Anda di halaman 1dari 15

BAB 2.

2 : PEMBENTUKAN
UMMAH DI MADINAH
Pendahuluan
 Konsep ummah, iaitu masyarakat atau umat
manusia.
 Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-

Quran.
 Umat-umat yang disebut dalam al-Quran

termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s., Nabi Isa


a.s. dan Nabi Muhammad SAW.
 Dalam konteks Madinah, ummah meliputi
orang Islam dan bukan Islam seperti kaum
Yahudi dan kaum Nasrani.
 Konsep ummah ialah masyarakat yang
mematuhi undang-undang negara Islam yang
termaktub dalam Piagam Madinah. Apabila
kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka
konsep ummah terbatas kepada umat Islam
sahaja.
Usaha / proses penyatuan ummah oleh
Nabi Muhammad s.a.w
a. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai
asas penyatuan dan perpaduan masyarakat
Madinah.
 Kejayaan pembentukan dan penyatuan
masyarakat Madinah adalah kerana baginda
menjadikan al-Quran dan hadis sebagai
pegangan dan panduan mentadbir negara.
 Keadilan adalah dasar segala bentuk
tindakan.
 Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu

padu tanpa mengira bangsa dan agama. Hal


ini memudahkan pembentukan masyarakat
Madinah.
(b) Menyatukan dan mempersaudarakan kaum
Aus dan Khazraj
 Kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan

hingga berlaku peperangan yang panjang


seperti Perang Bu'ath.
 Baginda menyatukan Aus dan Khazraj menjadi
Ansar. Persaudaraan Islam menggantikan
semangat asabiyah menjadi titik tolak
pembentukan masyarakat Madinah yang
bersatu padu dan bekerjasama.
( c ) Mempersaudarakan dan menyatukan orang
Ansar dan Muhajirin
 Nabi Muhammad SAW telah

mempersaudarakan orang Muhajirin yang


berpindah dari Makkah ke Madinah dengan
orang Ansar.
 Persaudaraan Islam begitu mendalam hingga
tidak merasakan wujud perbezaan antara
Muhajirin dengan Ansar.
 Persaudaraan ini melahirkan masyarakat
Madinah yang bersatu padu dan mantap.
(d) Penggubalan Piagam Madinah
 Piagam Madinah digubal sebaik baginda
sampai di Madinah.
 Ini dapat memperkukuhkan kedudukan
pelbagai kaum kerana undang_undang
menjadi asas dan teras pemerintahan dan
pembentukan masyarakat Madinah yang
bersatu.
 Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status
mereka sebagai dhimmi dan patuh kepada
Piagam Madinah.
 Membuka jalan kepada pembentukan
masyarakat Madinah pelbagai kaum di
bawah pemerintahan kerajaan Islam.
(e) Mengawal dan membendung kegiatan kaum
munafik
 Pembentukan masyarakat Madinah sedikit

rumit kerana kaum munafik berpura-pura


memeluk Islam dan berniat jahat untuk
memecahbelahkan dan menghancurkan
masyarakat Islam.
 Baginda menasihati para sahabat agar
berwaspada terhadap niat jahat kaum
munaflk.
 Langkah baginda berjaya hingga tidak wujud

permusuhan secara terbuka .


 Kematian ketuanya, Abdullah bin Ubay

melenyapkan cita-cita kaum munafik.


(f) Penyingkiran kaum Yahudi di Madinah
 Baginda telah menyingkirkan kaum Yahudi
dari Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani
Quraizah berdasarkan perundangan yang
adil kerana melanggar Piagam Madinah.
 Langkah baginda berjaya memperkukuhkan

kedudukan Islam di Madinah.


 Masyarakat Madinah akhirnya terdiri
daripada umat Islam sahaja.
kesimpulan

 Usaha-usaha dijalankan oleh Nabi Muhammad


SAW telah berjaya membentuk ummah di
Madinah.

Anda mungkin juga menyukai