Anda di halaman 1dari 9

FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA PERCERAIAN DI DALAM INSTITUSI

KELUARGA DI MALAYSIA

MUHAMAD TAUFIQ BIN MAT RASLI

ABSTRAK

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit
kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan yang
penting dalam membentuk peribadi individu yang baik. Dari situ akan lahir masyarakat yang
berdisiplin dan akan membangunkan sebuah negara yang cemerlang serta diredai Allah s.w.t.
Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan antara dua individu yang kemudiannya berkembang
menjadi suatu institusi keluarga terdapat lima asas institusi kekelurgaan dalam Islam yang
merangkumi akidah, syriat, akhlak, cinta dan kasih saying, persamaan keadilan dan jaminan
sosial. Namun begitu, krisis rumah tangga masih banyak berlaku dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Antara faktor – faktor berlakunya perceraian adalah disebabkan kurang didikan
agama, tekanan bebanan kerja, sikap pasangan, campur tangan pihak luar, masalah ekonomi dan
sebagainya. Justeru itu, penulisan ini akan membincangkan faktor – faktor berlakunya perceraian
di dalam institusi keluarga di Malaysia. Dengan keadaan yang sedemikian, diharapkan penulisan
ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta secara tidak langsung mendidik masyarakat
mempertahankan istitusi kekelurgaan. Selain itu juga, ianya menyemai kesedaran masyarakat
dan memberikan input yang berkesan dalam memahami tanggung jawab masing-masing dalam
institusi kekeluargaan.

PENDAHULUAN

Matlamat utama Syariah ialah untuk membangunkan masyarakat manusia secara keseluruhanya
kearah yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Menurut Syariat Islam, perkhawinan bukanlah
merupakan penyatuan semantara sahaja tetapi ia bermaksud ikatan untuk sepanjang hayat
(Khurshid Ahmad, 1996). Setiap rumah tangga yang didirkan adalah bertujuan untuk mencipta
satu corak hidup yang lebih progresif, aman dan tenteram, tidaklah bertujuan untuk
membebankan perasaan dengan keadaan yang tidak menyenagkan (Abu Hasan Din al-Hafiz
1982:90) Firman Allah S.W.T:

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (al-Quraan. Surah Al-Rum: 21)

Perkhawinan juga merupakan satu ikatan murni antara seorang lelaki dan perempuan
untuk hidup bahgia bersama dalam sebuah rumah tangga. Dalam istilah kekeluargaan, perkataan
yang sering digunakana adalah al-nikah. Perkataan al-nikah secara ringkas bermaksud satu akad
yang menghalalkan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan
mahram dan seterusnya menimbulkan hak dan kewajibpan antara kedua mereka (al-khin,
Mustafa, 2000).

Berdasarkan data, kadar perceraian di Malaysia meningkat lebih dua kali ganda dalam
tempoh 8 tahun, dari 20,916 dalam tahun 2004 kepada 47,740 dalam tahun 2012, (The Malay
Mail, Kuala Lumpur, March 3 2014 ). Ini menunjukkan bahawa perkahwinan bukan satu tugas
yang mudah. Untuk mewujudkan perkahwinan yang berlangsung panjang dan berkekalan
terdapat pelbagai cabaran besar yang harus ditempuhi. Sehubungan itu, penulisan ini akan
meninjau penulisan dan kajian yang telah dibuat mengenai institusi perkahwinan di samping
mengenal pasti penulisan dan kajian mengenai faktor - faktor berlakunya perceraian.

KONSEP PERCERAIAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Menurut kacamata Islam, perceraian dalam bahasa Arab disebut sebagai talak. Talak menurut
bahasa ertinya melepaskan atau meleraikan ikatan (al-Syirbini, 1997:368, Wizarah al-Awqaf,
1993:5, Wahbah al-Zuhaili, 1985:356). Manakala menurut syarak pula bererti meleraikan
hubungan pernikahan dengan lafaz talak dan seumpamanya (Al-Syirbini, 1997:368, Wahbah al-
Zuhaili, 1985:356). Sebahagian ulamak fiqh pula, mendefinisikan talak sebagai sesuatu perkara
yang boleh membubarkan ikatan pernikahan sama ada pada waktu itu atau pada waktu akan
datang dengan lafaz yang tertentu atau seumpamanya (Badran, 1961:213, Wizarah al- Awqaf,
1993:5, Wahbah al-Zuhaili, 1985:356). Selain lafaz talak, terdapat juga lafaz lain yang diambil
kira oleh syarak sebagai lafaz yang boleh menyebabkan perceraian iaitu al-firaq (pisah) dan al-
sarah (cerai) (Al-Syirbini, 1997: 370). Firman Allah S.W.T;

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan)
memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya)
dengan cara yang baik.” (Surah al-Baqarah 2:229).

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang
mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-
Talaq 65:2).

Menurut al-Qurtubi (2006:67), ayat ini telah digunakan oleh Imam al-Syafi’i sebagai dalil yang
menunjukkan bahawa ketiga-tiga lafaz tersebut iaitu lafaz talak, al-firaq (pisah) dan al-sarah
(cerai) merupakan lafaz-lafaz perceraian yang jelas (soreh).

Sehubungan itu, talak yang dianggap sah adalah apabila menepati lima rukun talak iaitu suami
yang menceraikan, sighah (lafaz yang digunakan), isteri yang diceraikan, wilayah (kuasa talak)
dan qasad (ada kesengajaan) (Al-Syirbini, 1997:368).

HUKUM PERCERAIAN

Telah menjadi kesepakatan dalam kalangan orang Islam tentang pensyariatan talak semenjak
zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah kini. Namun begitu, para sarjana Islam berselisih pendapat
berkaitan hukum asal bagi talak. Majoriti ulamak mengatakan bahawa hukum asal bagi talak
adalah harus dan sebahagian lagi mengatakan bahawa hukum asalnya adalah ditegah melainkan
jika ada keperluan (Badran, 1961:216, Aminah, 1992:310, Wizarah al- Awqaf, 1993:8, Wahbah
al-Zuhaili, 1985:362). Justeru, menurut pendapat yang rajih, hukum asal bagi talak adalah harus
serta makruh (Muhammad al-Zuhaili 2011:138, Aminah, 1992:311). Hal ini adalah berdasarkan
hadis Rasulullah S.A.W:
“Tiada sesuatu yang dihalalkan oleh Allah Taala, yang lebih dibenci-Nya berbanding talak.” (Al-
Sijistani, Sunan Abi Daud, Bab fi Karahiyyah al-Talaq, no. 2177). Hukum tersebut akan berubah
mengikut situasi dan keadaan sepertimana berikut:

Wajib

Hukum wajib melakukan talak ini berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya ketika
berlakunya ila’. Apabila telah berlalunya tempoh ila’ tersebut, maka suami diwajibkan
untuk membayar denda (kaffarah) atau diminta menceraikan isterinya. Inilah pendapat
majoriti ulamak selain ulamak Mazhab Hanafi. Manakala menurut Mazhab Hanafi pula,
pasangan tersebut akan dihukumkan bercerai apabila berlalunya tempoh ila’ (Badran,
1961:268, Wahbah al-Zuhaili, 1985:550, Wizarah al-Awqaf, 1993:9). Selain itu, wajib
juga melakukan talak ketika berlaku perselisihan antara suami dan isteri yang tidak
menemui jalan penyelesaiannya, manakala wakil daripada kedua-dua belah pihak
berpandangan bahawa lebih baik mereka bercerai. Maka ketika ini wajiblah mereka
bercerai (Muhammad al-Zuhaili, 2011:138, Aminah, 1992:311). Begitu juga bagi suami
yang benar-benar tidak mampu menjalankan hak-hak isterinya, maka menurut al-Baijuri
(1994:210) suami wajib menjatuhkan talak ketika itu.

Sunat

Di antara keadaan yang disunatkan bagi suami menjatuhkan talak adalah apabila
seseorang isteri tiada komitmen untuk melayani suaminya, isteri berperangai buruk
sehingga boleh menyakiti suami dan jiran tetangganya, suami cuai untuk melaksanakan
hak isterinya atau isteri merupakan seorang yang tidak menjaga maruah serta
mengabaikan tanggung jawab agamanya (Muhammad al-Zuhaili, 2011:139, Wahbah al-
Zuhaili, 1985:363, Aminah, 1992:312). Begitu juga ketika isteri meminta cerai kepada
suami kerana khuatir berlakunya perkelahian (Wizarah al-Awqaf, 1993:9). Maka ketika
ini sunat bagi suami menceraikan isterinya.
Makruh

Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isteri yang sentiasa memberikan komitmen
dalam tanggungjawabnya dan tiada sebab-sebab syarak yang diharuskan untuk
menceraikannya atau sebab-sebab yang mendorong perceraian tersebut merupakan sebab
yang remeh-temeh sahaja. Maka ketika ini makruh bagi suami menceraikan isterinya
(Muhammad al-Zuhaili, 2011:139, Wizarah al-Awqaf, 1993:9). Begitu juga jika suami
merupakan orang yang berkeinginan untuk bernikah atau yang mengharapkan zuriat
keturunan. Sedangkan, jika perkahwinan tersebut dikekalkan juga, ia tidak mengganggu
suami tersebut daripada melaksanakan ibadat wajib. Malah, suami juga tidak khuatir akan
terjerumus kepada perbuatan zina jika dia menceraikan isterinya, maka ketika itu hukum
talak adalah makruh (Wahbah al-Zuhaili, 1985:363, Aminah, 1992:312).

Haram

Apabila seorang suami menceraikan isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau
dalam keadaan isterinya suci daripada haid tetapi telah disetubuhinya. Talak ketika ini
juga dinamakan dengan talak bid’ei (tidak mengikut sunnah) (Muhammad al-Zuhaili,
2011:139- 140, Wahbah al-Zuhaili, 1985:362-363, Wizarah al-Awqaf, 1993:9). Selain
itu, talak juga akan menjadi haram apabila ia dilakukan tanpa sebab-sebab yang
disyarakkan. Hal ini adalah kerana, talak yang berlaku tanpa sebab-sebab yang
disyarakkan boleh menyakiti pihak isteri tanpa hak dan ia merupakan salah satu
perbuatan yang dilarang oleh syarak (Aminah, 1992:312).

FAKTOR – FAKTOR BERLAKUNYA PERCERAIAN

Sebenarnya ramai yang beranggapan bahawa perkahwinan bertindak sebagai medium untuk
pembangunan kendiri dan menjadi tanda aras kepada pencapaian kecemerlangan yang tinggi
bagi diri seseorang individu. Justeru, perkahwinan yang tidak dapat memenuhi keperluan
peribadi ini dengan sebaiknya akan dilihat sebagai gagal, walaupun sebenarnya terdapat banyak
lagi kelebihan lain yang boleh diperolehi dari sesebuah perkahwinan (Amato & Hohmann-
Marriott, 2007).

Berlakunya perceraian dan perpecahan sesuatu institusi kekeluargaan di sebabkan


beberapa faktor yang memainkan peranan yang besar dalam sebuah keluarga. Antara faktor –
faktor berlakunya perceraian ialah:

Pendidikan Agama

Kekurangan pengetahuan dan pendidikan yang berlatar belakangkan keagamaan serta


terperangkap dalam kehidupan dan budaya sosial yang liar hanya akan mengakibatkan
krisis rumah tangga. Sebagai contoh, suami mengabaikan tanggungjawab rumah tangga
seperti tidak memberi nafkah hidup yang sewajarnya.

Ini berlaku apabila suami tidak mengetahui ilmu agama dan memahami
tanggungjawab serta peranan sebagai seorang ketua keluarga. Tambahan pula, isteri
kurang tentang pengetahuan dalam ilmu dan peranan sebagai seorang isteri dan akan
mengakibatkan timbulnya masalah keluarga. Dengan kekurangan ini, mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah dengan baik dan akan berlarutan sehingga berlakunya perceraian.

Tekanan Bebanan Kerja

Salah satu tanggungjawab seorang suami adalah mencari nafkah yang halal untuk
menyara keluarga. Di dalam era permodenan ini, kebanyakan isteri mempunyai kerjaya
dan terpaksa berkerja untuk menampung kos sara hidup keluarga. Suami dan isteri perlu
lebih bijak dalam menyelesaikan masalah keluarga serta tidak perlu memikirkan masalah
kerja apabila bersama keluarga. Mereka juga perlu bijak dalam mengawal emosi dan
kerenah anak-anak di rumah bagi mengelakkan berlakunya krisis dalaman rumah tangga.
Sikap Pasangan

Didalam institusi sesebuah kekeluargaan adalah penting untuk mempunyai sikap yang
baik dan disenagi antara satu sama lain. Ini penting kerana mereka perlu mempunyai
sikap saling sayang menyayangi dan percaya antara satu sama lain bagi menjamin
keluarga yang bahgia.

