Anda di halaman 1dari 11

1

1.0 KONSEP ZINA

Gejala zina merupakan gejala sosial yang paling parah kerana perbuatan itu bukan sahaja
menyalahi hukum Islam tetapi ia juga memberi kesan yang buruk kepada keturunan (zuriat),
keluarga dan masyarakat. Fenomena yang mengerikan pada masa kini yang juga adalah dianggap
sebagai zina ialah gejala pelacuran. Gejala ini semakin berleluasa dan mengakibatkan banyak
aktiviti pembuangan bayi dan semua ini merupakan kesan daripada bahaya zina itu sendiri. Islam
amat prihatin terhadap gejala zina dan memperingatkan agar umat Islam sentiasa berwaspada
akan punca-punca yang mendorong kepadanya terutamanya pergaulan bebas lelaki dan
perempuan yang boleh menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan zina. 1

Secara ringkasnya, zina dapat ditakrifkan sebagai hubungan atau persetubuhan diantara
lelaki dan perempuan secara haram iaitu lelaki dan perempuan yang terlibat tidak mempunyai
ikatan perkahwinan yang sah dan mereka melakukannya dengan sedar dan dengan kemahuan
sendiri2.

Disamping itu, dalam jenayah zina juga, syariah membezakan hukuman antara seorang
yang muhsan iaitu yang telah berkahwin dan juga ghair muhsan bagi pesalah yang belum
berkahwin. Bentuk hukuman kepada muhsan adalah rejam manakala bagi pelaku ghair muhsan
hendaklah disebat dengan seratus kali rotan. Bagi mengelakkan hukuman hudud ini, setiap
individu perlulah menjaga diri dengan baik agar tidak terlibat dalam perlakuan jenayah zina.3

2.0 DALIL PENGAHARAMAN ZINA


2.1 Al-Quran: Firman Allah :
         
)Al-Isra’ 17 : 32(
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina,

Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang
membawa kerosakan).
1
Abdul Rahman Rukaini. 2001. Jinayah Teras keadilan Hakiki. Halaman 28
2
Ibid.
3
Abdul Jalil Borham. 2002. Pengantar Perundangan Islam. Halaman 126
2

Firman Allah:
           
            
   
(Al-Nur 24:2)
Maksudnya : Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.

3.0 KES JENAYAH ZINA


Daripada Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abu Huraira katanya :

‫ه‬33‫تى ردد علي‬33‫ه ح‬33‫أعرض عن‬33‫ يا رسول هللا ! اني زنيت ف‬: ‫اتى رجل رسول هللا صلى هللا عليه وسلم وهو في المسجد فناداه فقال‬
‫ فهل أحصنت؟‬: ‫ قال‬,‫ ال‬: ‫ أبك جنون ؟ قال‬:‫ دعاه ألنبي صلى هللا عليه وسلم فقال‬, ‫ فلما شهد على نفسه أربع شهادت‬.‫أربع مرأت‬
‫ اذهبوا به فارجموه‬: ‫ فقال النبي صلى هللا عليه وسلم‬. ‫ نعم‬: ‫قال‬.

(‫)رواه مسلم‬

Maksudnya: ketika Rasulullah s.a.w berada di dalam sebuah masjid, baginda didatangi oleh
seseorang dari kalangan muslim yang berada di situ lalu ia berkata, “ Ya Rasulullah, saya telah
berzina.” Baginda berpaling kearah lain dan hanya setelah orang itu mengulanginya sebanyak
empat kali barulah Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, “ Adakah kamu tidak siuman?”
Jawabnya menjawab: “Ya, aku telah muhsan.” Kemudian Rasulullah memerintah, pergilah
kamu semua dengannya dan rejamlah dia.4 “Tidak”. Rasulullah s.a.w bertanya lagi. Adakah
engkau telah muhsan? Lelaki tadi

Huraian Hadis : hadis diatas adalah berkaitan dengan seseorang muslim yang telah
datang bertemu dengan Rasulullah didalam sebuah masjid dan dia memberitahukan kepada
Rasulullah bahawa dia telah berzina. Baginda tidak mengendahkan pernyataan lelaki itu tadi

4
Sayed Sikandar Shah Haneef. 2003. Undang-undang Keterangan Islam. Halaman 8
3

sehinggalah dia mengulang kata-katanya sebanyak empat kali. Selepas itu Rasulullah
bertanyakan kepadanya adakah dia gila dan lelaki itu menjawab tidak. Lalu baginda bertanya lagi
samaada ia telah berkahwin ataupun tidak dan ia mengiyakan pertanyaan Rasulullah. Kemudian
Rasulullah menetapkan hukuman yang patut diterimanya adalah rejam.

