Anda di halaman 1dari 16

Isu Murtad Dalam kalangan Saudara Baru: Satu Kajian Di Negeri Selangor

Nurul Afifah Bt Musameh


Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan
Isu murtad adalah satu isu yang boleh disifatkan sebagai barah dalam agama Islam dan
umatnya. Banyak permohonan dan kes-kes yang melibatkan orang Islam murtad dan memilih
agama lain sebagai agama mereka yang baru. Antara kes yang mendapat perhatian
masyarakat seperti kes Lina Joy, Aisyah Bukhari, Kamariah Ali dan ramai lagi. Banyak
faktor yang mendorong mereka memilih agama selain Islam sebagai agama anutan mereka
yang baru seperti berkahwin dengan pasangan bukan Islam, lemah didikan agama, pengaruh
agama lain dan sebagainya.
Isu murtad ini bukan hanya terjadi kepada umat Islam yang asal sahaja bahkan turut
terjadi kepada golongan saudara baru. Islam menyambut baik seruan hidayah yang hadir
dalam diri saudara baru ini namun pada masa yang sama terdapat segelintir dari golongan ini
yang memilih untuk kembali ke agama asal ataupun murtad setelah memeluk Islam. Isu ini
dilihat sebagai isu yang penting kerana ianya melibatkan tanggungjawab sebagai umat Islam
yang mempunyai amanah bagi membimbing masyarakat Islam amnya dan golongan saudara
baru ini khususnya dalam memberi kefahaman yang jelas tentang Islam. Sebagai golongan
yang baru hendak mendalami Islam, golongan saudara baru ini terpaksa mendepani cabaran
dan halangan yang datang seperti tentangan ahli keluarga agama asal, penerimaan
masyarakat, masalah ekonomi dan sebagainya. Tekanan-tekanan ini dilihat sebagai antara
faktor yang mendorong mereka untuk kembali ke agama asal. oleh itu, penekanan aqidah
harus diberi perhatian bagi mengelakkan isu murtad ini terjadi.
Realiti hari ini menyaksikan tumbuhnya pelbagai organisasi dakwah yang timbul atas
kesedaran untuk membantu dan menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru sebagai
golongan yang harus dibela aqidah mereka. Pelbagai usaha dilakukan untuk membimbing
saudara baru. Selain memberi kefahaman Islam dan membimbing golongan saudara baru,
organisasi-organisasi ini turut menggembleng seluruh usaha bagi menyelesaikan kes-kes
saudara baru yang murtad dan menjalankan usaha-usaha bagi membendung isu ini dari terus
melanda masyarakat Islam.
Nurul Afifah Bt Musameh 2
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

Definisi murtad
Murtad berasal dari bahasa arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa perkataan riddah
kebiasaannya bermaksud kembali atau rujuk, iaitu kembali kepada sesuatu kepada sesuatu
yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang luas iaitu mereka yang
meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam kepada mempercayai agama lain.
Dari segi istilah, murtad membawa maksud keluar daripada agama Islam atau tidak
mempercayai agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun iktiqad. Terdapat
juga pandangan yang menyatakan bahawa seseorang Islam juga dianggap murtad sekiranya
dia mencampakkan al-Quran, mencerca Rasulullah, menafikan fardhunya menunaikan solat
dan zakat ataupun dengan sengaja meminum arak dan terlibat dengan penzinaan (Mohamed
Azam Mohamed Adil 2009: 3-4).
Murtad boleh terjadi melalui beberapa cara iaitu melalui iktikad, perkataan dan
perbuatan. Murtad melalui iktikad berlaku apabila seseorang itu beriman atau berpegang
dengan suatu pegangan yang salah dari sudut aqidah Islamiah beserta dasar-dasar
kepercayaan seorang mukmin kepada Islam (Ann Wan Seng 2009: 69). Amran Kasimin
(1988: 8) menyatakan bahawa berniat atau bercita-cita ingin keluar dari Islam seperti berniat
menukar nama selain nama agama Islam, mengancam untuk keluar Islam jika permintaannya
tidak dipenuhi, beriktikad bahawa agama selain dari Islam adalah benar termasuk dalam
murtad melalui iktikad.
Murtad melalui perkataan pula boleh berlaku apabila seseorang melafazkan kalimah-
kalimah yang dianggap memperlekeh, menghina, mengeji dan membenci ajaran Islam.
menyebut dengan sengaja perkataan yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada
berkait dengan tauhid, ibadah dan akhlak atau sebagainya seperti menghalalkan sesuatu yang
diharamkan Islam (Amran Kasimin 1988: 9).
Murtad melalui perbuatan pula terjadi apabila seseorang melakukan perbuatan-
perbuatan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam yang telah ditentukan Allah juga
merupakan salah satu cara murtad. Perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan
mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara-cara yang ditentukan hanya untuk
membesar dan memuliakan Allah seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak berniat untuk
menyamakannya dengan Tuhan. Perbuatan melakukan ibadah penyembahan yang dilakukan
orang-orang kafir dan perbuatan menghina Islam seperti menggunakan ayat-ayat suci al-
Quran dan hadis-hadis nabi dengan tujuan menghina dan merendahkannya juga termasuk
dalam murtad melalui perbuatan ( Ann Wan Seng 2009: 70).
Nurul Afifah Bt Musameh 3
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

