Anda di halaman 1dari 27

FEQAH TINGKATAN 4

IBADAT HAJI

1. SEJARAH IBADAT HAJI


Ka’bah adalah binaan pertama sebagai tempat ibadat di dunia. Ia dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan
anaknya Nabi Ismail AS. Ia berfungsi sebagai tanda keagungan dan kekuasan Allah. Ka’bah juga
adalah kiblat umat Islam selepas Baitul Maqdis dan menjadi lambang kesatuan umat Islam.

2. TARIKH MULA DIFARDHUKAN


Ulamak berselisih pendapat:
 Dr Wahbah dan Dr Yusuf Qardawi: haji difardhukan tahun ke 9 Zulhijah. Alasannya: ayat
kewajipan menunaikan haji diturunkan tahun ke 9 Zulhijah.
 Pendapat yang lain: Haji difardukan pada tahun ke 5,6,8 dan ke 9 Zulhijah.

MAKSUD HAJI DAN UMRAH


Haji
 Bahasa:mengunjungi tempat yang mulia
 Istilah: Mengunjungi Baitullah di Mekah untuk melakukan ibadat tertentu pada waktu tertentu
dengan syarat tertentu.
Umrah
 Bahasa: ziarah
 Istilah: mengunjungi Baitullah di Mekah untuk melakukan ibadat tertentu pada bila-bila masa
dengan syarat tertentu.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH


 Fardhu ain – keatas setiap umat Islam
 Wajib – (a) sekali seumur hidup ke atas orang yang mampu (b) Jika bernazar
 Sunat – dikerjakan berulangkali

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH

Haji Umrah
Ditunaikan dalam bulan haji Ditunaikan bila-bvila masa
Ada wukuf di Arafah Tidak ada wukuf di Arafah
Ada dua tahallul Ada satu tahallul sahaja

KEISTIMEWAAN DAN KESAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

Individu
a. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
b. Bermuhasabah diri dengan menziarahi tempat-tempat bersejarah
c. Melatih diri bersifat sabar, tabah menghadapi ujian
d. Melatih diri berdisiplin
e. Membersihkan diri daripada dosa dan sifat mazmumah
f. Berkenalan dan merapatkan ukhuwah Islamiah
g. Melatih diri sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah

Umat Islam
a. Berkenalan dan mengenali bangsa lain
b. Berbincang menyelesaikan masalah umat
c. Melahirkan persamaan dan penyatuan yang melambangkan kekuatan
d. Persamaan taraf, tanpa mengira darjat, keturunan melalui pakaian ihram yang sama.

1
e. Himpunan tahunan umat Islam

Ekonomi
a. Berpeluang promosi barang-barang dagangan dan berniaga
b. Berbincang dan mencari jalan untuk meningkatkan taraf ekonomi, politik dsb

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH


1. Islam – tidak wajib keatas orang kafir/murtad. Jika dikerjakan tetap tidak sah
2. Baligh – tidak wajib keatas kanak-kanak. Jika dikerjakan tetap sah tetapi tidak terlepas
tanggungjawab.
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila. Jika dilakukan juga tetap tidak sah.
4. Merdeka – tidak wajib ke atas hamba. Sah jika dikerjakan.
5. Berkemampuan – samada mampu untuk mengerjakan secara sendiri atau atas bantuan
orang lain.

Dalil berkemampuan

Syarat berkemapuan dengan diri sendiri


1. Syarat berkemampuan untuk lelaki dan perempuan
 Ada tambang pergi dan balik
 Ada perbelanjaan untuk diri dan orang yang dibawah tanggungan
 Ada kenderaan pergi dan balik
 Sihat tubuh badan
 Berkesempatan untuk mengerjakan haji dan umrah
2. Syarat tambahan untuk perempuan
 Mendapat keizinan suami atau wali
 Ditemani oleh suami atau muhrim atau sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang
dipercayai.

RUKUN HAJI DAN UMRAH


Maksud: perkara asasi yang mesti dikerjakan, jika ditinggalkan haji dan umrah tidak sah.

Rukun haji
1. Niat ihram haji
2. Wukuf di Padang Arafah
3. Tawaf di Baitullah
4. Sae’i antara safa dan marwah
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun

Rukun umrah
1. Niat ihram umrah
2. Tawaf di Baitullah
3. Sae’i antara safa dan marwah
4. Bercukur atau bergunting
5. Tertib pada kebanyakan rukun

WAJIB HAJI DAN UMRAH


Maksud: perkara yang wajib dilakukan, jika ditinggalkan haji dan umrah tetap sah tetapi wajib bayar
dam. Meninggalkan perkara wajib secara sengaja adalah berdosa.

Wajib haji

2
 Niat ihram haji di miqat
 Bermalam di Muzdalifah
 Melontar di jamrah Aqabah
 Bermalam di Mina
 Melontar ketiga-tiga jamrah di Mina
 Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram

Wajib Umrah
 Niat ihram umrah di miqat
 Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam ihram

HURAIAN RUKUN HAJI DAN UMRAH

RUKUN 1 - NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH


Perkara sunat sebelum niat ihram
 Mengerat kuku, menanggalkan bulu atau rambut di badan
 Mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram warna ihram
 Solat sunat ihram
 Memakai minyak rambut dan bau-bauan

Lafaz niat
 Niat ihram haji sahaja

Ertinya: sahaja aku menunaikan haji dan berihram dengannya kerana Allah
 Niat ihram umrah sahaja

Ertinya: sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah.
 Niat ihram haji dan umrah

Ertinya: sahaja aku menunaikan haji dan umrah dan berihram dengan keduanya kerana
Allah.

Tujuan berihram
a. Supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat kerana Allah
b. Supaya umat Islam bersedia untuk melakukan ibadat
c. Untuk mendisiplinkan diri dalam melakukan ibadat

RUKUN 2 – WUKUF DI ARAFAH


Maksud wukuf
Berada di Padang Arafah walaupun sekejap bermula daripada gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah. Afdhal: berada di arafah sebahagian hari ke 9 hingga sebahagian malam 10
Zulhijjah.

Perkara sunat ketika wukuf


 Suci daripada hadas dan najis
 Sentiasa mengadap qiblat
 Memperbanyakkan bacaan al-quran, berzikir, bertalbiah, beristighfar dan bertakbir.
 Memperbanyakkan solat sunat
 Berdoa terutama ketika matahari hampir terbenam

Hikmah wukuf
 Mengenang kembali pertemuan adam dan hawa selepas dikeluarkan dari syurga

3
 Mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia di Padang Mahsyar
 Melahirkan perasaan sama rata dan memohon keampunan daripada Allah.

RUKUN 3 – TAWAF
Maksud Tawaf
Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu dan bertujuan ibadat kepada Allah.
Masa tawaf: bila-bila masa selepas wukuf sama ada sebelum atau selepas bercukur.

Jenis Tawaf
a. Tawaf Ifadhoh (rukun) – bagi haji dan umrah, hukumnya wajib.
b. Tawaf Qudum – selamat datang, hukumnya sunat
c. Tawaf Sunat – bila-bila masa, hukumnya sunat
d. Tawaf Wida’ – selamat tinggal, hukumnya wajib

Syarat Tawaf
a. Suci daripada hadas kecil dan besar
b. Menutup aurat
c. Mula dan akhir di sudut hajarul aswad
d. Niat tawaf jika selain daripada tawaf rukun
e. Menjadikan kaabah di sebelah kiri semasa tawaf
f. Berjalan dengan tujuan tawaf
g. Tawaf tujuh pusingan
h. Tawaf dalam masjid, di luar kaabah.

