Anda di halaman 1dari 12

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

DEPARTMENT OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY


POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

TUGASAN BERDASARKAN MASALAH

SUBJEK : MPU23032 – PENGAJIAN ISLAM


TAJUK : SEMANGAT KEJIRANAN
KELAS : DDT2A
TARIKH : 31 MEI 2021

PREPARED BY :
No. Name Matrix No
1. ATHIRAH WAHIDAH BT ZARUL AFANDI 12DDT19F2999
2. WAN NUR ATIKAH DAYANA BT WAN AHMAD RIDUAN 12DDT20F1002

DISEDIAKAN UNTUK : PN. WATI BT MOHAMAD

ISI KANDUNGAN

01. Pengenalan
02. Kategori Jiran

03. Adab Berjiran

04. Kesan ketiadaan amalan kejiranan

05. Langkah – Langkah Memupuk Semangat Kejiranan

06. Penutup

07. Lampiran

01.PENGENALAN
Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara yang amat
membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap
kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam jiwa
setiap ahli masyarakat.

“Seikat bak sirih, serumpun bak serai. Jiran bagaikan adik beradik, bagaikan
saudara terdekat.Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Susah senang bersama,
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Ke gunung sama didaki ke lurah
sama dituruni, membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh”.

Dalam hidup berjiran, kita tidak mahu hidup mementingkan diri sendiri bagaikan
enau
Melepaskan pucuk masing-masing. Sikap individualistik ini akan menggugat
keharmonian hidup bermasyarakt. Bersikap hidung tinggi juga dapat
merenggangkan
hubungan sesama insan.

Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalam kalangan masyarakat yang


hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran
tetangga. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat
yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman.
Hubungan kejiranan “bagaikan isi dengan kuku”, “umpama dakwat dan kertas”
mencetuskan toleransi dan keharmonian hidup. Hal ini juga membantu negara
dalam usaha membangun dan memajukan negara kita.
Peranan setiap individu terhadap jiran adalah sangat penting.
Jiran merupakan tetangga atau jiran tetangga yang tinggal sebelah menyebelah dan
berdekatan dengan kediaman kita. Jiran juga bukan sekadar yang tinggal di sebelah
kedua- dua rumah kita, tetapi orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
sama ada di kanan, kiri, depan, belakang, tingkat atas, tingkat bawah hingga 40
buah rumah dari setiap sudut. 

Sejak zaman berzaman manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan


berkelompok kerana setiap orang saling memerlukan dalam menjalani kehidupan.
Hidup berjiran juga merupakan amalan mulia serta memberi manfaat kepada
manusia. Dalam hidup berjiran, mestilah saling mengenali antara satu sama lain dan
berbuat baik sesama mereka. Hakikatnya Allah SWT sendiri memerintahkan umat
Islam supaya saling berbuat baik dengan jiran tetangga.

Justeru, masyarakat perlu menghayati tentang suruhan agama supaya memelihara


hubungan kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan pula,
mana- mana kawasan perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai kaum.

02.KATEGORI JIRAN
Nabi SAW telah menyatakan dalam hadisnya bahawa jiran tetangga mempunyai tiga
kategori iaitu:
 

1. Jiran Muslim yang ada hubungan kekeluargaan baginya, maka dia mempunyai
tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga (kerabat) dan seorang Muslim.
 

2. Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu sebagai hak jiran dan hak seorang
Muslim.
 

3. Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu sebagai hak jiran.
 

Hadis Nabi SAW juga banyak yang memberi penekanan kepada jiran,
antaranya hadis baginda yang bermaksud, “Sesiapa beriman kepada Allah
dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang
baik dan hendaklah ia diam.” (HR Muslim)
 

03.ADAB BERJIRAN
 

Begitulah tingginya kedudukan jiran dari sudut pandangan Islam. Maka Islam
menganjurkan adab- adab yang baik dalam kehidupan berjiran iaitu:
 

1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan


hormat- menghormati antara satu sama lain.
 

Mulakan salam dan senyuman jika bertemu sesama Muslim atau ucapan
penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Hendaklah
sentiasa bertoleransi yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam,
budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
 

2. Tidak menyakiti mereka sama ada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar
bersangka buruk.
 

Jiran yang tidak berakhlak terhadap sesama jiran seperti menganiaya,


mengumpat, sehingga ia tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan
yang menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
 

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud, “Demi Allah tidak beriman,


demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman”. Sahabat bertanya,
“Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?” Rasulullah SAW
menjawab, “Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat
dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (HR Bukhari dan Muslim)
 

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud, “Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak merasa aman
(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (HR Muslim)
 

3. Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam
rumahnya.
 

Jangan menyusahkan mereka seperti meletakkan sesuatu yang boleh


menghalang laluan ke rumah mereka kecuali setelah mendapat restu dan izin
daripadanya.
 