Hukuman golongan murtad


Pada dasarnya, terdapat beberapa pandangan mengenai hukuman murtad dalam Islam dan
ianya boleh dirumuskan kepada dua golongan:

1. Hukuman Murtad adalah Hudud.


Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti Mazhab Shafie, Maliki dan Hanbali di
mana mereka berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak
diampunkan oleh Allah melainkan bertaubat. Firman Allah s.w.t:
    
   
  
  
   
   
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam kekafiran,
Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Quran, Surah Al-Baqarah 2, 217).

Dalil ini dikukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w.:

ٍ ‫ا إح ِهى‬
‫ثاث‬ ‫رسو‬
ُ ‫أأ‬ ‫ا ِ ُ ُد ام ٍر امسل يش ُه أن ا إلِ ا ُ ي‬
‫ف إل ف إلت ُر إه لل ا ت ُر إسجمتعة‬
ُ ‫إلَي ُ إل ن إل‬
"Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang
yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan
sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin.1

Hukuman murtad ini akan dijalankan setelah tamat tempoh taubat yang diberikan
seperti memberi tempoh selama tiga hari. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan dalam
membahaskan tempoh taubat dalam perkara murtad ini (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah
Mohd Ali 2007: 4).

1
Riwayat Muslim, no. Hadith: 1676, kitab Sahih Muslim, kitab al-qasamati wa al-muharbina wa al-qisasi wa al-
diyati, bab: ma yubahu bihi dam al-muslim, hlmn 1302.
Nurul Afifah Bt Musameh 4
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

2. Tiada ketetapan bentuk hukuman murtad


Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd al-Mutaali al-Saidi, Ibrahim al-
Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya
hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir. Faktor yang menyebabkan Rasululullah
s.a.w. menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan
mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama
terhadap kesahihan dan darjat hadith ”sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”
Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum
menurut ilmu fiqh (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah Mohd Ali 2007: 4).
Fuqaha silam ada membezakan antara mereka yang dilahirkan sebagai Islam
kemudian mereka murtad dengan mereka yang murtad mereka yang memeluk Islam (mualaf).
Mereka yang lahir sebagai Islam kemudian murtad hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh
tanpa diberi peluang bertaubat manakala bagi golongan mualaf, peluang bertaubat hendaklah
dibuka seluasnya. Ini kerana mereka adalah golongan yang kurang mendalami Islam dalam
agama Islam (Mohamed Azam Mohamed Adil 2009: 6).

Kesalahan Murtad menurut undang-undang


Peruntukan dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan seolah-olah mencerminkan
bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya, tetapi
sebaliknya hak kebebasan beragama sebenarnya tidak mutlak apabila persoalan mengenai
murtad dibangkitkan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang Islam
yang berhasrat untuk meninggalkan agamanya, sesetengah negeri mempunyai peruntukan
bahawa mereka yang murtad melakukan kesalahan sama ada di bawah Undang-undang
Jenayah Islam atau di bawah Undang-undang Pentadbiran Islam (Mohamed Azam Mohamed
Adil 2003: 36).
Umumnya, terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia.

1) Adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda sehingga RM 5000 atau penjara
sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-
mana daripada ketiga-tiga bentuk hukuman ini.
2) Tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga 36 bulan.
Nurul Afifah Bt Musameh 5
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

3) Tiada sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan melalui kaunseling sebelum


kebenaran keluar Islam diluluskan.

