Anda di halaman 1dari 10

Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

PELAJARAN KE-5:
MAKRIFAH ( َ‫) مَعَ َرفَة‬

PENGERTIAN MAKRIFAH

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan makrifah?

Jawapan:
Ia beerti:
.َ‫اَعَتَقَادَ جَا َزمَ مَ َوافَقَ لَلَحَقَ عَن دَلَيل‬
“Simpulan yang putus (pegangan yang teguh) yang bertepatan dengan yang hak (benar)
dengan dalil.”

PENGERTIAN MA‘RIFATULLAH (MENGENAL ALLAH)

Soalan: Apakah erti ma‘rifatullah (mengenal Allah)?

Jawapan:

Ia beerti mengenal dengan sebenar-benar kenal tentang (i) Zat Allah Ta’ala yang wajibul
wujud, (ii) sebahagian sifat Kamalat-Nya, (iii) nama-nama-Nya (asma‘) dan (iv) perbuatan-Nya
(af’al).

(TANBIH): MENGENAL ALLAH TA’ALA

Mengenal Allah Ta’ala bukanlah mengenal kunhu-Nya ( َ‫ ) كنه‬iaitu ‘ain zat atau rupa bentuk
zat kerana ia tidak dapat diketahui. Oleh itu, zat Allah Ta’ala hanya dikenali melalui sifat zat-
Nya contohnya Allah dikenali dengan Zat yang Wajibul Wujud kerana sifat Wujud yang ada
pada-Nya. Samalah juga Allah adalah Zat yang Qadim kerana sifat Qidam yang ada pada-Nya.
Begitulah seterusnya untuk sifat-sifat yang lain.

3 CIRI MA‘RIFATULLAH (MENGENAL ALLAH)

Soalan: Apakah ciri-ciri ma‘rifatullah (mengenal Allah)?

Jawapan:

10
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

Jika terkumpul 3 ciri ini, barulah seseorang itu dikatakan telah mengenal Allah (ma‘rifatullah)
iaitu1:

Lawan/ belum mencapainya jika/


Ciri Maksud
seperti:

(1) Simpulan/ pegangan/


iktiqad yang putus/ teguh) Tidak ada syak2,
zhan3 dan Masih terdapat syak, zhan atau wahm.
َ‫اَعَتَقَادَ جَا َزم‬ wahm4.

* Penyembah berhala yang


mempercayai ia adalah Tuhan
(2) Bertepatan dengan yang * Ahli falsafah yang kufur mengatakan
Mengikut iktiqad
hak (benar) alam ini adalah qadim.
Ahlus Sunnah wal
* Qadariyyah mengatakan qudrah
َ‫مَ َوافَقَ لَلَحَق‬ Jama’ah
hamba boleh memberi bekas.
* Nasrani mengatakan Nabi Isa adalah
anak Tuhan.
Ada dalil sama
Jika ada iktiqad yang putus (jazam) dan
(3) Dengan dalil ada dalil tafshil
muwafaqah dengan yang hak tetapi
(terperinci)
َ‫عَن دَلَيل‬ ataupun dalil
tidak ada dalil, maka ia dinamakan
taqlid.
ijmali (ringkas).

PERKARA PALING ASAS DALAM MAKRIFAH (MENGENAL ALLAH)

Soalan: Apakah perkara paling asas dalam makrifah (mengenal Allah)?

Jawapan:
Perkara itu ialah dapat membezakan di antara Qadim (iaitu zat, sifat dan nama Allah Ta’ala)
dengan muhdats (makhluk)5.

1 Lihat Tuhfah al-Murid, ms. 44, Risalah at-Tauhid, ms. 13 dan Syarh Tijan ad-Darari, ms. 4.
2 percaya dan tidak percaya sama banyak (ragu-ragu)
3 lebih banyak percaya daripada tidak percaya
4 lebih banyak tidak percaya daripada percaya
5 Lihat Syarh Ushul at-Tahqiq, ms. 8.

11
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

MENGETAHUI DALIL

Soalan: Mengapakah setiap mukallaf wajib mengetahui dalil untuk setiap yang wajib,
mustahil dan harus bagi Allah Ta’ala?

