Anda di halaman 1dari 40

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOTA KUALA KEDAH :

MENURUT KRONOLOGI ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN-SULTAN KEDAH

1.0 PENGENALAN

Setelah bertapaknya Islam di Kedah pada abad ke 12, maka berakhirnya

pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha dan tamadun Lembah Bujang yang

terletak di selatan Kedah sebelum itu. Pelabuhan-pelabuhan utama yang terletak

di Merbok dan Kuala Muda sebelum itu tidak lagi memainkan peranan penting.

Dalam zaman pemerintahan Sultan Sulaiman II (1602-1619) yang berpusat di

Kota Siputih di utara Kedah, beberapa pembesar khas yang dilantik untuk

mengawasi kuala-kuala sungai daripada serangan penceroboh musuh-musuh

dari luar. Ini termasuklah Kuala Bara di Setul, Kuala Sanglang, Kuala Bahang

atau dikenali sebagai Kuala Kedah kini dan Kuala Perai. Setiap kuala tersebut

pasti ada kubu atau benteng pertahanan yang kukuh telah dibina.

Kota Kuala Kedah adalah sebuah kota

lama yang menjadi benteng

pertahanan utama bagi Negeri Kedah

pada zaman dahulu.Kota ini terletak di

muara Sungai Kedah, hanya 10km

dari Bandaraya Alor Setar. Berbentuk

segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah

1
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

barat menghadap ke arah Selat Melaka, tembok Selatan pula menghadap sungai

menghala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok menghadap kawasan paya,

bahagian timur tembok pula menghadap perkampungan nelayan dan sawah

padi.

Kawasan tembok yang menghadap daratan

dikelilingi pula dengan parit yang dikenali

dengan nama Alor Melaka. Ketika berfungsi

sebagai markas ketenteraan, kawasan kota ini

telah dibina istana raja, rumah pengawal,

kawasan makan, meriam dan pondok-pondok atau khemah untuk askar.Pintu

utama pula menghadap sebelah timur Alor melaka. manakala setiap penjuru kota

ini dikelilingi dengan meriam-meriam kecuali ditembok yang menghadap paya.

Nama asal kota ini ialah Kota Kuala Bahang dan diasaskan oleh Sultan Sulaiman

Syah II pada tahun 1602 ke 1619 dengan bantuan dari Portugis sendiri.Pada

awalnya, kota ini digunakan oleh Portugis sebagai gudang untuk tujuan

perdagangan berbanding sebagai kota pertahanan tentera.Ia juga dibina agar

tidak mudah terbakar. Walau bagaimanapun, kota ini lebih dilihat seperti kota

pertahanan Portugis oleh musuh-musuhnya.Akibatnya, salah satu dari

musuhnya, iaitu Acheh, telah menyerang Kota Kuala Kedah pada tahun 1619.

Sultan Mahkota Alam dari Acheh telah menyerang kota tersebut dan menghalau

Potugis dari situ.

2
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

2.0 PEMBINAAN KUBU/ BENTENG TERAWAL

Sebagai sebuah sungai yang terbesar di negeri Kedah, Kuala Kedah merupakan

pintu utama keluar masuk kapal-kapal dagangan tempatam dan luar negeri ke

kawasan-kawsan pendalaman.Perkembangan perniagaan bertambah rancak

apabila pusat pemerintahan Kedah berpusat di Kota Setar atau Alor Setar telah

diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah II.

Sebelum wujudnya Alor Setar, sebuah kota pertahanan telah pun dibina di

sebelah kanan muara Sungai Kedah untuk tujuan pertahanan dan perniagaan. Di

sini jugaterletak pejabat Syahbandar yang mengendalikan pelabuhan dan kapal-

kapal perniagaan. Kota ini juga dibina atas kawasan berpaya yang ditambah

dengan tanah dan diperkuatkan dengan tembok kayu dan batu untuk menahan

bedilan peluru dan serangan-serangan dari luar.

Dalam tahun 1611, Kota Kuala Kedah dan Kuala Perlis telah dimusnahkan oleh

Diogo de Medoca Furtado, seorang kapten Portugis atas kehendak Raja Siam

yang cemburu disebabkan Kedah menjalinkan hubungan persahabatan dengan

King Ava daripada Burma (R. Bonney, 1971).

Sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman II (1602-1619), baginda membaiki

semula kota Kuala Kedah yang musnah itu. Portugis yang masih bertapak di

Melaka telah mengadakan hubungan perniagaan dengan Kedah dan dibenar

menggunakan kota Kuala Kedah sebagai markas dan loji untuk pengumpulan

3
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

hasil dagangan Kedah terutamanya bijih timah. Apabila tentera Acheh

menyerang Kedah pada tahun 1619, mereka berjaya mengusir keluar orang-

orang Portugis dari kota tersebut dan sekali lagi kota Kuala Kedah mengalami

kemusnahan dan terpaksa dibaiki semula oleh pemerintah-pemerintah

berikutnya.

3.0 ZAMAN SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL ADILIN MU’AZZAM SHAH II


(1710-1778)

Baginda merupakan peneroka dan pengasas Bandar Alor Setar (1735), era
pemerintahan baginda adalah yang terpanjang iaitu selama 68 tahun telah
mencatat tiga peristiwa penting :

3.1 Serangan Bugis dalam tahun 1724, 1726 dan 1770-1771

Perang saudara dan krisis merebut takhta berlaku pada zaman Sultan
Muhammad Jiwa sebanyak tiga kali. Kedua-dua pihk yang bersengketa
telah mendapatkan bantuan dari luar dan inilah yang menyebabkan
bermulanya campur tangan Bugis di Kedah.

Konflik pertama berlaku apabila Raja Nambang, adinda tiri baginda yang
ingin menaiki tahkta telah memperolehi bantuan dari Raja Kechil, Siak
(Minangkabau) sementara Sultan Muhammad Jiwa mendapatkan bantuan
dari Bugis, di bawah pimpinan Daeng Parani (1723-1724).

Walaupun Raja Kechil berjaya menduduki kota Kuala Kedah tetapi di akhir
peperangan itu Daeng Parani berjaya mengalahkan Raja Kechil dan
mengusirnya kembali ke Siak. Sultan Muhammad Jiwa dinaikkan semula
ke takhta. Dalam tahun 1726, krisis takhta tercetus semula apabila Raja
Nambang dengan bantuan Raja Kechil berjaya mengalahkan Sultan
Muhammad Jiwa. Oleh itu, angkaan Bugis daripada Selangor sekali lagi

4
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

diundang untuk membantu Sultan Muhammad Jiwa. Walaupun angkatan


Bugis menang tetapi Daeng Parani telah terkorban dalam peperangan kali
ini (Leonard Y. Andaya, 1975).

