Anda di halaman 1dari 29

PERCERAIAN, PEMBUBARAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH

(FASAKH) DAN RUJU MENURUT HUKUM SYARA DAN


PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

SITI ZUBAIDAH BINTI MISMAN

ISI KANDUNGAN
TAJUK

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

BAB 1 PERCERAIAN
1.1 DEFINISI PERCERAIAN

1.2 JENIS-JENIS TALAQ

1.3 PROSEDUR PERCERAIAN MELALUI SEKSYEN 47

1.4 KES-KES YANG BERKAITAN

11

1.5 KESIMPULAN

12

BAB 2 PEMBUBARAN PERKAHWINAN (FASAKH)

2.1 DEFINISI FASAKH

13

2.2 PERBEZAAN DI ANTARA TALAQ DAN FASAKH

14

2.3 ISU-ISU FASAKH MELALUI RUJUKAN KES-KES YANG BERKAITAN DI


MAHKAMAH SYARIAH
15
2.3.1 SUAMI TIDAK MAMPU MEMBERI NAFKAH

15

2.3.2 SUAMI TIDAK DIKETAHUI BERADA DI MANA

16

2.3.3 SUAMI TIDAK HADIR KE MAHKAMAH

16

2.3.4 FASAKH KERANA SUAMI MENGANIAYA ISTERI

18

2.4 KESIMPULAN

19

BAB 3 RUJU

3.1 DEFINISI RUJU

20

3.2 TIDAK PERLU KEPADA PERSETUJUAN

20

3.3 RUKUN-RUKUN RUJU, SIGHAH DAN SYARAT-SYARATNYA

21

3.4 MERUJU DENGAN MENGGUNAKAN SURAT DAN PERBUATAN

23

3.5 MERUJUK ISTERI KETIKA HAID

24

3.6 SAKSI DALAM RUJUKAN

24

3.7 RUJUKAN KES-KES YANG BERKAITAN

24

3.8 KESIMPULAN

27

28

PENUTUP

RUJUKAN

29

PENDAHULUAN
Perkahwinan atau pernikahan adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Ianya merupakan salah
satu ibadah atau sunnah yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada
kita sebagai umat manusia yang mendiami muka bumi ini dengan pelbagai agama, bangsa dan
budaya, Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W ini juga merupakan perlaksanaan terhadap
tuntutan fitrah manusia bertujuan untuk menjalinkan ikatan teguh di antara lelaki dan perempuan
melalui akad yang sah. Pensyariatan perkahwinan juga adalah bertujuan untuk mengembangkan
lagi zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan manusia untuk
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud sebagaimana
berikut:Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut nama- Nya, serta peliharalah hubungan (silarurrahim) kaum kerabat, kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Merujuk pada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa perkahwinan itu adalah sebagai penyambung
zuriat kepada setiap pasangan yang berkahwin. Islam juga menghalang umatnya bercampur bebas
di antara lelaki dan perempuan yang boleh membawa banyak kemudharatan daripada kebaikan.
Walau bagaimanapun, dalam konteks perbincangan tugasan yang dipilih oleh Penulis adalah lebih
menjerumus kepada isu perceraian, di mana tajuk yang dipilih oleh Penulis adalah Perceraian
secara baik, perceraian melalui Fasakh dan juga ruju menurut perspektif undang-undang dan
Hukum Syarak serta rujukan kes-kes yang berkaitan.

BAB 1: PERCERAIAN
1.1 Definisi Perceraian
Maksud talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa mengertikan tindakan melepas atau
menghuraikan ikatan. Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan
dengan lafaz (perkataan) yang tertentu, iaitu talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah
(pelepasan), seperti seorang suami berkata kepada isterinya; Engkau telah ku talaqkan atau
Engkau seorang perempuan yang sudah ditalaq dan sebagainya.1
Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud;
Perbuatan halal yang amat dimurkai Allah ialah talaq (perceraian)2
Merujuk kepada pengertian talaq beserta sabda Rasulullah Sollallahu Aalaihi Wasallam di atas,
dapatlah difahami di sini bahawa perceraian itu sememangnya adalah dibenarkan di dalam Islam,
namun ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam untuk mengamalkannya, malahan ia amat
dimurkai oleh Allah S.W.T.
Undang-undang Syariah membenarkan perkahwinan dibubarkan melalui talaq (oleh pihak suami),
khulu (juga dipanggil tebus talaq oleh pihak isteri), taliq (perceraian oleh pihak isteri menuntut
syarat yang dimasukkan dalam perjanjian perkahwinan), atau fasakh (pembubaran perkahwinan
oleh Mahkamah).3 Hal ini bermakna, di dalam Hukum Syarak, si suami mempunyai kuasa ekslusif
di mana kuasa talaq berada di tangannya. Perceraian yang paling biasa dilakukan adalah perceraian
melalui talaq di mana pihak suami yang melafazkan talaq terhadap isterinya di dalam Mahkamah,
serta dengan kebenaran Mahkamah.
1.2 Jenis-jenis Talaq

Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993), hlm. 129.
Riwayat Ibn Majah, 1:650; Abu Daud, 6:227, dan al-Baihaqi, 7:322.
3
Seksyen 47, 49, 50 dan 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
2

Berkenaan dengan jenis-jenis talaq, talaq ahsan, talaq hasan dan talaq bidaan adalah mengenai cara
talaq itu dilakukan, manakala talaq rajii beerti perceraian yang boleh dirujuk semula, dan talaq
bain beerti perceraian yang tidak boleh dirujuk semula4.
Bilangan talaq yang dibenarkan, dan hidup semula atau perkahwinan semula di antara pihak-pihak
berkenaan, terdapat dalam Surah al-Baqarah 2:229, 2:231, dan 2:232 maksud sebagaimana
berikut;Talaq (yang dapat dirujuk) dua kali, setelah itu, boleh berbaik dengan cara yang maruf atau
bercerai dengan cara yang baik.5
Apabila kamu mentalaq perempuan, lagi mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujulah
mereka dengan cara yang maruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang maruf.
Janganlah kami ruju mereka untuk memberi kemudharatan, kerana dengan demikian kami
menganiaya mereka.6
Apabila kami mentalaq perempuan, lalu habis iddahnya, maka janganlah kamu menghalang
mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah terdapat kerelaan di antara mereka
dengan cara yang maruf7
Berkenaan dengan talaq rajii, Surah al-Baqarah 2:228 menyatakan maksud seperti berikut;Wanita-wanita yang ditalaq hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru
(tempoh suci atau haid). Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah
dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suamisuaminya berhak merujunya dalam masa itu, jika mereka menghendaki ishlah (berbaik
semula). Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya,
menurut cara yang maruf. Akan tetapi para lelaki mempunyai satu tingkatan kelebihan
daripada mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi maha Bijaksana8

Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 62.
5
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:229
6
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:231
7
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:232
8
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:228