Sikap yang negatif seperti cemburu terlampau dan berperasangak buruk terhadap
pasangan akan mengakibatkan berlakunya percerain. Ianya amat tidak digalakkan kerana
boleh mengugat sesebuah hubungan rumah tangga. Pasangan perlu bijak dalam megatasi
masalah ini supaya ia tidak menjadi faktor berlakunya perceraian dalam institusi
kekeluargaan.

Kesihatan Pasangan

Kesedaran tentang kesihatan pasangan adalah salah satu punca berlakunya masalah
rumah tangga. Tahap kesihatan suami dan isteri yang kurang memuaskan akan
membebankan pasangan mereka. Masalah kesihatan ini perlu di ambil perhatian yang
besar kerana ianya akan menjamain kebahagian sesuatu pasangan.

Masalah ketiadaan zuriat juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu
institusi kekeluargaan itu musnah. Mereka perlu bijak dalam menagani masalah ini dan
perlukan perbincangan dan persefahaman yang baik diantara pasangan.

Campur Tangan Keluarga Dalam Sesuatu Pasangan

Ibubapa atau keluarga mertua semestinya mahukan pasangan anak mereka bahgia dan
sempurna dalam semua aspek. Namu begitu, campur tangan mertua terhadap pasangan
akan memberikan tekanan dan timbul sikap yang nagetif terhadap pasangan. Jika ditinjau
dalam aspek yang positif, mereka menegur sesuatu pasangan kerana mereka telah
melalaui alam perkhawinan dan mengetahui kelemahan dan kekurangan yang perlu
diperbaiki dalam sesutu hubungan.

Tidak dinafikan ada mertua yang meghasut dan mecampuri isu rumah tangga
mereka degan cara yang negatif yang memainkan peranan mereka untuk memisahkan
pasangan atas alasan yang tertentu yang akan menyebabkan berlakunya perceraian dalam
sesuatu pasangan.

Ekonomi Keluarga

Masalah ekonomi dunia akan menyebabkan penganguran, pembuagan pekerja secara


besarbesaran, inflasi dan sebagainya. Ini akan mempengaruhi dan memberi tekanan
kepada kestabilan rumah tangga. Pendapatan keluarga akan berkurang serta tekanan
perasaan dan masalah yang dihadipi dalam sesuatu institusi kekeluargaan. Ini akan
memberikan impak yang negatif seperti tidak dapat membuat keputusan yang bijak serta
membuat keputusan mengikut perasaan tidak berfikir panjang semasa membuat sesutu
keputusan.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, kebahagian rumah tangga itu indah dan menjadi sebagai cita-cita kepada
pasangan yang ingin baru menempuh alam perkhawinan. Kebahagian akan di capai jika
pasangan memainkan peranan yang baik dalam mengurus dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa perceraian rumah tangga akan terjadi di sebabkan
beberapa faktor antaranya pendidikan agama, tekanan bebanan kerja, sikap pasangan dan
sebagainya. Perceraian amatlah tidak digalakkan di dalam islam dan merupakan pilihan terakhir
dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.
RUJUKAN

Ahmad Hariri Mohd Saad, & Raihanah Azahari. (2014). PENGUKUHAN INSTITUSI
KELUARGA MELALUI KAWALAN TERHADAP PERCERAIAN : ANALISIS
LITERATUR Strengthening Family Institution Through the Control of Divorce : A Review
of the Literature. Jurnal Fiqh, 11(11), 175–194.

Di, M., Tampin, D., Sembilan, N., Berhan, A. B. I. N., Abdul, W. A. N., Wan, F., … Sembilan,
N. (2016). Pengetahuan masyarakat islam terhadap perceraian luar mahkamah di daerah
tampin, negeri sembilan, 4, 1–20.

Liana Mat Nayan, ., Siti Suraiani Othman, ., Afi Roshezry Abu Bakar, ., Audrey Anak John, .,
Norazimah Abd Rashid, ., & Nor Ez-Zatul Hanani Mohamed Rosli, . (2016). Sikap Semasa
Konflik : Langkah Awal Ke Arah Perceraian ? Sains Insani, 1(1), 30–35. Retrieved from
http://sainsinsani.com/issues/

Anda mungkin juga menyukai