Peperangan ketiga atau terakhir berlaku dalam tahuan 1770 hingga 1771.
Armada Bugis pimpinan Raja Haji sekali lagi menyerang Kedah. Menurut
sumber sejarah Bugis, serangan Bugis ini berpunca dari keengganan
Sultan Muhammad Jiwa menyelesaikan baki hutangnya 12 bahara timah
yang pernah dijanjikan sewaktu meminta bantuan dari Daeng Parani
dahulu. Baginda cuma membayar pendahuluan sebanyak 3 bahara
sahaja (Raja Ali Haji, 1965).

Bagaimanapun, alasan yang berkaitan dengan hutang itu tidak dapat


diterima oleh ramai sejarawan disebabkan peristiwa itu sudah lama
berlalu iaitu kira-kira setengah abad semenjak meletusnya peperangan
pertama yang melibatkan orang-orang Bugis di Kedah. Motif sebenarnya
adalah berkait rapat dengan dasar dan cita-cita mereka (Bugis) untuk
memperluaskanpengaruh kekuasaan mereka di Nusantara termasuk
Semenanjung Tanah Melayu (R. Booney, 1971).

Dalam peperangan terakhir ini Bugis berjaya mengalahakan Kedah.


Mereka berjaya menawan kota Kuala Kedah dan bangunan Balai Besar di
Bandar Alor Setar dibakar hangus. Mereka juga merampas sebanyak 300
pucuk meriam di kota Kuala Kedah dan lain-lain khazanah yang berharga
yang kesemuanya dibawa pulang ke Selangor. Sultan Muhammad Jiwa
terpaksa dibawa berundur ke Kangar, Perlis. Akibat dan kesan serangan
Bugis terakhir ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah negeri ini
yang merintis jalan kea rah perhubungan awal di antara Kedah dengan

5
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpengkalan di


Madras (India).

3.2 Hubungan Awal antara Kedah dengan Inggeris

Ketika berada di Perlis, pada bulan April 1771, Sultan Muhammad Jiwa
telah menghantar utusan baginda yang diketuai oleh seorang wanita ke
Acheh untuk menemui Kapten Francis Light yang membuka firma
perdagangannya di sana. Tujuannya untuk mendapatkan bantuan
Inggeris bagi menamatkan pengaruh Bugis di Kedah dan mendapatkan
kembali meriam dan lain-lain harta yang dirampas oleh Bugis.

Rombongan utusan baginda itu kemudiannya, kembali ke Kedah bersama


Kapten Francis Light pada 24 April 1771. Saru perjanjian diperbuat di
antara kedua pihak, baginda bersetuju Inggeris mendirikan loji
perniagaannya di Kuala Kedah dan Inggeris bersetuju membekalkan
senjata, ubat bedil dan askar Supai (India) di Kota Kuala Kedah.

Dalam bulan April 1772, Edward Monckton selaku wakil Syarikat Hindia
Timur Inggeris di Madras dihantar ke Kedah untuk memaklumkan kepada
Sultan Muhammad Jiwa bahawa pihak Inggeris bersedia memenuhi
kehendak baginda untuk menentang musuh-musuh yang menyerang
Kedah dan memadamkan segala rusuhan yang berlaku dalam negeri.
Sebagai balasan kepada bantuan syarikat tersebut, baginda dikehendaki
menyerahkan beberapa kawasan tanah termasuk kota Kuala Bahang
(Kuala Kedah) kepada mereka. Baginda mengarahkan Hakim Seri
Maharaja Khankhana (Khankhan) merangkakan kandungan perjanjian
yang bakal diadakan.

6
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Pada 20 April 1772, perjanjian rasmi di antara kedua pihak telah


ditandatangani. Antara butiran penting dalam perjanjian itu ialah:

i. Syarikat Inggeris dibenarkan mengambilalih kota Kuala Kedah

ii. Segala urusan memungut cukai di Kuala Kedah dan Kuala Perlis
diserahkan kepada Inggeris untuk membiayai pertahanan Kedah.

iii. Bersetuju menyerahkan jaluran tanah pantai di kiri kanan Kuala


Kedah sepanjang 12 batu di selatan dan utara hingga ke tempat
yang bernama Batin.

iv. Memberi kuasa kepada syarikat Inggeris membeli tiga jenis


barangan perniagaan penting yang dikeluarkan dari Kedah iaitu
lada hitam, gading gajah dan timah.

v. Syarikat Inggeris akan mendapatkan beberapa buah kapal perang


untuk meronda sepanjang pantai Kedah dengan dibiayai dari cukai
yang diperolehi di Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Bagaimanapun, perjanjian itu tidak dapat diteruskan kerana di akhir bulan


Julai 1772, Sultan Muhammad Jiwa mengubah pendiriannya dan terpaksa
membatalkan perjanjian tersebut. Ini disebabkan baginda sedar yang
Syarikat Inggeris tidak mahu memberi sebarang bantuan kepada Kedah
untuk menyerang Selangor bagi mendapatkan kembali harta-harta yang
dirampas oleh Bugis dahulu termasuk tiga ratus pucuk meriam.
Tambahan pula keluarga baginda, para pembesar seperti Datuk
Bendahara dan Datuk Laksamana termasuk orang-orang Chulia yang
mempunyai kepentingan perniagaan di Kedah sebelum itu telah
mempengaruhi baginda agar menolak sebarang permintaan Syarikat
Inggeris di Kedah (R. Bonney, 1971).

7
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

3.3 Pembinaan Semula Kota Kuala Kedah (1771), sehingga Kini

Sultan Muhammad Jiwa sebelum menaiki takhta dalam tahun 1710,


baginda pernah menuntut pelajaran agama Islam daripada seorang Arad
bernama Syeikh Abdul Jalil di Palembang, Sumatera. Kemudian baginda
dibawa oleh gurunya mengembara ke India. Ketika kembali semula ke
Kedah, baginda membawa bersama gurunya Syeikh Abdul Jalil dan Hafiz
Sab, murid Syeikh Abdul Jalil di India. Baginda melantik Syeikh Abdul Jalil
menjadi mufti sementara Hafiz Sab dilantaik menjadi Kadi Besar Kedah
yang bergelar Dato’ Maharaja Kadi. Rancangan untuk membina semula
kota Kuala Kedah bermula pada 10 Safar 1185 bersamaan 25 Mac 1771.
Baginda menitahkan Hafiz Sab untuk merekabentuk pelan kota tersebut.
Beliau juga ditugaskan untuk membawa buruh-buruh dari India melalui
bantuan anak saudaranya di India bernama Maula Ibrahim Sab
(Muhammad Hassan, 1928).

