Anda di halaman 1dari 11

USUL FIQH TINGKATAN 4

1. PENGENALAN ILMU USUL FIQH

1.1 PENGERTIAN USUL FIQH


Usul Fiqh berasal dari dua perkataan, iaitu: Usul dan fiqh. Usul dari segi bahasa ialah: asas, sumber,
kaedah atau dalil. Fiqh dari segi bahasa ialah: memahami sesuatu perkara.

Istilah Usul Fiqh ialah: Pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan
perbuatran mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Ilmu Usul Fiqh bermaksud: ilmu tentang kaedah-kaedah menginstinbat hukum-hukum syarak yang
berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

1.2 FAEDAH MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH

a. Para ulamak dapat mengeluarkan hukum dengan lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang
kukuh.
b. Dapat mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin
c. Memahami cara-cara ulamak mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil
d. Mengetahu cara ulamak menetapkan hukum-hukum baru yang tidak terdapat hukumnya
dalam al Quran dan as Sunnah
e. Mengetahui punca perselisihan hukum di kalangan ulamak

1.3 SKOP PERBAHASAN ILMU USUL FIQH

a. Dalil-dalil Syarak – merangkumi dalil yang disepakati dan dalil yang tidak disepakati.
b. Dilalah – merangkumi kaedah-kaedah isyinbat hukum dari nas-nas al Quran dan As Sunnah
c. Ta’arud dan tarjih – perbahasan tentang percanggahan antara dalil-dali dan
penyelesaiaannya.
d. Ijtihad dan Mujtahid – merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
e. Hukum-hukum Kulli – merangkumi hukum taklifi dan wadei

1.4 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

A. Zaman Rasulullah
 Hukum diambil dari wahyu Allah: Al Quran dan sunnah
 Segala perkara berlaku dirujuk kepada Rasulullah SAW
 Rasul SAW membenarkan sahabat yang tinggal jauh berijitihad dalam perkara yang tidak
terdapat dalam al Quran dan as Sunnah. Contoh Muaz bin Jabal yang dihantar ke Yaman.

B. Zaman Sahabat
 Semua perkara dirujuk kepada sahabat selepas Rasul SAW wafat
 Mereka mampu merujuk terus al Quran dan Sunnah dalam menetapkan hukum
 Mereka juga berijtihad menggunakan kaedah qias bagi perkara yang tiada nas
 Apabila terdapat kata sepakat sahabat dalam sesuatu hukum berlakulah ijmak
 Para Mujtahid: S. Abu bakar, Umar, Osman dan Ali

Keistimewaan para sahabat:


 Penguasaan bahasa arab yang baik membolehkan mereka memahami al Quran dan as
Sunnah dengan tepat
 Mengetahui sebab nuzul ayat dan sebab wurud hadis
 Mereka adalah perawi hadis dan tidak perlu kepada kaedah tertentu untuk menentukan
kesahihan sesuatu hadis.

1
C. Zaman Tabien

 Cara ulamak mengambil hukum hampir sama dengan zaman sahabat


 Sumber rujukan mereka ialah al quran, Sunnah dan ijmak
 Mereka akan merujuk pandangan para sahabat sebelum berijtihad
 Idea untuk menyusun ilmu Fiqh belum muncul
 Mujtahid di kalangan tabein: said bin Musayyib, Urwah bin zubir, Al qadhi bin Syuraih Ibrahin
anNakahei.

D. Zaman Kemunculan Ilmu Usul Fiqh

 Bilangan umat Islam semakin bertambah


 Berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab
 Penguasaan bahasa Arab di kalangan orang A
rab makin lemah
 Timbul banyak masalah baru yang tiada hukumnya di dalam al Quran dan as Sunnah secara
jelas
 Pada akhir kurun ke 2 Hijrah para ulamak mula menyusun kaedah-kaedah tertentu
dinamakan Ilmu Usul Fiqh.
 Imam Syafei dikenali sebagai Pengasas kerana beliau mula-mula menyusun ilmu Usul Fiqh
dalam kitab Ar Risalah.

1.5 CARA PENULISAN ILMU USUL FIQH

a. Toriqah Mutakallimin
- Dikenali sebagai toriqoh Syafreiyyah keran dipelopori oleh ulamak syafeiyyah.
- Membuat kaedah dan mengukuhkannya dengan dalil-dali nakli dan akli.
- Kaedah-kaedah itu dijadikan dasar untuk menyelesaikan masalah yang tombul
- Masalah fikh dibiarkan berasingan dan tidak ditulis dalam kitab ini.

