Anda di halaman 1dari 14

Piagam

Madinah

Latar belakang Piagam Madinah

 Piagam Madinah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 Piagam Madinah merupakan satu perjanjian bertulis antara Nabi


Muhammad s.a.w dengan masyarakat yang bukan Islam,
khususnya dengan orang Yahudi.

 Sebelum Piagam Madinah, tidak mempunyai satupun piagam


bertulis di dunia.

 Maka, Piagam Madinah ialah perlembagaan bertulis yang tertua


di dunia.

 Kesannya, Piagam Madinah sudah menjadi perlembagaan dan


dasar pentadbiran kerajaan Islam Madinah.
Faktor-faktor menggubal Piagam Madinah

1) Menentukan hak dan tanggungjawab penduduk-penduduk


Madinah masing-masing

 Penduduk-penduduk di Madinah adalah berbilang kaum,


kepercayaan serta kebudayaan.

 Kerajaan yang sistematik dan kukuh yang berasaskan piagam


yang bertulis dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut

 Nabi muhammad s.a.w menggunakan kedudukan untuk


menyebabkan kepercayaan penduduk-penduduk Madinah ke
atas kerajaan yang akan ditubuhkan iaitu kerajaan Islam
Madinah.

 Kesannya, kerajaan Islam Madinah menjadi kukuh kerana setiap


penduduk mengetahui dengan hak dan tanggungjawab mereke
dengan jelas.

2) Menjadikan penduduk-penduduk Madinah sebagai contoh


kepada penduduk-penduduk dunia

 Penduduk-penduduk Madinah yang dibentuk oleh Nabi


muhammad s.a.w akan menjadi masyarakat yang terbaik di
dunia.

 Kerajaan Islam Madinah yang sistematik menjadi lambang


kemajuan dan kemakmuran masyarakat Islam.

 Kesannya, negara Islam Madinah yang berasaskan Piagam


Madinah menjadi lebih terkenal dan memudakan
penganut-penganut Islam menyebarkan agama Islam kepada
orang lain.

3) Mendirikan negara Islam yang berasaskan kepercayaan dan


akhlak

 Nabi muhammad s.a.w berhasrat untuk membangunkan dan


mengembangkan negara Islam Madinah untuk membahagiakan
penduduk-penduduk serta membawa keamanan kepada dunia.
 Untuk merealisasikannya, memerlukan satu piagam bertulis
supaya kerajaan dapat menjadi penyuluh kepada dunia.

 Kesannya, Piagam Madinah menyebabkan negara Islam


Madinah menjadi negara Islam yang kuasa dan kedudukannya
kuat di dunia serta dapat mempengaruhi negara lain.

4) Menwujudkan perpaduan dalam penduduk-penduduk


Madinah yang berbilang kaum dan kepercayaan

 Tujuan Nabi muhammad s.a.w adalah untuk menghadapin


tentangan yang dilakukan oleh golongan musyrikin Makkah.

 Golongan musyrikin Makkah sudah menghalang Nabi


muhammad s.a.w dalam pembetukan kerajan Islam makkah dan
penyebaran agama kerana kepercayaan mereka tidak
membenarkan mereka mempercayai agama Islam.

 Kesannya, golongan musyrikin Makkah gagal menghalang Nabi


muhammad s.a.w untuk membentuk kerajaan Islam Madinah
kerana Piagam Madinah diterima oleh penduduk-penduduk
Madinah.

5) Menwujudkan konsep tolong-menolong, bekerjasam dan


kasih sayang dalam penduduk-penduduk Madinah

 Kesannya, negara Islam Madinah akan menjadi lebih kuat


dalam politik, ekonomi dan sosial.

Kandungan Piagam Madinah

1) Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara,


ketua hakim, dan ketua agama.

 Nabi muhamamd s.a.w mempunyai kewibawaan dalam


pentadbiran kerajaan Islam madinah.

 Sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk


Madinah tanpa mengira bangsa dan agama mestilah dirujuk
kepada nabi muhammad s.a.w untuk menyelesaikan masalah
mereka.

 Sebagai ketua hakim, nabi muhammad s.a.w menyelesaikan


masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Madinah.

 Kesannya, peranan Nabi muhammad s.a.w sudah memastikan


semua masalah dapat diyelesaikan dengan adil yang
menyebabkan penduduk-penduduk Madinah dapat hidup
dengan adil dan aman.

2) Setiap kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

 Tujuannya adalah untuk membolehkan nabi muhammad s.a.w


dapat melucutkan pihak-pihak yang tidak puas hati kepada
beliau atau tindakannya yang dapat membahayakan keselamatan
negara.

 Sebagai contoh, nabi muhammad s.a.w berjaya menghalaukan


golongan Yahudi kerana mereka telah membelot semasa perang
badar, perang uhud dan perang-perang lain.
 Kesannya, keselamatan dan keamanan negara Islam Madinah
menjadi lebih stabil dan kekal. Hal ini sudah menarik minat
orang-orang asing datang serta membawa perkembangan kepada
negara Islam Madinah.

3) Menjaminkan kebebasan agama di Madinah

 Nabi muhammad s.a.w menjamin kebebasan agama dengan


membenarkan penganut-penganut agama lain dapat beribadat
secara bebas.

 Hal ini sudah berjaya menyebabkan lebih banyak


penganut-penganut Islam menyebar agama Islam secara bebas.