Jawapan:
Menjadi fardhu ain ke atas setiap mukallaf mengetahui dalil untuk setiap yang wajib, mustahil
dan harus bagi Allah Ta’ala itu supaya tidak menjadi orang yang bertaqlid (muqallid)6.

Soalan: Dalil apakah yang menjadi kewajipan (fardhu ain) ke atas setiap mukallaf
mengetahuinya dalam perkara ini?

Jawapan:
Dalil yang menjadi kewajipan (fardhu ain) ke atas mereka mengetahuinya adalah dalil ijmali7
(ringkas). Dalil tafshili (detail) pula, menjadi fardhu kifayah ke atas mereka8.

6 Lihat Faridah al-Fara’id, ms. 4 dan Cahaya Pengenalan, ms. 22.

KEDUDUKAN MUQALLID (ORANG YANG BERTAQLID) DALAM AQIDAH

(a) Muqallid ialah orang yang mengikut atau menerima pendapat orang lain secara yakin (jazam),
tanpa dia tahu tentang dalilnya.

(b) Pendapat (qaul) yang sahih (betul) ialah orang yang bertaqlid masih beriman tetapi dia berdosa
kerana tidak mahu belajar.

Syaikh Ibrahim al-Laqqani menyebutkan di dalam kitabnya Jauharah at-Tauhid:

ِ‫إِيمَانُهُ َلمْ يَخْل مِن تَرْدِيد‬ ِ‫إِذْ كلُّ مَن قََّلدَ فِي َّالت ْوحِيد‬
“ Kerana setiap sesiapa yang bertaqlid dalam Tauhid

Imannya tidak sunyi (selamat) daripada keraguan.”

(Lihat Faridah al-Fara’id, ms. 4, Al-Hushun al-Hamidiyyah, ms. 7, Nafi’ al-Authon, 1358H/ 1939M,
ms. 6-7 dan Cahaya Pengenalan, ms. 22.)
7Dalil ijmali atau jumli ialah dalil yang tidak mampu untuk menjelaskan dengan terang dan tidak mampu
untuk menolak syubhat-syubhat yang ada.

Contohnya jika ada orang bertanya: “Apakah dalil wujudnya Allah?” Orang yang ditanya menjawab:
“Dalilnya adanya alam ini”, tetapi dia tidak tahu bagaimana atau dari sisi manakah alam boleh menjadi
bukti wujudnya Allah, ataupun dia tahu, tetapi ia tidak mampu untuk menghilangkan syubhat yang ada.

Dalil tafshili pula ialah dalil yang mampu untuk menjelaskan dengan terang dan mampu untuk menolak
syubhat-syubhat yang ada.

(Lihat Syarh Tijan ad-Darari, ms. 5)


8 Lihat Tuhfah al-Murid, ms. 32 dan Al-Hushun al-Hamidiyyah, ms. 7.

12
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

PELAJARAN KE-6:
HUKUM DAN PEMBAHAGIANNYA

PEMBAHAGIAN HUKUM

Soalan: Berapakah pembahagian hukum?

Jawapan:

Hukum9 terbahagi kepada 3 iaitu hukum syarak, hukum adat dan hukum akal.

PENGERTIAN HUKUM SYARAK, HUKUM ADAT DAN HUKUM AKAL SERTA CONTOH

Soalan: Apakah pengertian hukum syarak, hukum adat dan hukum akal serta contohnya?

Jawapan:

Jawapannya seperti berikut:

Hukum Erti Contoh

Perintah Allah Ta’ala yang berkaitan dengan


segala perbuatan mukallaf. (i) Wajib sembahyang lima waktu
Syara’ sehari semalam.
Ia terbahagi kepada 5 iaitu wajib, sunat, (ii) Haram melakukan zina.
harus, makruh dan haram.

Ketetapan (hukum) yang didapati melalui (i) Api membakar.


Adat
percubaan dan kebiasaan. (ii) Makanan mengenyangkan.

