Anda di halaman 1dari 1

Sheikh Mohd Ashrawi bin S Zainal Abidin

Presiden,
Kelab Pembangunan Kemahiran Sosial Kanak-Kanak
Luar Bandar dan Malaysia (REACH),
12A, Lorong Kingfisher 17, Phase 3, Taman Kingfisher,
88450 Kota Kinabalu,
SABAH.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGANJURKAN PROGRAM GRAND OUTREACH DI SK


LONG MIRI PADA TAHUN 2024

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita pihak kami ingin menjemput pihak Tuan untuk mengadakan program Grand
Outreach di SK Long Miri pada tahun hadapan. Pihak sekolah mencadangkan agar program
ini boleh melibatkan murid-murid dari kesemua sekolah-sekolah Zon Baram Tengah.

3. Pihak sekolah percaya penganjuran program Grand Outreach ini akan membantu
pengembangan murid-murid dari aspek sosial, emosi, dan jasmani. Tambahan lagi, program
ini akan memberikan peluang berharga untuk interaksi dunia sebenar antara murid-murid
dengan komuniti ataupun masyarakat yang terlibat.

5. Besarlah harapan pihak sekolah agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan jemputan
ini demi kelansungan Pendidikan yang berteraskan komuniti di Zon Baram Tengah.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(GRUNAK ANAK UTEK)


Guru Besar,
SK Long Miri,
Baram.

s.k. Fail sekolah

Anda mungkin juga menyukai