Sunat Tawaf
a. Berjalan kaki bagi yang mampu
b. Istilam – menyentuh hajarul aswad dan mengucupnya atau isyarat dengan tangan
c. Berzikir dan berdoa
d. Tawaf dengan kusyuk
e. Solat sunat tawaf belakang maqam Ibrahim atau setentang dengan hajarul aswad
f. Beriztiba’ – menjadikan tengah selindang kanan di bawah ketiak kanan. Bahu kanan terbuka

Hikmah Tawaf
a. Menimbulkan rasa hormat kepada baitullah, tempat paling mulia di muka bumi
b. Menjadi lambang kesatuan umat Islam kerana tawaf satu arah yang sama
c. Menyamai perbuatan malaikat yang mengelilingi arasy Allah sambil bertasbih memuji Allah

RUKUN 4 – SAE’I
Maksud sae’i
Berjalan berulang alik dari safa ke marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat sae’i
a. Saei selepas tawaf ifadoh atau qudum
b. Bermula di sofa, berakhir di marwah
c. Saei tujuh kali
d. Sampai ke penghujung tempat saei di safa dan marwah
e. Berjalan dengan tujuan saei

Sunat Sae’i
a. Keluar ke tempat saei melalui pintu sofa
b. Berjalan kaki bagi yang mampu
c. Menaiki bukit safa dan marwah sampai ke kawasan berbatu
d. Mengadap qiblat, melambai kedua tangan dan bertakbir
e. Berlari anak bagi lelaki di tempat lampu hijau

4
f. Berwuduk dan berdoa
g. Muwalat (berturut-turut)

Hikmah Sae’i
a. Mengingatkan kisah Hajar bersama anaknya Ismail
b. Memupuk sifat sabar, gigih dan tidak berputus asa
c. Memupuk semangat sanggup berkorban kerana Allah
d. Melahirkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

RUKUN 5 – BERCUKUR
Maksud bercukur
Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai. Waktunya: selepas melontar
jamrah ‘aqabah 10 Zulhijjah atau selepas tawaf ifadhoh. Selepas bercukur Jemaah haji boleh
bertahallul iaitu bebas daripada pantang larang dalam ihram.

Tahallul awal
Selesai melakukan dua daripada tiga perkara:
 Melontar Jamrah Aqabah
 Tawaf rukun dan sae’i jika belum
 Bercukur atau bergunting

→ Selepas tahallul awal Jemaah haji boleh melakukan semua perkara yang dilarang kecuali:
 Berkahwin, mengahwinkan dan menerima wakil
 Melakukan permulaan jima’
 Melakukan jima’

Tahallul thani
Selepas melakukan ketiga-tiga perkara:
 Melontar Jamrah Aqabah
 Tawaf rukun dan sae’i jika belum
 Bercukur atau bergunting

→ Selepas tahallul thani Jemaah haji boleh melakukan semua perkara yang dilarang dalam ihram.

Sunat bercukur
a. Membotakkan kepala bagi lelaki, perempuan memadai menggunting rambut sahaja
b. Melalukan mata cukur bagi orang yang tiada rambut
c. Mula cukur di bahagian kanan
d. Mengadap kiblat
e. Melakukan selepas melontar jamrah aqabah dan sebelum tawaf ifadhoh

Hikmat
 Menghapuskan sifat tercela yang ada pada diri seseorang
 Menjadi simbol penyucian dosa zahir dan batin.

RUKUN 6 – TERTIB
Rukun haji mesti dikerjakan secara tertib seperti mendahulukan ihram daripada rukun-rukun lain.

HURAIAN PERKARA WAJIB HAJI DAN UMRAH

WAJIB 1 – NIAT IHRAM DI MIQAT


Maksud Miqat
Ketentuan masa atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

Bahagian miqat

5
Ada dua bahagian:
a. Miqat Zamani
- Bagi haji dari 1 Syawal – 10 Zulhijjah
- Bagi Umrah pada bila-bila masa
b. Miqat Makani

Haji Umrah
Tan’im
Penduduk Mekah Kediaman di Mekah Jakranah
Hudaibiah (Syumaisi)
Qarnul manazil – dari Najd, Malaysia
Juhfah – dari Syam
Jemaah luar tanah haram Zatul Iraq – dari Iraq Sama dengan miqat haji
Yalamlam – dari Yaman, India
Zul Hulaifah – dari Madinah

Jarak dari
Tempat Untuk
Mekah (km)
Juhfah 186 Penduduk Syam
Dzulhulaifah/Bir Ali 420 Penduduk Madinah
Qarnul Manazil 75 Penduduk Najd
Yalamlam 120 Penduduk Yaman
Dzaatu ‘irq 100 Penduduk Iraq

Hikmat penetapan miqat


 Penetapan miqat makani untuk menjaga kemuliaan Baitullah
 Penetapan miqat zamani untuk mendisiplinkan umat Islam dan membuat perancangan dalam
semua tindakan
 Penetapan miqat makani untuk memberi kemudahan kepada Jemaah haji dari pelbagai arah

WAJIB 2 - BERMALAM DI MUZDALIFAH


Maksud
Berada di Muzdalifah walaupun sekejap selepas separuh malam ke 10 Zulhijjah.

Perkara sunat ketika bermalam di Muzdalifah


 Berjalan ke Muzdalifah dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
 Memungut anak batu untuk melontar jamrah di Mina
 Solat Maghrib dan Isyak jamak ta’khir
 Membanyakkan doa terutama ketika di Masy’aril Haram

WAJIB 3 - MELONTAR DI JAMRAH AQABAH


 Maksud melontar jamrah: Melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh biji anak batu
 Waktu melontar: selepas separuh malam ke 10 zulhijjah hingga terbenam matahari 13
Zulhijjah
 Waktu afdhol: waktu dhuha hari ke 10 zulhijjah

WAJIB 4 - BERMALAM DI MINA

Maksud bermalam di Mina


Berada di Mina lebih daripada separuh malam pada malam-malam hari tasyrik (11,12,13 Zulhijjah).

Nafar Awal

6
Maksud: Keluar dari Mina pada 12 Zulhijjah

Syarat-syarat:
 Selesai melontar diketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
 Telah bermalam di Mina pada 11 dan 12 zulhijjah
 Meninggalkan Mina selepas gelincir dan sebelum terbenam matahari 12 zulhijjah
 Berazam tidak akan kembali ke Mina.

Nafar Thani
Maksud: Keluar dari Mina pada 13 Zulhijjah

Syarat-syarat:
 Selesai melontar diketiga-tiga jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
 Telah bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
 Meninggalkan Mina pada 13 Zulhijjah

WAJIB 5 - MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH DI MINA

Maksud: Melontar jamrah ula, jamrah wusto dan jamrah aqabah pada hari-hari tasyrik.

Waktu melontar:
a. Hari 11,12 Zulhijjah – mUla gelincir matahari hingga terbit fajar esok hari
b. Hari 13 Zulhijjah – mula gelincir matahari hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
c. Jika tidak sempat melontar pada 11 dan 12 hendaklah melontar pada 13 Zulhijah

Syarat sah melontar


a. Melontar tujuh kali pada tiap-tiap jamrah
b. Melontar tanpa tujuan yang lain
c. Melontar dengan batu atau jenisnya
d. Yakin lontaran jatuh ke dalam jamrah
e. Melontar dengan tangan bagi yang mampu
f. Tertib. Mula dengan jamrah Ula, kemudian Wusto dan akhir Aqabah.
g. Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali selesdai melontar untuk dirinya.