Ketetapan (hukum) yang didapati melalui


akal, bukan melalui hukum syara’ atau
hukum adat. (i) 1 adalah setengah ( ½ ) daripada
2.
Akal Ia terbahagi kepada 3 iaitu:
(ii) Wajib bagi Allah Ta’ala bersifat
(1) Wujub (mesti)
dengan Qudrah.
(2) Istihalah (mesti tidak/ tidak mungkin/
mustahil) dan

9 Hukum ialah menetapkan atau menafikan sesuatu perkara. Hakim (yang menentukan hukum) boleh
jadi syariat atau adat atau akal. Sebab itulah hukum terbahagi kepada 3 iaitu hukum syarak, hukum
adat dan hukum akal.

13
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

(3) Jawaz (boleh/ harus).

KEPENTINGAN HUKUM AKAL DALAM PENGAJIAN SIFAT 20

Soalan: Mengapakah mengetahui hukum akal sangat penting dalam pengajian Sifat 20?

Jawapan:

(a) Dalam pengajian Sifat 20, hukum akal adalah sangat penting sekali kerana ia adalah
TANGGA atau JALAN untuk mengenal Allah Ta’ala.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini bahawa fardhu ain yang pertama sekali ke
atas mukallaf ialah mengenal Allah Ta’ala dengan mengenal sifat-sifat-Nya yang wajib,
mustahil dan harus.

(b) Hukum akal menjadi NERACA/ TIMBANGAN untuk menghukum (tahu) sama ada sifat-
sifat itu wajib, atau mustahil, atau harus kepada Allah Ta’ala.

(c) Memahami hukum akal juga sangat penting supaya tidak mengatakan sesuatu yang
tidak layak kepada Allah Ta’ala contohnya mengatakan:

(i) “Wajib bagi Allah duduk bersila di atas Arasy.”


(ii) “Mustahil atas Allah bersifat dengan sifat pekuasa (berkuasa).”
(iii) “Harus bagi Allah bersifat dengan lemah.”

Semua contoh ini adalah tidak layak bagi Allah Ta’ala kerana semuanya membawa
kepada pengertian kesamaan Allah Ta’ala dengan makhluk (tasybih) dan sifat-sifat
kekurangan bagi Allah Ta’ala (naqa’ish). Maha Suci Allah Ta’ala daripada semua ini.

PELAJARAN KE-7:
PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA
HUKUM AKAL DAN AKAL HUKUM

PENGERTIAN HUKUM AKAL

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hukum akal?

Jawapan:

Hukum akal ialah bagaimana akal menghukum sesuatu sama ia:

14
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

Hukum akal10 Terjemahan


(a) Wujub ( َ‫) وجوب‬ Mesti (atau mesti ada/ mustahil tiada)

(b) Istihalah ( َ‫ ) إستحالة‬Tidak mungkin (atau mesti tidak ada/ mustahil ada)

Mungkin/ boleh/ harus (boleh menerima ada atau tidak


(c) Jawaz ( َ‫) جواز‬
ada)

PENGERTIAN AKAL HUKUM

Soalan: Apakah pula yang dimaksudkan dengan akal hukum?

Jawapan:

Akal Hukum ialah pergantungan (muta’allaq) bagi hukum atau benda. Dalam erti kata lain,
akal hukum ialah perkara atau benda (objek) yang dihukumkan oleh akal.

Untuk lebih jelas, lihat jadual di bawah:

Akal
Erti11 Terjemahan Maksud lain Contoh
Hukum

‫ما ال يتص َّور‬ Apa yang tidak Mengikut


(a) Wajib (1) Jirim (benda)
‫في العقل‬ dapat pertimbangan mesti mengambil
( َ‫) واجب‬ digambarkan12 akal, perkara ruang (tahayyuz).
.‫عدمه‬ “ketiadaannya” itu mesti ada,

10Lihat Matn Umm al-Barahin, ms. 1, Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani, ms. 28, At-
Taudhihat al-Jaliyyah ‘ala Matn al-Kharidah al-Bahiyyah, ms. 38-40, Siraj al-Huda, ms. 13, Risalah
Persediaan Bagi Sekelian Mukallaf, ms. 3-4 dan Ar-Risalah at-Tauhidiyyah dan Zad al-Hajj:
Bekalan Haji, ms. 16-17.
11 Lihat Umm al-Barahin, ms. 1.

Di dalam Syarh Tijan al-Darari (ms. 3) dan Fath al-Qarib (ms. 22), ia dilihat lebih ringkas dengan
menyebutkan:

Istilah Definisi Erti


Wajib .ُ‫ُهوَ َّالذِي لاَ ُي ْمكِنُ َعدَمُه‬ Sesuatu yang tidak mungkin tiada.

Mustahil .ُ‫ُهوَ َّالذِي لاَ ُي ْمكِنُ ُوجُو ُده‬ Sesuatu yang tidak mungkin ada.

Ja’iz (harus) .ُ‫ُهوَ َّالذِي ُي ْمكِنُ ُوجُو ُدهُ وعَدَمُه‬ Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.

12 Ia boleh dibaca dengan 2 cara:

Jika dibaca Ertinya


(1) ُ‫يُتَصَوَّر‬ َ‫( لا‬mabni li al-maf’ul) ُ‫( لاَ ُيدْرِك‬tidak didapatkan)
15
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

dalam akal tidak boleh (2) Zat dan sifat mesti


fikiran. jika tidak ada. ada pada Allah
Ta’ala.

(3) Mesti ada tukang


rumah yang
membuat rumah.

(4) Sifat Qudrah


(pekuasa) wajib
bagi Allah Ta’ala.

(1) Jirim (benda) tidak


mengambil ruang.

(2) Keadaan pokok


kayu yang tidak

‫ما ال يتص َّور‬


Apa yang tidak Mengikut bergerak dan tidak
(b) dapat pertimbangan diam dalam masa
Mustahil digambarkan akal, perkara
‫في العقل‬ yang sama.
“kewujudannya” itu tidak boleh
( َ‫) مستحيل‬ (3) Ada Tuhan lain
.‫وجوده‬ dalam akal ada. Ia mesti
fikiran. tidak ada. (syarik/sekutu)
bagi Allah Ta’ala.

(4) Sifat binasa (fana’)


mustahil atas
Allah Ta’ala.

(1) Harus bagi Allah


Ta’ala
‫ما يص ُّح في‬ Apa-apa yang
Mengikut mengutuskan para
boleh diterima Rasul.
(c) Ja’iz/ pertimbangan
Harus ‫العقل‬ “kewujudan”
akal, perkara
dan (2) Harus bagi Allah

( َ‫) جائز‬
‫وجوده‬ “ketiadaannya”
itu boleh ada Ta’ala memberi
dan boleh pahala kepada
dalam akal
.‫وعدمه‬ fikiran.
tidak ada. orang yang taat.

(3) Sesuatu benda


boleh bergerak

(2) ُ‫يَتَصَوَّر‬ َ‫( لا‬mabni li al-fa’il) ُ‫( لاَ ُي ْمكِن‬tidak mungkin)

(Lihat Kifayah al-‘Awwam, ms. 24)

16
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

atau diam pada


masa yang
berlainan.

(4) Harus (ja’iz) bagi


Allah Ta’ala untuk
menjadikan
manusia13.

Dalam pengertian lain14:

Akal
Erti Terjemahan
Hukum
Apa yang tidak menerima nafi (tidak) (ataupun
Wajib َ‫ما ال يقبل اإلنتفاء‬ menolak nafi).
ُّ Apa yang tidak menerima thubut (ada) (ataupun
Mustahil َ‫ما ال يقبل الثبوت‬ menolak thubut).
ُّ
‫ما يقبل الثبوت‬ Apa yang boleh menerima thubut (ada) dan nafi
Harus (tidak) (ataupun menerima kedua-dua nafi dan
َ‫واإلنتفاء‬ thubut, tetapi bukan dalam satu masa).

CONTOH DAN PERBEZAAN DI ANTARA HUKUM AKAL DAN AKAL HUKUM15

Soalan: Apakah perbezaan di antara Wujub dengan Wajib?

Jawapan:
Jawapannya seperti di bawah:

Pernyataan: “Allah Ta’ala mesti bersifat dengan Qudrah (pekuasa).”