Antara negeri-negeri yang menggunakan Enakmen Undang-undang Pentadbiran


Agama Islam atau Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri adalah seperti
berikut:

1. Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak 1992 yang mengenakan


hukuman denda RM 3000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
2. Seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu 1996 dan
Seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
Melaka 1986 memperuntukkan hukuman RM 3000 atau denda setahun penjara atau
kedua-duanya sekali.
3. Seksyen 55 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 pula
memperuntukkan denda tidak lebih RM 2000 dan penjara tidak lebih dari setahun
atau kedua-duanya.
4. Seksyen 185 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu
Pahang 1982 (Pindaan 1989) mengenakan denda tidak lebih RM 5000 atau penjara
tidak kurang tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam sebatan.
5. Seksyen 6 (2) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan
Orang Islam) Selangor 1988 menyatakan jika sabit dengan kesalahan pada seksyen 6
(1) enakmen yang sama hendaklah dikenakan denda tidak melebihi RM 5000 atau
penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali
(http://www2.esyariah.gov.my/. 11 Disember 2014).

Bagi negeri-negeri seperti Sabah, Kelantan dan Melaka, orang yang murtad ditahan
secara mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah. Bagi negeri Sabah dan Kelantan, seseorang
Islam yang keluar Islam atau berhasrat untuk keluar Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan
Aqidah untuk satu jangka masa tidak lebih dari 36 bulan dan di Melaka hanya diperuntukkan
penahanan selama 6 bulan (Mohd Azam Mohamed Adil 2009: 7-9).
Jika diteliti, sememangnya tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad
termasuk hukumannya. Ini berikutan undang-undang jenayah Islam yang boleh
dikuatkuasakan oleh mahkamah-mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia hanyalah
Nurul Afifah Bt Musameh 6
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

merangkumi hukuman maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau denda sebanyak RM5000
atau mana-mana kombinasi hukuman. Jelasnya, bidang kuasa jenayah adalah terhad dan
hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Jenayah murtad tidak di sebut di
dalam enakmen kesalahan jenayah Syariah dikebanyakan negeri di Malaysia. Namun
demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah
negeri (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah Mohd Ali 2007: 5).

Langkah-Langkah Dan Usaha Organisasi Dakwah Dalam Menangani Isu Murtad


Saudara Baru.
Isu murtad dalam kalangan saudara baru mendapat perhatian yang serius dari organisasi
dakwah dalam usaha menangani golongan ini kembali kepada agama asal mereka. Organisasi
dakwah dilihat bekerjasama dengan menjalankan pelbagai usaha untuk mengekalkan mereka
dalam Islam. Usaha-usaha ini dirangkumkan dari beberapa organisasi dakwah yang dikaji
iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (PERKIM). Antara usaha yang dilakukan oleh organisasi-organisasi dakwah
tersebut adalah seperti berikut:
1. Memperkasakan pendidikan
Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam memberikan kefahaman yang
jelas kepada saudara baru mengenai hukum hakam dalam Islam. Sebagai sebuah
organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan pengurusan kepada saudara
baru, MAIS menyediakan banyak kelas fardhu ain di seluruh Selangor.
Bil Daerah Bilangan Kelas
1 Klang 20
2 Kuala Langat 25
3 Gombak 23
4 Petaling 24
5 Sepang 10
6 Sabak Bernam 5
7 Kuala Selangor 10
8 Hulu Selangor 16
9 Hulu Langat 17
Jadual 1: Bilangan Kelas Agama Saudara Baru Anjuran MAIS
Nurul Afifah Bt Musameh 7
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