Kota tersebut dibina atas tapak lamanya yang berbentuk segiempat bujur
seluas lima ekar. Ianya mengandungi dua lapisan tembok setinggi 12 kaki
dan jarak di antara keduanya enam kaki. Ruang kosong di antara kedua
lapisan tembok itu diisi dengan tanah. Di sebelah utaranya, sebuah parit
atau terusan telah digali berhadapan dengan kota itu dan kini terkenal
dengan nama Alor Melaka. Alor atau terusan yang digali itu ditembus
hingga ke Sungai Kubang Rotan. Tanah-tanah yang digali ditimbun di
dalam kota itu.

Tembok kota itu diperbuat daripada batu bata merah yang menggunakan
bahan-bahan adunan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput di
samping telur putih dan manisan lebah. Batu-batu bata tersebut oleh
tukang-tukang batu dari India dengan mengguanakan tanah-tanah asal
yang terletak di Bandar Alor Setar. Tempat itu disebut “Bakar Bata”
sehingga hari ini.

8
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Dinding kota di bahagianselatan di


pingggir Sungai Kedah berukuran 335
kaki dan pada dindingnya terdapat
lubang-lubang untuk diletakkan meriam.
Bagaimanapun, tembok bahagian ini
yang terdapat hingga sekarang adalah
tembok yang baru dibina untuk
menggantikan tembok asal yang usdah jatuh dan runtuh ke dalam sungai
atau alur disebabkan hakisan dan arus laut yang deras.

Di atas tembok kota itu, di sebelah utaranya diletakkan sebanyak 12


pucuk meriam/ bedil besar buatan Eropah. Sehingga kini hanya terdapat
bakinya dua pucuk sahaja yang dikenali di kalangan penduduk tempatan
dengan nama-nama khasnya iaitu “Katak Puru” dan “Badak Berendam”.
Di samping itu, terdapat berpuluh-puluh rentaka dan lela buatan orang
Melayu, Acheh, Terengganu dan Brunei. Bagi memudahkan orang-orang
di dalam kota itu melihat keluar, maka lubang-lubang khas dibuat untuk
mengintai iaitu seluas lima kaki persegi dan jarak di antara satu lubang ke
lubang lain kira-kira tiga kaki lebih (Zakaria Puteh, 1981).

Berdasarkan kesan-kesan cari gali oleh pihak Muzium Negara di akhir-


akhir ini, dapatlah digambarkan keadaan dan kedudukan binaan-binaan di
dalamnya. Di dalam kota itu, telah dibina sebuah istana lengkap dengan
Balai Penghadapan. Sebuah rumah pengawal penjara, sebuah rumah
khas untuk menyimpan ubat bedil, peluru dan senjata, sebuah kolam atau
perigi dan sebuah surau telah disediakan. Pada masa ini masih terdapat
kesan-kesan tapak rumah tersebut terletak berhampiran dengan rumah
api. Ada kemungkinan tapak tersebut adalah tapak rumah Tengku
Panglima iaitu pemerintah kota tersebut (Abdul Halim, 1990).

9
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Pintu Gerbang Kacapuri

Pintu gerbang atau pintu besar asalnya terletak di bahagian utara


menghadap ke Alor Melaka yang diberi nama ‘Kacapuri’. Pintu Gerbang
Kacapuri itu telah runtuh dalam tahun 1970 akibat ribut yang kuat. Pintu
gerbang yang ada sekarang adalah dibina selepas pendudukan zaman
British.

4.0 ZAMAN SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SHAH (1778-1797)


Kota Kuala Kedah yang mula dibina semenjak tahun 1771 pada zaman Sultan
Muhammad JIwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah (1710-1778) telah siap
sepenuhnya pada tahun 1780 dalam zaman pemerintahan Sultan Abdullah
Mukarram Shah. Dua tahun selepas itu, Dato’ Maharaja Kadi (Hafiz Sab) yang
bertindak sebagai pelukis pelan kota itu telah meninggal dunia dan dikebumikan
di Tanjung Pauh, Jitra dengan penuh kehormatan seperti Dato’-Dato’ bergelar
lain sebelum ini. Sultan Abdullah telah melantik Maula Ibrahim Sab (anak
saudara Hafiz Sab) yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan kota tersebut
bersama buruh-buruh mahir yang dibawa olehnya dari India menjadi Kadi Besar
dan memberikan gelaran yang sama seperti ayah saudaranya iaitu “Dato’
Maharaja Kadi” ( Muhammad Hassan ,1928).

Walaupun kota Kuala Kedah yang baru siap dibina itu lengkap dengan istana
dan balai penghadapan, namun Sultan Abdullah masih terus bersemayam di
Istana Kota Setar. Istana di kota Kuala Kedah itu berperanan sebagai istana

10
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

hinggap. Bagaimanapun, kota tersebut diletakkan di bawah kawalan Dato’ Seri


Laksamana. Syahbandar terus memainkan peranannya dalam mengawal kapal-
kapal atau perahu yang keluar masuk di samping memunggut cukai bagi muatan
atau barang-barang dagangan yang dibawanya.

Semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah


(1710-1778) kota Kuala Kedah pernah dijadikan pusat pertukaran dagangan di
antara Kedah dengan pedagang-pedagang asing. Malah, baginda sendiri pernah
mengirim hasil-hasil perdagangan Kedah yang menjadi monopoli DiRaja dengan
kapalnya ke Salang (Phuket) untuk diperniagakan di sana sekitar tahun 1772
hingga 1773, sewaktu Kapten Francis Light membuka firma perdaganganya di
sana.

Tradisi seperti ini berlanjutan hingga ke zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah,
kota Kuala Kedah terus menjadi pusat pertukaran dagangan dengan Syarikat
Hindia Timur Inggeris dan pedagang-pedagang lain di Nusantara, di samping
menjadi pusat pengumpulan hasil mahsul negeri menerusi loji-loji khas yang
dibina di dalam kota itu. Zaman baginda juga monopoli DiRaja dalam
perdagangan dikekalkan. Baginda menetapkan peraturan dan cara mengutip
cukai hasil negeri ke atas barang-barang yang dijual atau dibawa keluar dari
negeri ini. Lima barang hasil negeri yang menjadi benda larangan yakni dilarang
orang luar berniaga dengan rakyat melainkan dengan Raja Negeri atau wakilnya
iaitu gajah, timah, lilin, besi dan sendawa. Sementara itu terdapat empat benda
larangan yang dibawa dari lain negeri. Rakyat yang ingin membelinya perlulah
mendapat keizinan atau melalui kerajaan. Benda- benda tersebut ialah candu,
garam, tembakau dan kapas ( Dato’ Wan Ibrahim bin Wan Soloh, 1961).