Manakala, merujuk kepada talaq bain, Surah Al-Baqarah 2:230 menyatakan sebagaimana berikut;kemudian, jika si suami mentalaqnya (dengan talaq tiga), maka perempuan itu tidak halal lagi
baginya hingga dia kahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu
menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk
kahwin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah9
Berkenaan dengan cara pembilangan talaq dan sama ada ia talaq rajii atau talaq bain, terdapat
percanggahan pendapat mengenai kesan talaq tiga yang dilafazkan pada masa yang sama.
Beberapa Hadith athar nampaknya menunjukkan bahawa di zaman Rasulullah Sollallahu Aalaihi
Wasallam, talaq tiga yang dilafazkan pada masa yang sama sentiasa dikira sebagai lafaz satu
talaq10.
Dari ibn Abbas (r.a) diriwayatkan; Adalah talaq di mana Rasulullah Sollallahu Alaihi
Wasallam, Abu Bakar dan dua tahun permulaan Khalifah Umar talaq tiga sekaligus dihitung
satu kali. Lalu Umar ibn Khattab berkata Sesungguhnya orang-orang telah terburu dalam
perkara di mana yang baik bagi mereka adalah dilambatkan dan difikir secara mendalam.
Alangkah baiknya kalau kita tetapkan sahaja hukum talaq tiga ke atas mereja. Lantas
diteruskan hukum atas mereka.11
Abu Sabha bertanyakan Ibn Abbas (r.a): Adakah tiga talaq dihitung sebagai satu di zaman
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakar dan tiga tahun permulaan Khalifah
Umar? Ibn Abbas menjawab Ya12.
Abu Sabha berkata kepada Ibn Abbas (r.a): Beritahulah kami sama ada apa tiga talaq (yang
dilafazkan sekaligus) dihitung sebagai satu di zaman Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam
dan Abu Bakar. Beliau menjawab, benarlah demikian, tetapi di zaman Khalifah Umar, ramai
orang telah terburu-buru melafazkan talaq, lalu Umar telah menetapkannya (tiga talaq yang
dilafazkan sekaligus)13

Al-Quran, Al-Baqarah, 2:230


Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 64
11
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3491
12
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3492
13
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3493
10

Merujuk kepada Hadith riwayat seperti yang dinyatakan di atas, dapat difahami di sini bahawa
talaq bain terjadi pada zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakar asSiddiq. Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan tahun kedua Khalifah Umar al-Khattab,
beliau telah menetapkan talaq tiga sekaligus menjadi talaq tiga tanpa membangkitkan soal
mengenai niat suami yang melafazkan talaq itu kerana sikap mereka yang terburu-buru melafazkan
talaq.
Seterusnya, terdapat talaq ahsan dan talaq hasan dianggap oleh kebanyakan para ulama sebagai
cara melafazkan talaq mengikut cara yang sunnah iaitu cara yang sepatutnya. Talaq ahsan (cara
yang paling diterima) merupakan perceraian dengan satu lafaz talaq dalam tempoh suci dari haid
(tuhr), diikuti dengan menahan diri dari persetubuhan semasa tempoh iddah14. Talaq hasan (cara
yang boleh diterima) merupakan tiga lafaz talaq yang dibuat berikut-ikut dalam tiga tempoh suci
dari haid semasa tiada persetubuhan dilakukan, dan ia menjadi tidak boleh diruju selepas lafaz
talaq yang ketiga15. Talaq bidaat ertinya apa jua cara talaq yang dilakukan tidak mengikut cara
yang dikehendaki mengikut sunnah16.
Dapat dilihat sini bahawa terdapat terdapat dua cara sunnah yang boleh dilafazkan oleh suami
dengan mengikut cara yang sepatutnya. Talaq rajii iaitu talaq yang boleh dirujuk tidaklah
membubarkan perkahwinan sehingga habis tempoh iddah. Ia boleh diruju oleh pihak suami dalam
masa iddah, dan hubungan suami isteri boleh dipulihkan oleh pihak-pihak berkenaan tanpa
perlunya dilangsungkan perkahwinan semula di antara mereka berdua. Manakala talaq bain iaitu
talaq yang tidak boleh diruju adalah terbahagi kepada dua iaitu talaq bain sughra (talaq bain kecil)
dan bain kubra (talaq bain besar). Dalam hal talaq bain sughra, suami itu boleh kembali berkahwin
dengan isterinya yang telah diceraikan itu dengan diakadnikahkan semula. Ia boleh berlaku setelah
habis tempoh iddah bagi talaq satu dan talaq dua. Dalam talaq bain kubra, yang terjadi setelah
suami melafazkan talaq ketiga, isteri itu tidak boleh dikahwini semula oleh suami itu, kecuali jika
isteri itu berkahwin dengan suami yang lain, persetubuhan sebenarnya telah berlaku, dan

14

Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 65
15
Ibid
16
Ibid

perkahwinannya dengan suami yang itu kemudiannya dibubarkan, atau suami keduanya itu telah
meninggal dunia.17
1.3 Prosedur perceraian melalui Seksyen 47
Di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, seksyen
47 mengadakan peruntukkan bagi seseorang suami atau isteri menyerahkan permohonan untuk
perceraian dengan talaq atau dengan perintah daripada Mahkamah. Jika pihak yang satu lagi itu
setuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan itu telah
pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah (subseksyen 3)), dan hendaklah merekodkan
hal satu talaq itu dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui kepada Ketua Pendaftar untuk
didaftarkan (subseksyen 4)). Jika pihak satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau
jika mahkamah berpendapat mungkin terdapat sebuah perdamaian, Mahkamah hendaklah
melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai
pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi
pihak isteri (subseksyen 5)). Seksyen 48 mengadakan peruntukkan bagi timbangtara oleh Hakam
jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (syiqaq) selalu berlaku antara pihak-pihak
kepada suatu perkahwinan. Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi
tidak dapat memerintahkan perceraian, maka Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan
hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian (subseksyen 6)).
Dapat dilihat sini, berdasarkan kepada peruntukkan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya seseorang ingin memfailkan perceraian,
mereka hendaklah menggunakan seksyen 47 dan dengan kebenaran Mahkamah sebelum
melafazkan talaq tersebut. Sekiranya salah satu pihak tidak setuju dengan perceraian itu, maka
Mahkamah hendaklah membentuk satu ahli jawatankuasa pendamai sekiranya terdapat unsurunsur perdamaian dalam hubungan tersebut. Berikut Penulis lampirkan carta aliran di bawah;-

17

Ibid

Memfailkan
perceraian
seksyen 47

Suami dan isteri


bersetuju dengan
perceraian?

