Anda di halaman 1dari 1

Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, 2 Jun 2016

26 Syaaban 1437

Assalaamu’alaikum wbt dan Salam Ramadhan

RAYUAN TABUNG DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH i-MUSLEH (SRiM)


MELAKA

Kami warga SRiM berdoa agar warkah ini menemui Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam rahmat
dan perlindungan Allah swt.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Sekolah Rendah i-Musleh, Melaka, ingin memohon perhatian dan
jasa baik Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyumbang kepada Tabung Dana Pembangunan
SRiM bagi tujuan pembangunan kompleks sekolah. Bersama ini disertakan brosur yang memberi
maklumat tentang sekolah dan perancangan ringkas pembangunan.

Buat masa ini SRiM mempunyai 223 orang murid dan 23 orang guru, serta beroperasi di premis
sementara di Kompleks Niaga Melaka Perdana, Bukit Katil. Pembangunan kompleks sekolah yang
lengkap akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sahsiah murid yang
lebih berkesan. Penglibatan Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam usaha murni ini melalui
sumbangan kepada Tabung Dana Pembangunan adalah amat bermakna dan kami warga SRiM amat
menghargainya.

Sumbangan Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh terus dimasukkan ke dalam akaun Tabung


Dana i-Musleh (BIMB : 0404-2010-0057) atau Tabung Dana Pembangunan SRiM (Maybank :
554138004564). Untuk tujuan pengeluaran resit mohon majukan perincian transaksi kepada nombor
telefon atau email di brosur. Untuk sumbangan yang berupa zakat dan memerlukan resit bagi tujuan
pengecualian cukai pendapatan, sila hubungi Pn.Liza bte Rahmat (019-6667536) untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah memilih Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sebagai penyumbang ikhlas kepada usaha
murni ini, dan selanjutnya diganjari dengan balasan kebaikan di dunia dan di akhirat. Segala perhatian
dan tindakan dari pihak Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih
wa Jazakumullahu Khairan Kathira.

Yang menjalankan amanah,

PROF DATUK DR.MOHD RAZALI BIN MUHAMAD

Pengerusi,Lembaga Pengelola SRiM

Tel: 012-6032006, mohdrazali@utem.edu.my

Anda mungkin juga menyukai