Berdasarkan jadual bilangan yang dikemukakan, terdapat banyak kelas yang


telah disediakan untuk kemudahan golongan saudara baru dalam usaha untuk
memberi kefahaman terhadap Islam secara lebih jelas dan dapat menghindar masalah
murtad akibat tidak faham agama Islam. Kelas-kelas ini dikendalikan oleh guru-guru
yang dilantik oleh pihak MAIS yang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan
(Che Mohd Noor Lee 2014). Secara umumnya, kelas-kelas agama atau kelas fardhu
ain juga banyak dikendalikan oleh organisasi dakwah yang lain seperti Malaysian
Chinese Muslim Association (MACMA), Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Hidayah Centre Foundation (HCF) dan lain-lain lagi. Bahkan boleh dikatakan hampir
semua organisasi dakwah yang menjalankan pengurusan kepada saudara baru
menyediakan kelas-kelas agama sebagai program wajib.
Selain kelas-kelas fardhu ain dan agama, beberapa kursus intensif juga
dijalankan oleh organisasi-organisasi dakwah. Mohd Farhan Tee (2014) mengatakan
bahawa kursus intensif diadakan oleh PERKIM kepada saudara baru yang baru
memeluk Islam untuk memberi pendedahan tentang asas-asas Islam dan sebagai
motivasi bagi menghadiri kelas-kelas yang disediakan.
2. Bantuan Kebajikan
Organisasi-organisasi dakwah saudara baru banyak memperuntukkan bantuan
kebajikan kepada golongan ini terutama dalam bantuan kewangan. Mohd Helmi
Mohamed Nuri (2013: 5) mengatakan bahawa sebagai golongan yang mempunyai
cabaran selepas pemelukan agama Islam, organisasi dakwah berperanan membantu
meningkat kehidupan dalam pelbagai aspek ekonomi dengan cara memberi bantuan
zakat, bantuan bulanan, bantuan pelajaran, bantuan perubatan, dermasiswa dan
banyak lagi. Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah dengan melihat usaha
PERKIM yang banyak menjalankan bantuan sama ada dari PERKIM sendiri atau
mengadakan majlis penyerahan zakat dari syarikat-syarikat kepada asnaf mualaf.
Usaha ini penting sebagai salah satu usaha untuk membantu saudara baru
mempertingkatkan ekonomi dan kebajikan mereka serta melembutkan hati golongan
ini ke arah Islam ( Mohd Syahril Rosdi Ahmad zahudi. 2014: 16).
3. Ziarah Aqidah dan Kebajikan
Ziarah aqidah dan kebajikan ini dijalankan bagi membuat pemantauan kepada saudara
baru. Bagi kes yang memohon untuk murtad, ziarah ini diadakan dengan cara
menziarahi mereka di rumah dan memberi nasihat, kaunseling serta bertanyakan
Nurul Afifah Bt Musameh 8
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

masalah yang dihadapi sehingga mendorong mereka untuk kembali ke agama asal.
Usaha ini sering dilakukan oleh Skuad Mesra di bawah MAIS (Che Mohd Noor Lee
2014). PERKIM juga menjalankan usaha ziarah aqidah ini serta memberi sedikit
sumbangan ketika ziarah tersebut (Mohd Farhan Tee 2014).

4. Proses Istitabah
Proses istitabah ini dijalankan oleh Jabatan Mufti dengan kerjasama organisasi
dakwah seperti MAIS, PERKIM dan lain-lain lagi terhadap kes-kes yang dibicarakan
di mahkamah. Istitabah ini kebiasaannya dijalankan dalam bentuk kaunseling dan
dikendalikan oleh panel yang dilantik untuk memujuk agar kekal dalam Islam. Panel-
panel yang dilantik juga terdiri dalam kalangan panel pendakwah dari bangsa yang
sama dengan mereka bagi tujuan psikologi dan kearifan mereka dalam agama lama
mereka. Kebiasaannya proses ini dijalankan dalam tempoh dan sesi yang ditetapkan
mahkamah. Setiap kes kebiasaannya melalui 12 sesi istitabah dan diberi tempoh 60
hari. Sekiranya masih belum berjaya, tempoh tersebut boleh dilanjutkan mengikut
perintah mahkamah.. Hasil proses istitabah akan dikemukakan kepada mahkamah
untuk diputuskan sama ada kekal dalam Islam atau murtad (Che Mohd Noor Lee
2014).

5. Memperketatkan proses pengislaman


Che Mohd Noor Lee (2014) menyatakan salah satu usaha untuk menangani isu
murtad saudara baru ini dengan memperketatkan proses pengislaman dengan cara
yang betul. Sebagai contoh, faktor utama yang mendorong mereka memeluk Islam
adalah faktor perkahwinan. Maka, satu proses yang teliti diambil dengan memberikan
sedikit brainwash kepada saudara baru tersebut dan pasangannya dengan tidak
menjadikan perkahwinan sebagai faktor utama masuk Islam dan meninggalkan agama
Islam sekiranya perkahwinan tersebut gagal. Ironinya, proses ini dilakukan bukanlah
untuk menyusahkan pengislaman bahkan untuk memberi kefahaman yang jelas dan
tidak memandang remeh tentang isu murtad.
Selain itu, MAIS juga telah menjalankan satu syarat bagi saudara baru yang
hendak mendapatkan bantuan mereka dengan mendapatkan tandatangan guru kelas
agama sebagai bukti mereka mengikuti kelas agama yang diadakan oleh MAIS sendiri
atau kelas-kelas agama yang lain. Perkara ini dilakukan bagi memberi kesedaran
Nurul Afifah Bt Musameh 9
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

kepada golongan saudara baru tentang kepentingan ilmu agama dan bukanlah sekadar
ingin mendapatkan bantuan. Penerapan ilmu agama yang mantap dapat
menghindarkan golongan ini dari isu murtad (Che Mohd Noor Lee 2014).

