Anda di halaman 1dari 18

AKHLAK TERPUJI NABI

MUHAMMAD
NURNATASYA BINTI WEINI

PENGENALAN
Akhlak berasal dari
perkataan al-khuluq. Alkhuluq bererti tabiat atau
tingkah laku.

Akhlak Mulia pula


bermaksud tingkah laku
yang mulia, teruji, baik dan
sebagainya.

Akhlak yang mulia adalah


matlamat utama bagi
ajaran Islam. Ini telah
dinyatakan oleh Rasulullah
dalam hadisnya yang
bermaksud

Islam adalah ajaran yang benar


untuk memperbaiki manusia dan
membentuk akhlaknya demi
mencapai kehidupan yang baik.

Islam memperbaiki manusia


dengan cara terlebih dahulu
memperbaiki jiwa, membersihkan
hati dan menanamkan sifat-sifat
terpuji.

Islam benar-benar dapat


membawa manusia untuk
mencapai kebahagiaan,
kelapangan dan ketenteraman.
Sebaliknya manusia akan menjadi
hina apabila ia merosakkan sifat,
pembawaan dan keadaan dalam
jiwanya.

Perilaku Rasulullah saw adalah suri teladan bagi umat manusia.


Ketinggian budi pekerti beliau disebutkan dalam Al-Quran sebagai
berikut:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang


agung. (Q.S. al-Qalam [68]:4)

Meneladani akhlak terpuji Rasulullah saw merupakan


kewajiban bagi setiap muslim. Membiasakan ahklak terpuji
dalam kehidupan sehari-hari, termasuk salah satu bukti cinta
kita kepada Rasulullah saw.

Sehingga ke hari ini, Baginda SAW


dikagumi ramai orang di seluruh pelusuk
dunia kerana keperibadian Baginda yang
amat luar biasa.

Michael H.Hart di dalam bukunya The


100: A Ranking of the Most Influential
Persons in History meletakkan Rasulullah
SAW sebagai manusia paling berpengaruh
di dunia di kalangan 100 orang manusia
paling berpengaruh di dalam sejarah
dunia.

AKHLAK TERPUJI
RASULULLAH
Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifatsifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu
hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda
iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah dan
banyak lagi.

Siddiq

Amanah

Tabligh

Fathonah

Menjaga
Ketrampila
n Diri

SIDDIQ
Siddiq ertinya benar.

Benar adalah suatu sifat


yang mulia yang menghiasi
akhlak seseorang yang
beriman kepada Allah dan
kepada perkara-perkara
yang ghaib.

Ia merupakan sifat pertama


yang wajib dimiliki para Nabi
dan Rasul yang dikirim
Tuhan ke alam dunia ini bagi
membawa wahyu dan
agamanya.

Pada diri Rasulullah SAW, bukan


hanya perkataannya yang benar,
malah perbuatannya juga benar,
yakni sejalan dengan ucapannya.
Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW
itu bersifat pembohong, penipu
dan sebagainya.

Dan tiadalah yang diucapkannya


itu (Al-Quran) menurut kemahuan
hawa nafsunya. Ucapannya itu
tiada lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya. (QS AnNajm: 4~5)

AMANAH
Amanah ertinya benar-benar boleh
dipercayai.

Jika satu urusan diserahkan


kepadanya, nescaya orang
percaya bahawa urusan itu akan
dilaksanakan dengan sebaikbaiknya.

Oleh kerana itulah penduduk


Makkah memberi gelaran kepada
Nabi Muhammad SAW dengan
gelaran Al-Amin yang bermaksud
terpercaya, jauh sebelum beliau
diangkat jadi seorang Rasul.

Ketika Nabi Muhammad SAW


ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh
kaum Quraisy agar beliau
meninggalkan tugas ilahinya
menyiarkan agama Islam, Baginda
menjawab:

Demi Allah wahai pakcik,


seandainya mereka dapat meletakkan
matahari di tangan kanan ku dan bulan
di tangan kiri ku agar aku
meninggalkan tugas suci ku, maka aku
tidak akan meninggalkannya sampai
Allah memenangkan (Islam) atau aku
hancur kerananya

Meskipun kaum kafir Quraisy


mengancam membunuh Baginda,
namun Baginda tidak gentar dan tetap
menjalankan amanah yang dia terima.
Setiap orang Muslim sepatutnya
memiliki sifat amanah seperti Baginda
SAW.

TABLIGH
Tabligh ertinya menyampaikan.
Segala firman Allah SWT yang
ditujukan oleh manusia,
disampaikan oleh Baginda. Tidak
ada yang disembunyikan
walaupun ianya menyinggung
Baginda sendiri.

Rasulullah menyampaikan wahyu


kepada umatnya dengan amanah.

Rasulullah tetap menyampaikan


sesebuah amanat walaupun
amanat tersebut boleh
menunjukkan kelemahan beliau.

FATHONAH
Fathonah ertinya bijaksana.

Baginda SAW harus mampu


menjelaskan firman-firman Allah SWT
kepada kaumnya sehingga mereka
mahu memeluk Islam.

Nabi juga harus mampu berdebat


dengan orang-orang kafir dengan
cara yang sebaik-baiknya.

Baginda mampu mengatur umatnya


sehingga berjaya
mentransformasikan bangsa Arab
jahiliah yang asalnya bodoh,
kasar/bengis, berpecah-belah serta
sentiasa berperang antara suku,
menjadi satu bangsa yang
berbudaya dan berpengetahuan.

MENJAGA SIKAP DAN


KETERAMPILAN DIRI
Penampilan Rasulullah, Nabi yang Allah suka iaitu
merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan
memendekkan misai.
Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan
semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke
bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi
daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan
sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan
sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa
yang ditemuinya.
Apabila Rasulullah S.A.W berjalan , dan apabila diangkat
kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti
jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan
perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang
seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W terus


berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila
baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan
ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda
ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.
Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul
yang mempunyai kehebatan tersendiri yang mewakili
satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh
lapisan langit dan bumi Allah S.W.T Dakwah atau
perbuatan membawa manusia kepada Allah S.W.T oleh
Rasulullah S.A.W menjadi maksud dan tujuan kepada
manusia seluruh alam,hingga ke akhir zaman. Rasullullah
juga sering menjaga penampilan dirinya. Beliau sering
berada dalam keadaan kemas.

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang


pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila
ada keperluan, atau hal penting, dan
memulakan bicara dengan lemah lembut,
kata-katanya penuh hikmah, satu-satu
kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau
berkurang-kurangan, kadang kadang
mengulang percakapan sebanyak 3 kali.

Antara akhlak Rasulullah yang lain adalah:

Tawaduk

Lemah
Lembut

Penyayan
g

Pemaaf

PENUTUP
Akhlak rasullah seperti yang telah
dinyatakan tadi dapat mempengaruhi
generasi pada hari ini kerana akhlak-akhlak
tersebut berkait rapat dengan keperluan
dan tuntutan dalam kehidupan kita pada
hari ini.

Jika disebut nama Muhammad s.a.w,


pastinya kita akan terbayang seorang rasul
yang agung, seorang nabi yang dijunjung
serta seorangketua turus perang yang
disanjung.

Beliau adalah seorang insan yang


memilikikelembutandalam pergaulan sesama
isteri-isterinya dan sentiasa menyayangi
sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang ada
di sekelilingnya dan selalu memaafkan walaupun
jiwa dan dirinya dilukai.

Sikapnya yang jujur dan sabar menbuatkan


orang-orang di sekelilingnya mencintai dan
menyayanginya. Sehinggakan kesemua ucapan,
kata-kata dan bacaaannya serta tangisannya
memberikan kesan yang sangat mendalam
terhadap diri setiap insan yang hidup sezaman
dengannya.

Anda mungkin juga menyukai