Prinsip Kehakiman : terdapat beberapa prinsip kehakiman Islam yang telah digunakan
dalam kes ini seperti;

a) Pengakuan Salah mestilah dilakukan dalam keadaan sedar dan dibuat dengan unsur-
unsur rela tanpa sebarang bentuk paksaan.
b) Hakim bertanggungjawab menyoal balas tertuduh berhubung dengan pengakuan
salahnya untuk memastikan pengakuan itu benar-benar dibuat secara sukarela dan
orang itu benar telah melakukan jenayah tersebut.
c) Hukuman yang dijalankan adalah berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh
daripada tertuduh.
d) Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan ke atas mereka
hukuman hadd (rejam) iaitu dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

Terdapat juga kes-kes zina yang melibatkan penzina yang ghair muhsan. Hukuman yang
dikenakan bagi mereka yang sabit jenayah zina tetapi ghair muhsan adalah sebagaimana yang
telah diterangkan dalam hadis Rasulullah : hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan
daripada Ubadah bin Al-Somit, daripada Nabi s.a.w sabdanya :

‫ والثيب بالثيب جلدا مائة والرجم‬, ‫ البكر بالبكر جلدا مائة ونفي سنة‬.‫ قد جعل هللا لهن سبيال‬,‫"خذوا عني خذوا عني‬

(‫)رواه مسلم وابو داود‬

Maksudnya: ambillah kamu peraturan daripadaku. Ambillah kamu peraturan daripadaku.


Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka. Perempuan dan lelaki (ghair
muhsan) yang telah melakukan perzinaan hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan
dibuang negeri selama setahun.5

Huraian Hadis: berdasarkan hadis ini telah diterangkan bahawa hukuman yang
sepatutnya dikenakan terhadap penzina ghair muhsan samaada lelaki mahupun wanita akan
5
Haji Sa’id Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyyah. Halaman 28
4

dikenakan hukuman yang sama iaitu sebatan sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama
setahun.

Prinsip kehakiman : diantara prinsip kehakiman yang digunakan dalam hadis ini ialah;

a) Penzina yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina ghair muhsan ialah
lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan belum pernah
berkahwin, iaitu belum merasai alam rumahtangga dan persetubuhan secara halal.
b) Seseorang yang melakukan zina ghair muhsan samaada lelaki atau perempuan wajib
dikenakan keatas mereka hukuman sebat seratus kali sebatan dan dibuang negeri
selama setahun.

Bagi kesalahan jenayah zina secara paksaan ataupun rogol, terdapat hadis Rasulullah
yang menerangkan berkaitan hukuman terhadap jenayah zina paksaan ini iaitu hukuman kepada
perempuan yang diperkosa dan lelaki yang melakukan paksaan. Hadis Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan daripada Alqamah bin wa’il bersabit kes perempuan yang dipaksa melakukan
perzinaa ( dirogol dan diperkosa ) Alqamah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada
perempuan itu :

‫اذهبي فقد غفرهللا لك وقال للرجال الذي وقع عليها ارجموه‬

(‫)رواه الترميذي‬

Maksudnya : pergilah engkau, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau. Dan
Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat yang ikut hadir di majlis itu, lelaki yang
memaksa perempuan ini berzina (lelaki yang telah memperkosanya) hendaklah kamu rejam dia.

Terdapat juga hadis yang juga menkhabarkan berkaitan jenayah zina secara paksaan ini
iaitu hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dengan sanad yang sahih. Sabda Rasulullah :

‫"رفع عن امتي الخطا والنسيان وما استكرهوا عليه‬

(‫)رواه الطبراني بسند صحيح‬


5

Maksudnya : Allah mengangkat (menghapuskan) dosa umatku yang terlupa dan tersalah dan
dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan .6

Huraian Hadis : Melalui hadis ini, perlakuan zina secara paksaan juga akan dikenakan
hukuman rejam sebagaimana yang dikenakan terhadap penzina muhsan. Walaubagaimanapun
perempuan yang dipaksa melakukan zina terlepas daripada hukuman berdasarkan hadis
Rasulullah yang mana Sabdanya, Allah telah menghapuskan dosa umat Muhammad yang
dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.