Di samping kota Kuala Kedah yang merupakan benteng pertahanan utama untuk
menghalang sebarang musuh dari laut, baginda juga mengarahkan rakyatnya
menbina lebih banyak benteng pertahanan daripada tanah di sekeliling Kota
Setar bagi menghalang kemaraan musuh-musuh dari darat terutamanya

11
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

serangan pihak Siam yang sudah mula mengancam Kedah. Kota-kota atau
benteng tanah tersebut masih terdapat lagi kesan-kesannya di beberapa tempat
seperti Langgar dan lain-lain sehingga kini.

Sultan Abdullah sering menerima ancaman daripada Siam untuk menyerang


Kedah. Oleh kerana itu, apabila Syarikat Hindia Timur Inggeris memohon untuk
menduduki Pulau Pinang, baginda telah memberi persetujuan dengan harapan
pihak Inggeris akan membantu dan melindungi Kedah dari ancaman dan
pencerobohan Siam. Menjelang tahuna 1786, beberapa rundingan awal antara
Kapten Francis Light dengan pembesar-pembesar Kedah berkaitan dengan soal
pemajakan Pulau Pinang telag diadakan di dalam kota Kuala Kedah.

Kemuncak rundingan tersebut, Sultan Abdullah akhirnya terpaksa membenarkan


Syarikat Hindia Timur Inggeris menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786
setelah Inggeris berjanji akan membayar subsidi tahunan dan membantu
mempertahankan Kedah. Bagaimanapun, oleh kerana keengganan Inggeris
menunaikan janji, baginda bertindak menyiapkan angkatan perang dan kubu
pertahanannya di Kuala Perai untuk merampas kembali Pulai Pinang. Tetapi
tindakan baginda dapat digagalkan oleh Francis Light dan kedua pihak akhirnya
bersetuju menandatangani Perjanjian Damai di Fort Cornwallis pada 1 Mei 1971.

5.0 ZAMAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SHAH II (1804-1845)

5.1 Sultan Ahmad Tajuddin Bersemayam di Istana Kota Kuala Kedah

Kemangkatan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1797) digantikan oleh


adindanya iaitu Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797-1804) yang
sebelum itu dilantik sebagai pemerintah Kayang (Perlis). Ini disebabkan
Tunku Pangeran atau Tunku Ahmad Tajuddin, putera sulung baginda
masih muda. Pada zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram
Shah yang berpusat di Kota Indera Kayangan, Perlis, baginda

12
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

memeteraikan satu lagi perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris


pada 6 Jun 1800 untuk membenarkan Inggeris menduduki Seberang
Perai.

Pada tahun 1804, barulah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah


menyerahkan takhta Kedah kepada anak saudaranya Tunku Ahmad
Tajuddin. Baginda ditabalkan dengan penuh adat istiadat di Balai Besar
dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Setelah lapan
tahun lebih bersemayam di Istana Kota Setar, baginda mengambil
keputusan untuk berpindah bersemayam di Istana Kota Kuala Kedah.
Keberangkatan baginda bersama seluru isi istana dan para pembesarnya
pada 10 Muharram 1226 (3 februari 1812) ke Istana Kota Kuala Kedah
turut dirai dan diiringi oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah dari kota Indera Kayangan yang menjadi sultan
sebelumnya (Muhammad Hassan, 1928).

Beberapa peristiwa penting di zaman pemerintahan baginda termasuk


yang berkaitan dengan kota Kuala Kedah, antaranya ialah :

i. Ancaman-ancaman dari dalam dan luar negeri


ii. Kedah terlibat dalam beberapa peperangan
iii. Tentera Ligur/Siam menyerang dan menduduki Kedah
iv. Tindak balas orang Kedah terhadap tentera Ligur

5.2 Ancaman-ancaman dari dalam dan luar negeri


Masalah konflik keluarga berlaku di antara Sultan Ahmad Tajuddin
dengan saudara-saudaranya (berlainan bonda) yang mencabar
kewibawaannya sebaik-baik baginda menaiki takhta (1804). Mereka ialah
Tunku Bisnu, Tunku Daud, Tunku Ibrahim dan Tunku Yaakob sehingga
memberi kesempatan kepada pihak Siam untuk campur tangan
menyelesaikannya. Walaupun pengaruh kekuasaan mereka di daerah-

13
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

daerah tertentu telah ditetapkan, tetapi baginda terus menerima ancaman


terutama sekali dari Tunku Yaakob/Embun yang gagal memerintah
Kayang dan Setul lalu membelot dan melibatkan diri bersama tentera
Ligur untuk menyerang Kedah di saat-saat akhir (1821).

Ancaman dari luar pula tercetus apabila baginda mendapat tekanan dari
Siam dan Burma yang berterusan dan Kedah tersepit dalam adu tenaga
kedua kuasa ini, selain saingan daripada Gabenor Ligur atau Nakorn
Sittammarat yang cemburu kepada Sultan Ahmad Tajuddin kerana
dianugerah gelaran ‘Chao Phaya’ oleh Raja Siam. Ini berikutan dengan
kejayaan tentera Kedah dalam beberapa siri peperangan membantu pihak
Siam (Muhammad Isa Othman, 1990).

Sebenarnya, dalam hal ini Kedah dipaksa membantu Siam untuk


membekalkan senjata dan makanan untuk menentang musuh tradisinya
iaitu Burma dan Myanmar. Kedah juga dipaksa mengirim tenteranya untuk
menamatkan pemberontakan Patani terhadap Siam (1810), menentang
pendudukan tentera Burma di Salang/ Phuket (1810) dan kemuncaknya
dipaksa menyerang Peraj (1818). Semua ini telah mengakibatkan
kedudukan ekonomi danpentadbiran Kedah menjadi lemah. Tekanan-
tekanan yang dihadapi terutama daripada Siam ini menyebabkan Sultan
Ahmad Tajuddin meminta bantuan Syarikat Hindia Timur Inggeris segera
menunaikan janji mereka untuk membantu Kedah menentang ancaman
Siam. Permintaan dan juga rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan
Inggeris mendiamkan diri dalam perkara ini dapat dilihat menerusi
kandungan dua pucuk warkahnya yang dikirimkannya kepada Lord Minto
dan Thomas Stamford Raffles bertarikh 26 Rabiulakhir 1226 bersamaan
20 Mei 1811 (Annable Teh Gallop, 1994).

14
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

5.3 Sultan Ahmad Tajuddin Bersemayam di Pulau Tiga


Disebabkan semakin terdesak dan merasakan tidak aman dan selesa
bersemayan di Istana Kota Kuala Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin
membuat keputusan untuk berpindah ke selatan di kawasan Merbok. Di
sana sebuah istana didirikan di tempat yang bernama Pulau Tiga pada
awal tahun 1820. Baginda membawa bersamanya sebilangan besar
pahlawan dan para pembesarnya.