Kes selesai

Carta Aliran 1: Kedua-dua pihak bersetuju tuntutan perceraian

Isteri tidak bersetuju perceraian

Sekiranya tidak ada perdamaian,


Mahkamah akan mengarahkan si
suami untuk melafazkan talaq

Satu jawatankuasa pendamai


akan dilantik

Sekiranya ada perdamaian, Mahkamah


hendaklah merekodkan perdamaian dan
membatalkan tuntutan perceraian

Tidak perlu kepada Hakam

Carta Aliran 2 : Isteri tidak bersetuju tuntutan perceraian

Suami tidak bersetuju


dengan perceraian

Sekiranya suami enggan


melafazkan talaq, Mahkamah boleh
melantik Hakam kedua - sekaligus
kuasa talaq akan terpindah di
bawah Hakam ke dua - Lafaz talaq
akan dilafazkan oleh Hakam kedua

Sekiranya tidak dapat mencapai


perdamaian, Mahkamah hendaklah
mengisytiharkan berlaku Syiqaq dan
hendaklah melantik Hakam Pertama

Bentuk satu
jawatankuasa
pendamai

Sekiranya ada perdamaian, Mahkamah


hendaklah merekodkan dan mengugurkan
tuntutan perceraian

Carta Aliran 3: Suami tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian

Berkenaan dengan penalti bagi melafazkan talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran
Mahkamah, seksyen 124 memperuntukkan bahawa seseorang lelaki yang menceraikan isterinya
dengan melafazkan talaq di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah hendaklah dihukum
dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya denda dan penjara itu. Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada peruntukkan undangundang di Malaysia, si suami yang hendak melafazkan perceraian, hendaklah memfailkan tuntutan
perceraian seksyen 47 di tempat mereka bermastautin. Sekiranya mereka melafazkan talaq di luar
Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah, mereka telah melakukan satu kesalahan dan akan
dihukum denda dengan tidak melebihi satu ribu ringgit dan/atau penjara tidak melebih enam bulan
atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

1.4 Kes-kes yang berkaitan


Di dalam kes perceraian di Malaysia melalui seksyen 47 yang difailkan, terdapat beberapa isu, di
mana pihak suami telah melafazkan perceraian di luar Mahkamah, dan apabila mereka ingin
memfailkan perceraian, mereka tidak perlu memfailkan tuntutan perceraian di bawah seksyen 47,
tetapi di bawah kes tuntutan pengesahan perceraian, bagi memastikan sama ada tersabit atau tidak
lafaz yang dibuat oleh pihak suami di luar Mahkamah.
Sebagai contoh, Penulis merujuk kes Re Mohd Hussin Bin Abdul Ghani dan Hazimah18 ; pihak
suami dalam kes ini merupakan pengikut mazhab Hanafi dan pada masa talaq itu dilafazkan isteri
itu hamil. Mahkamah Rendah Syariah memutuskan bahawa telah sabit perceraian dengan tiga
talaq. Kedua-dua pihak suami dan isteri telah merayu kerana mereka ingin hidup bersama atau
berkahwin semula, dan ini hanya boleh dilakukan jika diputuskan bahawa lafaz tiga talaq oleh
suami itu hanya dikira sebagai cerai satu talaq. Mengikut pandangan Mohammed al-Shaybani dan
Zafer, talaq yang dilafazkan terhadap perempuan yang hamil memberinya satu talaq sahaja.
Lembaga Rayuan Syariah Kuala Lumpur memutuskan bahawa memandang kepada pendapat
jumhur mazhab Hanafi dan amalan di beberapa negara yang mengikut mazhab Hanafi, lafaz tiga
talaq sekaligus di masa yang sama dalam kes itu menjatuhkan satu talaq sahaja, lebih-lebih lagi
apabila isteri itu hamil pada masa lafaz itu.
Selain itu, merujuk kepada kes yang lain, iaitu Zainab Binti Mahmood lwn Abd Latif bin Jusoh19,
lafaz talaq oleh suami telah dipertikaikan oleh pihak isteri. Mahkamah Rendah Syariah telah
memutuskan jatuh talaq satu dan meluluskan permohonan suami untuk mendaftarkan perceraian
itu. Jawatankuasa Rayuan Syariah di Selangor telah membenarkan rayuan pihak isteri dan
memutuskan bahawa walaupun talaq itu hak suami, tetapi ianya tidak boleh dilakukan dengan
sewenang-wenangnya atau mengikut suka hati, sebaliknya hak talaq itu hendaklah digunakan
dalam keadaan perlu sahaja dan dilakukan dengan penuh berhati-hati dan teliti. Terdapat kecacatan
dan kerumitan dari segi fakta dan juga undang-undang dalam kes ini. Pihak suami mengatakan dia
telah melafazkan talaq pada 10 Julai 1988, akan tetapi dalam permohonannya untuk berpoligami,
dalam catitannya pada 13 September 1988, dia mengakui bahawa pihak isteri masih lagi isterinya
dan isterinya itu bersetuju dengan permohonan berpoligami itum dan dia telah juga memberi
18
19

(1990) 7 JH 189
(1991) 8 JH 297

nafkah isteri kepadanya hingga Disember 1989. Pihak isteri itu tidak bersetuju terhadap perceraian,
oleh itu seharusnya jawatankuasa pendamai hendaklah dilantik di bawah seksyen 47 (5) supaya
perceraian boleh berjalan dengan cara maruf mengikut Hukum Syara.
Dalam satu kes di Kuala Lumpur, iaitu Jasni lwn. Rahmah20, pihak suami telah melafazkan talaq
dengan mengatakan dua talaq. Sebelum itu, dia pernah menceraikan isterinya dengan satu talaq
dan mereka telah ruju kembali. Hakim yang arif di Mahkamah Syariah telah memutuskan bahawa
dengan perceraian kedua itu, tiga talaq telah jatuh, iaitu dua talaq telah ditambah kepada satu talaq
yang dahulu itu, dan mereka tidak boleh ruju atau berkahwin semula. Pihak suami telah membuat
rayuan. Oleh kerana terdapat keraguan tentang apa yang dimaksudkan oleh pihak suami semasa
melafazkan kata-kata dua talaq itu. Lembaga Rayuan Syariah telah memintanya supaya
mengangkat sumpah syarie untuk menjelaskan maksudnya. Pihak suami menjelaskan bahawa dia
bermaksud yang dia menceraikan isterinya bagi kali kedua, dan dia tidak berniat untuk
menceraikan isterinya dengan talaq tiga. Lembaga Rayuan Syariah telah menerima sumpah itu dan
membenarkan rayuan, dan memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan sebagai talaq kedua.
1.5 Kesimpulan
Dirumuskan di sini bahawa, daripada nas-nas dalam al-Quran, dan Hadith, serta juga peruntukkan
perundangan dan kes-kes yang disebut di atas, dapat difahami di sini bahawa perceraian walaupun
dibenarkan dalam Islam, bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya,
tetapi sepatutnya hanya dilakukan dalam keadaan yang perlu sahaja apabila tiada lagi
kemungkinan untuk pendamaian di antara suami isteri. Pihak suami juga tidak harus dengan
sewenang-wenangnya melafazkan bilangan talaq tanpa memikirkan kesan setelah melafazkannya.