Perkara sunat melontar


a. Mengadap kiblat
b. Bertakbir dan berdoa sebelum dan selepas setiap kali melontar
c. Berada lebih 5 hasta dari jamrah
d. Muwalaf antara 7 lontaran
e. Tertib antara ketiga-tiga jamrah

WAJIB 6 - MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM IHRAM

Maksud larangan dalam ihram


Jemaah haji dilarang melakukan perkara tertentu sehingga bertahallul. Jika melakukan salah satu
daripada larangan tersebut wajib membayar dam.

Hikmah larangan
a. Untuk membuang sifat sombong dan angkuh
b. Melatih diri supaya bersifat sabra
c. Menimbulkan perasaan kasih saying dan belas kasihan
d. Supaya Jemaah haji menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat yang dilakukan.

7
Perkara-perkara yang dilarang dalam ihram
Lelaki dan perempuan

a. Mengerat kuku
b. Memakai minyak wangi
c. Memakai bau baun pada badan @pakaian
d. Memakai sarung tangan
e. Menanggal atau mencabut rambut di badan
f. Melakukan persetubuhan suami isteri
g. Memburu atau membunuh binatang darat yang halal dimakan
h. Melakukan akad nikah untuk diri atau untuk orang lain
i. Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercium atau berpeluk
j. Memotong, menebang atau mencabut poko di tanah haram

Lelaki sahaja
a. Menutup kepala atau sebahagian kepala seperti memakai serban, songkok
b. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya seperti seluar, kemeja

Perempuan sahaja
a. Menutup muka atau sebahagian darinya

PELAKSANAAN HAJI
Ulamak sependapat cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga cara:
1. Haji Ifrad
Mengerjakan haji dan umrah berasingan. Umrah dikerjakan diluar bulan haji samada sebelum
atau selepas bulan haji. Menurut mazhab Syafei: haji Ifrad paling afdhal dengan syarat umrah
dilakukan dalam tahun yang sama.
2. Haji Tamatuk
Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan. Mengerjakan umrah dalam bulan haji
kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama. Haji tamatuk wajib dam.
3. Haji Qiran
Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan hai secara serentak. Caranya ialah (1)
mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak, (2) Niat mengerjakan umrah
dahulu tetapi sebelum tawaf berniat mengejakan haji dan umrah secara serentak. Haij qiran
wajib dam.

DAM
Maksud Dam
Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika melakukan salah
satu perkara berikut:
a. Meninggalkan salah satu perkara wajib haji atau umrah.
b. Melakukan salah satu perkara yang dilarang dalam ihram hai atau umrah.
c. Menunaikan haji secara tamatuk atrau qiran.

Hikmah Wajib Dam


a. Melatih Jemaah haji supaya berhati-hati semasa beribadat
b. Supaya Jemaah haji bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian agar tidak melakukan
kesalahan dalam ibadat
c. Menimbulkan minat untuk berkurban dan membantu fakir miskin.

Jenis-jenis Dam
Ada 4 jenis: Dam Tertib Taqdir, Dam Tertib Takdil, Dam Takhyir Taqdir dan Dam Takhyir Takdil.

1. Dam Tertib Taqdir

8
Maksud tertib: Wajib dilakukan mengikut urutan
Maksud taqdir: gantiannya telah ditentukan oleh syarak.

Kesalahan
a. Melakukan haji tamatuk atau qiran
b. Tidak wukuf di arafah
c. Tidak melontar di jamrah
d. Tidak bermalam di Muzdalifah
e. Tidak berihram di Miqat
f. Tidak melakukan tawaf widak tanpa uzur
g. Melanggar nazar semasa mengerjakan haji

Bentuk dam
1. Menyembelih seekor kambing atau kibas atau 1/7 bahagian unta, lembu atau kerbau.
2. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari semasa haji dan 7 hari di tempat
sendiri.
3. Jika tidak mampu, hendaklah memberi makan fakir miskin 10 cupak makanan asasi.

2. Dam Tertib Takdil


Maksud tertib: wajib dilakukan mengikut urutan
Maksud takdil: syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gantian berdasarkan
nilai tersebut.

Kesalahan: 1. Persetubuhan sebelum tahalul awal atau seblum selesai ibadat umrah.
Bentuk dam
1. Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat kurban.
2. Jika tidak mampu, hendaklah menyembelih seekor lembu
3. Jika tidak mampu, hendaklah sedekah makanan kepada fakir miskin di Tanah haram sama
nilai dengan seekor unta
4. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang sama nilai
dengan satu ekor unta.

Kesalahan: 2. Tertahan atau dikepung oleh musuh dalam perjalanan atau perkara lain yang
menghalang daripada memasuki Mekah selepas berihram.

Bentuk dam
1. Menyembelih seekor kambing atau kibas
2. Jika tidak mampu, hendaklah sedekah makanan kepada fakir miskin sama nilai dengan
seekor kambing.
3. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang sama nilai
seekor kambing.

Bertahalul dengan bercukur atau bergunting selepas membayar dam.

3. Dam Takhyir Taqdir


Maksud takhyir: boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.
Maksud taqdir: gantiannya telah ditentukan oleh syarak

Kesalahan
a. Menanggal atau mencabut tiga helai rambut atau bulu di badan
b. Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram
c. Mengerat atau menanggal kuku pada tiga jari
d. Memakai wangi-wangian
e. Memakai minyak di rambut atau di janggut
f. Melakukan permulaan persetubuhan

9
g. Melakukan persetubuhan selepas tahalul awal
h. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji

Bentuk dam
Pilih dam berikut:
1. Menyembelih seekor kambing atau kibas
2. Atau sedekah kepada enam orang fakir miskin dua cupak seorang
3. Atau berpuasa selama tiga hari

4. Dam Takhyir Takdil


Maksud Takhyir: Boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan
Maksud takdil: syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan
nilai tersebut.

Kesalahan
1. Berburu binatang buruan
2. Menebang, mengerat atau mencabut pokok di tanah haram kecuali pokok mati

Bentuk dam:
Pilih dam berikut:
1. Menyembelih binatang sebanding dengan binatang yang diburu
2. Atau memberi makanan kepada fakir miskin sama nilai dengan harga binatang bandingan
3. Atau berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang sama nilai dengan binatang
bandingan

HAJI MABRUR
Maksud haji mabrur
Haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah, balasannya ialah syurga.

Tanda mendapat haji mabrur


Setelah menunaikan haji, sikap seseorang berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Ciri-ciri Haji Mabrur


1. Melakukan haji dan umrah dengan ikhlas tanpa riak
2. Perbelanjaan yang digunakan dari sumber yang halal
3. Mengerjakan ibadat haji dan umrah dengan sempurna dari segi syarat dan rukun
4. Menjaga adab-adab semasa mengerjakan haji dan umrah
5. Tidak melakukan maksiat dan perkara tercela semasa melakukan haji

Menziarahi Madinah
- Tidak termasuk dalam ibadat haji dan umrah
- Tempat sunat dilawati:
a. Masjid Nabawi serta makam Rasul SAW, kaum keluarga dan para sahabat Rasulullah
b. Masjid Quba – masjid pertama dibina di Madinah
c. Masjid qiblatain – masjid yang berlaku peralihan qiblat
d. Al Baqi’ – makam para sahabat serta para syuhada badar dan Uhud
e. Bukit Uhud – tempat perang Uhud dan terdapat makam para syuhada uhud

NIYABAH DALAM HAJI


Maksud Niyabah haji
Haji dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa seseorang masih hidup atau setelah meninggal
dunia.

Hukum Niyabah haji


1. Para ulamak mazhab Syafei mengharuskan niyabah haji dalam dua keadaan:

10
a. Orang yang tidak mampu mengerjakan haji kerana terlalu tua atu sakit yang tiada harapan
sembuh.
b. Orang yang mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan dia mampu.