Istana Kota Kuala Kedah ditinggalkan di bawah kawalan Dato’ Bendahara,


Dato’ Laksamana, Dato’ Temenggung dan Syahbadar. Sewaktu
bersemayam di Istana Pulau Tiga, baginda pernah dikunjung hormat oleh
seorang mubaligh Kristian, Thomas Beighton dan rakanya John INce yang
kemudiannya menjadi sahabat baik kepada baginda sewaktu baginda
bersuaka di Pualu Pinang dan Melaka selepas tahun 1821 (Wan
Shamsudian Mohd. Yusof, 1999).

5.4 Tentera Ligur Menyerang dan Menduduki Kedah


Atas arahan Pemerintah Siam di Bangkok, pada 12 November 1821
(Ahad), angkatan perang Ligur diketuai oleh dua orang putera Raja Ligur
telah menyerang Kedah melalui laut dan darat. Apabila tiba berhampiran
kota Kuala Kedah, armada Ligur memberitahu kedatangan mereka adalah
untuk mengambil makanan dan senjata untuk menghadapi peperangan
mereka dengan Burma/ Myanmar seperti yang dituntut oleh mereka
sebelum itu.

Sewaktu ketibaan mereka, berlaku perta perkahwinan di antara anak


Dato’ Bendahara dengan Dato’ Laksamana. Tentera Ligur yang naik ke
darat dan berpura-pura bersiar-siar melihat keadaan kota itu sambil
memaku dan menutup lubang-lubang meriam yang ada itu agar tidak
berfungsi lagi. Lantas, mereka terus menyerang, membunuh dan
membakar pekan serta rumah-rumah orang Melayu di sekitar kota itu.
15
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Ramai pahlawan-pahlawan yang terkorban dan ditawan termasuklah


Dato’ Bendahara, Dato’ Temenggung dan Dato’ Laksamana. Turut
ditawan ialah Tunku Zamzam, adinda Sultan Ahmad Tajuddin, suami
kepada Tunku Long Puteh (Muhammad Hassan & Wan Yahya Wan
Mohd. Taib, 1911).

Seramai 1,000 orang rakyat Kedah yang ditawan itu dibawa ke Ligur dan

ada di antaranya dihantar ke Bangkok untuk dijadikan hamba kepada

Raja, Pemangku Raja (Wangna) dan para menteri (Sharom Ahmat, 1971).

Menurut cerita lisan di kalangan orang tua-tua pada ketika itu, tentera

Ligur bertindak dengan kejam terhadap orang tawanannya. Ada diantara

tawanan tersebut dicucuk lubang telinga dan ada juga yang berhampiran

buku lali di kaki dengan rotan kemudian diseret masuk ke kapal1.

Setelah menawan kota Kuala Kedah, sebahagian tentera Ligur itu

menyerang dan menawan Langkawi dan sebahagiannya memasuki Alor

Setar yang akhirnya Kedah jatuh ke tangan tentera Ligur. Sultan Ahmad

Tajuddin yang bersemayam di Pulau Tiga, sempat melarikan diri ke Pulau

Pinang dan diberi pelindungan oleh Inggeris. Pihak berkuasa Siam di

Bangkok melantik putera Raja Ligur yang tua sebagai Gabenor

memerintah Kedah berpusat di Alor Ganu (tidak jauh dari Alor Setar) dan

adindanya sebagai Timbalan Gabenor. Kota Kuala Kedah diletakkan di

bawah kawalan tentera laut Ligur.

16
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

5.5 Tindak Balas Rakyat Kedah Terhadap Tentera Ligur

Walaupun Sultan Ahmad Tajuddin berada di bawah perlindungan Inggeris

di Pulau Pinang semenjak tahun 1821, tetapi akibat Persetiaan Burney, 20

Jun 1826 di antara Inggeris dengan Siam, baginda terpaksa berhijrah ke

Melaka kerana ditakuti baginda akan bertindak menggugat pendudukan

tentera Ligur di Kedah. Pihak Inggeris yang berpihak kepada Siam telah

menghantar kapal-kapal perangnya meronda sepanjang pantai Kedah

hingga ke Terang untuk menyekat segala serangan-serangan dari wira-

wira Kedah yang bersimpati dengan Sultan Melaka.

Kebangkitan Kedah terawal dalam usaha merampas kembali kota Kuala

Kedah dilakukan oleh Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), anak saudara

Sultan Ahmad Tajuddin dalam tahun 1826 dengan dibantu oleh Tunku

Long Puteh dan Tunku Sulaiman ( saudara Sultan Ahmad Tajuddin) tetapi

gagal. Percubaan kedua mereka dalam tahun 1829 juga telah gagal. Kali

terakhir dengan kekuatan 2,000 orang penyokongnya mereka mara ke

kota itu dalam tahun 1831 dan pada 24 April 1831, Tunku Kudin berjaya

menawannya. Tentera Siam yang bertahan di situ terpaksa berundur ke

Alor Ganu, seramai 30 orang Siam berjaya ditawan dan diseksa hingga

mati. Berikutnya, tentera Siam yang lebih besar didatangkan dari Ligur

mengandungi seramai 7,500 orang bersama 3,000 ekor gajah

melancarkan serangan ke atas Tunku Kudin setelah mengadakan

17
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kepungan. Akhirnya, Tunku Kudin bersama 50 orang pengikutnya telah

terkorban.

Sultan Ahmad Tajuddin yang berada dalam pembuangannya di Melaka

juga berazam untuk mendapatkan kembali takhtanya. Baginda yang

mendapat kebenaran Inggeris untuk berangkat ke Deli telah bertukar

haluan lalu ke Beruas untuk mengumpulkan penyokong-penyokongnya

termasuk sokongan daripada Raja Muda Perak (Mac 1837). Tetapi pihak

berkuasa Inggeris di Pulau Pinang berjaya menyekat tindakan Sultan

Ahmad Tajuddin. Baginda dipaksa kembali ke Melaka dengan

mengurangkan pemberian wang subsidi sepuluh ribu ringgit yang

diterimanya sebelum itu (Abdullah Zakaria bin Ghazali, 1995).

Kemuncak penentangan terhadap pendudukan tentera Ligur di Kedah

berlaku dalam tahun 1838 hingga 1839 apabila Tunku Muhammad Saad

bin Tunku Daud, putera saudara baginda, berjaya mengumpulkan 10 ribu

orang penyokongnya. Mereka berjaya melancarkan serangan mengejut

(Mac 1838) dan kota kuala Kedah berjaya ditawan kembali termasuk alor

Setar dan Alor Ganu. Tentera Ligur dapat diundurkan dari Kedah.

Bagaimanapun, dalam bulan Februari 1839 angkatan Tunku Muhammad

Saad yang sedang mara di selatan Siam dapat diundurkan. Ramai

pahlawan Kedah yang gugur dalam pertempuran di Hadyai termasuk

18
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Ulama Syeikh Abdul Samad, Palembang. Akhirnya, kedah dapat ditawan

kembali oleh tentera Ligur.