20

(1991) 9 JH 213

BAB 2: PEMBUBARAN PERKAHWINAN OLEH MAHKAMAH (FASAKH)

2.1 Definisi Fasakh


Fasakh boleh ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintaha
kehakiman.21 Perceraian melalui tindakan Mahkamah juga dikenali sebagai tafriq dalam bahasa
Arab.22
Terdapat perbezaan pendapat di antara mazhab-mazhab tentang kuasa mahkamah untuk
memerintahkan pembubaran perkahwinan. Misalnya, pandangan jumhur Hanafi berpendapat
bahawa pembubaran perkahwinan adalah sepenuhnya hak suami, dan mahkamah hanya
mempunyai hak untuk bertindak sekiranya terdapat kecacatan serius pada pihak suami yang
membuatnya mati pucuk.23 Pandangan jumhur Shafii pula fasakh dibenarkan atas alasan kecacatan
pihak suami seperti mati pucuk, tak siuman, berpenyakit kusta, atau elephantiasis, dan atas alasan
pihak suami menjadi papa sehingga tidak mampu memberi nafkah minimum yang ditetapkan,
tetapi pembubaran perkahwinan tidak boleh diarahkan jika suami itu berkemampuan, walaupun
tiada berita mengenainya dan tiada nafkah boleh diperolehi daripada hartanya. 24 Fasakh
dibenarkan atas alasan kecacatan pihak isteri, tetapi oleh kerana suami mempunyai hak untuk talaq,
maka permohonan untuk fasakh oleh pihak suami jarang dibuat.
Pengikut Mazhab Maliki dan Hanbali telah membuat tafsiran yang lebih luas mengenai kuasa
mahkamah untuk memerintahkan pembubaran perkahwinan. Mereka telah berpendapat bahawa
pihak isteri boleh meminta hakim untuk memerintahkan perceraian jika dia mendakwa bahawa
suaminya telah melakukan kemudharatan terhadapnya yang menjadikannya mustahil untuk
meneruskan kehidupan perkahwinan mereka, misalnya dengan memukul, menghina atau
memaksanya melakukan perkara tidak senonoh, dan tafsiran liberal ini telah pada amnya

21

Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 97
22
Ibid
23
Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 98-99
24
Ibid

diterimapakai dalam kebanyakan perundangan moden Timur Tengah, misalnya di Mesir, Syria,
Tunisia, Morocco, Iraq, Jordan, Algeria, dan Kuwait.25
2.2 Perbezaan di antara Talaq dan Fasakh
Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu
berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang boleh dirujusemasa bekas isteri menjalani iddah), maka
hubungan perkahwinan di antara mereka berdua belum lagi terputus kecuali apabila talaq tersebut
bertukar menjadi talaq bain, iaitu sesudah habis iddahnya atau sejak awal-awal lagi dia diceraikan
dengan talaq tiga.26
Perceraian dengan sebab fasakh menyebabkan hubungan perkahwinan mereka terputus. Mereka
tidak akan dapat kembali semula sebagai pasangan suami isteri kecuali dengan akad perkahwinan
yang baru sekalipun bekas isteri masih di dalam iddahnya. Kedudukannya adalah sama seperti di
dalam talaq bain. 27
Perbezaan kedua dari sudut bilangan talaq, si suami yang menceraikan isterinya menerusi talaq
biasa begitu juga menerusi cara khulu akan berkurangan bilangan talaq yang dimilikinya, tetapi
jika perceraian itu berlaku menerusi fasakh, maka bilangan talaq tidak akan berkurangan sekalipun
dia merujuk kepadanya sesudah itu dengan akad perkahwinan yang baru.28
2.3 Isu-isu fasakh melalui rujukan kes-kes yang berkaitan
Di dalam topik ini, Penulis ingin merujuk seksyen 52 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 telah menerima pakai tafsiran liberal mazhab Maliki dan
menyatakan dua belas alasan yang membolehkan seseorang perempuan yang berkahwin mengikut
Hukum Syarak berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh,
termasuklah alasan bahawa tempay di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh
lebih daripada satu tahun, bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan bagi
nafkahnya selama tiga bulan, bahawa suami telah dihukum, penjara selama tempoh tiga tahun atau
lebih, bahawa suami telah tidak menunaikan nafkah batin, bahawa suami telah gila atau sedang

25

Ibid
Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993), hlm. 186-187
27
Ibid
28
Ibid
26

menghidap penyakit kusta atau penyakit vitilago atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit, bahawa suami menganiayanya, bahawa suami sengaja enggan menyetubuhinya,
bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, dan suatu alasan am iaitu apaapa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di
bawah Hukum Syarak.29
2.3.1 Suami tidak mampu memberi nafkah
Berdasarkan isu ini, Penulis ingin merujuk kes di Kedah, Sakdiah lwn. Ahmad30, pihak isteri telah
menuntut sara nafkah daripada pihak suami. Mahkamah Kadi telah menolak tuntutan isteri kerana
suami dan isteri itu telah bersama-sama membuat kerja bendang dan berkongsi hasil padi itu, Pihak
isteri telah membuat rayuan, dan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa nafkah wajib dibayar
oleh pihak suami tetapi oleh kerana suami itu telah jatuh papa, pihak isteri boleh memilih sama
ada untuk bersabar sehingga suaminya mendapat kerja yang boleh memberi hasil untuk membayar
sara nafkah, atau isteri itu boleh menuntut fasakh.
Di dalam satu kes yang lain pula di Kedah, iaitu kes Abdul Aziz lwn Che Pah31, pihak isteri
menuntut fasakh kerana suaminya papa. Saksi-saksi pihak isteri telah memberi keterangan bahawa
pihak suami tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Hal ini dinafikan oleh saksi-saksi pihak suami.
Mahkamah mendapati tiada saksi yang tepat menunjukkan yang suami itu tidak papa dan meminta
pihak isteri bersumpah yaminul istikzar. Mahkamah selepas itu memerintahkan tempoh muhlah
selama tiga hari. Selepas tempoh muhlah itu, pihak isteri dan saksi-saksinya memberi keterangan
bahawa pihak suami tidak pernah memberi nafkah dalam tempoh tersebut. Mahkamah dengan itu
memutuskan bahawa suami itu seorang yang papa dan membenarkan tuntutan fasakh isteri itu.
Rayuan pihak suami kepada Mahkamah Rayuan Syariah telah ditolak dengan sebulat suara.
Dapat difahami di sini, berdasarkan dua kes yang Penulis nyatakan di atas, bahawa pihak isteri
hendaklah mengemukakan keterangannya di hadapan Mahkamah, beserta dengan keteranganketerangan daripada saksi untuk mengukuhkan dakwaannya. Di dalam kes di Malaysia ini,
seringkali kita dengari bahawa pihak isteri ingin memfailkan perceraian secara fasakh kerana

