Al- Khwarizmi telah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini, iaitu 0,1,2,3,4,5,6.7,8
dan 9.
Beliau merupakan individu pertama yang memperkenalkan angka’sifar’ (kosong) dan perpuluhan
dalam matematik.
Malah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan
cifre,chiffre dan zero.
Pengenalan system angka yang sistematik oleh al-Kwarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan
matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu
sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau dalam jurusan
aritmetik iaitu al-Jabar (satu bidang matematik yang dipanggil persamaan).
Contoh, karya teragungnya, al-Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan di universiti di Eropah.
Kesannya, melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak
masalah pengiraan dapat diselesaikan.
Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi.
Al-Khwarizmi dapat menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam
khususnya pengiraan.
Penggunaan konsep pemboleh ubah juga membantu dalam pembahagian zakat yang dapat dikeluarkan
dengan mudah.
Kesannya, ilmu yang diperkenalkan telah dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit
dan kompleks.
Hal ini kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan
pengiraan.
Kedua-dua cabang ilmu matematik ini juga disentuh dalam karyanya Hisab al-Jabr wa-al-Muqabalah.
Contohnya, ilmu geometri berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan
pepejal dalam ruang.
Manakala trigonometri berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu
yang diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit.
Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar matematik sebelum ini.
Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan sehingga
kini iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar (c).
Contohnya, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi
pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran,
keluasan bulatan dan segi tiga serta isipadu bentuk piramid dan kon. Kesannya, umat Islam dikatakan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.