Maksudnya menciptakan manusia adalah harus bagi Allah Ta’ala, bukan wajib. Allah Ta’ala boleh
13

menciptakan makhluk lain selain manusia jika Dia mahu. Contoh lain: Harus bagi Allah Ta’ala untuk
memberikan rezeki kepada kita.
14 Lihat Manar al-Huda, ms. 33, ‘Aqidah an-Najin, ms. 23 dan Siraj al-Huda, ms. 13.

Catatan:

Mengikut sebahagian ulama’, takrif ini lebih tahqiq daripada takrif yang awal.

15 Lihat Ar-Risalah at-Tauhidiyyah dan Zad al-Hajj: Bekalan Akhirat, ms. 16-17.

17
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

Hukum Akal (hukum) Akal Hukum (benda/ perkara/ muta’allaq bagi hukum)
( َ‫) مصدر‬ ( َ‫فاعل‬ ‫)إسم‬
 “Qudrah” disebut Wajib ( َ‫) واجب‬
Wujub ( َ‫( ) وجوب‬mesti)
 Sebab itu dikatakan: “Sifat Qudrah wajib bagi Allah
Ta’ala.”

Soalan: Apakah perbezaan di antara Istihalah dengan Mustahil?

Jawapan:
Jawapannya seperti di bawah:

Pernyataan: “Allah Ta’ala tidak mungkin bersifat dengan sifat tuli.”

Hukum Akal Akal Hukum


( َ‫) مصدر‬ ( َ‫فاعل‬ ‫)إسم‬
Istihalah ( َ‫إستحالة‬ )  “tuli” disebut Mustahil ( َ‫) مسَتحيل‬
(tidak/ tidak mungkin)  Sebab itu dikatakan: “Sifat tuli mustahil atas Allah
Ta’ala.”

Soalan: Apakah perbezaan di antara Jawaz dengan Ja’iz?

Jawapan:
Jawapannya seperti di bawah:

Pernyataan: “Makhluk boleh jadi (harus) ada atau tiada.”

Hukum Akal Akal Hukum


( َ‫) مصدر‬ ( َ‫فاعل‬ ‫)إسم‬
Jawaz ( َ‫)جواز‬  “makhluk” disebut Ja’iz ( َ‫) جائز‬

 Sebab itu dikatakan: “Makhluk (mumkin) harus ada dan


(boleh/ harus)
harus tiada.”

18
Sifat 20: Satu Pengenalan Asas

CUKUP MENYEBUT WAJIB, MUSTAHIL DAN JA’IZ DALAM PEMBAHAGIAN HUKUM AKAL

Soalan: Kenapakah dalam kebanyakan kitab Tauhid, selepas disebut: “Hukum Akal
terbahagi kepada 3 iaitu Wujub, Istihalah dan Jawaz”, lalu disebut: “Wajib adalah….” (tidak
disebut wujub), “Mustahil adalah…” (tidak disebut istihalah), “Ja’iz adalah…..” (tidak
disebut jawaz), contohnya ibarat di dalam matan Umm al-Barahin (ms. 1):

‫ فالواجبَ مَا‬.َ‫ الوجوب واإلستحالة والجواز‬:‫اعلم أ َّن الحكم العقلَ ََّي ينحصَر فَي ثالثة أقسام‬
‫صور في العقل وجوده َوالَجائزَ ما يتص ََّورَ في‬
َّ ‫الَ يتص َّور في العقل عدمهَ والمستحيلَ ما ال يت‬
.َ‫العقل وجوده وعدمه‬

Jawapan:

Disebutkan begitu kerana ada kaedah mengatakan:

.‫معرفة المشتق تستلزم معرفة المشتق منه‬


“Mengenal musytaq (hasil dari asal kalimah) melazimkan kenal dengan musytaq minhu (asal
kalimah itu).”

Maksud kaedah ini ialah oleh kerana WAJIB (musytaq) telah dikenal berasal daripada WUJUB
(musytaq minhu), maka tidak perlu lagi menyebut “Wujub” kerana keduanya mempunyai asal
perkataan yang sama. Dalam erti kata lain, kedua-duannya adalah talazum (lazim
melazimkan) iaitu WUJUB melazimkan WAJIB. Samalah juga dengan ISTIHALAH melazimkan
MUSTAHIL dan JAWAZ melazimkan JA’IZ.

19

Anda mungkin juga menyukai