Secara kesimpulan, langkah-langkah yang dinyatakan di atas merangkumi cara sedia


ada untuk menangani masalah murtad saudara baru dan langkah-langkah yang diambil ketika
proses permohonan murtad oleh golongan ini. Bagi usaha memperkasakan ilmu dan memberi
bantuan adalah langkah-langkah sedia ada manakala ziarah aqidah, proses istitabah dan
memperketatkan proses pengislaman adalah langkah yang diambil ketika permohonan dibuat
ataupun ketika kes-kes dalam perbicaraan.

Faktor-Faktor Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru


Fenomena murtad yang berlaku sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi bermula dari
kes Lina Joy pada tahun 1997 sehingga kini. Namun begitu, kes murtad yang berlaku kini
bukan sahaja melibatkan mereka yang sememangnya beragama Islam bahkan juga mereka
yang baru memeluk Islam ataupun digelar mualaf. Sehubungan dengan itu, beberapa hasil
kajian mendapati antara faktor yang menyebabkan saudara kita yang baru mendapat hidayah
ini berpaling semula daripada Islam ialah:

1) Bercerai atau ditinggalkan oleh pasangan yang Islam


Salah satu cara agama Islam disebarkan adalah melalui ikatan perkahwinan.
Kebelakangan ini, terdapat banyak kes permohonan memeluk Islam dengan tujuan untuk
bernikah dengan pasangan yang muslim. Namun begitu, sejauhmana pegangan agama
yang berdasarkan kepada ikatan perkahwinan ini mampu bertahan kerana perkara yang
sering terjadi ialah terdapat dalam kalangan saudara baru yang memeluk Islam dengan
tujuan untuk berkahwin dengan seorang muslim semata. Namun, apabila perkahwinan itu
gagal dan tidak bertahan lama, maka sesetengah daripada mereka bertindak keluar
daripada Islam (Amran Kasimin 1988:13).
Selain daripada itu, murtad dalam kalangan saudara baru turut terjadi selepas proses
penceraian selesai dan mereka tidak mendapat sebarang bantuan serta perhatian daripada
pihak-pihak yang tertentu. Perkara ini terjadi terutamanya kepada mereka yang tidak
bekerja dan tinggal keseorangan seperti pepatah melayu yang mengatakan “sudah jatuh
Nurul Afifah Bt Musameh 10
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

ditimpa tangga”. Hal ini mendorong mereka untuk kembali kepada pangkuan
keluarganya dan menganut ajaran asal mereka. (Farhan Abdullah 2013: 70-71)
Walaubagaimanapun, terdapat juga dalam kalangan mereka yang memeluk Islam
dengan tujuan berkahwin dengan seorang muslim yang mereka cintai namun mereka
tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian kerana pegangan akidah yang
lemah oleh kedua-dua belah pihak. Rentetan daripada itu, apabila berlakunya penceraian
mereka akan kembali menganut ajaran lama mereka dengan alasan mereka tidak pernah
mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.(Che Mohd Noor Lee 2014)

2) Masalah ekonomi
Faktor yang berkaitan dengan berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru juga
adalah ekonomi iaitu apabila berlakunya kempen untuk memasuki Islam dengan cara
yang salah. Hal ini berlaku bilamana terdapat sesetengah pihak yang memancing dengan
membuat propaganda tentang kemudahan-kemudahan dan keistimewaan yang boleh
didapati bilamana mereka memeluk Islam seperti pemberian biasiswa ataupun bantuan-
bantuan subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk kaum bumiputera. Rentetan
daripada itu, mereka akan memasuki Islam dengan tujuan untuk mendapatkan kemudahan
tersebut tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan mengamalkan gaya hidup lama yang
bukan dengan berlandaskan syariat Islam. (Amran Kasimin 1988:13-15).
Selain daripada itu, penukaran agama asal kepada agama Islam sangat memberi kesan
yang mendalam kerana perbuatan ini akan mendapat sindiran sinis dari rakan sekerja dan
kebarangkalian dibuang kerja sangat tinggi disebabkan kerjaya yang mereka sandang
tidak menepati skop bidang kerja mereka dan berbeza sebagaimana yang telah ditetapkan
di dalam etika Islam sama ada dari sudut pakaian, pergaulan, bentuk kerja dan
sebagainya. Tambahan pula, kemungkinan untuk berlaku double standard turut berlaku
dalam mana- mana organisasi yang bukan Islam sehingga menimbulkan kesukaran
terhadap mereka. (Mohd Ridhuan Tee Abdullah 1996)