Prinsip kehakiman : prinsip kehakiman Islam adalah satu bentuk kehakiman yang adil
dan saksama.

a) Perempuan yang diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah sabit
dengan bukti yang diperlukan syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan di
pihak hakim bahawa perempuan itu memang diperkosa, maka dalam kes ini,
perempuan itu tidak boleh dijatuhkan hukuman hadd dan ia tidak berdosa dengan
sebab perzinaan itu.
b) Lelaki yang memperkosa perempuan melakukan perzinaan dengannya dan telah sabit
kesalahan dengan bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang
keraguan di pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud
keatas lelaki yang memperkosa iaitu dikenakan hukuman sebat dan juga rejam.
c) Perempuan yang disabitkan oleh hakim bahawa ia diperkosa oleh lelaki yang
melakukan perzinaan, maka hendaklah hakim membebaskan perempuan itu daripada
hukuman hudud.

d) Pembebasan yang diberikan oleh syarak kepada perempuan yang diperkosa itu
daripada hukuman hadd ialah kerana perempuan itu dipaksa melakukan perzinaan dan
bukan dengan kerelaan sendiri dan dia juga tidak berupaya melawan mengalahkan
lelaki itu dan mempertahankan dirinya daripada diperkosa.
e) Lelaki yang telah sabit kesalahannya memperkosa, selain daripada hukuman hudud
dan sebat dia juga tertakluk kepada:
6
Haji Sa’id Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyyah. Halaman 31
6

i. Wajib keatas lelaki yang memperkosa itu membayar mahar misil kepada
perempuan yang diperkosanya.
ii. Apabila perempuan yang dirogol itu hamil, wajib keatas perempuan itu
beriddah dan anak yang dikandung oleh perempuan tadi tetap menjadi nasab
lelaki yang memperkosanya.
iii. Apabila perempuan yang dirogol itu luka atau cedera, wajib lelaki yang
merogolnya tadi membayar pampasan luka tersebut.
iv. Jika perempuan yang diperkosa itu meninggal dunia, maka wajib keatas lelaki
itu membayar pampasan atas kematiannya.

Terdapat juga sesetengah kes jenayah zina menyebabkan kepada kehamilan perempuan
yang berzina itu. Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah yang menunjukkan bagaimana
Rasulullah telah menjatuhkan hukuman keatas perempuan yang hamil akibat perzinaan tersebut.
Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Imran bin Hasin bahawa seorang perempuan
daripada suku Juhainah dengan nama Ghamidiyyah datang menemui Rasulullah dan perempuan
itu sedang hamil kerana berzina lalu berkata :

‫ احسن اليها فاذا وضعت فأتني بها ففعل‬: ‫ فقال‬.‫ فدعا رسول هللا (ص) وليها‬. ‫ فاقمه علي‬, ‫يا رسول هللا ! اصبحت حدا‬
‫ لقد تابت توبة لوقسمت‬: ‫ أتصلي عليها يا رسول هللا وقد زنت ؟ فقال‬: ‫ فقال عمر‬. ‫ وورد الرواية ثم صلي عليها‬. ‫فامربها فشكت‬
‫ وهل وجدت أفضل من أن جادت بنفسها‬. ‫ بين سبعين من اهل المدينة لوسعتهم‬.

‫رواه مسلم‬

Maksudnya : Daripada Sulaiman b. Buraidah meriwayatkan bahawa seorang


perempuan daripada kaum Ghamid datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata, “Ya
Rasulullah, ampunilah aku.” Baginda menjawab, “kedukaan menimpa keatas dirimu,
kembalilah dan pohonlah keampunan dari Allah dan berpalinglah kepada-Nya untuk
bertaubat.” Perempuan itu berkata: “ saya rasa Rasulullah bermaksud menyuruh saya pulang
sebagaimana yang dilakukan ke atas Maiz bin Malik.” Rasulullah bersabda, “apakah yang
terjadi keatas dirimu?”. Perempuan itu memberitahu yang dia sedang mengandung hasil
daripada berzina. Baginda bertanya lagi kepada perempuan itu, adakah kamu sendiri yang
melakukannya?” perempuan itu menjawab, “Ya” Baginda memberitahu perempuan itu, “kamu
tidak akan dihukum sehingga kamu melahirkan anak yang dikandungkan itu.” Salah seorang
7

