Anda di halaman 1dari 1

~Ciri - Ciri Negara Islam~

Terdapat tiga ciri-ciri penting di dalam menegakkan Negara Islam.


1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.

1) Syariat Islam Yang Mesti Dipatuhi Kepadanya


Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaan. Perlembagaan dan
segala urusan pemerintahan hendaklahdirujuk kepadanya, kerana menurut Islam.
Semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan peringkat adalah hamba
kepada Allah. Tidak harus bagi manusia berlagak menjadi Tuhan sama ada orang
perseorangan atau kumpulan. Sebarang tindakan atau amalan mempersucikan
manusia. Memberi kuasa mutlak kepada orang perseorangan atau kumpulan yang
mengadakan hukum syariat menurut kemahuan adalah syirik dan mengaku mempunyai
hak ketuhanan.

2) Umat Yang Mendokongnya


Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Kewujudannya adalah melalui proses
naluri manusia. Ia wujud dengan adanya umat yang mendokong cita-cita Islam. Negara
Islam tidak ditegakkan secara percuma adalah merupakan suatu hikmat yang besar. Ia
di mulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Melalui ilmu
dan perjuangan maka akan terhasil keimanan yang sebenar yang memberi mereka
kefahaman erti keadilan Islam. Mereka seringkali di uji dan dikenakan tindakan
kezaliman yang dilakukan ke atas mereka. Proses ini menyebabkan mereka mereka
menjadi bertambah teguh pendirian dan semakin berani untuk menegakkan hukum Allah
SWT dengan penuh pengabdian tanpa merasa takut dan gentar terhadap makhluk.
Proses ini juga akan menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada bersikap zalim
setelah mereka diberikan kuasa memerintah di atas muka bumi ini.
3) Pemerintahan Islam Yang Menaunginya
Menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib menurut nas al-Quran, hadith Nabi SAW
dan Ijma' Ulama'. Ia merupakan sebahagian daripada perkara-oerkara penting di dalam
Hukum Islam. Di dalamnya tertakluk perlaksanaan Islam yang menyeluruh sehingga
ulama'-ulama' besar yang muktabar memberi perhatian kursus di dalam kitab-kitab
mereka. Di antaranya ialah al-Mawardi, Imam al-Haramain, al-Juwini, al-Ghazali, at-
Taftazani, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Tidak seharusnya insan yang mengaku Islam memandang ringan tentang perkara ini,
bukan sahaja di kalangan ahli sunnah tetapi juga di kalangan syiah. Pemerintahan Islam
hendaklah ditegakkan di atas asas yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu:
1. Tanggungjawab Pemerintah.
2. Penyatuan Umat
3. Menghormati pandangan rakyat

Anda mungkin juga menyukai