3) Desakan hidup persekitaran dan juga keluarga


Persekitaran hidup dan juga desakan keluarga turut menyumbang kepada murtadnya
saudara baru. Tambahan pula, saudara baru yang murtad kerana tidak memahami islam
secara menyeluruh merasa sukar untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan dalam islam.
Saudara baru juga sukar menyesuaikan diri dengan suasana hidup baru namun begitu,
Nurul Afifah Bt Musameh 11
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

penganut islam sendiri tidak memberikan kerjasama dan contoh yang baik kepada
mereka. Lebih-lebih lagi apabila, mereka didera atau diabaikan oleh pasangan mereka
yang sememangnya beragama islam dan mereka juga tidak diperdulikan oleh masyarakat
islam yang lain. (Farhan Abdullah 2013: 70-71)
Dari sudut keluarga pula, pada kebiasaannya masyarakat yang berbangsa dan agama
selain dari Melayu dan juga Islam akan melihat dan menilai bahawa dengan menukar
agama kepada Islam maka mereka juga harus menukar bangsa dan nama mereka kepada
bangsa Melayu, ini kerana penganut Islam di Malaysia di dominasi oleh bangsa Melayu
.(Abdullah Muhammad Zin 1993) Tambahan pula, imej Islam yang selalu dikaitkan
dengan kemunduran, keganasan, kemiskinan dan juga pelbagai pandangan yang negatif
telah membangkitkan ketakutan dan juga impak yang pelbagai terhadap penganut agama
lain seterusnya menimbulkan pelbagai istilah seperti islamophobia2, terrorist3 dan
sebagainya. Implikasi yang timbul daripada perkara tersebut menghalang keluarga dari
membenarkan ahli mereka menganut agama Islam dengan melakukan pelbagai cara untuk
menghalang ahlinya dari terjurus dengan Islam samada dengan menghalau, memukul,
memarahi dan juga mengusir mereka dari rumah. (Mohd Ridhuan Tee Abdullah 1996)
Walaubagaimanapun, hasil perbincangan bersama salah seorang Pegawai Ekskutif
Pembangunan Mualaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Che Mohd Noor Lee (2014)
memang terdapat beberapa faktor murtad bagi saudara baru namun hanya satu sahaja
faktor utama yang kebiasaannya berlaku yang menjurus ke arah murtad bagi saudara baru
iaitu melalui aspek perkahwinan. Oleh itu, perkahwinan memainkan peranan besar keatas
perubahan yang dilakukan oleh mualaf.
Hasil daripada proses perkahwinan juga dapat melahirkan faktor-faktor sampingan
yang menyebabkan berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru seperti penceraian,
tidak jadi berkahwin bersama pasangan pilihan muslim seterusnya menyebabkan individu
terbabit merasa tawar hati terhadap Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam selepas
berkahwin sehinggalah berlakunya penceraian menyebabkan pasangan tersebut
merasakan tiada gunanya untuk kekal di dalam Islam dan juga tiada pengetahuan
mengenai Islam kerana pasangan yang sememangnya Islam tidak menjalankan peranan

2
Istilah bagi sikap trauma dan takut kepada agama Islam, http://www.discoverthenetworks.org;
http://www.islamophobia.org: 01 Disember 2014
3
Istilah bagi pengganas yang biasanya merujuk kepada umat Islam yang ekstrimis
Nurul Afifah Bt Musameh 12
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

sebagai seorang muslim yang baik. Peranan perkahwinan boleh dilihat berdasarkan
gambar rajah di bawah:

PERKAHWINAN

Penceraian

Tidak Jadi Kahwin

Tidak Mengamalkan
Islam

Tiada Pengetahuan Tentang


Islam

Gambar rajah 1: Faktor Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru

Gambar rajah 1 menunjukkan faktor perkahwinan berada pada kedudukan yang paling
dalam sekali, ini kerana ia merupakan faktor utama yang merangkumi faktor-faktor
sampingan murtad yang lain seperti bercerai, tidak jadi berkahwin dengan pilihan
pasangan yang muslim, tidak mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin dan juga tiada
pengetahuan mengenai Islam kerana pasangan yang sememangnya Islam bukanlah
seorang muslim yang baik dan tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan
seharian. Hasil analisis juga mendapati kekerapan sebutan kes yang melibatkan faktor-
faktor murtad sejak tahun 2005 sehingga 2014 di Negeri Selangor ini adalah seperti
berikut:
Nurul Afifah Bt Musameh 13
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