2. Para ulamak Mazhab Hanafi mengharuskan niyabah haji:


a. Orang yang sudah mati
b. Orang yang masih hidup jika tidak mampu melakukan sendiri

3. Pendapat muktamad dalam Mazhab maliki:


a. Makruh untuk orang yang sudah mati
b. Tidak sah untuk orang yang masih hidup

Syarat Niyabah haji


a. Wakil haji telah menunaikan haji untuk dirinya
b. Wakil haji meniatkan haji untuk orang yang diwakilinya
c. Wakil haji melakukan ibadat haji untuk seorang sahaja pada satu musim
d. Wakil haji niat ihram haji di miqat orang yang dinabatkan hajinya wakil haji mestilah seorang
yang cukup keahlian untuk melakukan ibadah haji dan umrah
e. Wakil haji mendapat keizinan daripada orang yang dinabahkan hajinya jika dia masih hidup
f. Perbelanjaan niyabah haji mencukupi dan diambil dripada harta peninggalan jika orang vyang
diniyabah haji telah mati. Jika tidak mencukupi disunatkan waqris melakukan sendiri.
g. Orang yang diniyabahkan hajinya mestilah belum menunaikan haji kecuali jika dia
mewasiatkannya atau waris mengizinkannya.

Hukum Upah Niyabah


a. Para ulamak mutaqaddimun Mazhab hanafi tidak mengharuskan amalan upah haji dan
amalan ibadat lain seperti azan, mengajar al-Quran dsb
b. Para ulamak Mutaakhirun Mazhab Hanafi, Ulamak-ulamak lain termasuk Mazhab Syafei
mengharuskan upah niyabah haji.

Hikmah Niyabah Haji


a. Memberi peluang kepada seseorang untuk melakukan haji walaupun tidak dapat melakukan
sendiri.
b. Memberi peluang kepada pewaris untuk berbakti kepada waris

PENGURUSAN HAJI DI MALAYSIA

Sejarah Penubuhan Lembaga Tabung Haji


 Pada tahun 1962 Perbadanan wang Simpanan bakal-bakal haji ditubuhkan hasilkertas kerja
YM Prof Diraja Ungku Aziz. Perbadanan ini mula beroperasi pada tahun 1963.
 Pada tahun 1969 lahir Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH).
 1997 LUTH ditukar kepada Lembaga Tabung Haji.

Keperluan Kepada Pengurusan Haji Di Malaysia


a. Membanrtu umat Islam menjana kewangan secara halal
b. Meringankan bebanan pengurusan haji
c. Memudahkan Jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji
d. Menjamin keselamatan para Jemaah haji
e. Mengelakkan Jemaah haji daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peranan Tabung Haji


a. Menyediakan perkhidmatan tabungan serta menjana kewangan secara halal
b. Memberi kursus dan latihan kepada bakal haji
c. Mengurus dan memberi perkhidmatan kepada Jemaah haji semasa menunaikan haji

11
Mengurus dan Memberi Perkhidmatan Kepada Jemaah Haji
a. Menyediakan passport dan visa haji
b. Melaksanakan dam dan kurban
c. Menjaga keselamatan Jemaah haji
d. Menyediakan pengangkutan
e. Mengurus dan mendaftar kelahiran
f. Menyediakan khidmat kesihatan
g. Menyediakan penginapan dan makan minum
h. Menyediakan khidmat pakar rujuk
i. Membuat urusan dengan pihak kerajaan Arab Saudi
j. Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti buku panduan dsb

Kelebihan Menunaikan Haji Melalui Lembaga Tabung Haji


a. Dapat melaksanakan haji dengan plan kewangan yang lebih terancang
b. Mendapat perkhidmatan yang cekap dan berkualiti
c. Mendapat layanan yang lebih mesra dan selesa
d. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk dan kaunselor yang berpengalaman

Badan Yang Terlibat Dengan Pengurusan Jemaah Haji

Badan Peranan
Mengadakan ceramah khas dan mengedarkan risalah haji
Jabatan Agama
kepada bakal-bakal haji.
Islam Negeri-negeri
Memeriksa kesihatan, menyediakan ubat, memberi ceramah
penjagaan kesihatan kepada Jemaah haji
Kementerian
Menghantar petugas perubatan ke Tanah Suci
Kesihatan
Menyediakan Klinik khusus untuk Jemaah haji di Tanah Suci

Mengadakan program di TV dan radio berkaitan perlaksanaan


Stesen TV dan Radio ibadat haji

Kementerian
Pengangkutan,
Jabatan
Menyediakan perkhidmatan pergi dan balik
Perkhidmatan Awam
dan Syarikat
penerbangan
Badan swasta
Mengurus segala urusan Jemaah haji dan berkerjasama
seperti pakej dan
menyelesaikan masalah Jemaah haji
konsortium haji
Kedutaan Malaysia
Memberi kemudahan penginapan kepada Jemaah haji
di Arab Saudi
Kedutaan Arab Saudi
Mengeluarkan visa haji kepada Jemaah haji
di Malaysia
Kementerian Memberi pendedahan awal kepada umat Islam tenbtang
Pendidikan perlaksanaan haji dan umrah

Pengurusan Haji Yang Baik


Pengurusan haji yang baik dapat meningkatkan kemampuan menunaikan haji dengan:
a. Menyediakan peluang menyimpan wang secara beransur-ansur
b. Memberi peluang kepada penyimpan menjana wang secra halal
c. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan

Sumbangan Lermbaga Tabung Haji Kepada Perkembangan Ekonomi Umat Islam


a. Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat Islam

12
b. Melaburkan wang umat Islam dalam bidang yang memberi pulangan yang lumayan
c. Memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam

SEMBELIHAN

MAKSUD SEMBELIHAN
Menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan menggunakan alat yang tajam dengan
memutuskan halkum dan mari serta niat kerana Allah.

HUKUM SEMBELIHAN
Binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu dan hukumnya adalah wajib.

RUKUN DAN SYARAT SAH SEMBELIHAN


1. Penyembelih
a. Islam atau ahli kitab
b. Niat kerana Allah

2. Binatang yang disembelih


Binatang darat yang halal dimakan
Binatang tersebut masih hidup ( ) masih kuat bergerak

3. Alat sembelihan
Alat yang tajam selain kuku, gigi dan tulang

4. Bahagian yang disembelih


Memutuskan halkum dan mari dengan sempurna

SUNAT SEMBELIHAN
a. Mempertajamkan alat sembelihan
b. Berwuduk sebelum menyembelih
c. Membaca solawat ke atas nabi
d. Mengadap kiblat
e. Memutuskan al wadajan
f. Membaringkan binatang sembelihan atas rusuk kiri
g. Menyegerakan penyembelihan

MAKRUH SEMBELIHAN
a. Menajamkan pisau di hadapan binatang sembelihan
b. Memutuskan keseluruhan leher sembelihan

BINATANG HALAL DI MAKAN


a. Binatang yang hanya hidup di dalam air dan tidak dapat hidup lama di daratan kecuali yang
beracun.
b. Binatang daratan yang tidak bertaring kuat seperti lembu, kuda dan rusa
c. Jenis-jenis burung yang tidak berkuku tajam, tidak menyambar dan mencengkam mangsa.

BINATANG HARAM DIMAKAN


a. Binatang yang hidup dalam air dan di daratan seperti katak, penyu dan buaya
b. Binatang yang bertaring kuat seperti singa, kera
c. Jenis-jenis burung yang berkuku tajam sehingga menyambar dan mencengkam mangsa
d. Anjing dan babi

13
e. Binatang yang jijik atau makan benda yang jijik binatang yang sunat dibunuh seperti tikus,
ular, cicak
f. Binatang yang lahir melalui persenyawaan antara binatang halal dan haram dimakan.

