Anda di halaman 1dari 4

Sensitif dengan kemungkaran

Hari ini kita menyaksikan sebahagian besar belia Islam hidup dalam keadaan yang
meletakkan keseronokan dan hiburan sebagai tunjang kehidupan, dengan kata lain
hedonisme. Fahaman hedonisme menyebabkan kebanyakan belia Islam
mementingkan keseronokan sehingga hilang pedoman dalam menentukan hala tuju
hidup mereka. Keadaan ini menyebabkan kehidupan mereka yang semakin jauh
dan menyeleweng dari jalan kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kata
Muhammad Ahmad Ar-Rasyid di dalam bukunya, belia masa kini karam dalam
lautan kemaksiatan dan darjat keimanan mereka menjunam ke taraf yang paling
rendah. Akhirnya, kemungkaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini
menjadi perkara biasa pada kaca mata belia.

Artikel ini berhasrat untut menyedarkan belia Islam agar menjadi seorang yang
peka dan sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Artikel ini akan mengupas
keadaan masyarakat masa kini, faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat tidak
sensitif dengan kemungkaran, juga akan dikupas cara-cara bagaimana untuk
beramar maruf nahi mungkar berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan
Hadith.

Istilah mungkar membawa maksud ingkar atau menderhaka kepada Tuhan


(melanggar perintah Tuhan) manakala takrifan kepada sensitif pula bermaksud
lekas bergerak balas memberikan reaksi terhadap sesuatu rangsangan dan peka
dengan perubahan-perubahan kecil mahupun besar. Jika dilihat dari takrifan kedua-
dua perkataan ini, dapat kita katakan mereka yang sensitif dengan kemungkaran ini
adalah orang yang lekas bergerak balas atau memberi reaksi terhadap sesuatu
penderhakaan dan keingkaran kepada Allah yang berlaku di disekelilingnya.

Dalam konteks masyarakat, mereka yang memiliki sifat sensitif dengan


kemungkaran ini akan menghidupkan amar maruf nahi mungkar dalam diri
mereka dan mempraktikkan dalam kalangan masyarakat. Sebagaimana hadis
Rasulullah SAW.;

Dari Abu Said Al Khudry r.a berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mengubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia
mengubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia
merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah. (Hadis Riwayat
Muslim)
Hadis ini adalah hadis yang sangat penting dalam syariat Islam, bahkan
sebahagian ulama mengatakan hadis ini adalah separuh dari agama (syariat). Hal
ini demikian kerana amalan-amalan syariat terbahagi kepada dua iaitu maruf
(kebaikan) yang wajib diperintahkan dan dilaksanakan, atau mungkar
(kemungkaran) yang wajib diingkari.

Amar maruf nahi mungkar adalah antara tanggungjawab yang paling asas bagi
sebuah negara Islam. Perkara inilah yang membezakan sebuah negara Islam
dengan negara bukan Islam, juga sebuah negara yang terbina atas syarak dengan
negara yang terbina atas hawa nafsu.

Sensitif dengan kemungkaran ini amat berkait rapat dengan persoalan hati, jika
seseorang itu mempunyai hati yang bersih dan sentiasa menjaga keikhlasannya
dengan Allah, hatinya akan diberi petunjuk oleh Allah. Tambahan lagi,
keimanannya kepada Allah menjadi kuat dan diberi kesedaran tentang kepentingan
beramal dan mengerjakan amar maruf nahi mungkar.

Seterusnya, mereka akan melaksanakan dakwah dan tuntutan-tuntutannya kerana


mereka faham dan bertanggungjawab menyampaikan serta melaksanakan amar
maruf nahi mungkar. Ibnu Taimiyah menerangkan di dalam kitabnya, definisi
dakwah (dakwah kepada Allah) ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah
serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan
apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka. Firman
Allah SWT

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana
kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman
kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di
antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang
fasiq. (Ali-Imran, 2: 110)

Firman Allah SWT:

Orang yang beriman lelaki dan yang beriman perempuan setengahnya menjadi
pembantu bagi yang lain, mereka menyuruh kepada makruf dan melarang daripada
yang mungkar. (At- Taubah, 9:71)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ciri utama orang yang beriman ialah mereka
yang melaksanakan amar maruf nahi mungkar, tujuan melaksanakan perintah
Allah ini adalah dengan niat untuk menyeru masyarakat kepada Islam.
Jika dilihat realiti masyarakat, sebahagian besar kehidupan masyarakat seolah-olah
tidak mempedulikan isu-isu dan permasalahan yang berlaku. Kebanyakannya lebih
memilih untuk bersikap tidak menjaga tepi kain orang, sedangkan konsep
menjaga tepi kain dalam konteks Islam adalah amar maruf nahi mungkar.
Konsep ini pada mulanya ialah sikap atau budaya dalam kalangan masyarakat
untuk menegur kesalahan yang dilakukan sama ada kesalahan dalam bentuk
penderhakaan kepada Allah, atau mungkin juga kesalahan dalam bentuk
pengamalan sesuatu perkara, ini juga adalah salah satu contoh amar maruf nahi
mungkar.