Punca Permohonan Murtad Mualaf Bilangan Kes

Penceraian 55

Tidak mengamalkan islam 20

Tidak jadi berkahwin dengan pasangan pilihan 17

Tiada pengetahuan tentang Islam 3

Jadual 2: Punca Permohonan Murtad Mualaf Tahun 2005-2014

Walaubagaimanapun, menurut Che Mohd Noor Lee (2014) lagi terdapat juga
beberapa faktor-faktor minor yang menyumbang kepada berlakunya murtad dalam
kalangan saudara baru iaitu daripada aspek ekonomi dan juga keluarga. Berdasarkan
kepada kajian, masalah murtad yang melibatkan kepada ekonomi turut menyumbang
kepada isu ini namun demikian, aspek masalah ekonomi ini begitu kecil berbanding
dengan faktor utama. Antara kes yang pernah terjadi ialah bilamana terdapat seorang
mualaf A (nama sebenar dirahsiakan) yang bertindak memfailkan permohonan untuk
keluar daripada Islam kerana mengalami masalah ekonomi namun ditolak oleh mahkamah
dan diberi bantuan oleh MAIS agar mualaf A ini dapat menjaga agamanya semula.
Begitu juga dengan aspek keluarga. Secara lumrahnya tiada siapa yang mahu ahli
keluarga sendiri keluar menganuti ajaran agama lain, terdapat satu kes yang melibatkan
seorang mualaf wanita yang berasal daripada agama Hindu yang bersekedudukan dengan
seorang lelaki muslim berwarga Pakistan sehingga mengandung. Kemudian pasangan
tersebut berkahwin dan wanita berkenaan memeluk Islam. Namun begitu, masalah yang
timbul ialah bilamana anak yang dilahirkan itu tidak sah taraf kerana merupakan anak luar
nikah dan tidak boleh didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan
bernasabkan kepada ayahnya sehingga menimbulkan ejekan, tohmahan dan cacian
daripada masyarakat. Hasil desakan dan dorongan daripada keluarga pihak wanita yang
mempropagandakan isu ini menyuruh wanita berkenaan memasuki semula ajaran Hindu
kerana tiada sebarang masalah untuk mengaitkan nama ayah dengan anak. Kemudian,
setelah mendapat keputusan daripada mahkamah, wanita ini dibantu untuk menyelesaikan
masalah nama tersebut dan akhirnya selamat aqidah wanita berkenaan.
Walaupun terdapat banyak kes murtad dalam kalangan saudara baru namun, hasil
usaha yang dilakukan oleh institusi dakwah dan kerjasama dengan badan-badan dakwah
Nurul Afifah Bt Musameh 14
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

bukan kerajaan tidak dapat dinafikan dapat menghalang sedikit sebanyak usaha-usaha
murtad yang dilakukan oleh saudara baru. Berikut adalah jumlah dan keputusan kes
murtad saudara baru yang difailkan ke mahkamah Negeri Selangor sekitar tahun 2005
sehingga 2014 seterusnya menunjukkan usaha yang dilakukan oleh institusi kerajaan
negeri Selangor dalam menangani isu murtad:

Kes Sedang Kes Yang


Jenis Kes Catatan
Berjalan Sudah Selesai
Daftar Islam Di
1. Gagal Menghadirkan Diri
Selangor-
40 9 Ke Mahkamah
Mahkamah
2. Kekal Dalam Islam
Selangor
Daftar Islam Di
Selangor- 1. Mahkamah Perintah
0 1
Mahkamah Luar Kekal Dalam Islam
Selangor
Daftar Islam Luar
1. Gagal Menghadirkan Diri
Selangor-
40 5 Ke Mahkamah
Mahkamah
2. Kekal Dalam Islam
Selangor
Jadual 3: Kes Murtad Saudara Baru Sekitar Selangor 2005-2014
Sumber Rujukan: Mais 2014

Oleh yang demikian, jelaslah secara umum bahawa faktor perkahwinan memainkan
peranan penting sama ada dalam berdakwah kepada Islam ataupun memalingkan individu
kepada Islam. Justeru itu, perkahwinan antara saudara baru dan muslim azali adalah sesuatu
yang sukar dan perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak timbul isu murtad dalam kalangan
umat Islam.
KESIMPULAN

