Anda di halaman 1dari 2

Gelombang 1 (2013-2015)

Gelombang pertama bermula dari tahun 2013 hingga 2015, yang memberi penekanan kepada


menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti
pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan
sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua guru,
pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.

Gelombang 2 (2016-2020)
Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat
perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya
pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru
dan penstrukturan semula kementerian.
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal
dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3 (2021-2025)
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di
mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu
menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan
berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam
pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu
untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Aspirasi Sistem

Akses-Semua kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang


pendidikan bagi mencapai potensi masing-masing.

Kualiti- semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang.

Ekuiti- sistem pendidikan terbaik tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.

Perpaduan- Interaksi pelbagai etnik.

Kecekapan- meningkatkan keberhasilan murid dengan sumber yang diperoleh.

Aspirasi Murid

Pengetahuan - setiap murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi.


Kemahiran berfikir – berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir
secara kritis.

Kemahiran memimpin – mencapai potensi dalam kepimpinan. Cth dalam komunikasi

Kemahiran dwibahasa- perlu menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Etika dan kerohanian – memupuk etika dan kerohanian dalam mendepani cabaran
akan datang.

Identiti nasional – Penghayatan Rukun Negara, bangga menjadi rakyat Malaysia dan
semangat patriotik.

11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11 anjakan yang perlu
dilaksanakan seperti berikut

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf


antarabangsa
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris -
Kemahiran berbahasa Melayu
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai -
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Cth Guru pakar Bahasa Melayu
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan- Pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Tamil dan Cina.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia –
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu menggunakan ICT.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan – Kursus Kepada
guru bahasa Melayu
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit – Peruntukan digunakan
untuk tujuan P&P
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

Anda mungkin juga menyukai