Kesan dari kemaraan Tunku Muhammad Saad itu membawa kepada

dasar kompromi di pihak Siam. Melalui sokongan Inggeris, rundingan

dilakukan di antara Tunku Daie (Tunku Zainal Rashid), putera Sultan

Ahmad Tajuddin dengan pihak Siam di Bangkok yang akhirnya Siam

bersetuju membenarkan Sultan kembali ke takhta. Kedah diserahkan

kepada Tunku Anom (Wan Shamsudin Mohd. Yusof, 1992).

Sekembalinya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ke takhta (1841)

wilayah Kedah bertambah kecil kerana baginda dipaksa menyerahkan

Kubang Pasu kepada Tunku Anom, Perlis kepada Syed Hassan

Jamalullail dan Setul kepada Tunku Bisnu. Baginda magkat pada 3

Januari 1845. Puteranya Tunku Daie menggantikannya bergelar Sultan

Zainal Rashid Mu’azzam Shah I (The Burney Papers, 1971).

6.0 ZAMAN SULTAN ZAINAL RASHID MU’AZZAM SHAH I (1845-1854) DAN

ZAMAN SELEPASNYA

6.1 Lawatan J. R. Logan ke Kedah (1851)

Bermula zaman Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah (1854-1879),

hubungan di antara Kedah dan Siam terjalin dengan erat. Walaupun

Kedah masih di bawah naungan Siam dan terpaksa melanjutkan tradisi

19
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

lama pengiriman bunga emas dan bunga perak setiap tiga tahun sekali ke

Bangkok, namun Kedah lebih banyak mendapat kebebasan untuk

mengendalikan urusan pentadbiran negerinya.

Pada zamannya, sorang pelawat asing yang terawal melawat Kedah

dalam tahun 1851 iaitu selepas pulihnya hubungan di antara Kedah

dengan Siam ialah J. R. Logan, iaitu pengarang ‘Journal of the Indian

Archepelago and Eastern Asia’ yang diterbitkan di Singapura. Beliau juga

selaku ‘fellow of the Geographical Society’ dan merupakan seorang

penguambela yang mengendalikan kes yang berkaitan wira Kedah, Tunku

Muhammad Saad yang meletuskan perang besar-besaran menentang

Siam di Kedahsekitar 1838 hingga 1839. Dia kemudiannya ditangkap oleh

pihak berkuasa Inggeris di Pulau Pinang dituduh sebagai ‘perompak’

tetapi dia terlepas dari tuduhan tersebut.

Logan datang ke Kedah bertujuan untuk mencari Semang (masyarakat

kaum asli yang masih ramai terdapat di Kedah pada ketika itu). Setibanya

beliau di Sungai Kedah pada 10 September 1851, telah dicatatkan dalam

catatan beliau :

“10 September, pada paginya kami sampai di Kuala Kedah dan

oleh kerana ceteknya, kami pun berlabuh hala ke atas sedikit dari

20
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kota yang rosak dan terbiar itu hinggalaah air pasang. Kemudian

barulah kami memudiki sungai itu…” (Ahmad bin Salleh, 1967).

Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa semenjak Sultan

Ahmad Tajuddin Halim Shah II kembali ke takhta dalam tahun 1841

sehinggalah di akhir pemerintahan puteranya Sultan Zainal Rashid

Mu’azzam Shah I, kota Kuala Kedah yang musnah itu masih terbiar dan

tidak pernah dibaikpulihh hinggalah ke zaman Sultan Ahmad Tajuddin

Mukarram Shah (1854-1879).

7.0 ZAMAN SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH (1882-1943) DAN

PERKEMBANGAN KOTA KUALA KEDAH HINGGA KINI

7.1 Lawatan Father Page ke Kedah (1883)

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943),

seorang mubaligh Perancis bernama Father Page yang melawat ke Alor

Setar dalam tahun 1883 telah mencatatkan :

“Isnin, 22 Oktober 1883, kami menaiki kapal di Pulau Pinang pukul

9 pagi dan tiba di muara Sungai Kedah pada kira-kira jam 4 petang.

Kelihatan dua pucuk meriam di benteng pertahanan di situ. Kami

melabuhkan sauh untuk diperiksa oleh pihak kastam. Setelah

pemeriksaan pihak kastam selesai kami belayar ke hulu ketika air

21
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

pasang dn berlabuh di pelabuhan Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah

tempat sultan bersemayam…” (Dato’James F. Augustine, 1996).

Keterangan yang diberikan oleh mubaligh Perancis itu menunjukkan

waktu itu (1883), sebuah Jabatan Syahbandar sebagai Jabatan Kastam

yang telah ditempatkan di situ. Kemungkinan berada dalam kota Kuala

Kedah itu.

7.2 Pajak Hasil Tiang Kuala Kedah

Pada zaman Sultan Abdul Hamid juga sebelum wujudnya Majlis Negeri

dalam tahun 1905, urusan pentadbiran dalam mengutip hasil-hasil negeri

atau perolehannya adalah menerusi pelbagai pajak yang diberi kepada

orang-orang asing terutamanya, Cina dan penduduk tempatan. Antaranya

seperti pajak ubi dan tepung ubi kayu, hasil-hasil hutan termasuk kayu-

kayan, alat-alat timbangan dan sukatan seperti gantang dan cupak serta

lain-lain lagi. Di pelabuhan Kuala Kedah pajak hasil tiang untuk menambat

perahu, ruang untuk kapal berlabuh dan keluar dari pelabuhan juga

diperkenalkan yang sebelum itu sistem ini dikendalikan oleh Syahbandar.

Dalam tahun 1897, ‘Pajak Hasil Tiang’ Kuala Kedah telah diberikan

kepada Muhammad Hassan bin Abdul Rahman untuk tempoh selama dua

tahun, pada setahun pemajak dikenakan sebanyak seribu empat ratus rial

(Koleksi Arkib Negara, 1897).

22
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

7.3 Pembinaan Rumah Api (1891)

Dalam tahun 1891, sebuah rumah api atau dikenali dengan nama ‘rumah

pelita’, pada ketika itu, telah dibina (binaan konkrit daripada batu seperti

bentuk yang ada sekarang) di dalam kota Kuala Kedah. Kos

pembinaannya dibiayai oleh Kerajaan

Thailand pada zaman pemerintahan King

Chulalongkorn (1868-1910). Kedah yang

waktu itu masih dibawah naungan Siam

telah dikunjungi oleh King Chulalongkorn

dalam bulan Mei 1890. Ketika dalam

pelayarannya dari Langkawi ke Kota Setar, baginda dapat menyaksikan

sekitar kawasan kota Kuala Kedah ketika itu belum mempunyai rumah

api. Di samping mencadangkan supaya rumah api dibina di dalam kota

itu, baginda juga membiayai pembinaan tambahan untuk Istana Anak

Bukit dan juga makam Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah di Langgar

yang mangkat dalam tahun 1879.