daripada kaum Ansar dipertanggungjawabkan untuk menjaga perempuan itu sehingga dia
melahirkan anaknya. Tidak lama kemudian orang Ansar itu datang memberitahu Rasulullah
s.a.w., “perempuan daripada kaum Ghamid itu telah melahirkan anaknya.” Baginda bersabda,
“wanita itu tidak akan direjam kerana tiada siapa menyusukan anak itu.” Salah seorang dari
kaum Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w : “ Ya Rasulullah, berikanlah tanggungjawab
menyusukan anak itu kepadaku.” Selepas itu barulah perempuan itu direjam sampai mati.”7

Huraian Hadis: berdasarkan kes perempuan ghanimah ini, dia telah datang berjumpa
dengan Rasulullah dalam keadaan dirinya sedang hamil. Dia memberitahu kepada Rasulullah
bahawa dia telah mengandung hasil daripada perzinaan. Selepas itu Rasulullah menetapkan ia
dijaga oleh seorang kaum Ansar sehingga ia sembuh dan menyusukan anaknya barulah ia akan
dikenakan rejam sehingga mati.

Prinsip kehakiman: terdapat beberapa prinsip kehakiman yang boleh diketengahkan


melalui hadis ini antaranya ialah:

a) Perempuan yang sedang hamil atau nifas yang melakukan perzinaan apabila sabit
kesalahannya wajib juga dikenakan hukuman hudud samada sebat atau rejam, samada
hamilnya itu adalah melalui persetubuhan dengan suaminya, atau persetubuhan
dengan pasangannya atau dengan orang lain.
b) Hukuman hudud yang dikenakan terhadap perempuan yang hamil atau nifas itu tidak
boleh dilaksanakan semasa perempuan itu sedang hamil atau nifas.hukuman itu
hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan itu melahirkan anak atau sehingga
kering darah nifasnya.

c) Penangguhan hukuman hudud keatas penzina yang hamil sehingga ia melahirkan dan
perempuan yang nifas sehingga kering darah nifasnya adalah untuk menjaga anak
yang dalam kandungan itu dan diri perempuan itu sendiri supaya tidak binasa dengan
sebab rejaman di masa hamil dan kesakitan beranak dan kesakitan nifas.

7
Ibn Qayyim al-Jawziyyah Mohammad Ibn Abu Bakr, op.cit, halaman 29-31
8

Dalam acara dan keterangan dalam pensabitan kes zina, ia memerlukan kepada tiga cara yang
utama dalam mendakwa orang yang tertuduh iaitu cukup saksi, pengakuan dan juga qarinah.
Terdapat hadis berkaitan dengan syarat saksi yang dikehendaki oleh syarak. Sabda Rasulullah
s.a.w :

,‫رجم‬33‫ فكان فيما أنزل هللا عليه أية ال‬, ‫ وانزل عليه الكتاب‬, ‫ ان هللا بعث محمد ا بالحق‬: ‫ فقال‬, ‫عن عمر رضي هللا عنه انه خطب‬
‫ ما‬: ‫ فاخشى ان طال بالناس زمان ان يقول قائل‬, ‫ فرجم رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ورجمنا بعده‬,‫قرأناها ووعيناها وعقلناها‬
‫ال‬33‫ن من الرج‬33‫اب هللا على من زنى اذا احص‬33‫ق في كت‬33‫رجم ح‬33‫ا هللا وان ال‬33‫ة انزله‬33‫ترك فريض‬33‫ فيضلوا ب‬,‫نجد الرجم في كتاب هللا‬
‫ او كان الحبل او االعتراف‬,‫ أذا قامت البينة‬, ‫والنساء‬.

