Anda di halaman 1dari 1

Konsep Jahiliah

§ Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan
sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak
mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun,
Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca
dan menulis.

§ Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi
maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun.

§ Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal.Ini kerana
kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran
Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’ sebagai “negeri yang makmur dan
mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15)

§ Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT dan
mengalami kejatuhan.

Anda mungkin juga menyukai