Sepucuk surat yang ditulis nagi pihak Raja Muda telah dihantar kepada

Menteri Luar Siam di Bangkok mengandungi laporan mengenai

pembinaan rumah api (rumah pelita) tersebut yang hampir siap dibina

oleh tukang-tukang dari Pulau Pinang di bawah penyeliaan Inggeris.

Laporan itu juga menyebutkan masalah yang timbul mengenai tangga

naik ke kemuncaknya terpaksa digantikan dengan besi kerana ruang di

23
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

dalamnya amat sempit di samping memohon pihak Bnagkok segera

mengirimkan ‘tempat meletak pelita’ di kemuncaknya agar dapat

dipercepatkan pembinaannya rumah api tersebut (Surat menyurat zaman

Sultan Abdul Hamid, bertarikh 3 Rabiulakhir 1309, hari Rabu, bersamaan

4 November 1891).

7.4 Peranan Syahbandar

Salah satu aspek pembaharuan di bidang pentadbiran pada zaman

pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah penubuhan Majlis

Negeri (State Council) pada tahun 1905 iaitu ketika Kedah masih di

bawah naungan Siam. Beberapa jabatan baru telah diperkenalkan di

samping mengekalkan yang lama termasuklah Jabatan Syahbandar yang

dipraktikkan semenjak abad ke-17 sepertimana yang terkandung dalam

Undang-undang Pelabuhan dan Perdagangan Kedah tahun 1650.

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam (Perjanjian Bangkok)

pada 15 Julai 1909, maka bertukarlah naungan ke atas Kedah daripada

Siam kepada Inggeris. Kota Kuala Kedah terus memainkan peranan

penting sebagai kota pertahanan dan pusat pentadbiran. Jabatan

Syahbandar ditempatkan di sini untuk mengawasi dan menyelenggarakan

pelabuhan dan rumah api, menjamin keselamatan kapal-kapal dan perahu

keluar dan masuk.

24
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Ketika itu, jawatan Syahbandar disandang oleh Wan Awang. Sebuah alur

di Kampung Seberang Kota berhampiran kota Kuala Kedah itu diberi

nama Kampung Alur Wan Awang kerana megingati jasa-jasa beliau

sebagai pengasas kampung tersebut. Di samping jabatan Syahbandar,

beberapa bangunan baru telah dibina di dalam kota itu seperti Mahkamah

Syariah, Rumah Peranginan (istirehat) dan sekolah Melayu (Sharipah binti

Shaari, 1982).

7.5 Pembukaan Sekolah (1905)

Sekolah pertama ditubuhkan dalam tahun 1905 ialah Sekolah Melayu

Kuala Kedah terletak dalam kota Kuala Kedah dan yang kedua Sekolah

Seberang Nyonya diasaskan dalam tahun 1911. Sebelum berpindah di

dalam kawasan kota, Sekolah Melayu Kuala Kedah itu didirikan di

Kampung Seberang Alor berhampiran dengan kota tersebut. Disebabkan

kerosakan yang berlaku maka, dalam tahun 1912 sekolah itu berpindah

ke dalam kota di bangunan yang dahulunya dibna khas sebagai ‘Rumah

Peranginan’ untuk pembesar-pembesar negeri.

Bangunan asal itu sebenarnya pernah digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dalam tahun 1917, ianya dijadikan Mahkamah Syariah untuk

membicarakan kes-kes kecil sebagai tambahan kepada Mahkamah

25
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Syariah yang ada di Alor Setar. Bangunan itu juga pernah dijadikan masjid

dalam tahun 1919 sebelum berperanan sebagai sekolah semula pada

tahun 1921 (Sharipah binti Shaari, 1999).

Disebabkan kepadatan murid-murid yang belajar di situ maka sebuah lagi

bangunan tambahan telah dibina bagi menampung bilangan murid yang

ada. Selain itu, penambahanbilangan murid perempuan semenjak tahun

1939, serta rumah guru turut dibina dalam kota tersebut. Bangunan

sekolah di dalam kota tersebut kekal hingga tahun 1981. Dalam tahun

tersebut juga, sekolah itu telah dipindahkan ke bangunan yang baru dibina

di kawasan lain yang agak jauh. Bangunan sekolah lama yang ada,

kemudiannya dijadikan kelas prasekolah iaitu Taman Didikan Kanak-

kanak (TADIKA) dan pusat kegiatan masyarakat di kawasan itu.Dalam

zaman pendudukan tentera Jepun di Kedah (1941-1945) kota Kuala

Kedah telah digunakan oleh Jepun sebagai markas tenteranya.

8.0 KESIMPULAN

Jelaslah bahawa Kota Kuala Kedah merupakan satu-satunya Kota Melayu yang

tertua dia Semenanjung Tanah Melayu. Kota ini tidak sahaja berfungsi dan

berperanan sebagai sebuah kubu atau benteng pertahanan tetapi juga sebagai

pusat perdagangan, pusat pentadbiran malah, di akhir kajian ianya berperanan

sebagai pusat pendidikan.

26
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Sebagai kubu atau benteng pertahanan, kota ini pernah menjadi rebutan dan

medan pertempuran silih berganti. Di sinilah, dalam abad ke-16 dan abad ke-17,

mejadi rebutan kuasa-kuasa Barat untuk menjadikannya pusat perdagangan

dalam usaha monopoli perniagaan bijih timah dan lain-lain barangan utama dari

Kedah. Sementara itu, kuasa-kuasa tempatan atau pribumi seperti Acheh, Siak

(Minangkabau) dan Bugis pernah menawan kota ini.

Kemuncak daripada peperangan mempertahankan kedaulatan negeri ini yang

mengakibatkan ramai rakyat Kedah yang terkorban ialah 12 November 1821,

apabila armada Ligur secara mengejut menyerang dan menawan kota ini. Ramai

yang terpaksa melarikan diri dan ramai pula menjadi tawanan Ligur. Perjuangan

sengit untuk merebut kembali kota itu oleh wira-wira Kedah dari luar berlaku

tidak henti-henti. Dua percubaan atau serangan nekad berlaku dalam tahun-

tahun 1828-1829 di bawah piminan Tunku Kudin dan pada tahun 1838-1839

diterajui oleh Tunku Muhammad Saad.