29

Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services, hlm. 99-100
30
(1968) 2 JH 101
31
(1972) 2 JH 113

suami tidak memberi nafkah disebabkan keadaan mereka yang papa. Oleh yang demikian,
Mahkamah boleh menerima dakwaan mereka setelah Mahkamah berpuas hati dengan membuat
siasatan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum mensabitkan pembubaran perkahwinan antara suami
isteri tersebut.
2.3.2 Suami tidak diketahui berada di mana
Bagi mengupas isu ini, Penulis ingin merujuk kes-kes yang berkaitan, seperti kes Atikah lwn.
Razali32 di Kelantan, iaitu sebelum berkuatkuasanya Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
1983. Pihak-pihak yang berkenaan berasal dari Kemboja dan telah berkahwin di Phnom Penh pada
tahun 1965. Pihak suami telah ditawan oleh Komunis dalam tahun 1972 dan pihak isteri telah
melarikan diri ke Siam dan kemudiannya ke Malaysia dalam tahun 1975. Semenjak pihak suami
ditawan oleh Komunis, suami itu tidak dapat dikesan, dan harta kepunyaannya juga tidak ada.
Keterangan pihak isteri telah disokong oleh dua orang saksi lelaki. Mahkamah mendapati bahawa
suami itu termasuk dalam golongan musir dan meminta pihak isteri bersumpah istizhar. Setelah
isteri itu bersumpah, mahkamah membenarkan tuntutan fasakh itu.
Dalam satu kes di Kelantan selepas berkuatkuasanya Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
1983, di dalam kes Rafiah lwn. Hassan33, pihak-pihak yang berkenaan telah berkahwin pada 1hb
Julai 1981. Pada 10hb Mac 1987, pihak suami seperti biasa turun dari rumah menjalankan urusan
perniagaannya tetapi semenjak itu tidak balik-balik lagi. Pihak suami tidak pernah meninggalkan
nafkah kepada pihak isteri dan tidak ada meninggalkan harta untuk nafkah. Pada 19hb Ogos 1987,
pihak isteri telah membuat tuntutan fasakh di bawah seksyen 38 (f) Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam 1983. Setelah mendengar saksi-saksi, mahkamah menerima tuntutan pihak isteri
disebabkan pihak suami ghaib dan membenarkan perceraian fasakh di bawah fasal am dalam
seksyen 38 (f) Enakmen tersebut.
Penulis merujuk juga kes di Kuala Lumpur, Habsah lwn. Ahmad34, pihak-pihak yang berkeaan
telah berkahwin pada tahun 1979. Pihak suami telah membawa isteri itu ke Singapura di mana,
menurut isteri, suaminya telah cuba memaksanya menjadi pelacur. Pihak isteri telah kembali
kepada keluarganya pada tahun 1980. Suaminya tidak pernah mengirim nafkag kepadanya. Saman
32

(1978) 6 JH 108
(1987) 6 JH 112
34
(1985) 6 JH 320
33

tidak dapat disampaikan kepada pihak suami dan mahkamah memerintahkan supaya nama pihak
suami diiklankan di akhbar tempatan. Selepas iklan itu disiarkan, mahkamah berpuas hati bahawa
suami itu ghaib dan telah tidak meninggalkan harta dalam lingkungan 60 batu untuk menjadi
nafkah isteri. Setelah pihak isteri mengangkat sumpah istizhar dan atas keterangan dua orang saksi,
mahkamah membenarkan tuntutan fasakh itu.
Merujuk kepada ketiga-tiga kes seperti yang dinyatakan di atas, dapat difahami di sini bahawa
sekiranya pihak isteri tidak tahu di manakah keberadaan suami mereka dalam tempoh lebih
daripada 1 tahun, maka pihak isteri boleh memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah. Ini selaras
dengan peruntukkan-peruntukkan seksyen yang sedia ada seperti seksyen 52 Akta Undang-undang
Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dalam pembubaran perkahwinan pihakpihak.
2.3.3 Suami tidak hadir di Mahkamah
Kerapkali apabila pihak isteri ingin memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah, kebiasaannya
pihak suami enggan memberikan kerjasama yang baik kerana mereka tidak bersetuju untuk
menceraikan isteri mereka.
Sebagai contoh bagi kes ketidakhadiran suami ke Mahkamah, Penulis telah merujuk kes di Melaka,
iaitu Rosnani lwn. San Ahmed35, pihak suami tidak hadir di Mahkamah walaupun saman telah
diterima olehnya. Pihak suami telah mengabaikan pihak isteri dan anak-anak mereka selama
hampir dua tahun, dan telah tidak memberikan nafkah kepada mereka semenjak suami itu
berkahwin dengan perempuan lain. Keterangan isteri itu telah disokong oleh dua orang saksi.
Mahkamah mensabitkan tuntutan fasakh oleh pihak isteri. Oleh kerana pihak-pihak berkenaan
pernah bercerai sebelum ini dengan satu talaq, maka mahkamah menyatakan bahawa kes ini adalah
merupakan talaq kali kedua.
Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas, apabila saman telah berjaya diserahsampaikan kepada
pihak suami, namun disebabkan segelintir yang tidak bertanggungjawab, telah membiarkan si
isteri terkontang kanting di Mahkamah bersendirian, kerana mereka percaya bahawa kuasa talaq
berada di tangan mereka. Perbuatan mereka secara tidak langsung ini telah mendatangkan
kemudharatan dan penganiayaan kepada pihak isteri secara emosi dan mental berhadapan dengan
35

(1989) 7 JH 102

isu seperti ini. Oleh yang demikian, fasakh merupakan jalan yang terbaik sekiranya tidak wujud
jalan perdamaian antara pihak-pihak.
2.3.4 Fasakh kerana suami menganiaya isteri
Dalam satu kes di Selangor, Hairun lwn. Omar36, Hakim yang arif telah menolak tuntutan pihak
isteri untuk fasakh atas alasan pihak suami telah menganiayainya menurut seksyen 52 (1) Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 1984. Walaupun hakim yang arif berpendapat
bahawa pihak suami telah melanggar hukum syara dengan memukul dan mencederakan isterinya,
permohonan pihak isteri itu ditolak kerana hakim yang arif mentafssirkan perkataan lazim
menyakiti dalam subperenggan (i) seksyen itu sebagai beerti kerap, acap kali, berkali-kali, sering
kali dan memutuskan bahawa tindakan suami itu memukul isterinya sebanyak dua kali belum lagi
diertikan lazim menyakiti. Rayuan pihak isteri telah dibenarkan oleh Jawatankuasa Rayuan
Syariah yang memutuskan bahawa hakim yang arif telah tersilap mentafsirkan seksyen 52 (1) (h).
Jawatankuasa Rayuan telah menjelaskan bahawa perkara pokok di bawah seksyen 2 (1) (h) iaitu
penganiayaan dan subperenggan (i) hingga (iv) hanyalah contoh-contoh antara lain mengenai
penganiayaan. Penganiayaan boleh berlaku di dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk fizikal atau
dalam bentuk mental, dan lazim menyakiti tidak bermakna memukul dengan cara fizikal kerana
terdapat perbezaan di antara assault (menyakiti), dan battery bermakna memukul dengan cara
fizikal tetapi perkataan assault tidak begitu. Perkataan lazim hanya relevan di dalam kes
penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan isteri. Ia tidak berbangkit
dalam kes penganiayaan fizikal kerana memukul walaupun tidak lazim, mungkin mencukupi untuk
membuktikan penganiayaan terhadap isteri.
Dengan merujuk kes di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa sekiranya wujud penganiayaan
terhadap isteri, seperti memukul (tidak kerap), maka pihak isteri tetap boleh memfailkan tuntutan
fasakh. Ini kerana tindakan yang dilakukan oleh pihak suami akan memberikan kesan dalam
bentuk mental kepada pihak isteri berpanjangan.
2.4 Kesimpulan
Rumusan daripada bab ini, Penulis dapat simpulkan bahawa tuntutan Fasakh merupakan
pembubaran perkahwinan dengan kebenaran Mahkamah. Terdapat beberapa isu yang sering
36

