Anda di halaman 1dari 49

BAB 6 – BRITISH MENGEKSPLOITASI

EKONOMI (TANAH MELAYU,


SARAWAK DAN SABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan
• peringkat awal diusahakan jenis tanaman
tradisional seperti lada hitam, gambir, buah
pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
• diusahakan kerana mendapat pasaran yang
baik
• British hanya menggalakkan peladang Eropah
dan orang asing untuk mengusahakan
pertanian dagangan
• penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat
a. Lada hitam dan gambir
• untuk tujuan eksport
• diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan dan Sarawak
• kurun ke-19 lada hitam dan gambir
diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
• di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-
orang Cina dari Singapura
• gambir biasanya digunakan sebagai bahan
pewarna dan mencelup sutera
b. Buah pala dan cengkih

• banyak ditanam di Pulau Pinang


• tanaman buah pala diutamakan kerana
harganya lebih tinggi
• dieksport ke Eropah dan China
• cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat
• 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya
tidak stabil
c. Tebu

• permintaan terhadap gula meningkat di


pasaran dunia
• 1830-an Seberang Perai merupakan pusat
pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
• tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat
pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
• gula menjadi eksport penting Tanah Melayu
selama hampir 50 tahun
d. Ubi kayu dan nanas

• Ubi kayu banyak ditanam di Melaka, Negeri


Sembilan dan Selangor
• industri mengetin nanas berpusat di Perak,
Selangor dan Johor
• sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu
merupakan pengeksport nanas dalam tin
kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan
Ekonomi British

• kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional


kurang penting kerana harganya tidak stabil di
pasaran dunia
• British memperkenalkan tanaman baru seperti
kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh
a. Kopi
• diusahakan secara besar-besaran di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
• harga kopi meningkat di pasaran dunia
b. Kelapa Sawit
• berasal dari Afrika
• diperkenalkan di Kuala Selangor
• 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport
• ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor
• Johor menjadi pengeksport utama kelapa
sawit
c. Tembakau
• ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang
d. Teh
• diusahakan di Cameron Highlands, Pahang
• teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu
tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah
• akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran
dunia
• getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan
untuk memulihkan ekonomi
• kurun ke-20 getah menjadi eksport penting
Tanah Melayu
Sejarah asal-usul getah
• berasal dari Brazil
• getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
• tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil
dibawa ke England oleh Henry Wickham
• kemudian disemai di Kew Garden, England
• sebanyak 3000 benih getah dihantar ke negara-negara
naungan british terutamanya Sri Lanka
• 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke
Singapura dan ditanam di Botanical Garden
• dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke
Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman
Residen Perak
• Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley
yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah
di Tanah Melayu
Perkembangan Getah
• awal kurun k-20 harga getah melambung
tinggi di pasaran dunia
• permintaan meningkat kerana perkembangan
perusahaan membuat kereta di Eropah dan
Amerika Syarikat
• ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di
Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
• 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53%
daripada jumlah pengeluaran getah dunia
• Tanah Melayu muncul pengeluar getah
terbesar dunia
• Syarikat-syarikat Eropah menguasai
perusahaan getah di Tanah Melayu seperti
Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield
dan United Plantation
• Penduduk tempatan mengusahakan tanaman
secara kebun kecil
Faktor-faktor perkembangan
perusahaan getah di Tanah Melayu
a. Kejatuhan harga kopi
• harga kopi jatuh kerana pengeluaran
berlebihan di Brazil dan serangan serangga
perosak
• peladang terpaksa beralih kepada tanaman
getah
b. Permintaan getah yang meningkat
• diperlukan dalam perusahaan membuat
kereta di Amerika Syarikat dan Eropah
• diperlukan untuk industri membuat kasut,
pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan
penebat elektrik
c. Tenaga buruh yang mencukupi
• buruh dari India dibawa masuk secara besar-
besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah
d. Usaha H.N. Ridley
• memperkenalkan kaedah menoreh mengikut
sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan
herring
• kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran
susu getah
e. Pelaburan modal
• banyak syarikat besar Eropah melabur dalam
perusahaan getah di Tanah Melayu seperti
Sime Darby , Guthrie, United Plantations dan
Harrisons & Crosfield.
f. Kadar cukai yang rendah
• British mengenakan cukai tanah dan cukai
eksport yang rendah
• Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang
baru dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan
Getah
• tahun 1920-1930-an berlaku zaman
kemelesetan ekonomi dunia
• harga getah jatuh dan memberi kesan kepada
perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga
Getah
i. Rancangan Sekatan Stevenson 1922
ii. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
1934
i. Rancangan Sekatan Stevenson 1922
• tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan
meningkatkan harga getah
• disertai negara naungan British seperti Tanah
Melayu dan Sri Lanka
• Belanda di Indonesia enggan menyertai
rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan
pengeluaran getah
• tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh
British apabila gagal mencapai matlamat
ii. Perjanjian Peraturan Getah
Antarabangsa 1934
• tujuan untuk mengurangkan pengeluaran
getah dan menstabilkan harga
• disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia,
IndoChina dan Thailand
• setiap negara dikehendaki mengurangkan
pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
• berjaya meningkatkan semula harga getah di
pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan

• Amerika Syarikat memperkenalkan getah


tiruan selepas Perang Dunia II
• menjadi pesaing kepada getah asli
• dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia
terputus akibat Perang Dunia II
• getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu
tinggi dan dapat menandingi getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan
Perlombongan
• British memajukan kegiatan perlombongan
• Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas,
arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a.Emas
• 1890-an dilombong secara komersial di raub,
Pahang
• Raub merupakan kawasan lombong emas
terbesar Tanah Melayu
• diusahakan oleh syarikat dari Australia

b. Arang batu
• dilombong di Batu Arang, Selangor
• digunakan sebagai bahan api
c.Bauksit
• sejenis logam yang digunakan untuk
membuat aluminium
• dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia
di Johor, Teluk Emas di Melaka

d. Bijih besi
• dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan
Rompin, Pahang
• lombong bijih besi juga dibuka di Kedah,
Perak dan Johor
e. Ilmanit
• galian yang dikeluarkan sebagai hasil
sampingan perlombongan bijih timah
• dihasilkan di Batang Padang, Perak
Perkembangan Perlombongan Bijih
Timah
a. sebelum abad ke-19 – diusahakan oleh orang
Melayu
• menggunakan cara mendulang dan melampan
• Dilakukan oleh orang perempuan pada waktu
lapang
b. Pada abad ke-19 – pengusaha Cina
• tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk
bekerja di lombong bijih timah kepunyaan
pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai
Ujong, Larut dan Klang
• orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka
lombong bijih timah dengan memajak tanah
daripada pembesar-pembesar Melayu
• perlombongan bijih timah semakin
berkembang dengan penglibatan orang Cina
• banyak lombong baru dibuka di Ampang,
Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
• orang Cina memperkenalkan sistem lombong
dedah, pam kelikir dan palung
• akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai
kegiatan melombong bijih timah
c. Pada abad ke-20 – Pelombong Eropah
• Pelombong Eropah menggunakan kapal korek
untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
• tahun 1912 kapal korek pertama kali
digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
di Batu Gajah, Perak
• pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal
korek di Tanah Melayu
• 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan
bijih timah sebanyak 68%
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan
Langkah Mengatasi
• 1930-an harga bijih timah jatuh akibat
kemelesetan ekonomi dunia
• 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah
Antarabangsa sebagai langkah memulihkan
semula harga bijih timah
• negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu,
Bolivia, Nigeria dan Indonesia
• semua negara bersetuju untuk mengurangkan
pengeluaran bijih timah
• hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah
Antarabangsa ditubuhkan
• tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih
timah
• kesannya dapat menstabilkan semula harga
bijh timah
6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
• Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti
kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur
barus, getah perca dan getah jelutung
• diusahakan secara tradisional melalui kegiatan
meramu
• semasa pentadbiran British hasil-hasil ini
menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
• British menggalakkan pengeluaran hasil hutan
untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat
dan Eropah
• tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan
Perhutanan
• tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil
hutan dengan lebih sistematik
A. Damar

• diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok


di hutan
• damar digunakan untuk menutup renggangan
pada papan perahu
• dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan
untuk menggilap permukaan papan atau rotan
B. Getah perca

• diperoleh daripada pokok getah perca yang


tumbuh dalam hutan
• digunakan untuk membuat peralatan bedah,
bola golf dan bahan penebat kabel telegraf
dasar laut
• untuk mendapatkan getah perca batang pokok
ditetak bagi mengeluarkan susunya
• kemudian susu dikumpul dalam bekas dan
dibentuk menjadi bebola atau jongkong
C. Getah jelutung

• kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah


pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri
gigi palsu
• tahun 1920-an getah jelutung dikumpul
menggunakan tabung buluh
• ia biasanya dieksport
D. Rotan

• dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan


juga banyak dieksport ke China
• kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar
,tongkat, tangkai payung dan perabot
E. Pokok balak

• banyak dieksport ke China dan Britain


• antara kayu balak yang diusahakan ialah
cengal, meranti dan keruing
• digunakan sebagai bahan binaan, membuat
perabot dan perahu
• 1928 British memperkenalkan lesen kilang
papan untuk mengawal kegiatan pembalakan
dan industri berasaskan kayu
Kegiatan Dwiekonomi
• diperkenalkan oleh British terhadap penduduk
di Tanah Melayu
• ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan
ekonomi tradisional
a. Ekonomi Dagangan
• British lebih mengutamakan ekonomi
dagangan seperti kegiatan perlombongan,
perladangan dan perdagangan
• dimajukan terutama di kawasan pantai barat
Tanah Melayu
• dijalankan secara besar-besaran
menggunakan teknologi moden dan disokong
kemudahan asas yang baik seperti sistem
perhubungan dan pengangkutan yang teratur
• lebih berorientasikan eksport
• dikuasai syarikat asing khususnya syarikat
Eropah
• tertumpu pada perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah
• melibatkan tenaga buruh yang ramai
• melibatkan pelaburan modal yang besar
• teknologi moden seperti mesin hidraulik
banyak digunakan dalam kegiatan
perlombongan bijih timah
b. Ekonomi Tradisional
• kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan
oleh british
• diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
• bercorak sara diri
• tertumpu pada kegiatan menanam padi dan
menangkap ikan
• menggunakan peralatan tradisional seperti
kerbau untuk membajak sawah padi
• melibatkan modal kecil
kesan kegiatan dwiekonomi :

• berlaku perkembangan tidak seimbang


• mewujudkan jurang ekonomi antara
masyarakat bandar dengan masyarakat luar
bandar

Anda mungkin juga menyukai