PERBEZAAN SEMBELIHAN ORANG ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM

Sembelihan orang Islam Sembelihan orang bukan Islam


Niat sembelih kerana Allah Sembelih bukan kerana Allah
Memutuskan halkum dan mari Tiada cara perlaksanaan khusus
Halal dimakan Haram dimakan

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SEMBELIHAN


1. Sembelihan secara ithirori
Melukakan mana-mana bahagian anggota binatang yang boleh mematikannya. Sembelihan
ini dilakukan ke atas binatang yang tidak boleh disembelih secara biasa kerana dhorurat
seperti terjatuh dlam lubang atau perigi dan tidak dapat dikeluarkan.

2. Binatang buruan
a. Menggunakan senjata tajam
Binatang buruan yang liar tidak perlu disembelih jika diburu dengan senjata yang tajam sama
ada diperbuat daripada besi, kayu, buluh dan sebagainya.

b. Menggunakan binatang buruan terlatih, syarat-syarat:


- Binatang buruan terlatih seperti anjing dan singa
- Berburu selepas mendapat arahan tuannya
- Tidak memakan hasil buruan
- Pemburu tidak perlu menyembelih buruannya jika mati disebabkan gigitan binatang
buruan tersebut.

c. Sembelihan menggunakan teknologi moden


Penyembelih yang melakukan sembelihan dengan mesin mestilah cukup syarat penyembelih
dan niat kerana Allah.

d. Menggunakan arus elektrik atau ubat


Harus sekadar melemahkannya. Tidak sah jika terlalu banyak sehingga mungkin akan mati
sekalipun tidak disembelih. Ubat yang digunakan mestilah halal bukan najis atau benda
haram.

HIKMAH SEMBELIHAN
a. Mencapai keredhaan Allah
b. Menghindarkan penyakit yang terdapat pada binatang kepada orang yang memakannya
c. Sebagai tanda penghormatan manusia kepada makhluk ciptaan Allah
d. Mengelakkan daripada menyeksa binatang untuk memakainya
e. Jiwa menjadi tenang dan bersih dengan makanan yang halal

QURBAN

MAKSUD QURBAN
Penyembelihan binatang al-an’am pada hari ke 10 Zulhijah sehingga akhir hari tasyrik dengan tujuan
beribadat kepada Allah.

14
HUKUM KORBAN
1. Sunat Muakad – bagi orang yang berkemampuan
2. Sunat Kifayah – seorang ahli keluarga / ketua keluarga
3. Wajib – bagi Rasulullah SAW dan bagi orang bernazar

SEJARAH KORBAN
Disyariatkan pada tahun ke 2 Hijrah, sebagai mengingati kisah pengorbana Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail.

DALIL DISYARIATKAN KORBAN

Maksudnya: Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah keranaNya. (Al-Kautsar ayat 2)

RUKUN DAN SYARAT KORBAN


1. Binatang Korban
Binatang al-an’am
Tidak ada kecacatan yang boleh mengurangkan daging atau menyebabkan penyakit

2. Masa korban
Mulai selepas solat sunat aidil adha dan hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah

3. Orang yang berkorban


Islam, baligh, berakal, merdeka, bermukim dan berkemampuan

SUNAT KORBAN
a. Orang yang berkorban menyembelih sendiri binatang korban jika mampu
b. Penyembelihan korban mengadap kiblat
c. Alat yang digunakan tajam
d. Membaca bismillah, berselawat dan takbir sebelum dan selepas bismillah serta berdoa

PELAKSANAAN KORBAN
1. Masa
Selepas solat sunat aidil adha dan dua khutbahnya sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
(akhir hari tasyrik).

2. Orang yang berkorban


Niat korban ketika menyembelih atau semasa mewakilkan sembelihan kepada orang lain.
Sunat hadir menyaksikan sembelihan

3. Binatang korban
Binatang al-an’am (unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing)
Binatang korban bebas daripada kecacatan dan penyakit.

Binatang Umur Bahagian


Unta 6 tahun 7 orang / 7 bahagian
Lembu dan kerbau 3 tahun 7 orang / 7 bahagian
Kambing dan kibas 3 tahun 1 orang / 1 bahagian
Biri-biri 2 tahun atau selepas berganti 1 orang / 1 bahagian
gigi setelah berumur 6 bulan

HIKMAH KORBAN

15
1. Sebagai mengingati peristiwa dan semangat korban yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail.
2. Dapat mnegeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam
3. Memupuk sifat ikhlas, takwa, sedia berkorban kerana Allah
4. Dapat merapatkan jurang antara orang islam yang berada dengan mereka yang kurang
bernasib baik.
5. Menanam rasa rendah diri, kasihan belas, tanggungjawab dan perihatin terhadap orang lain.

PENGAGIHAN DAGING KORBAN


 Daging korban hendalah diagihkan kepada fakir miskin serta kaum kerabat
 Kadarnya tidak ditetapkan oleh syarak
 Sunat ke atas orang yang membuat korban untuk memakan daging korban
 Wajib disedekahkan kepad fakir miskin. Mereka boleh memakannya, menyimpan dan
menjual kerana daging itu haknya.
 Harus disedekahkan kepada orang kaya. Mereka hanya boleh memakannya tetapi tidak
boleh menjualnya.
 Haram disedekahkan kepada orang kafir.

AQIQAH

MAKSUD AQIQAH

Penyembelihan binatang al-an’am ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah disamping mengisytiharkan kelahiran anak.

DALIL DISYARIATKAN

HUKUM AQIQAH
Sunat muakkad ke atas ibubapa walaupun berada dalam kesempitan. Afdhal bagi anak lelaki dua
ekor kambing dan anak perempuan satu ekor kambing. Jika tidak mampu memadai satu ekor sahaja
bagi tiap-tiap seorang.seekor unta atau lembu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada untuk tujuan
aqiqah sahaja atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi untuk sembelihan biasa.

UMUR KANAK-KANAK YANG DITUNTUT AKIKAH


Sejak dilahirkan sehingga kanak-kanak itu baligh

KANAK-KANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


Sunat dilakukan ke atas kanak-kank yang telah meninggal dunia

RUKUN DAN SYARAT AKIKAH


1. Binatang aqiqah – al-an’am sama seperti korban
2. Masa aqiqah – bila-bila masa, afdhal hari ke 7 kelahiran bayi
3. Orang yang dituntut membuat aqiqah – afdhal bapa bayi

PELAKSANAAN AKIKAH
1. Masa – afdhal hari ketujuh kelahiran bayi, atau hari ke 14 atau hari ke 21 dan boleh dilakukan
pada hari-hari lain.
2. Binatang aqiqah – al-an’am sama seperti binatang korban
3. Pembahagian daging – sunat dimasak dengan masakan manis dan dibuat kenduri. Sunat
tidak mematahkan tulang binatang aqiqah kecuali pada sendinya. Sunat sedekah kaki
binatang kepada bidan yang menyambut bayi.

HIKMAH AKIKAH

16
1. Melahirkan kesyukuran kepada Allah atas zuriat yang dikurniakan
2. Mengeratkan silaturrahim antara keluarga bayi dengan masyarakat
3. Menggalakkan orang yang mendapat zuriat untuk bersedekah
4. Memberi penghayatan Islam sejak dilahirkan
5. Mengajar kaedah bersyukur mengikut hukum Islam
6. Sebagai pengumuman kelahiran bayi supaya masyarakat sama-sama bergembira
7. Mengelakkan daripad timbul fitnah atas kelahiran bayi.

PERBEZAAN ANTARA AQIQAH DAN KORBAN

Perkara Aqiqah Korban


Masa Bila-bila masa Hari raya haji dan hari-hari tasyrik
Menghampirkan diri kepada Allah dan
Tujuan Kesyukuran atas kelahiran anak
mengenang pengorbanan nabi Ibrahim
Agihan daging Afdhal daging yang telah dimasak Afdhal sedekah daging mentah
Sunat muakad ke atas setiap individu
Pelaksanaan Sunat Muakad atas bapa bayi
Sunat kifayah ke atas ketua keluarga

PERSAMAAN ANTARA AQIQAH DAN KORBAN

Perkara Aqiqah Korban


Hukum Sunat muakad Sunat muakad
Binatang Al-an’am Al-an’am
Afdhal lelaki 2 bhg, perempuan
Bilangan binatang Tidak ditentukan
1 bhg
Tidak boleh diberi kepada orang Tidak boleh diberi kepada orang
Penerima
kafir kafir

AMALAN SUNAT KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI


a. Azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi yang baru lahir
b. Tahnik iaitu membelah mulut pada hari aqiqah dengan buah tamar atau yang seumpamnya.
Afdhal dilakukan oleh orang yang soleh.
c. Memberi nama bayi dengan nama yang baik seperti dalam Asmaul Husna dengan
menambah perkataan abdu seperti abdur Rahman. Bayi perempuan diberi nama dengan
nama-nam isteri Rasulullah.
d. Mencukur rambut bayi leaki atau perempuan dan bersedekah emas atau perak seberat
timbangan rambut bayi yang dicukur.

SAMBUTAN HARI LAHIR


Sambutan yang dibenarkan
 Mengadakan jamuan makan dan doa selamat
 Secara sederhana, tidak membazir
 Tiada percampuran bebas lelaki dan perempuan
 Tidak melanggar adab Islam.

Sambutan yang dilarang


 Majlis dihidangkan dengan arak
 Secara besar-besaran, membazir
 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
 Tari menari dan acara meniup lilin

MUAMALAT DALAM ISLAM

17
MAKSUD MUAMALAT
Tatacara atau peraturan dalam perhubungan sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-
masing.

HUKUM DAN DALIL

Hukum Muamalat adalah harus. Dalil Firman Allah:

Maksudnya: Apabila selesai menunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah
kurnia Allah.

CONTOH MUAMALAT
1. Muamalat yang diharuskan
Jual beli, hutang piutang, pinjam meminjam,gadaian, mudhorobah, al bai bithamin ajil,
jaminan/takaful, jual beli saham, syarikat.

2. Muamalat yang diharamkan


Riba, sorok barang/spekulasi, mengurangkan timbangan dan sukatan.

PRINSIP MUAMALAT ISLAM


1. Dilakukan dengan penuh ikhlas untuk mencari keredhaan Allah
2. Saling tolong menolong bukan untuk mendapat keuntungan semata-mata
3. Dilakukan dengan semangat kerjasama
4. Mempunyai unsur berdaya maju terutama dalam perniagaan dan perusahaan
5. Dilakukan secara adil oleh pihak-pihak yang bermuamalat
6. Dilakukan dengan penuh amanah kerana dalam Islam pemilikan harta adalah amanah bukan
hak milik mutlak seseorang
7. Dilakukan dengan jujur, tiada unsur penipuan
8. Bebas daripada unsur penindasan seperti riba yang mengandungi unsur penindasan

ETIKA MUAMALAT ISLAM


Langkah-langkah melahirkan usahawan yang Berjaya :

 Bersikap amanah  Sedia membantu


 Berlaku adil  Menunaikan tanggungjawab
 Bekerja kerana Allah  Tiada riba
 Menepati janji  Tekun dan tabah
 Bertolak ansur  Jujur

KEPENTINGAN MUAMALAT DALAM ISLAM


1. Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera, muamalat yang dilakukan ikhlas, tidak ada
pihak yang tertipu.
2. Melahirkan masyarakat Islam yang adil dan amanah serta menghindarkan diri daripada
melakukan penindasan sesama sendiri.
3. Melahirkan masyarakat yang bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan
4. Melahirkan masyrakat yang saling berkerjasama, bantu membantu untuk mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
5. Supaya harta benda yang dikurniakan oleh Allah tidak hanya dimiliki oleh satu golongan
tertentu sahaja.
6. Melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan mengamalkan budaya kerja yang positif

18
AKIBAT MUAMALAT YANG TIDAK BERLANDASKAN SYARAK
1. Berlaku pergaduhan dalam masyarakat
2. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman
3. Melahirkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri
4. Melahirkan manusia tamak dan haloba untuk mendapatkan harta
5. Melahirkan masyarakat yang menggunakan kekayaan secara membazir.
6. Mendapat rezeki yang haram dan tidak mencapai keredhaan Allah

PENGENALAN MUAMALAT DALAM ISLAM 1

JUAL BELI

Maksud: Memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan

Hukum jual beli: harus

Dalil:
1. Firman Allah

Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

2. Ijmak ulamak
Jual beli adalah harus dan sudah berlaku dan dibenarkan sejak zaman Rasul SAW

Rukun dan syarat jual beli

1. Penjual dan pembeli


a. Berakal. Orang gila dan anak kecil tidak sah jual beli
b. Tidak disekat daripada mnguruskan harta kerana muflis, bodoh dsb
c. Secara sukarela, tidak dipaksa
d. Penjual dan pembeli adalah orang yang berbeza

2. Barang yang dibeli


a. Ada pada masa akad
b. Milik penjual
c. Suci dari segi syarak
d. Berguna, bermanfaat dan berharga
e. Jelas pada pengetahuan pembeli
f. Penjual berkuasa menyerahkan barang kepada pembeli

3. Harga
a. Disebut semasa akad
b. Dijelaskan jenis matawang kecuali jika wang itu dilihat semasa akad, memadai ditunjukkan
sahaja.

4. Akad
a. Antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh masa yang lama
b. Antara ijab dan qabul mesti selaras dari segi barang dan harga
c. Ucapan menunjukkan masa seperti aku telah jual

KHIAR

Maksud khiar (pilihan)

19
Pihak penjual dan pembeli diberi hak membuat pilihan sama ada untuk meneruskan atau
membatalkan jual beli tersebut dengan sebab-sebab tertentu.

Tujuan khiar: supaya kedua pihak tidak mengalami kerugian atau penyesalan di kemudian hari.

Jenis khiar
1. Khiar Majlis
Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada meneruskan atau membatalkan akad jual beli
di majlis akad selagi mereka belum berpisah.

2. Khiar Syarat
Penjual dan pembeli berhak memilih sama ada meneruskan atau membatalkan akad jual beli
dengan menyatakan syarat khiar. Pilihan boleh dibuat dengan kata-kata atau pebuatan dalam
tempoh tidak lebih dari tiga hari.

3. Khiar Aib
Pembeli berhak memilih sama ada meneruskan atau membatalkan jualbeli yang telah
diakadkan jika terdapat kecacatan pada barang yang dibeli.

Bila khiar aib boleh dilakukan?


a. Khiar aib menjadi hak pembeli jika jual beli bersifat mutlak
b. Pembeli berhak membatalkan akad jualbeli jika barang yang dibeli cacat sebelum diserahkan
kepada pembeli
c. Pembeli tidak boleh membatlkan jeal beli tetapi berhak menuntut dikurangkan harga jika
barang yang dibeli terdapat cacat lama ditangan penjual kemudian berlaku cacat baru di
tangan pembeli.
d. Kadar susut harga perlu dinilai oleh orang yang pakar dalm penilain harga barangan.
e. Jual beli terbatal jika barang yang dibeli tidak boleh digunakan langsung.
f. Khiar aib tidak boleh digunakan jika pembeli bersetuju membeli barang yang cacat.