(1990) 8 JH 289

menjadi pertikaian sekiranya pihak isteri ingin memfailkan tuntutan ini, antaranya adalah,
ketidakhadiran suami walaupun saman telah berjaya diserahkan, suami tidak memberi nafkah zahir
dan/atau batin, suami telah ghaib melebihi tempoh satu tahun dan suami telah menganiaya isteri.
Selain dari sebab ini, dan sekiranya wujud sebab-sebab lain yang difikirkan sesuai yang boleh
diiktiraf oleh Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinan pihak-pihak yang mungkin
boleh memberikan kemudharatan terhadap isteri dan anak-anak, maka pihak Mahkamah hendaklah
mempertimbangkan alasan tersebut dan boleh untuk mensabitkan fasakh tersebut. Ketidakhadiran
pihak suami ke Mahkamah kerana sebahagian mereka beranggapan kuasa talaq berada di tangan
mereka, dan kelakuan mereka ini secara terus menerus telah mendera pihak isteri secara mental
dan mendatangkan penganiayaan terhadap isteri. Dengan adanya pembubaran perkahwinan, iaitu
Fasakh, maka pihak isteri juga diberikan hak yang sewajarnya untuk melepaskan diri daripada
seseorang yang tidak bertanggungjawab dengan memfailkan tuntutan fasakh ini di Mahkamah
Syariah di tempat pihak isteri bermastautin.

BAB 3: RUJU

3.1 Definisi Ruju


Ruju, jika ditinjau dari sudut bahasa, ia beerti kembali37. Tetapi dari istilahnya pula, ia bermaksud
mengembalikan isteri ke pangkuan suami di dalam masa iddah rajii mengikut syarat-syarat
tertentu38.
Berdasarkan maksud di atas, ruju merupakan suatu hak yang diberikan kepada suami untuk
meneruskan atau melanjutkan usia perkahwinannya dengan bekas isteri yang telah diceraikannya.
Ruju yang dimaksudkan di sini hanya berlaku ketika bekas isteri di dalam masa iddah rajiinya.
3.2 Tidak perlu kepada persetujuan
Oleh kerana ia adalah suatu hak yang hanya dimiliki oleh pihak suami, sama seperti dia memiliki
hak untuk menjatuhkan talaq, maka untuk meruju seseorang bekas isteri ke pangkuannya tidaklah
37
38

Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993), hlm. 172
Ibid

memerlukan kepada keizinan atau persetujuan bekas isterinya itu selama dia masih di dalam
iddahnya. Lagipun, tujuannya adalah untuk mengekalkan perkahwinan yang sudah ada, bukannya
mengadakan akad perkahwinan yang baru.
Oleh kerana ia bukan hak yang dimiliki oleh seseorang bekas isteri, maka akibatnya dia tidak
berhak menghalang atau menyekat bekas suaminya melaksanakan haknya, iaitu meruju kembali
ke pangkuannya selama masa iddahnya masih ada. Firman Allah S.W.T;Maksudnya; Dan suami-suami mereka berhak untuk mengambil kembali mereka (iaitu
merujuk mereka) di dalam asa iddah jika mereka (iaitu para suami) ingin berdamai39

Disebabkan ruju bukanlah merupakan akad perkahwinan yang baru, malah ia dianggap sebagai
lanjutan kepada perkahwinan yang dahulu, maka bekas isteri yang diruju tidak berhak sama sekali
mendaoatkan maskahwin yang baru apabila dia diruju oleh bekas suaminya.
Jika sesudah diruju, masih terdapat sebab yang tidak memungkinkannya untuk meneruskan hidup
bersama-sama bekas suaminya itu, maka harus dia mengemukakan tuntutan supaya difasakhkan
perkahwinan andainya ada sebab-sebab yang membolehkannya atau dia menuntut supaya
dijatuhkan talaq oleh suaminya menerusi cara khulu (tebus talak).
3.3 Rukun-rukun Ruju, Sighah dan Syarat-syaratnya
Ruju mempunyai tiga rukun sahaja, iaitu Sighah, bekas suami dan bekas isteri.40Maksud sighah
di dalam masalah ruju ialah lafaz dan/atau ucapan yang diucapkan oleh bekas suami kepada bekas
isterinya yang menunjukkan dia dikembalikan ke pangkuannya.
Ruju terbahagi kepada dua lafaz iaitu lafaz soreh dan kinayah. Lafaz soreh ialah ucapan jelas dan
tegas maksudnya untuk tindakan meruju seperti Aku ruju engkau atau Aku kembalikan engkau
kepada nikahku atau aku bersetuju untuk kembali kepada engkau.41

39
40

41

Al-Quran, al-Baqarah 2:228


Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993), hlm. 173
Ibid

Lafaz kinayah ialah ucapan tidak tegas maksudnya untuk tindakan meruju, ia boleh dikatakan
bermaksud ruju dan boleh menunjukkan maksud yang lain, seperti katanya, Aku tidak lepaskan
engkau atau Aku nikahi engkau dan seumpamanya. Perlu diingat bahawa ucapan tajuk kinayah ini
memerlukan niat daripada pengucapnya, tanpa niat maka rujunya adalah tidak sah.42
Disyaratkan ucapan itu tidak bertaliq, iaitu tidak dikaitkan dengan sesuatu, seperti katanya, Aku
ruju engkau jika engkau mahu. Ruju seperti ini, walaupun diersetujui oleh bekas isterinya,
adalah tidak sah43. Begitu juga ia disyaratkan tidak terbatas waktunya, seperti katanya; Aku ruju
engkau selama sebulan. Membataskan masa begini bagi sesuatu rujukan boleh menyebabkannya
tidak sah.44
Kelayakan suami yang hendak meruju bekas isterinya adalah terikat dengan syarat-syarat45 seperti
berikut; iaitu
a) Seorang yang sempurna akalnya;
b) Cukup umur balighnya;
c) Meruju dengan pilihannya sendiri;
d) Belum menjadi murtad
Keharusan meruju seseorang bekas isteri pula adalah terikat dnegan syarat-syarat46 yang
kesemuanya merupakan syarat kelayakan diri bekas isteri itu sendiri seperti berikut;a) Seorang isteri yang telah disetubuhi. Lantaran itu seorang isteri yang belum disetubuhi jika
diceraikan oleh suaminya maka pertalian di antara keduanya akan terus terputus
disebabkan tiada iddah di dalam perceraian itu;
b) Perceraiannya berlaku dengan menjatuhkan talaq tanpa sebarang bayaran yang ditunaikan
kepada suaminya, iaitu bukan menerusi cata khulu.
c) Talaq yang dijatuhkan ke atasnya bukan talaq tiga atau talaq yang ketiga; dan
d) Perceraiannya bukan berlaku menerusi fasakh

42

Ibid
Ibid
44
Ibid
45
Ibid
46
Ibid
43

3.4 Meruju dengan menggunakan surat dan perbuatan


Ruju boleh juga dilakukannya dengan menerusi surat, tetapi hendaklah dibaca terlebih dahulu
oleh si suami yang menulisnya sebelum dikirimkannya kepada bekas isterinya, jika tidak ia
menjadi ucapan kinayah yang memerlukan kepada niat. Jika dibaca terlebih dahulu maka ia
menjadi sama seperti ucapan ruju yang soreh.47
Meruju bekas isteri tampa ada sighah, sama ada soreh atau kinayah, sama sekali tidak akan sah
menurut pendapat mazhab Shafii. Hal ini disebabkan perkahwinan yang diuraikan ikatannya oleh
talaq telah berlangsung menerusi ucapan, maka untuk mengikatnya kembali mestilah juga dengan
ucapan. Lantaran itu, perbuatan menyetubuhi bekas isteri atau beristimta sebelum diucapkan lafaz
ruju adalah satu perbuatan yang haram dan tidak dianggap sebagai ruju. Tegasnya di dalam
mazhab ini tidak ada rujukan menerusi perbuatan.
Tetapi di dalam mazhab-mazhab lain, ruju itu harus dan sah dengan menerusi perbuatan, seperti
tindakan si suami mensetubuhi bekas isterinya atau hanya sekadar bercumbuan dengannya. Pada
pendapat Abu Hanifah, apabila sahaja si suami itu berkhalwat (duduk berdua-duaan) dengan bekas
isterinya, maka dia dihukum sebagai telah meruju bekas isterinya.

3.5 Meruju isteri ketika haid


Tidak menajdi suatu tegahan untuk merujuk bekas isteri ketika dia sedang dalam masa haidnya,
tetapi pihak suami tidak diharuskan menyetubuhinya kecuali apabila pihak isteri itu telah suci.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah al- Baqarah48; mafhumnya;Maksudnya: Maka hendaklah kami menjauhkan diri dari orang-orang perempuan (iaitu
isteri-isteri kamu) ketika mereka berhaid dan janganlah kami menghampiri mereka (untuk
bersetubuh) sebelum mereka suci

47

Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993), hlm. 174

48

Al-Quran, Surah Al-Baqarah 2:222

3.6 Saksi dalam rujukan


Ruju tidak memerlukan kepada dua orang saksi, tidak seperti perkahwinan yang meletakkan
kedua-duanya sebagai salah satu di antara rukun-rukunnya. Tetapi biarpun begitu, sunat diadakan
dua orang saksi kerana ditakuti salah seorang di antara kedua-dua suami isteri itu mengingkarinya.
Firman Allah S.W.T;Mafhumnya; Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi yang adil di antara
kamu49
3.7 Rujukan kes-kes yang berkaitan
Di Malaysia, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan, dalam seksyen 51 (2), jika persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan
bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal persekedudukan semula itu kepada Pendaftar,
dan jika Pendaftar berpuas hati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut Hukum
Syara, maka persedekedudukan semula itu hendaklah didaftarkan. Kegagalan untuk melaporkan
hak persekedudukan semula adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 51 (5). Seksyen 51 (7)
memperuntukkan bahawa jika talaq rajii telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh
menghendaki atau meminta isterinya supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa
menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.
Seterusnya, seksyen 51 (8) memperuntukkan bahawa jika selepas talaq rajii suami melafazkan
ruju dan isteri telah bersetuju terhadap ruju itu, isteri boleh diperintahkan oleh Mahkamah supaya
hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan seab-sebab yang baik
mengikut Hukum Syara sebaliknya, dan sekiranya berlaku hal sedemikian, Mahkamah hendaklah
melantik suatu jawatankuasa pendamai di bawah Seksyen 47. Satu jawatankuasa pendamai di
bawah Seksyen 47 hendaklah juga dilantik oleh Mahkamah jika suami melafazkan ruju tetapi
isteri telah tidak bersetuju terhadap ruju kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syara
(seksyen 51 (9)).

49

Al-Quran, Surah al-Talaq 65:2

Terdapat beberapa kes yang melibatkan soal ruju di Malaysia. Dalam kes Siti Hawa Bt Mohamed
lwn. Mohamed Redzuan Bin Haji Hussain50 , Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah, Selangor,
memutuskan bahawa ruju yang dilafazkan oleh pihak suami di hadapan dua orang saksi adalah
sah sungguhpun pihak isteri tidak bersetuju terhadapnya.
Dalam kes Noryati Bte Tasrip lwn. Hamid Bin Che Mat51, di mana pihak suami mengatakan
bahawa dia telah ruju dengan isterinya tetapi tidak mengemukakan saksi-saksi dan ruju itu
dipersoalkan oleh pihak isteri yang tidak bersetuju terhadapnya, Mahkamah Rayuan Syariah,
Selangor memutuskan bahawa ruju itu tidak sah. Mahkamah Rayuan Syariah, setelah mengkaji
nas-nas dalam al-Quran dan Hadith, termasuk Surah al-Talaq 65:2 Dan adakanlah dua orang saksi
yang adil di antara kamu semasa kamu merujukan atau melepaskannya; dan hendaklah kamu
menyempurnakan persaksian ini kerana Allah semata-mata, dan Hadith dalam Sunan Abu Dawud
di mana orang yang mentalaq dan meruju isterinya dengan tidak ada saksi ketika mentalaqnya
dan ketika merujunya adalah dikatakan telah mentalaqnya dengan tidak menurut Sunnah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dan merujunya dengan tidak menurut Sunnah Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, dan dengan itu berpendapat bahawa untuk menjadi sah dan
berkuatkuasa di bawah undang-undang, ruju hendaklah dipersaksikan oleh dua orang saksi yang
adil. Dalam kes ini juga terdapat ketidakpastian bila suami itu melafazkan ruju, sama ada
sebelukm atau selepas tamat iddah.
Hakim yang arif dalam kes Noryati lwn. Hamid telah memutuskan bahawa ruju itu adalah sah,
dengan bersandarkan bahagian ayat Surah al-Baqarah 2:228 yang menyatakan maksud seperti
berikut: Dan suami-suami mereka berhak meruju isteri-isteri itu dalam masa iddah jika mereka
bertujuan hendak berdamai. Mahkamah Rayuan Syariah memerhatikan bahawa malangnya
Hakim yang arif tidak merujuk kepada ayat 231 surah yang sama yang menyatakan maksud seperti
berikut: bolehlah kamu pegang mereka (ruju) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka
dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (ruju) dengan maksud memberi
mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang
melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Mahkamah Rayuan
Syariah juga menunjukkan perbezaan di antara kes Siti Hawa lwn. Mohamed Redzuan, dengan

50
51

(1990) 7 JH 180
(1992) 9 JH 117

menjelaskan bahawa dalam kes yang terdahulu, hal ruju itu yang dilafazkan di hadapan dua orang
saksi, tidaklah disangkal oleh pihak isteri. Akan tetapi, isteri itu berkata bahawa dia tidak mahu
balik kembali kepada suaminya. Dengan itu, Jawatankuasa Ulang Bicara telah menasihatkan
mereka bahawa tindakan yang diambil dalam kes itu ialah merujuk kes itu kepada mahkamah di
bawah seksyen 51 (9) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (1984), di bawah mana perkara
itu boleh dirujukkan kepada Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan pertikaian itu.
Dalam kes Ramli lwn. Salleh dan Bunga52, ruju di antara responden pertama dan kedua dibatalkan
oleh mahkamah atas permohonan Imam dengan alasan mereka sudah bercerai tiga kali, iaitu kali
pertama dengan talaq pada 29hb Oktober 1980 dan ruju kembali pada 22hb November 1980 di
Pejabat Kadi. Talaq kali kedua pula tidak didaftarkan pada 29hb Julai 1981 dan mereka ruju
kembali pada malam itu juga di sebuah rumah. Talaq kali ketiga pada 18hb Mei 1982 di Pejabat
Kadi dan mereka ruju kembali pada 22hb Mei 1982. Soal mengenai sahnya atau tidak ruju pada
22hb Mei 1982 itu bergantung kepada sahnya atau tidak mengikut Hukum Syara, perceraian yang
tidak didaftarkan pada 29hb Julai 1981. Responden kedua memberi keterangan mengatakan
mereka tidak berpuas hati dengan talaq pada 29hb Julai 1981 sebab Imam tidak ada bersama pada
malam itu. Mahkamah berkata bahawa di dalam soal perceraian mengikut Hukum Syara,
bukanlah dimestikan Imam menjadi saksi. Mahkamah memutuskan bahawa pihak-pihak
berkenaan telah bercerai dengan talaq ketiga dan membatalkan ruju pada 22hb Mei 1982, dan
juga memerintahkan pihak suami supaya mendaftarkan cerai dan ruju yang berlaku pada 29hb
Julai 1981.
3.8 Kesimpulan
Pandangan am mengenai ruju ialah dalam hal talaq rajii, pihak suami mempunyai pilihan untuk
ruju kembali isterinya pada bila-bila masa dalam tempoh iddah, sama ada secara nyata dengan
melafazkan ruju atau secara tersirat dengan hidup semula sebagai suami isteri, sungguhpun pihak
isteri tidak bersetuju terhadapnya.
Pandangan tentang hak mutlaq pihak suami untuk ruju kembali isterinya adalah bersandarkan
bahagian ayat Surah al-Baqarah 2:228 Dan suami-suami mereka berhak meruju isteri-isteri itu
dalam masa iddah jika mereka bertujuan hendak berdamai. Namun demikian, sebagaimana yang

52

(1982) 8 JH 171

dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, Selangor, dalam kes Noryati lwn. Hamid yang
dibincangkan di atas, perhatian patutlah juga diberikan kepada Surah Al-Baqarah 2:231 Dan
janganlah kamu pegang mereka (ruju) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak
melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan sedemikian, maka
sesungguhnya dia menganiaya diri sendiri. Mungkin bolehlah dikatakan bahagian ayat surah alBaqarah 2:228 yang berikut haruslah juga dipertimbangkan dengan sewajarnya, dan para isteri
itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami
dengan cara yang sepatutnya.

BAB 4: PENUTUP
Bolehlah dirumuskan, daripada nas-nas dalam al-Quram dan Hadith, serta juga peruntukkan
perundangan moden dan kes-kes yang disebutkan di atas, bahawa perceraian walaupun dibenarkan
dalam Islam, ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, tetapi
sepatutnya hanya dilakukan dalam keadaan yang perlu sahaja apabila tiada lagi kemungkinan
untuk perdamaian di antara suami dan isteri. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hadith yang
diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bahawa di
antara semua perkara yang diharuskan, yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah perceraian
[Sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq].
Berkenaan dengan kes Fasakh, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakan peruntukkan moden,
termasuklah peruntukkan dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, telah menerima pakai tafsiran liberal dan mengadakan berbagai alasan bagi
memberikan seseorang isteri hak untuk mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan.
Sungguhpun Enakmen 1983 di Kelantan lebih mengikuti tafsiran pandangan jumhur mazhab
Shafii, ia juga memperuntukkan suatu alasan am yang membenarkan fasakh atas apa-apa alasan
lain yang diiktiraf sebagai sah bagi fasakh di bawah Hukum Syara. Pemakaian liberal alasan am
ini bolehlah dilihat dalam kes Rafiah lwn. Hassan53 di mana fasakh dibenarkan kerana pihak suami
telah meninggalkan pihak isteri selama kira-kira enam bulan.

53

(1987) 6 JH 112

Berkenaan dengan ruju, Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang keperluan adanya
saksi-saksi bagi talaq dan ruju yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq, Bab
721, Hadith 2181 yang disebutkan nampaknya menekankan bahawa ruju, serta talaq juga,
hendaklah dilafazkan dengan cara yang sepatutnya oleh pihak suami di hadapan dua orang saksi
yang adil. Sekiranya seseorang suami hendak mengakadnikahkan isteri mereka dengan lafaz yang
sempurna, maka begitu juga dengan ruju di mana pihak suami juga harus melafazkan ruju atas
dasar memuliakan kehormatan seorang wanita dan penghargaan ke atas diri mereka, dan bukannya
dengan cara yang tidak mengikuti sunnah Rasulullah Salllallahu Alaihi Wasallam.

RUJUKAN
Al-Quran, Al-Baqarah 2:222
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:228
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:229
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:230
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:231
Al-Quran, Al-Baqarah, 2:232
Al-Quran, Surah al-Talaq 65:2
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3491
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3492
Sahih Muslim, Kitab al-Talaq, Hadith 3493
Riwayat Ibn Majah, 1:650; Abu Daud, 6:227, dan al-Baihaqi, 7:322.
Dr.Mat Saad Abd. Rahman, Undang-undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan (1993).
Nik Noriani Nik Badli Shah, Perkahwinan Dan Perceraian di Bawah Undang-Undang Islam, (2012),
Cetakan International Law Book Services.
Seksyen 47, 49, 50 dan 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Re Mohd Hussin Bin Abdul Ghani dan Hazimah (1990) 7 JH 189


Zainab Binti Mahmood lwn Abd Latif bin Jusoh (1991) 8 JH 297
Jasni lwn. Rahmah (1991) 9 JH 213

Sakdiah lwn. Ahmad (1968) 2 JH 101


Abdul Aziz lwn Che Pah (1972) 2 JH 113
Atikah lwn. Razali (1978) 6 JH 108
Rafiah lwn. Hassan (1987) 6 JH 112
Habsah lwn. Ahmad (1985) 6 JH 320
Rosnani lwn. San Ahmed (1989) 7 JH 102
Hairun lwn. Omar (1990) 8 JH 289
Siti Hawa bt Mohamed lwn. Mohamed Redzuan Bin Haji Hussain (1990) 7 JH 180
Noryati Bte Tasrip lwn. Hamid Bin Che Mat (1992) 9 JH 117
Ramli lwn. Salleh dan Bunga (1982) 8 JH 171

Anda mungkin juga menyukai