Anda di halaman 1dari 4

3.

1 Definisi murtad

Murtad menurut bahasa Arab berasal daripada perkataan riddah. Manakala, dari segi
bahasa, riddah membawa maksud kembali dari sesuatu kepada selainnya. Justeru, dari segi
bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Manakala,
dari segi istilah syarak, murtad ditakrifkan sebagai keluar daripada Islam dan kembali kepada
kufur serta membebaskan diri daripada Islam sama ada dengan niat atau perbuatan atau
perkataan sama ada diucapkan dengan gurauan atau penentangan atau iktikad. (Arieff Salleh
Rosman 2001).

Fenomena pertukaran agama dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia


sudah berada pada tahap membimbangkan. Kebimbangan ini berasaskan kepada jumlah
permohonan dalam kalangan Melayu-Islam untuk menukar agama. Menukar agama daripada
Islam kepada agama lain diistilahkan sebagai jenayah riddah (‘Awdah, 1994). Umum
mengetahui bahawa perbuatan riddah merupakan dosa besar dan menurut jumhur ulama
perbuatan ini akan dibalas dengan hukuman yang pedih di akhirat serta boleh dihukum
sebagai jenayah menurut al-Quran dan al-Sunnah (Ahmad Ibrahim, 1997). Firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama
Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal
mereka di dalamnya (selama-lamanya)”.

3.2 Perkara menyebabkan murtad

3.2.1 Melalui perkataan

Murtad boleh terjadi apabila seseorang Islam telah mengeluarkan perkataan yang
menunjukkan dia menolak ajaran, hukum dan prinsip Islam serta menghina Islam atau
para rasul Allah SWT. Contohnya mengatakan Islam adalah agama yang salah dan tidak
relevan lagi untuk diamalkan

3.2.2 Melalui perbuatan


Berlaku dengan perbuatan dan tingkah laku seseorang yang boleh membatalkan
imamnya. Contohnya seorang muslim bersujud kepada berhala, matahari, bulan dan
sebagainya dengan sengaja atau berniat untuk mengagungkan atau menyembahnya,
maka dia telah murtad dari agama Islam.

3.2.3 Melalui niat

Apabila seseorang Islam tidak meyakini segala kebenaran ajaran Islam di dalam hatinya
serta rasa ragu-ragu dengan ajaran Islam dan mempunyai keinginan untuk meninggalkan
Islam. Sebagai contoh, muslim meragui kebesaran dan kekuasaan Allah.

3.3 Faktor- faktor berlaku murtad

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada gejala murtad, iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran.

3.3.1 Faktor dalaman

Akibat kejahilan dan juga tidak faham tentang hakikat ajaran dan syariat Islam
menyebabkan nilai kehidupan manusia ketinggalan, lalu manusia mencari alternatif
lain untuk memenuhi ruang lingkup kehidupan. Manusia tidak menyedari bahawa
sebenarnya mereka telah terjebak dalam perangkap mainan kehidupan dan tidak tahu
memilih jalan mana yang sepatutnya mereka lalui. Akibat daripada kejahilan
menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan kekufuran daripada memilih jalan
keimanan dalam kehidupan (Mohd Isa Selamat, 1998) .

Selain itu, ekonomi keluarga turut menjadi punca sekiranya manusia yang dihimpit
kesempitan hidup juga boleh mengakibatkannya menggadaikan agama demi meneruskan
kehidupan. Malah tuntutan hidup di zaman materialistik seperti hari ini mendorong
sebahagian orang Islam menjadi murtad. Akhir sekali, keluarga memainkan peranan
penting dalam mencorak hala tuju sesebuah dan setiap keluarga itu mempunyai sistem
kekeluargaan yang tersendiri. Seorang bapa harus memainkan peranan secara berkesan
dalam keluarga supaya ahli keluarganya tidak terpesong ke jalan-jalan yang salah
(Farahwahida Mohd Yusof, 2012).
3.3.2 Faktor luaran

Dakwah merupakan tugas seluruh para utusan Allah. Para utusan ini mengajak kaum
mereka supaya beriman dengan Allah dan hanya mengabdikan diri kepada Allah. Akan
tetapi, tiada pengecualian dalam hal ini. Allah S.W.T memberi penghormatan kepada
umat Islam untuk berkongsi memikul tugas ini bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab
melaksanakan dakwah ini ialah setiap orang Islam lelaki dan mahupun wanita kerana
mereka umat Islam (Zaidan, 2002).

Seterusnya, penglibatan remaja dalam persekitaran sosial yang bebas menyebabkan


mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Keadaan ini menyebabkan
mereka pergaulan bebas dan kurangnya perhatian serta kasih sayang di rumah. Akibatnya
mereka mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan hidup dan bersesuaian dengan
minat mereka. Justeru unsur-unsur negatif berjaya mempengaruhi mereka melalui
pemikiran, perbuatan dan sebagainya. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ,
Datuk Mohamed Khusrin Munawi turut mengakui bahawa pengaruh rakan sebaya
didapati menjadi sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada budaya murtad
di negeri Selangor. Selain itu, taktik menyelewengkan akidah umat Islam kini
kebanyakannya menggunakan pelbagai kaedah yang licik dan sukar dikesan. Selain
menjadikan golongan miskin serta remaja sebagai sasaran, golongan pendakwah ini juga
menjadikan golongan peniaga yang terdesak untuk menggunakan wang sebagai sasaran
mereka. Misalnya, kira-kira 300 hingga 400 peniaga Islam di sekitar Muar turut
dikhuatiri terpengaruh dengan tawaran pihak tertentu yang bertujuan untuk
memesongkan akidah mereka. Pihak tersebut menawarkan secara percuma bantuan
kewangan sehingga RM 50,000 kepada peniaga Islam yang gagal membayar hutang
Tai Long atau along dengan syarat mereka perlu mengisi borang yang disediakan pihak
berkenaan ( Farahwahida Mohd Yusof, 2012).

Anda mungkin juga menyukai