3. Kos Memproses
Tiga contoh dan bukti leksikal seperti dia atas membuktikan bahawa kos memproses adalah
rendah dan bersifat relevan.
2. Kata hubung ‘dan’ berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih frasa atau klausa yang
sama tara sifatnya atau kata yang menggandingkan dua unsur, dan seharusnya hadir di tengah-
tengah frasa atau klausa bagi menghubungkan frasa atau klausa tersebut.

1. Konteks

Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang
digabungkan

Contoh ayat dan bukti leksikal supaya boleh membawa penggabungan dan pengguatan
dengan melampirkan bukti leksikal.

Contoh No. 2 - Hari ini sebuah rencana tentang Hadiah Kesusasteraan Nasional tersiar lagi
***dan*** (tetapi) kali ini ditulis pula oleh sasterawan Ketipang Payung (nama
sebenarnya: Jumaat bin Sabtu bin Ahad bin … Adam). (C6m.s427). Dalam contoh ini,
berlaku pertentanggan fakta dalam ayat iaitu sebuah rencana disiarkan lagi tetapi ditulis
oleh sasterawan Ketipang Payung. Perkataan tetapi telah digugurkan.

Contoh No. 16 - Ayahnya sedang tidur. Dengkurnya merendah. Muka ayahnya itu
diperhatikan; liar misainya, liar janggutnya. Rambutnya kering ***dan*** (tetapi) terlalu
panjang pula. (C9m.s398). Dalam contoh ini, berlaku pertentanggan fakta dalam ayat iaitu
rambut ayahnya kering tetapi terlalu panjang. Perkataan tetapi telah digugurkan.

1. Kebetulan memang dia sendiri pun tidak pernah mempunyai cucu, ***dan***
(malahan/tetapi) tidak mungkin mempunyainya setelah dua orang anaknya mati muda.
(C4m.s470)

Anda mungkin juga menyukai