 Kesannya, fasal terebut sudah berjaya mengelakkan permusuhan


antara kaum di Madinah dan menyebabkan negara Islam
Madinah lebih aman.

4) Menerangkan konsep persamaan dan keadilan dalam


bidang ekonomi

 Fasal tersebut sudah menyeimbangkan jurang perbezaan


ekonomi setiap kaum dan berjaya mengelakkan penindasan ke
atas golongan miskin.
 Semua penduduk-penduduk Madinah tanpa mengira kaum dan
kepercayaan mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
ekonomi secara adil.

 Kegiatan perdagangan tidak lagi dimonopoli oleh kaum yahudi


sahaja.

 Kesannya, negara Islam Madinah menjadi pusat perdagangan


dan perniagaan yang membawa keuntungan yang banyak.
Peranan fasal ini juga berjaya mengelakkan monopoli oleh
satu-satu golongan sahaja yang dapat mengembangakn ekonomi
negara Islam Madinah.
Kepentingan Piagam Madinah

1) Kelahiran negara Islam

 Piagam madinah membolehkan nabi muhammad s.a.w membina


sebuah negara Islam yang berdaulat.

 Piagam ini membantu untuk melahirkan sebuah negara yang


aman yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum
dan kepercayaan.

 Dengan kewujudan perlembagaan negara Islam madinah, agama


Islam dapat disebarkan kepada seluruh semenanjung tanah arab
dengan mudah.

 Kesannya, rasulullah negara islam madinah sudah mengadakan


hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran seperti negara
Rom dan negara Parsi yang menyumbang kepada
perkembangan negara islam madinah.

2) Penyatuan penduduk-penduduk Madinah


 Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan penduduk
Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

 Perlembagaan ini sduah berjaya menyatupadukan penduduk


beragama Islam dan bukan Islam di Madinah. Penduduk Islam
yang terdiri daripad dua kumpulan iaitu kaum Muhajirin dan
Ansar diasuh untuk menjadi satu kumpulan yang kuat bagi
mengelakkan permusuhan mereka.

 Konsep persaudaraan Islam juga mempereratkan hubungan


orang perantara yang tanpa mengira tempat tinggal dan warna
kulitnya.

 Piagam madinah juga membuktikan bahawa Islam tidak


memutuskan hubungan dengan bukan Islam.

 Tegasnya, piagam Madinah berperanan supaya masyarakat


berbilang bangsa dapat hidup dengan aman, teratur dan
sistematik serta mengelakkan permusuhan.

3) Mewujudkan sistem politik yang teratur

 Piagam Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu


sistem politik yang sistematik,teratur dan kemas kerana sistem
politiknya adalah mematuhi syariah, akidah dan akhlak Islam.
 Piagam Madinah juga melahirkan pemerintah yang berpegang
teguh kepada prinsip Musyawarah. Semua kaum berhak untuk
menyuarakan masalah mereka.

 Kesannya, piagam madinah sudah mewujudkan satu peraturan


tatanegara yang sistematik untuk menyelesaikan segala masalah
penduduk-penduduk Madinah.

4) Nabi sebagai pemimpin

 Piagam Madinah meletakkan nabi muhammad s.a.w sebagai


seorang negarawan yang berwibawa.

 Ketokohan beliau bukan sahaja jelas dalam aspek akidah tetapi


juga dalam hal ehwal duniawi.

 Piagam Madinah juga meletakkan kedudukan nabi muhammad


s.a.w sebagai ketua dan hakim negara. Sebagai ketua negara,
beliau berjaya menyelesaikan masalah permusuhan kaum dan
mewujudkan satu institusi kehakiman di Madinah.

5) Menentukan tanggungjawab mempertahankan Madinah

 Piagam Madinah menetapkan bahawa penduduk-penduduk


Madinah sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama
Islam perlu mempertahankan Madinah daripada penentangan
atau permusuhan.

 Mereka tidak dibenarkan untuk mengadakan hubungan dengan


musuh-musuh Islam yang ingin menentang negara Islam.

 Kesannya, keselamatan negara Madinah dapat dikekalkan


kerana sudah menghalangkan dan mengelakkan daripada
sebarang permusuhan atau penentangan.

6) Kebebasan penduduk-penduduk Madinah dijamin

 Piagam Madinah menjamin kebebasan hak asasi kaum Yahudi


dan penganut-penganut agama lain.

 Masyarakat Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama


dan adat istiadat masing-masing.

 Kebebasan meliputi kebebasan diri, kebebasan beragama,


kebebasan berfikir dan bersuara, kebebasan bekerja dan
sebagainya.

 Jaminan kebebasan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi


tidak bertentangan dengan syariat Islam.
 Orang Yahudi tidak boleh memaksa penduduk-penduduk
Madinah untuk menganut agama mereka. Orang Yahudi juga
tidak dibenarkan untuk menindas golongan yang lemah.

 Tegasnya, orang Yahudi yang mematuhi perlembagaan akan


diberi jaminan perlindungan dan keselamatan.

7) Ekonomi

 Piagam Madinah memberi kebebasan menjalankan kegiatan


ekonomi kepada semua penduduk.

 Peraturan ini dibuat adalah untuk mengelakkan pemboikotan


ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam.

 Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman


di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang negara
asing untuk datang ke Madinah

 Kesannya, negara Islam Madinah telah menjadi pusat


perdagangan penting di semenanjung tanah arab. Kegiatan riba
juga diharamkan.

Anda mungkin juga menyukai