Kitab yang ditulis:


 Al Burhan
 Al Muktamad
 Al Mustafa Min Ilmu Usul
 Al Mahsul
 Al Ihkam Fi Usuli Ahkam

b. Toriqah Ahnaf
- Dikenali sebagai Toriqah fuqahak.
- Kaedah usul dibuat berdasarkan hukum-hukum yang diputuskan oleh Imam mazhab mereka.
- Kaedah-kaedah itu mestilah selaras dengan apa yang telah diputuskan, jika tidak kaedah itu
perlu diubahsuai.
- Terdapat banyak masalah fiqh dalam penulisan ini.

Kitab yang ditulis:


 Al Usul oleh Abu Bakar
 Al usul oleh Abu Zaid
 Al usul oleh Fakhrul Islam
 Kasyful Asrar

c. Toriqah Mutaakhirin

- Menggabungkan kedua-dua cara iaitu mutkallimin dan ahnaf.


- Cara ini diikuti oleh ulamak pelbagai Mazhab: Syafei, Maliki, Hanafi dan Hanbali.

2
Kitab yang ditulis:
 Badiu’n Nizom
 Attanqih
 Syarhu Taudhih

Kitab al Muwafaqat fi usuk al Ahkam


- menggabungkan kaedah usul fiqh dengan maqasid syariah

2. HUKUM SYARAK

2.1 MAKSUD HUKUM SYARAK

Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqtidhak),
pilihan (takhyir) atau wadei.

Jenis Khitob Allah

a. Iqtidhok
Khitab Allah yang menuntut melakukan sesuatu perintah sama ada dengan tuntutan pasti atau
tidak pasti.
Tuntutan pasti – wajib dan haram
Tuntutan tidak pasti – sunat dan makruh

b. Takhyir
Khitab Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau
tidak – Harus.

c. Wadei
Khitab Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat, atau penghalang kepada sesuatu
hukum.

2.2 BAHAGIAN HUKUM SYARAK

Ada dua bahagian:


a. Hukum Taklifi (Iqtidhak & Takhyir)
Khitab Allah yang mengandungi tuntutan (iqtidhak) ke atas mukallaf supaya melakukan atau
meninggalkan sesuatu perkara atau mengandungi pilihan (Takhyir) sama ada hendak
melakukan atau tidak.
Bahagian Hukum Taklifi: Ijab, Tahrim, Nadbu, Karahah, Ibahah

b. Hukum Wadei
Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (mani’)
kepada sesuatu hukum. Hukum wadei adalah pendahuluan kepada sesuatu tuntutan.
Bahagian Hukum wadei: Sebab, syarat, Mani’, Sah, Batal

2.4 HUKUM TAKLIFI

a. Ijab
Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti
(jazmun).
Wajib – perbuatan yang dituntut
Contoh: solat wajib
Wujub – kesan tuntutan

3
b. Nadbu
Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melaksanakan sesuatu perbuatan dengan tuntutan
tidak pasti (ghairu jazmun).
Mandub – perbuatan yang dituntut
Contoh: menulis hutang sunat, sedekah sunat, solat sunat
Nadbu – kesan tuntutan

c. Tahrim
Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan
pasti.
Haram – Perbuatan yang dituntut tinggal
Contoh: zina, minum arak, berjudi
Hurmatun – kesan tuntutan

d. Karahah
Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak
pasti.
Makruh – perbuatan yang dituntut tinggal
Contoh: bertanya sesuatu bila ditanya menyusahkan kamu
Karahah; kesan tuntutan

e. Ibahah
Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada melakukan atau tidak.
Mubah – perbuatan yang diberi pilihan
Contoh; jual beli
Ibahah – kesan tuntutan

2.5 HUKUM WADEI

a. Sebab
Sesuatu yg menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. Ada sebab ada hukum dan tiada sebab
tiada hukum.
Contoh: pencuri dipotong tangan
Sebab: mencuri
Hukum: wajib potong tangan

b. Syarat
Sesuatu yang kerananya wujud hukum, tetapi tidak semestinya ada syarat hukum pun ada.
Contoh: Wuduk
Hukum: sah solat

c. Mani’
Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan dan tanpa mani’ hukum
dapat dilaksanakan.
Mani’: membunuh
Hukum: tidak berhak mendapat pusaka orang yang dibunuh

d. Sohih
Perbuatan yang dilakukan sempurna rukun dan syarat serta terhasil kesan yang dikehendaki.
Sohih: Ibadat yang dikerjakan sempurna rukun dan syaratnya.
Kesan: ibadat itu tidak perlu diqadak.

e. Batil

4
Perbuatan yang dilakukan tidak sempurna rukun dan syarat serta tidak terhasil kesan yang
dikehendaki.
Batil: ibadat yang tidak cukup rukun dan syarat
Kesan: ada hukuman berbentuk qada, fidyah dsb

Hikmah suruhan dan larangan Allah

a. Mendisiplinkan diri manusia


b. Menguji tahap keimanan manusia
c. Merangsangh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
d. Membezakan antara manusia dengan haiwan

3. DALIL-DALIL HUKUM SYARAK

Maksud Dalil Hukum


Tempat pengambilan dan sumber istinbat hukum syarak.

Maksud Dalil

Petunjuk yang digunakan ulamak untuk menetapkan hukum terhadap amalan dan perbuatan yang
dilakukan oleh mukallaf.

Bahagian Dalil Hukum Syarak :

a. Dalil-dalil yang disepakati ulamak


 Al-Quran
 As Sunnah
 Al ijmak
 Al qias

b. Dalil-dalil yang tidak disepakati ulamak


 Istihsan
 Istishab
 Masolih mursalah
 Saddu zaraei’
 Syar’u man qablana
 Qaulu sahabi
 A’mal ahli madinah
 Uruf dan adat

4. DALIL-DALIL HUKUM YANG DISEPAKATI

4.1 AL-QURAN

Maksud al quran
Kitab allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad dalam bahsa arab memounyai mukjizat,
membacanya dikira ibadat dan dipindahkan secara mutawatir.

Prinsip dalam al quran


a. Syura
b. Keadilan
c. Pembelaan terhadap golongan lemah
d. Larangan menceroboh

5
e. Menghormati hak individu

Undang-undang dalam al quran


a. Hukum iktikad
b. Hukum akhlak
c. Hukum amali

Autoriti al quran

Firman Allah :

4.2 AS SUNNAH

Takrif
Dari segi bahasa: jalan samada baik atau tidak
Istilah: percakapan atau perbuatan rasul SAW serta pengakuannya terhadao\p kenyataan atau
perbuatan orang lain.

Bahagian
a. Sunnah qauliyah (perkataan)
b. Sunnah fi’liyah (perbuatan)
c. Sunnah Takririyah (perakuan)

Contoh
- Sabda Rasul SAW bermaksud: sesungguhnya segala amalam itu dengan niat ..
- Perbuatan Rasul mengerjakan solat dihadapan para sahabat
- Diam Rasul SAW sebagai reaksi kepada sahabat yang makan dhob.

Fungsi
a. Memperkuatkan hukum yang sedia ada dalam al Quran
b. Menjelaskan ayat-ayat al quran yang kurang jelas
c. Menasakhkan hukum-hukum al quran
d. Meperincikan ayat yang ringkas
e. Membataskan ayat yang mutlak
f. Mentakhsiskan ayat yang umum
g. Menetapkan hukum baru yang tidak terdapat dalam al Quran

Autoriti

a. Firman Allah :

Ertinya: Tidaklah Muhammad bercakap mengikut kemahuan sendiri melainkan wahyu yang
diwahyukan kepadanya.

b. Firman Allah:

Ertinya: Apa yang dibawa oleh Rasul SAW hendaklah kamu ambil dan apa yang dilarang hendaklah
kamu tinggalkan.

4.3 AL IJMAK

Takrif

6
Dari segi bahasa: keazaman atau persepakatan.
Dari segi istilah: Persepakatan para ulamak mujtahid umat nabi Muhamad terhadap sesuatu hukum
syarak pada sesuatu masa selepas nabi wafat.

Jenis
Ijmak Sorih – persepakatan ulamak secara jelas samada melalui kata-kata atau perbuatan. Jumhur
ulamak menerimanya sebagai dalil.
Ijmak sukuti – Sebahagian mujtahid menyatakan pandangan dengan jelas dan sebahagian lagi
mendiamkan diri tanpa ingkar. Imam hanafi dan Imam ahmad menerima sbg dalil. Mankala Imam
syafei dan Imam Malik menolak.

Kumpulan
i. Ijmak Khulafak ar Rasyidin
Persepakatan di kalangan Abu bakar, Umar, Osman dan Ali. Jumhur ulamak menolak. Kadi Abu
Hazim menerima sebagai dalil.

ii.Ijmak Ahlul Bait


Persepakatan dikalangan ahli keluarga rasul SAW iaitu: Fatimah, Ali, Hassan dan Hussin. Ulamak
syiah menerimanya.

iii. Ijmak ahlul Madinah


Persepakatan di kalangan ulamak Madinah. Jumhur Ulamak menerima.

iv. Ijmak Ulamak


(sama dengan maksud ijmak)

Contoh
a. Solat lima waktu adalah fardhu. Perlaksanaanya tidak boleh ditunda dengan sengaja.
b. Pelaku dosa besar dan orang yang berterusan melakukan dosa kecil ditolak penyaksian
mereka.
c. Haram suami menyetubuhi isteri yang sedang haid.

Rukun/syarat

a. Ahli ijmak – mestilah mujtahid dan adil


b. Persepakatan – sama ada dgn kata-kata atau perbuatan.
i. Semua mujtahid mesti sepakat
ii. Wujud lebih dari seorang mujtahid pada satu zaman
iii. Ahli ijmak tidak menarik kembali persepakatan
c. Hukum yang disepakati oleh ahli ijmak.

Autoriti
Dalil as sunnah: “ Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara kesesatan”.
Dalil akal: ijmak diterima untuk menjaga kepentingan syariat dan kebaikan hidup manusia.

4.4 AL QIAS

Takrif
Dari segi bahasa: pengukuran atau persamaan
Dari segi istilah: menyamakan masalah yang tiada nas (furuk) mengenainya dengan masalah yang
ada nas (hukum) asal kerana ada persamaan illah pada kedua masalah tersebut.

Jenis
i. Qias Jali – qias yang jelas ilahnya. Contoh: haram air tapai yang memabukkan diqiaskan
kepada haram arak.

7
ii. Qias khufi – qias yang tidak jelas illahnya. Air sisa minuman burung helang suci diqiaskan
kepada sisa minuman manusia.

Rukun
i. Asal – perkara yang diqiaskan kepadanya. Contoh: arak
ii. Furuk – perkara yang diqiaskan. Contoh: air tapai yang memabukkan.
iii. Illah – sifat yang sama antara asal dan furuk. Contoh: memabukkan
iv. Hukum asal – hukum yang sabit berdasarkan nas. Contoh: haram minum arak.

Autoriti
i. Dalil al quran; Maksudnya; ambillah iktibar wahai orang yang mempunyai akal.
ii. Dalil as Sunnah: hadis Muaz bin Jabal
iii. Amalan sahabat – umar al Khattab pernah menulis surat kepada Abu Musa Assyaari yang
dilantik yang dilantik sebagai gabenor di Basrah supaya menggunakan qias.
iv. Dalil aqli; Al quran dan as sunnah tidak menjelaskan semua perkara yang berlaku. Jika qias
tidak digunakan banyak masalah tidak dapat ditentukan hukum.

5. DALIL-DALIL HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI

5.1 ISTIHSAN

Takrif
Dari segi bahasa : menganggap sesuatu itu baik
Dari segi istilah: menggunakan kias yang tidak nyata dengan meninggalkan kias yang nyata ATAU
mengecualikan sesuatu perkara daripada dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil-dalil tertentu.

Bahagian
i. Meninggalkan kias tidak nyata dengan meninggalkan kias yang nyata.
ii. Mengecualikan sesuatu perkara daripada dealil atau kaedah umum.

Contoh
i. Qias khafi (tidak nyata) – sisa minuman burung helang adalah suci diqiaskan kepada mulut
manusia kerana kedua-dua mempunyai persamaan iaitu daging tidak halal dimakan.
ii. Nas dan Ijmak – harus jual salam dan tempahan
iii. Kaedah umum – tidak sah jual salam dan tempahan kerana tidak harus menjual sesuatu
yang belum ada.

Autoriti
i. Ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menerima istihsan sebagai dalil. Alasan:
menggunakan istihsan bererti mengikut prinsip kemudahan yang memang telah diakui
syarak.
ii. Imam Syafei menolak istihsan sebagai dalil. Alasan: mengguna istihsan bererti membuka
ruang menentukan hukum mnegikut hawa nafsu.

5.2 ISTISHAB

Takrif
Dari segi bahasa; Minta bersama-sama atau bersahabat.
Dari segi istilah: Menggunakan sesuatu hukum yang sabit dengan dalil pada masa lalu sehingga ada
dalil lain yang mengubahnya.

Contoh

8
Jihad adalah wajib berdasarkan hadis dan kekal hukumnya sehingga kiamat selagi tiada dalil
mengubahnya.
Dalam ibadat – Seorang yang telah berwuduk dikira kekal dalam wuduk selagi tiada bukti wuduknya
batal meskipun dia syak padea wuduknya.

Dalam Muamalat – Seorang dikira tidak berhutang selagi tiada bukti dia berhutang sebelumnya.

Autoriti
Jumhur Ulamak menerima Istishab sebagai dalil hukum syarak. Alasan: Jika sesuatu hukum tidak
dikira kekal walaupun tiada dalil yang mengubahnya ia akan menyebabkan syariat tidak akan kekal
kerana keseluruhannya hukum terdedah kepada perubahan.
Sebahagian ulamak (ulamak kalam) menolak istishab sebagai dalil.

5.3 MASOLIH MURSALAH

Takrif
Dari segi bahasa Masolih ialah keaslahatan atau kebaikan. Mursalah ialah dilepaskan.
Dari segi istilah: menentukan hukum bagi sesuatu perkara berdasarkan ada kemaslahatan tertentu
dan tiada nas atau ijmak yang menerima atau menolaknya.

Bahagian
i. Dhoruriyat – Keperluan utama manusia bergantung hidup kepadanya.
ii. Hajiyat – Keperluan biasa diperlukan manusia untuk mengelakkan kesukaran.
iii. Kamaliyat – Keperluan kesempurnaan untuk keselesaan hidup manusia

Contoh
i. Disyaritakan qisas untuk memelihara nyawa.
ii. Rukhsoh berbuka puasa dan menjamak / menqasarkan solat bagi orang musafir.
iii. Disyariatkan memakai pakaian menutup aurat dan bersih.

Autoriti

i. Perkara ibadat – ulamak sepakat Masolih mursalih tidak menjadi dalil


ii. Perkara muamalat – Ulamak berbeza pendapat:
- Jumhur Ulamak menerimanya sebagai dalil. Alasan: Hukum yang berdasarkan, nas, ijmak
dan qias semuanya mengandungi maslahah. Maslahah manusia berubah ikut masa dan
tempat, maka hukum juga perlu berubah.
- Aamidi dan Ibnu Hajib menolak masolih mursalah sebagai dalil. Alasan: Masolih mursalah
akan membuka ruang menentukan hukum mengikut hawa nafsu.

5.4 SADDU ZARAEI’

Takrif
Dari segi bahasa: Menutup jalan kejahatan.
Dari segi istilah: menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram

Contoh
Membuang bahan toksid ke dalam sungai
Menjual anggur kepada pembuat arak
Menjual barang secara bertangguh kerana mendorong kepada riba
Menggali lubang di tempat yang jarang dilalui orang

Autoriti
Ulamak sepakat:

9
- Mengharuskan perkara yang jarang membawa keburukan kerana manfaat kepada manusia
lebih banyak dari kemudaratan.
- Mengharamkan perkara yang pasti atau lebih banyak membawa keburukan.

Ulamak berbeza pendapat: dalam perkara yang berkemungkinan membawa keburukan. Contohnya
jual beli tertangguh.
- Ulamak mazhab malik dan Hanbali menerima saddu zaraei oleh itu jual beli tertangguh
adalah batal.
- Ulamak Mazhab Hanafi dan Syafei menolak saddu zaraei, oleh itu jual beli adalah sah.

5.5 SYAR’U MAN QABLANA

Takrif
Dari segi bahasa: Syariat yang wujud sebelum diutuskan Rasulullah.
Dari segi istilah: Syariat rasul-rasul terdahulu yang terdapat dalam al Quran atau as Sunnah dan tiada
arahan supaya diikuti atau dihindari.

Contoh

Poligami asalnya amalan masyarkat arab. Poligami diteruskan dalam Islam dengan menghadkan
empat orang isteri sahaja dan mesti adil dalam memberi nafkah.

Autoriti
i. Ulamak Sepakat:
Menerima syar’u man qablana yang terdapat dalam al Quran dan hadis supaya kita mengikutinya.
Menolak Syar’u man qablana jika terdapat dalil yang menasakhkannya.

ii. Ulamak berbeza pendapat bagi syar’u man qablana yang tiada dalil boleh diterima atau di nasakh.
Jumhur ulamak mazhab hanafi, sebahagian Ulamak Mazhab maliki dan Hanbali menerimanya
sebagai dalil. Alas an: setiap hukum yang disebutkan dalam al quran dan hadis sekalipun berasal dari
syariat rasul terdahulu mesti diikuti kerana ia wahyu daripada Allah.

5.6 QAULU SAHABI

Takrif
Dari segi bahasa: Pandangan sahabat Rasulullah.
Dari segi istilah: kata-kata atau perbuatan orang yang pernah bertemu dengan Rasul SAW (sahabat)
dalam keadaan beriman serta berdamping rapat dengan baginda untuk jangkamasa yang lama.

Autoriti
Ulamak sepakat menerima qaul sahabi dalam;
i. Perkara yang tidak boleh diijtihad atau perkara yang disandarkan kepada nabi – qaul sohabi
berbentuk ini dikategorikan sebagai hadis.
ii. Perkara yang mendapat kata sepakat sahabat – qaul sohabi ini dikira ijmak.

Ulamak berbeza pendapat selain dari dua perkara tersebut:


i. Ulamak Asy’ariah menolak qaul sohabi sebagai dalil.
ii. Imam Malik, Syafei dan Ahmad Ibnu Hanbal menerima qaul sohabi sebagai dalil.

Alasan menerima:
i. Dalil al-quran – Allah menyatakan keadaan dan menjanjikan syurga kepada para sahabat
serta orangyang mengikut jejak mereka. Ini menunjukkan kata-kata sahabat boleh dijadikan
dalil.

10
ii. Dalil hadis – sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Berpeganglah kamu dengan sunnahku
dan sunnah Khulafak rasyidin yang mendapat petunjuk.
iii. Dalil akal – para sahabat sentiasa mendampingi rasulullah SAW , perbuatan mereka patut
dijadikan contoh.

5.7 A’MAL AHLI MADINAH

Takrif
Dari segi istilah ialah kata-kata atau perbuatan yang disepakati oleh penduduk Madinah dalam
lingkungan tiga kurun pertama Hijrah.

Contoh:
Imam Malik dalam Kita al Muwattak – makmum tperlu membaca fatihah dalam solat jahar (nyaring).
Imam Syafei berpendapat makmum wajib membaca fatihah walaupun dalam solat jahar.

Autoriti
Ulamak berbeza pendapat:
i. Kebanyakan ulamak menolak amal ahli madinah sebagai dalil. Alasan: persepakatan mereka
hanya berlaku di kalangan manusia biasa yang tidak mustahil melakukan kesilapan.
ii. Imam Malik menerimanya sebagai dalil hukum bahkan beliau mendahulukan amal ahli
madinah dari qias, hadis ahad dan qaul sohabi. Alasan: kelebihan Madinah sebagai tempat
yang mulia dan menyimpan khazanah wahyu dan kenabian.

5.8 URUF DAN ADAT

Takrif
Dari segi istilah: perkataan atau perbuatan yang menjadi kebiasaan sekumpulan manusia dan
diterima baik oleh akal yang sejahtera.

Jenis
i. Uruf Sohih – uruf yang tidak bercanggah dengan syarak.
ii. Uruf fasid – uruf yang bercanggah dengan syarak .

Contoh
i. Uruf perbuatan
- Uruf sohih
 Adat merisik dan meminang untuk memilih calon isteri
- Uruf fasid
 Menepung tawar pengantin
 Bersalaman lelaki dan perempuan bukan muhrim

ii. Uruf perkataan


Perkataan “daging” tidak termasuk ikan pada kebiasaanya di Malaysia.

Perlaksanaan
Kebanyakan ulamak mengaplikasikan uruf melalui satu kaedah utama: al’adah muhakkamah (adat
dirujuk dalam penentuan hukum).

Autoriti
i. Uruf sohih – ulamak mazhab maliki dan hanafi meneriam uruf sohih sebagai dalil hukum
ii. Uruf Fasid – ulamak sepakat menolak uruf fasid sebagai dalil hukum.

11

Anda mungkin juga menyukai