BAI SALAM
Maksud
Jual beli dengan bayaran harga secra tunai semasa akad dan penyerahan barang ditangguh ke satu
masa yang ditetapkan.

Contoh:
Pembeli menyatakan spesifikasi barang yang beliau kehendaki dan membayar secara tunai harga
barangan tersebut semasa akad. Penjual sanggup dan akan menyerahkan barangan pada masa
yang ditetapkan dalam akad. Jual beli ini berlaku contohnya antar pengusaha stesen minyak dan
syarikat pembekal petroleum.

Dalil disyariatkan bai’ salam


1. Dalil al quran

Maksudnya: Wahai orang-orang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan hutang piutang
yang diberi tempoh hingga ke satu masa yang tertentu hendaklah kamu tulis.

2. Hadis

3. Ijmak ulamak – ulamak sepakat bahawa bai’ slam adalah harus

Rukun dan Syarat Bai’ Salam


1. Pembeli
2. Penjual
3. Harga

20
4. Barang sighoh ijab dan qabul

Syarat Sah Bai’ Salam


1. Harga dibayar secara tunai
2. Jika harga dalam bentuk barang, hendaklah diketahui dan dinyatakan jumlahnya.
3. Barang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, timbangan, jenis dsb
4. Ditetapkan sifat asasi bagi barang yang dijual beli.
5. Ditetapkan jumlah barang yang dijual beli
6. Barang yang boleh diserah apabila sampai masanya
7. Ditentukan masa penyerahan barang yang dijual beli.
8. Ditentukan tempat penyerahan barang
9. Akad menggunakan perkataan salam .

AL BAI BITHAMAN AJIL


Maksud
Jualbeli dengan bayaran tertangguh ke satu masa yang ditetapkan atau secara ansuran dan
disegerakan penyerahan barang kepada pembeli.

Contoh:
Pembeli membeli rumah melalui pembiayaan bank, pembeli boleh teruskan menduduki rumah
tersebut ketika bayaran harga penuh belum dijelaskan. Bayaran dibuat secara ansuran dan dikira
penuh pada masa yang telah ditetapka. (Bayaran penuh ditangguh terlebih dahulu.)

PENGENALAN MUAMALAT DALAM ISLAM 2

SYARIKAT
Maksud syarikat
Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung.

Hukum syarikat: harus

Dalil

1. Ayat Al Quran

2. Hadis

3. Ijmak Ulamak – syarikat adalah harus

Jenis syarikat

1. Syarikat Imlak
Apabila lebih daripada seorang memiliki sesuatu barang tanpa akad. Contoh: dua orang tanah diberi
tanah untuk milik mereka berdua. Setiap pemilik mesti mendapatkan keizinan pemilik yang satu lagi
bagi menjalankan apa-apa aktiviti kerana hak mereka berdua adalah sama.

2. Syarikat ‘Uqud
Apabila dua orang atau lebih melakukan akad untuk berkongsi dalam sesuatu kepentingan harta dan
keuntungan daripada harta tersebut.

Bentuk syarikat Uqud


a. Syarikat Inan

21
Perkongsian dua orang atau lebih mengeluarkan modal untuk menjalankan perniagaan dan
keuntungan dibahagi mengikut kadar modal yang dikeluarkan atau mengikut persetujuan. Tidak
disyaratkan modal yang sama dan tanggung jawab yang sama.
Hukum syarikat Inan: harus

b. Syarikat Mufawadhoh

Perkongsian dua orang atau lebih untuk melakukan kerjasama dalam sesuatu urusan.

Syarat-syarat:
a. Semua ahli mengeluarkan modal yang sama
b. Semua ahli mempunyai hak yang sama dalam kepentingan syarikat
c. Semua ahli mesti sama agamanya
d. Semua ahli menjadi penjamin kepada rakan kongsinya
e. Syarikat dikira wujud apabila semua ahli mengadakan akad.

Hukum:
Mazhab Hanafi dan Maliki: harus
Mazahab Syafei: batal

c. Syarikat Wujuh
Apabila dua orang atau lebih membeli sesuatu tanpa modal tetapi bergantung kepada nama baik
mereka dan kepercayaan pedagang-pedagang terhadap mereka dengan keuntungan dikongsi
bersama. Syarikat ini adalah syarikat tanggungjawab tanpa kerja dan modal.

Hukum:
Mazhab Hanafi dan Hanbali: harus kerana ia satu bentuk pekerjaan
Mazhab Maliki dan Syafei: Batal kerana syarikat mesti ada kerja dan modal.

d. Syarikat Abdan
Apabila dua orang atau lebih bersetuju menerima pekerjaan dengan upah dibahagi mengikut
persetujuan. Perkongsian berasakan tenaga dan kemahiran.

Hukum:
Imam Syafei: batal kerana syarikat mesti ada kerja dan modal
Pendapat lain: harus , boleh berlaku walaupun pekerjaan yang dikongsi berlainan bidang.

MUDHOROBAH

Maksud
Akad antara dua pihak, satu pihak mengeluarkan modal dan satu pihak lagi menjalankan perniagaan
dengan keuntungan dibahagi mengikut persetujuan.

Pelaksanaan mudhorobah
 Pemodal menyerahkan modal kepada pengusaha
 Pengusaha menjalankan perniagaan atau perusahaan
 Untung dibahagi antara pemodal dan pengusaha mengikut kadar yang dipersetujui.

Hukum Mudhorobah – harus

Dalil disyariatkan mudhorobah

Al Quran

Hadis :

22
Sabda Rasulullah SAW: tiga perkara yang ada keberkatan padanya adalah jual beli dengan harga
tangguh, mudhorobah dan menvampurkan gandum dengan bali untuk rumah dan bukan untuk jual.

Ijmak Ulamak – mudhorobah adalah harus

Perbezaan antara mudhorobah dan syarikat

MUDHOROBAH SYARIKAT
Akad antara dua pihak, satu pihak
mengeluarkan modal dan satu pihak lagi Suatu kontrak antara dua pihak yang
menjalankan perniagaan dengan keuntungan berkongsi modal dan untung
dibahagi mengikut persetujuan.
Satu pihak mengeluarkan modal dan satu
Semua ahli mengeluarkan modal dan
pihak lagi menjalankan perniagaan.
sama-sama menjalankan perniagaan

Hikmah Diharuskan Mudhorobah


a. Memberi keringanan kepada manusia mengurus harta
b. Memberi peluang kepada orang yang tiada harta tetapi mempunyai kemahiran berniaga
untuk menjalankan perniagaan dengan modal dari pihak lain (pemodal).
c. Supaya pemodal dan pengusaha sama-sama mendapat manfaat

Rukun dan syarat-syarat mudhorobah

1. Pemodal
 Orang yang boleh dipertanggungjawabkan, bebas dari halangan

2. Pengusaha
 Boleh melantik dan menjadi wakil

3. Modal
 Modal daripada pemodal
 Mata wang tunai
 Jumlah tertentu
 Ada semasa akad (bukan hutang)
 Diserah kepada pengusaha

4. Perusahaan
 Dijalankan oleh pengusaha
 Projek tersebut halal
 Perbelanjaan projek diambil dari modal
 Projek boleh dikhusukan atau dikenakan syarat oleh pemodal
 Kerugian ditampung dengan keuntungan jika tidak diambil dari modal

5. Untung
 Kadar pembahagian keuntungan, ditentukan semasa akad
 Kerugian ditanggung oleh pemodal kecuali atas kecuaian pengusaha

6. Akad
 Akad boleh dibubar bila-bila masa sebelum perusahaan dilakukan
 Akad yang terikat dengan masa akan terbubar apabila cukup tempoh itu
 Apabila akan terbubar, modal dan keuntungan menjadi hak kepada pemodal. Pengusaha
hanya berhak mendapat upah kerja.

23
 Akad terbubar dengan kematian salah satu pihak sama ada pemodal atau pengusaha.

AR RAHNU

Maksud
Menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai cagaran bagi hutang yang diambil dan ia
menjadikan bayaran sekiranya hutang tidak dapat dibayar.

Hukum ar Rahnu : harus

Dalil:

Al Quran

Hadis:

Maksudnya: kata Aisyah Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada orang yahudi dengan
menggadaikan baju besi baginda.

Rukun dan syarat ar rahnu

1. Penggadai dan
2. Pemegang gadai
 Kedua-dua pihak ini ialah orang yang boleh dipertanggungjawabkan (mukallaf), berkal
dan cerdik

3. Barang gadaian
 Barang yang boleh dijual beli
 Boleh diganti dengan barang lain
 Boleh ditambah selepas akad
 Penggadai dan pemegang gadai tidak boleh menjual barang gadaian tanpa keizinan
salah satu pihak

4. Hutang tanggungan gadaian


 Diketahui jumlahnya
 Menjadi tanggungan penggadai
 Hutang boleh ditambah selepas akad

5. Sighoh
 Menunjukkan maksud serah dan terima barang gadaian sebagai cagaran.

Hikmah
a. Dapat membantu orang yang sangat memerlukan wang
b. Meyakinkan pemberi hutang bahawa hutangnya boleh dibayar balik.

SAHAM

Maksud
Satu kepentingan dalam syarikat.

Cara pemilikan saham


a. Peruntukan – semasa syarikat ditubuhkan kita telah diperuntukan sejumlah saham dalam
syarikat tersebut.

24
b. Pemindahan saham – berlaku apabila pemilik saham memindahkan saham kepada kita
samada secara sukarela (jual beli) atau tidak sukarela seperti pemegang saham meninggal,
bankrap atau gila.
c. Jual beli saham di pasaran saham (Bursa Saham Malaysia)

WADIAH

Maksud
Menyerahkan harta benda yang dimiliki oleh seseorang kepada orang lain untuk menjaganya.

Hukum : harus

Dalil

Al quran

Hadis

Rukun dan syarat


a. Pemberi dan penerima wadiah – berakal, baligh, cerdik
b. Wadiah (barang) – harta benda yang boleh diserahkan
c. Sighoh (ijab dan qabul) – menun jukkan penyerahan dan penerimaan barang

TAKAFUL

Maksud

Takaful atau kafalla dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,menjaga atau
memelihara –iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas akan saling jamin
menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika ditimpa musibah.

Satu kontrak dimana seseorang itu bertanggungjawab membantu seseorang lain apabila berlaku
sesuatu kejadian yang ditentukan dalam kontrak. Tanggungan ini adalah sebagai balasan terhadap
persetujuan seseorang lagi yang membayar sejumlah tertentu kepadanya.

Takaful secara amnya mempunyai persamaan dgn insurans konvensional dimana kedua-duanya
merupakan instrumen untuk membantu golongan yg tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.akan
tetapi takaful adalah merupakan insurans yang berteraskan Islam dan diuruskan mengikut hukum-
hukum dan syariah Islam.

Prinsip /Konsep Asas Takaful

Ada 3 Konsep Asas Takaful


1-Al Qasamah
Iaitu Kes Qisas Seperti Pembunuhan Yang Tiada Bukti Yang Nyata Dimana Dikehendaki Seseorang
Yang Dituduh Dikehendaki Bersumpah Dengan Nama Allah Sebanyak 50x Atau 1x Utk 50 Orang.
2. Al Aqilah
Iaitu Ahli-Ahli Qabilah Atau Suku Kaum Atau Kariah Ahli-Ahli Masyarakat Membantu Ahli-Ahli Yang
Ditimpa Musibah Seperti Kematian Atau Pembunuhan.
3- Tabarru’ (Konsep Sebenar Takaful)
Iaitu Ahli-Ahli Atau Peserta Membuat Derma Ikhlas Pada Satu Tabung Dengan Niat Utk Saling Bantu
Membantu Sesama Ahli Yang Didalam Kesukaran Atau Kesusahan.

25
Asas Akad Perniagaan Takaful

1-Asas Tabarru’-(Derma Ikhlas Bertujuan)


-derma/sumbangan ikhlas bertujuan diujudkan supaya setiap peserta yang ingin menyertai takaful
menderma/sumbangan sesuai dengan risiko yang dibawanya.
- pengendali akan menetapkan kadar tertentu untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.
Cth: peserta yang berisiko tinggi kadarnya lebih tinggi dari peserta yang kurang berisiko.

2-Al-Wakalah
-merujuk kepada penggunaan wakil dimana menurut syarak wakalah ialah perlantikan seseorang
untuk mewakilkan atau menguruskan sesuatu perkara.
-peserta akan membuat akad berdasarkan akad wakalah mengizinkan pengendali takaful melabur
dan menjaga serta menguruskan dana.

3-Mudharabah
mudharabah (amanah berkongsi keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi
modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke
atas peraturan pembahagian keuntungan.

Hukum: harus

Bentuk bencana dibawah takaful


a. Kebakaran
b. Kenderaan
c. Kemalangan

Syarikat pengendali takaful di Malaysia (2018)

1. AIA PUBLIC Takaful Bhd


2. AmMetLife Takaful Berhad
3. Etiqa Family Takaful Berhad
4. Etiqa General Takaful Berhad
5. Great Eastern Takaful Berhad
6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad
7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
8. Prudential BSN Takaful Berhad
9. Sun Life Malaysia Takaful Berhad
10. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
11. Takaful Ikhlas Berhad
12. Zurich Takaful Malaysia Berhad

Perbezaan Antara Takaful Dengan Insurans Konvensional

Pada 15 jun 1972 jawatankuasa fatwa kebangsaan dlm persidangan yg ke 5 telah memutuskan iaitu
insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional adalah suatu muamalah
yang fasiq(rosak dan tidak sah)yang bercanggah dengan prinsip-prinsip islam dari segi akadnya
kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian),maisir (judi) dan riba.

26
Al Gharar(Ketidakpastian)

Al Gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana terdapat sesuatu yang ingin
disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta
penganiayaan kepada pihak yang lain.

Hadith Nabi saw,mengatakan dari Ali r.a- Rasullullah saw pernah melarang jualbeli orang yang
terpaksa, jualbeli gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai.(hadith riwayat Abu Daud)

Gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya berdasarkan konsep jual-beli .dimana dalam
Islam jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ianya mesti memenuhi rukun dan
syarat-syarat jual beli iaitu:-
1) penjual dan pembeli
2) akad(ijab dan qabul)
3) barang(ma’kud alaih)

Adalah jelas didalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana
ma’kud alaih (barang) tidak jelas dan ianya berkait dengan:-
1) tidak diketahui dengan jelas sama ada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
2) tidak diketahui kadar bayarannya.
3) tidak diketahui bila masanya.

Menjadi persoalan ialah kewujudan ketidakpastian barang dalam kontrak insurans tersebut kerana
syarat barang yang telah ditetapkan tidak dapat dipenuhi.
-bagi Islam syarat-syarat bagi setiap rukun adalah penting dan mesti dipenuhi.antara syarat barang
yang mesti dipenuhi ialah :
1) barang tersebut mesti dapat diserahkan dalam majlis akad.
2) masa penyerahan telah ditetapkan.’
3) barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
4) tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
5) bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang syarak.

Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan ,satu
pihak(syarikat insurans )akan mendapat semua keuntungan(premium) sementara satu pihak
lagi(peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

27

Anda mungkin juga menyukai