Sepertimana yang disebut dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda


maksudnya, “Demi Allah, sesungguhnya mereka yang membuatkan jiran
tetangga tidak selesa dan tidak aman dengan gangguan yang mereka
lakukan, mereka itu adalah orang yang tidak sempurna imannya.” (HR
Muslim)
 

4. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan


ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah
SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

04.KESAN KETIADAAN BUDAYA KEJIRANAN


Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak
mengamalkan semangat kejiranan. Di sini kita dapat bahagikan kepada tiga kesan
iaitu kesan ke atas individu, masyarakat dan negara.
 
a) Kesan kepada individu
Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang
mementingkan diri sendiri atau dengan kata lain individualisme. Ini akan
memburukkan lagi keadaan apabila berlaku kecemasan dan memerlukan
pertolongan orang lain.
 
Contohnya, salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan
dengan segera. Tanpa jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan
dengan keadaan yang segera? Di sini jelaslah bahawa semangat kejiranan
amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan.
 
b) Kesan kepada masyarakat

Selain itu, hal ini juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak
langsung kepada masyarakat yang akan wujudnya pelbagai gejala sosial.
 
Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka
sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak,
merempit, vandalisme pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-
lain lagi.
 
Hal ini kerana, tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau
kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan urusan
masing-masing. Selain itu, mereka juga menggunakan istilah tidak menjaga
tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala
sosial yang kini kian merunsing.
 
Selain itu, masalah kecurian juga akan terus berlaku. Antara punca ialah tidak
ada pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang dilakukan
dalam program Rukun Tetangga.
 
c) Kesan kepada negara

Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu kesan terhadap negara
ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih
mementingkan diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan membantu
sesebuah negara itu meningkat maju.
 
Keharmonian negara amat penting untuk mengekalkan keamanan dan
kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia juga akan menarik minat
pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke
negara ini kerana keamanan yang diperolehi Malaysia.
 

05.LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN


a) Ibu bapa perlu menjadi suri teladan
Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak.

Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-
anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka
mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya.

Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga
walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa
haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk
semangat kejiranan.

Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-
anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka
negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam
mentadbir membangunkan negara ke  arah kemajuan negara pada masa akan
datang.

Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

b) Program rukun tetangga memupuk semangat kejiranan

Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan
dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti dihidupkan semula.

Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.  Anggotanya
membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya,
anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira
usia, agama dan status.

Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan  jalinan hubungan yang


mesra “bagai isi dengan kuku” sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki.
Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang
harmoni.

Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat
kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
c) Aktiviti gotong-royong

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO). 

Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil


berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya.

Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara


satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati
budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Selepas mengenali
hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini,
masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan
pelbagai nilai murni. 

Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri  pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan
menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi.

Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam


kalangan masyarakat.

d) Majlis rumah terbuka semasa sambutan perayaan

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis
rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.

Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat


kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih
dekat.

Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah
terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.

Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka


Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai
hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata
bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”.

Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang
menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan”
dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan
perumahan di sekitar Pulau Pinang.

Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

e) Budaya kunjung-mengunjung

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-
mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan.

Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini,
kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita
dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan.
Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “berat mata memandang berat
lagi bahu memikulnya”, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada
prinsip “cubit paha kiri, paha kanan terasa juga”.

Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan
dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan
ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.

Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat


kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

f) Budaya tolong menolong

Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan sementara


menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atas sanak-saudara. Pengorbanan
seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapa pun apatah lagi
jiran yang terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama
semakin kuat pula ikatan kejiranan.
Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan
dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah
rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.

g) Amalan bertegur sapa


Kita juga haruslah mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran yang menjadi
titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra.
Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat
menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi
pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya
memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.
Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat
utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.

f) Mengadakan Hari Keluarga

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa
aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri
dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah,
dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin
bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini
hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi,
atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat
sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap
dalam peribahasa Melayu “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.

g) Membentuk persatuan kampung

Kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu
persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau
pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini,
banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan
Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan
Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun
Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman
untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita
lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu “ibarat aur dengan tebing” yang mementingkan
semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

06.PENUTUP
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian
mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum
menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.
Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat
kita, namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Hiduplah kita “bagai aur
dengan tebing”,yang mana saling memerlukan dan saling mengukuhkan.
Sinergi dan usaha sama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan
diaplikasikan  dalam institusi masyarakat  bagi mencetuskan semangat kejiranan
yang utuh persis peribahasa Melayu, “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah
semua”.
Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah
disimpulkan bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat dipraktikkan untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal.  Jika hal ini dibiarkan, semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 

Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan  bermula daripada


sekarang.  Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus subur mewangi
dalam kehidupan kita sehari-hari.

Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka


merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa
hadapan.

Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak
kerana “bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”. Oleh itu, semua pihak perlulah
bersinergi ibarat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” untuk menghidupkan
semangat kejiranan di negara kita.

Allah berfirman yang maksudnya, 

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang


lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

07.LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai