Anda di halaman 1dari 5

Hukuman hudud ( ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis.

. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Dalil al-Quran Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). KESALAHAN YANG WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD:1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'. 2. Menuduh orang berzina (qazaf)-iaitu membuat tuduhan zina ke atas orangyangbaik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi. 3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak. 4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya. 5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan. 6. Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan. 7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam. PENGKHUSUSAN DALAM HUKUMAN HUDUD a)ZINA Melakukan kesalahan persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpanikah, tidak termasuk wati`syubhah dan milik. Hukumannya disebat, rejam dan taghrib Hukumannya mengikut dua keadaan orang yang melakukan kesalahan: i)SUDAH BERKAHWIN Golongan yang telah berkahwin dengan perkahwinan yang sah,maka hukumannya ialah direjam sehingga mati. Dalilnya firman Allah Taala yang dinasakh bacaannya tetapi diteruskan hukumnya iaitu: ``Orang yang telah berkahwin lelaki dan perempuan apabila berzina maka rejamlah sahaja keduanya itu``. Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had. Maka lakukanlah terhadap saya. Lalu Rasulullah

saw memanggil walinya seraya bersabda:Berlaku baiklah kepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku. Lalu walinya melakukan apa yang telah diperintahkan. Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).Kemudian Rasulullah saw menyembahyangkannya jenazahnya . Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina,lalu Rasulullah telah bersabda : Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah,nescaya luas untuk mereka, adakah kamu sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada Allah s.w.t.:(Riwayat Muslim) Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan zina. ii) BELUM BERKAHWIN Orang yang belum berkahwin secara sah. FirmanAllah swt: Ambillah kamu daripadaku, (hukuman di atas perempuan yang berzina ) sesungguhnya Allah telah mengadakan untuk mereka jalan keluar iaitu penzinateruna dengan dara disebat seratus kali dan dibuang negeri setahun. Taghrib : Makna: Duhukum buang negeri bagi penzina ke negeri lain. Namun begitu, berlaku perselisihan pendapat dikalangan ulama`mewajibkan bagi mereka sebatan. Imam Al-Hanafiah: Tidak dihukum buang negeri dan sebat kecuali apabila pemerintah (imam) merasakan perlu untuk maslahah, maka perlu dikenakan tazkir tetapi tidak dijatuhkan hukum had.Inilah juga pendapat yang diberikan oleh mazhab Zaidiah Imam Al-Hanabilah dan Imam As-Syafieyyah Mesti dikenakan taghrib bagi penzina yang belum berkahwin selama setahun bersama sebatan samada lelaki ataupun perempuan. Imam Malik Dikenakan taghrib bagi lelaki sahaja dan tidak bagi perempuan, pendapat ini sama dengan pendapat Al-Auzaie Liwat juga termasuk dalam mafhum zina menurut Jumhur seperti Malikiyyah,Syafieyyah ,Hambaliyyah, Abi Yusuf , Muhammad Syahibi dan Abi Hanifah. Hukuman bagimereka yang melakukannya sama seperti hukuman zina. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah: Sebenarnya apa yang telah disepakati oleh para sahabat: Sesungguhnya dihukum bunuh kedua-duanya iaitu Al-A`la dan Al-Asfal iaitu pelaku dan yang kena laku sama ada keduanya Muhsyan atau Ghir Muhsyan, sesungguhnya Ahli Sunan meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi (saw)bersabda : barangsiapa mendapati mereka melakukan amalan kaum Luth maka bunuhlahyang melakukannya dan yang kena laku. b) QAZAF Tuduhan melakukan zina Iaitu menuduh seseorang dengan berzina tanpa saksi. Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan terhadap perempuan-perempuan

yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka selamanya kerana mereka adalah orang-orang fasiq. (Surah An Nur ayat 4) Menurut Jumhur al-fuqaha`Disisi Dzohiriyyah :Islam bukan syarat Ihson. Barangsiapa menuduh Zimmiyyah melakukan zina,wajib dijatuhkan hukum had sebagaimana hukuman menuduh muslimah . c) SYURB Meminum arak atau apa juga minuman yang memabukkan. Hukumnya sabit dengan amalan Nabi s.a.w yang menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dan saidina Umar menambah 80 kali . Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa seorang lelaki telah sabit meminum arak telah dibawa mengadap Rasulullah s.a.w lalu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dengan pelepah tamar. Kata Anas begitulah juga yang dilakukan oleh Abu Bakar . Apabila zaman khalifah Umar beliau telah bermusyawarah dengan para sahabat lalu berkatalah Abdul Rahman bin Auf. Jadikan seringan- ringan hudud itu 80 kali sebatan. Lalu Umar memerintah supaya hukuman itu dikenakan. d) SARIQAH Mencuri, mengambil secara sembunyi harta,barang daripada jagaan atau milikkan tuannya dari tempat simpanannya , dimana perbuatan tersebut dilakukan dengan niat untuk menghilangkan harta itu daripada milikan dan jagaan tuannya. Hukumnya telah ditetapkan oleh Allah dengan firmannya yang bermaksud``Pencuri lelaki dan pencuri perempuan , potonglah tangan keduanya sebagai balasan perbuatannya dan untuk untuk pengajarann yang dapat mencegah dari Allah.Dan Allah itu maha kuasa lagi maha bijaksana .Maka barangsiapa yang bertaubat selepasmelakukan kejahatan dan melakukan kebaikan nescaya Allah menerimataubatnya.Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.`` e) HIRABAH Merampas harta orang lain dengan kuasa kekerasan atau ugutan secara keras oleh seseorang atau kumpulan yang bersenjata atau alat yang bolehdijadikan senjata . Hukumannya ditetapkan oleh Al-quran ,iaitu firman Allah taala : Sesungguhnya balasan terhadap orang orang yang memerangi Allah dan Rasulnya danmembuat angkara di muka bumi tiada lain dari dibunuh atau disalib atau dipotong tangandan kaki mereka secara sebelah yang berlainan atau di buang negeri,Ini adalahsebahagian penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksa yang sangat besar . (Al-Maidah 33-34) f) MURTAD Dari segi bahasa : yang kembali sepenuhnya . Dari segi syara : Iaitu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang

Islam yang mukallaf dengan membatalkan Islam dan imannya dengan keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan atau perbuatan ,adapun hati terserah kepada Allah Swt. Hukumannya ialah dibunuh hingga mati setelah diberi peluang bertaubat dalam tempoh tertentu. Dalilnya sabda Rasulullah (saw): `` Sesiapa yang menukarkan agamanya (Islam ) maka bunuhlah ia. (Riwayat Al- Bukhari dan Abu Daud) g) Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah . ( al-Quran, al-Hujurat : 9 ) Segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum Allah. Hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :

Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah. (Surah al-Hujurat: Ayat 9 ) CABARAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD Sistem perundangan adalah himpunan, kaedah dan hukum-hukum yang berkait rapat dengan hakimnya iaitu ketua negara yang merintah. Jadi apabila Islam itu mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri maka pasti di sana ada muqawwimat asas-asasnya yang tersendiri,mempunyai pemimpin yang arif,taat kepada perintah Allah dan melaksanakan undang-undang Allah swt. Ketidak arifan pemimpin negara umat islam, tentang agamanya, hukum-hukum Tuhannya yang wajib dilaksanakan justeru timbulnya pengabaian dan penolakan. Sebagai contoh hukum hudud menjadi isu yang dagang dan hanya dilaungkan oleh golonga nulama sahaja . Lebih jauh dari itu,ianya dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agamanya. Pemahaman mengenai keperluan hudud Perlaksanaan hudud sering disalah tafsirkan bukan sahaja dikalangan bukan Islam bahkan dikalangan orang Islam sendiri. Seringkali hudud dilihat sebagai satu undang-undang zalim dan melampaui batas kemanusiaan. Kalau dilihat, perintah mengenai undang-undang hudud duduk sebaris dengan perintah-perintah lain dalam agama kita seperti perintah mengerjakan solat, puasa, berkahwin dan sebagainya iaitu termaktub dalam kitab Al-Quran yang sama. Penulis mengakui, dalam zaman moden ini, pelaksanaan hudud bukanlah sekadar berkobarkobar untuk melakukannya sahaja, tetapi perlulah memenuhi keperluan tatacara perundangan semasa. Justeru, perlulah wujud satu kumpulan kerja yang terdiri daripada bukan sahaja ahliahli agama malah ahli-ahli perundangan untuk mengkodifikasikan hukum hudud sebagai hukum

perdana negara, sesuai kedudukannya sebagai hukum Allah. Sebilangan besar masyarakat hari ini amat kabur dengan gambaran sebenar hukum hudud ini. Mereka tidk dapat membayangkan bagaimana tangan seseorang itu dipotong, seseorang direjam dengan batu bersaiz tapak tangan, seseorang disebat dan sebagainya. Gambaran ini bersifat "hopping" sebenarnya iaitu melompat dari satu bab dengan meninggalkan bab-bab yang penting yang lain (seperti pembacaan novel oleh sesetengah daripada kita). Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan kefahaman sebenar mengenai hudud untuk membantu masyarakat kita sedar tentang peri pentingnya hudud dan perlaksanaannya yang berkesan dalam masyarakat. Kedudukan Hudud dalam Undang-undang Islam Para ulama telah bersepakat untuk meletakkan hudud sebagai undang-undang tertinggi dalam sabitan hukuman jenayah dalam Islam. Islam membahagikan undang-undang Islam kepada dua iaitu hukuman hudud (had-had) dan hukuman ta'zir. Hukuman ta'zir adalah undang-undang mengenai kesalahan dan hukumannya yang diletakkan oleh pemerintah mengikut keperluan masyarakat semasa. Sebagai mana kedudukannya sebagai undang-undang jenayah yang tertinggi dalam masyarakat Islam, kaedah pembuktian hudud juga adalah tinggi dan ketat untuk mensabitkan dengan pendakwaan. Kedudukan Pembuktian dalam Hudud Dalam mempelajari undang-undang, dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan perlulah mencapai tahap pembuktian yang membolehkan hakim yakin bahawa tertuduh melakukan kesalahan tersebut atau dalam istilah undang-undang hari ini "reasonable doubt", iaitu sekitar 90-100% bahawa wujud kemunasabahan dalam penyabitan kesalahan seperti yang didakwa. Tetapi dalam pembuktian hudud, pihak yang mendakwa perlulah membawa hujahan yang membolehkan hakim menyakini dengan hak bahawa orang yang kene tuduh telah melakukan kesalahan hudud seperti yang didakwa. Inilah yang membezakan hukuman hudud dengan hukuman ta'zir iaitu pembuktian dalam hukuman hudud hendaklah menghapuskan segala keraguan yang ada atau istilah undang-undangnya "beyond reasonable doubt" iaitu pemberatan sabitan melebihi 100%, samaada 150% atau 200%! Sabitan terlalu ketat, adakah pesalah terlepas? Oleh kerena pembuktian sabitan terlalu ketat, seperti saksi yang adil yang tidak fasiq, melakukan keseluruhan perintah Allah seperti solat dan zakat dan mempunyai thiqah (kepercayaan) kepada masyarakat, dan kesalahan disaksikan dengan cukup korum (seperti 4 bagi kes zina dan 2 bagi kes mencuri), menjadikan sabitan bagi pendakwaan amatlah sukar dan hampirlah kepada amat mustahil dengan keadaan masyarakat yang ada sekarang. Tambahan lagi kepada hukuman hudud kepada saksi yang membuat dakwaan dusta atau dakwaan yang gagal disertakan dengan saksi yang kompeten yang boleh dihukum dengan empat puluh kali sebatan sekiranya sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, satu-satu kes yang gagal dibawa atau disabitkan dengan kesalahan hudud, boleh dibicarakan atas peruntukan undang-undang ta'zir sekiranya bukti yang ada mencukupi bagi pendakwaan dibuat.

Anda mungkin juga menyukai