‫رواه الشيخان‬

Maksudnya : daripada Umar r.a bahawasanya dia pernah berkhutbah dengan berkata :
sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran dan ia telah
mengutuskan Muhammad dengan kebenaran dan ia telah menurunkan keatanya kitab (al-
Quran). Maka diantara ayat-ayat yang diturunkan ialah ayat al-rajm. Kami pernah
membacanya dan menghafaznya dan Rasulullah s.a.w pernah melaksanakan hukuman rejam
dan begitu juga dengan kami. Maka aku berasa bimbang sampai suatu waktu ada orang berkata
: kami tidak dapati dalam al-Quran hukuman rejam. Maka mereka itu akan sesat kerana
meninggalkan satu kewajipan (hukum) yang pernah diturunkan oleh Allah di dalam al-Quran
yang dihukumkan keatas penzina yang muhsan samada lelaki atau perempuan apabila terdapat
cukup saksi dan bukti.8

Huraian Hadis: dalam hadis ini, Rasulullah pernah mendengar Umar berkata didalam
khutbahnya yang ia risau akan umat Islam yang akan datang akan meninggalkan salah satu
kewajipan kerana tidak terdapat pensyariatan rejam di dalam al-Quran melainkan hanya sebatan
sahaja. Walaupun tidak terdapat dalam al-Quran, rejam adalah berdasarkan kepada suruhan
Rasulullah dan semua jenis suruhan Rasulullah adalah melalui Allah s.w.t.

8
Abdul Rahman Rukaini. 2001. Jinayah Teras keadilan Hakiki. Halaman 28
9

Prinsip kehakiman:prinsip kehakiman yang terdapat dalam hadis ini adalah terarah
kepada cara sabitan jenayah zina iaitu mestilah cukup saksi dan terdapat bukti kukuh yang tidak
terdapat keraguan padanya bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud dijalankan kepada
penzina-penzina

a) Keterangan zina boleh disabitkan melalui empat orang saksi. Hal ini adalah
berdasarkan firman Allah:
          
           


)al-Nisa 4:15(
Maksudnya: Dan sesiapa Yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-
perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu Yang menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka. kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan
tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan Yang berzina itu) Dalam Rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman
itu).

b) Keempat-empat saksi mestilah lelaki, sempurna akal, baligh dan juga seorang yang
adil. Selain itu, dia juga mestilah seorang Islam, benar-benar melihat kejadian zina
dan penyaksian itu benar-benar membuktikan zina.
c) Qarinah bagi zina pula ialah apabila seorang perempuan itu didapati mengandung
atau hamil tanpa suami atau tiada diketahui suaminya.
d) Sekiranya tertuduh membuat kenyataan bahawa ia telah melakukan perzinaan secara
paksaan atau telah diperkosa, maka dia perlu membawakan bukti yang benar dan
boleh menyokong pernyataannya. Hal ini diperlukan bagi mengelakkan tertuduh
membuat tipu helah demi menyelamatkan dirinya terlepas daripada tuduhan dan
hukuman.

4.0 KESIMPULAN
10

Jenayah zina merupakan satu perbuatan yang dilarang dan ditegah oleh syarak daripada
melakukannya. Hal demikian adalah kerana kesan perlakuan jenayah zina akan menyebabkan
kepada timbulnya pelbagai masalah lain seperti ketidak tentuan nasab seseorang, hidup tidak
aman kerana dicemuh masyarakat dan juga perkara-perkara banyak perkara buruk lagi akan
berlaku. Oleh yang demikian, islam telah menetapkan perkahwinan sebagai satu jalan bagi
mengelakkan terjadinya zina. Disamping itu juga, hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah
terhadap penzina-penzina adalah amat berat demi memastikan tidak wujud lagi manusia yang
mahu melakukannya. Hukuman-hukuman bagi penzina ini dilaksanakan sebagaimana kes-kes
zina yang telah dilaksanakan pada zaman Rasulullah.

RUJUKAN

Abdul Jalil Borham. 2002. Pengantar Perundangan Islam. Johor. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman Rukaini. 2001. Jinayah Teras keadilan Hakiki. Selangor. Synergymate Sdn.
Bhd. .
11

Haji Sa’id Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jinayah Syar’iyyah. Kuala Lumpur. Darul Ma’arifah.

Sayed Sikandar Shah Haneef. 2003. Undang-undang Keterangan Islam. Selangor. Pelanduk
Publication (M) Sdn.Bhd. .

Anda mungkin juga menyukai