Sebagai pusat pentadbiran, kota ini dilengkapkan dengan istana dan balai

penghadapan. Di sinilah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, iaitu Sultan

Kedah ke-22 (1804-1845) yang lebih terkenal dengan gelaran ‘Almarhum

Melaka’ (selepas kemangkatan Baginda), pernah bersemayam di saat-saat akhir

(1811-1820) sebelum armada Ligur menawan kota tersebut (1821). Baginda

27
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

mengambil keputusan meninggalkan Istana Kota Setar dan berpindah ke Istana

Kota Kuala Kedah dalam tahun 1811.

Selepas bertukarnya naungan ke atas Kedah dari Siam kepada Inggeris dalam

tahun 1909, kota Kuala Kedah masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan

pendidikan. Satu-satunya sekolah tertua sebelum kemerdekaan negara terkenal

sebagai Sekolah Melayu iaitu Sekolah Melayu Kuala Kedah yang telah lama

wujud dalam kota Kuala Kedah semenjak tahun 1905 lagi. Salah seorang yang

pernah mendapat pendidikan asasnya di sekolah tersebut ialah YAB Dato’ Syed

Razak bin Syed Zain Barakbah, mantan Menteri Besar Kedah.

Dalam tahun 1981-1982, kerja-kerja cari gali yang dilakukan oleh Jabatan

Muzium dan Antikuiti Malaysia yang diketuai oleh Encik Paiman bin Keromo

telah berjaya mengesan fondasi atau tapak beberapa monument sewaktu kota

itu siap dibina pada tahun 1780. Antaranya, seperti tapak istana Sultan, pos

pengawal, perigi, tempat simpanan senjata dan peluru serta macam-macam lagi.

Penemuan ini dapat menguatkan lagi bukti bahawa Sultan Ahmad Tajuddin

Halim Shah II pernah bersemayam di sini dalam tahun 1811 hingga 1820

sebelum berpindah ke Istana Pulau Tiga, Merbok.

Rujukan

Abd. Halim Nasir. (1990). Kota-kota Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

28
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Abdullah Zakaria bin Ghazali. (1995). Pribumi dan Penjajah : Gerakan Tentangan di
Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.

Ahmad bin Salleg. (1967). Kedah dalam Tahun 1851 : Dalam sejarah Kedah Dari Segi
Sejarah. Kedah : Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Alor Setar.

Annable The Gallop. (1994). The Legacy of the Malay Letter/ Warisan Warkah Melayu.
London : The British Library.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya
: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dato’ James F. Augustine. (1995). Kedah Zaman Silam. Alor Setar : Muzium Negeri
Kedah.

Dato’ Haji Wan Ibrahim bin Wan Saloh. (1967). Cara-cara mengutip Hasil Negeri Dalam
Masa Pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah. Alor Setar : Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Alor Setar.

Kalsum Haji Salleh. (1975). Kota Kuala Kedah. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah
Malaysia.

Mohammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Radzi bin Puteh. (1981). Kota Kuala Kedah. Alor Setar : kertas kerja sampingan
untuk Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman.

Muhammad Hasan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad. (1928). Al-Tarikh Salasilah
Negeri Kedah. Pulau Pinang : Jelutong Press.

Raiha Mohd. Said. (1987). Kota-kota Bersejarah di Semenanjung Malaysia. Kuala


Lumpur : Jabatan Muzium, Jalan Damansara.

R. Booney. (1974). Kedah 1771-1821 : The Search for Security and Independence.
Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Sharipah binti Shaari. (1982/83). Sejarah Kuala Kedah 1900-1960an, latihan ilmiah
untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Shamsudin Mohd. Yusof. (1992). Kedah Darul Aman Sepanjang Zaman. Alor
Setar : Muzium Negeri Kedah.

29
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Wan Yahya bin Wan Mohd. Taib. (1911). Salasilah atau Tareh Kerajaan Kedah. Pulau
Pinang : The British Malaya Press Ltd.

Melalui pautan :http://www.sinarharian.com.my/rencana/kota-kuala-kedah-benteng-


pertahanan-1.69760 pada 5 September 2018

Melalui pautan :http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3785 pada 5 September 2018

LAMPIRAN

30
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PETA MUKIM KUALA KEDAH, DAERAH KOTA SETAR

Sumber : Pejabat Ukur Negeri Kedah 1975

KOTA KUALA KEDAH TANAH MELAYU 1780

Pelan Kota Kuala Kedah pada tahun 1780


iaitu semasa kota itu siap dibina oleh Abdul Halim Bin Nasir

KOTA KUALA KEDAH TANAH MELAYU 1985

31
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Pelan tapak Kota Kuala Kedah Oleh Abdul Halim Nasir.

32
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (Marhum Melaka),


Sultan Kedah yang ke-22 (1804-1845).
Baginda mula bersemayam di Istana Kota Kuala Kedah
pada 3 Februari 1811.

Sultan Abdul Hamid Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah,
Sultan Kedah yang ke-26 (1882-1943)
Pada zaman baginda, Rumah Api di dalam kota Kuala Kedah telah dibina (1891) dan
pembukaan Sekolah Melayu Kuala Kedah (1905).

Pintu gerbang asal, Pintu Kacapuri yang musnah akibat dilanda ribut pada tahun 1970

33
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Pintu Gerbang binaan zaman British selepas tahun 1909

Salah satu Meriam asal yang dikenali dengan nama ‘Katak Puru’

Meriam lama ini dikenali dengan nama “Badak Berendam’ pernah jatuh ke laut bersama
runtuhan sebahagian tembok kota yang menempatkannya disebabkan hakisan.

34
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Rumah Api (dahulunya terkenal sebagai ‘RumahPelita’)


dibina pada tahun 1891 semasa Kedah Masih lagi di bawah naungan Siam

Bangunan Sekolah Melayu (Kebangsaa) Kuala Kedah yang terletak di dalam Kota
Kuala Kedah dibina semenjak sebelum 1905, pernah menjadi Mahkamah Syariah dan
Rumah Rehat Kerajaan

35
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Bangunan ini kemudiannya dibaikpulih dan dijadikan Ibu pejabat dan ruang pameran
mengenai Sejarah Kota Kuala Kedah

Kelihatan beberapa buah bangunan lama di dalam kota Kuala Kedah, termasuklah
sekolah dan rumah guru.

Gambar ini adalah salah sebuah binaan tambahan untuk

36
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah

Bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah.


Kawasan disebelahnya adalah kesan penyelidikan-
kerja cari gali yang dilakukan oleh
pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia 1981-1982

37
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

KOTA KUALA KEDAH KINI

Muzium Kota Kuala Kedah kini

Tembok-tembok batu yang terdapat kini.

38
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Rumah Api

Pintu Gerbang Kacapuri

Pintu Gerbang British


39
NO.MATRIK:258585
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Replika Meriam Belanda 1849

Meriam Badak Berendam

Replika Meriam Belanda 1610

40
NO.MATRIK:258585

Anda mungkin juga menyukai