Dewasa ini, telah menjadi satu fenomena di mana ramai yang berpusu-pusu dalam mencari
hidayah Allah s.w.t. dan memasuki Islam dengan kerelaan hati. Namun begitu, seiring
dengan aktifnya bilangan umat yang ingin memasuki Islam begitu juga aktifnya dalam
kalangan umat Islam yang ingin menukar agama (murtad) kepada agama lain. Tragedi murtad
ini bukan sahaja dalam kalangan umat Islam yang sejak azali bahkan turut berlaku dalam
kalangan saudara baru. Menurut Che Mohd Noor Lee (2014) terdapat pelbagai faktor yang
Nurul Afifah Bt Musameh 15
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

menjadi sebab murtadnya seorang muslim, bagi saudara baru pula antara faktor utama yang
menyebabkan mereka kembali kepada ajaran lain adalah disebabkan dengan perkahwinan.
Kegagalan dalam mempertahankan institusi kekeluargaan ini merupakan punca utama yang
menyebabkan mereka kembali murtad. Selain itu, dengan tidak mengamalkan gaya hidup
seperti seorang muslim setelah berkahwin turut menyumbang kepada berlakunya murtad
dalam kalangan saudara baru.
Sungguhpun begitu, dalam situasi di Malaysia terdapat beberapa usaha dan langkah-
langkah yang diambil oleh badan-badan keagamaan dalam menangani isu ini seperti
menggubal undang-undang mengenai hukuman murtad, memperkasakan pendidikan awal
berkenaan aqidah dan tauhid, bantuan kebajikan kepada muslim, ziarah aqidah dan kebajikan,
melakukan proses istitabah (proses bertaubat) dan juga memperketatkan proses pengislaman
bagi mereka yang ingin memeluk Islam agar mereka yakin dengan keputusan yang telah
diambil.
Walaubagaimanapun, usaha yang dilakukan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama
dari semua pihak termasuk individu muslim itu sendiri. Oleh itu, umat Islam hendaklah
mempunyai aqidah yang mantap dan syariat serta akhlak yang jelas berpaksikan al-Quran dan
as-Sunnah agar dapat menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat keberkatan
daripada Allah s.w.t

RUJUKAN

Al-Quran.
Abdullah Muhammad Zin. 1993. Dakwah kepada non muslim: Konsep dan metod. Kertas
Kerja Seminar Dakwah Dan Kepimpinan II Peringkat Kebangsaan. Anjuran Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Oktober 1993.
Amran Kasimin. 1988. Satu Analisa Mengenai Murtad. Pustaka al-Mizan: Petaling Jaya.
Ann Wan Seng. 2009. Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: Must Read
Sdn Bhd.
Che Mohd Noor Lee. 2014. Isu Murtad Saudara Baru: Faktor Dan Langkah Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) Menangani Isu Murtad Saudara Baru, Klang. Temu bual, 10
Disember.
Council on American-Islamic Relations. 2014. 2013 Anti islam legislation.
http://www.islamophobia.org [01 Disember 2014]
Nurul Afifah Bt Musameh 16
Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi
Isu Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru: 1 Kajian Di Negeri Selangor

Discover The Networks. 2014. Terrorism. http://www.discoverthenetworks.org [01 Disember


2014]
Farahwahida Mohd Yusuf, Aminuddin Ruskam, Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin,
Noraihan Nordin, Sharifah Munirah Timmiati. 2008. Kaedah Penyelesaian Dalam
Menangani Masalah Pertukaran Agama Dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam Di
Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan Vot
Rmc 78097, Universiti Teknologi Malaysia
Farhan Abdullah. 2013. Kristianisasi Dan Gejala Murtad. Kuala Lumpur: Hijjaz Record
Publishing.
http://www2.esyariah.gov.my. [11 Disember 2014].
Mohamed Azam Mohamed Adil. 2003. Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan Malaysia:
Konflik Antara Kebebasan Beragama Dan Hukum Islam. Jurnal Syariah 11 (1): 23-
46.
Mohamed Azam Mohamed Adil. 2009. Murtad- Status Semasa. Dlm. Ann Wan Seng (pnyt.).
Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata, hlmn. 3-17. Kuala Lumpur: Must Read Sdn
Bhd.
Mohd Farhan Tee. 2014. Usaha PERKIM Dalam Menangani Isu Murtad Saudara Baru,
Selangor. Temu Bual, 9 Disember.
Mohd Helmi Mohd Nuri. 2013. Masalah Saudara Baru: Sejauh Mana MAIS Menanganinya.
MAIS News Januari: 5.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 1996. Saudara kita selepas memeluk Agama Islam, cabaran
dan penyelesaiannya. Kertas Kerja Seminar Dakwah Saudara Kita Se Malaysia 1996.
Anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pinang, 17 November 1996.
Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi. 2014. Mualaf disantuni zakat. Utusan Malaysia, 4 Jun:
16.
Zulkifli Hasan & Norfadhilah Mohd Ali. 2007. Kedudukan murtad menurut perspektif
undang-undang di Malaysia. Diskusi Syariah dan Undang-undang. Anjuran Fakulti
Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, 17 Januari.

Anda mungkin juga menyukai