Pada masa yang sama, ideologi-ideologi Barat semakin bermaharaja, mereka


mengambil tempat dalam kekosongan ilmu dan pengetahuan masyarakat. Hal ini
menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan pembawaan kuasa Barat. Agenda
besar kuasa Barat adalah untuk menjatuhkan kekuasaan Islam dan menghancurkan
Islam. Mereka bekerja keras dan telah membuat perancangan yang tersusun untuk
merealisasikan agenda mereka sejak dari dulu lagi. Dalam melaksanakan usaha
mereka itulah yang menyebabkan lahirnya pemikiran yang cenderung kepada
perkara yang berunsur negatif. Pemikiran yang bercampur baur dengan pelbagai
ideologi yang sesat, antaranya ialah normalisasi, liberalisme, pluralisme,
sekularisme dan lainnya yang diperkenalkan kuasa Barat. Masalah yang besar
dilihat sebagai perkara yang kecil dan biasa dilakukan oleh masyarakat Malaysia.
Masyarakat menganggap semua pembaharuan yang dilakukan oleh barat dianggap
sesuatu yang boleh diamalkan dan sesuatu yang moden, walaupun ianya
bertentangan dengan ajaran islam. Ajaran Islam jelas menyuruh manusia supaya
mencari manfaat melebihi dari mudarat. Firman Allah SWT

Mereka menanyakan kepadamu Muhammad tentang kamar (minuman


memabukkan) dan judi. Katakanlah, pada keduanya terdapat dosa besar dan
beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada
manfaatnya. (Al-Baqarah, 2: 219)

Jika ayat di atas menerangkan adanya dosa besar dan manfaat, hal ini dapat
dikaitkan dengan masyarakat pada zaman sekarang. Umat Islam perlu sedar
bahawa segala pembawaan Barat yang berniat untuk menjatuhkan Islam dan umat
Islam itu adalah tidak patut disokong dan diamalkan. Sebagai contohnya isu
penggunaan Rokok Elektronik atau vape yang kian berleluasa, sedangkan fatwa
telah mengeluarkan hukum pengharamannya. Namun masih ramai yang
membantah, malah pemimpin-pemimpin negara juga menyokong penggunaan vape
atas dasar memberi keuntungan kepada ekonomi negara.
Serangan pemikiran yang diperkenalkan kepada umat Islam menyebabkan mereka
tidak dapat membezakan pembawaan Islam yang sebenar dan salah. Masyarakat
kini juga ditekankan dengan hal-hal kepentingan dunia, sehingga lupa dengan
tujuan sebenar mereka dijadikan. Kesedaran bahawa tugas mereka di muka bumi
ini sebagai khalifah dan hamba Allah langsung tidak dilaksanakan, malah mungkin
tidak pernah mengambil tentang perkara tersebut.

Umat Islam perlu jelas dengan tujuan penciptaan anak Adam dan matlamat hidup
mereka. Apabila mereka jelas dengan tujuan Allah menciptakan mereka, maka
sudah tentu mereka dapat membezakan antara yang haq dan batil, kuasa Barat yang
sangat jelas perancangannya untuk menjatuhkan Islam. Masyarakat juga perlu jelas
dan merancang strategi yang tersusun untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
Firman Allah SWT

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang
diluar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, kerana mereka tidak
henti-hentinya menyusahkanmu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh,
telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang tersembunyi dihati mereka
lebih jahat.. (Ali-Imran, 3:118)

Kesimpulannya, sensitiviti umat Islam terhadap isu-isu yang boleh merosakkan


Islam apabila dilihat sebagai perkara yang kecil dan biasa. Masyarakat perlu sedar
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada setiap individu. Setiap masyarakat
dari pelbagai lapisan perlu berperanan contohnya ibu bapa sepatutnya menerapkan
Al-Quran dan As-Sunnah dalam mendidik anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai