Anda di halaman 1dari 13

Hak & Tanggungjawab Selepas Perceraian

Pendahuluan
Di dalam buku karangan Profesor Ahmad Salbi yang bertajuk Masyarakat Islam
mencatatkan bahawa satu perubahan besar setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke
Madinah ialah baginda mengangkat darjat kaum wanita setinggi-tingginya
kerana kaum wanita adalah ibu, isteri dan pendidik. Wanita mempunyai hak-hak
warisan, mendapat pahala sama seperti lelaki dan dikasihi dan disayangi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:



Dan Kami perintahkan kepada manusia terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya
telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah
dan menyusukannya 2 tahun.(Luqman:14)
Hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ditanya siapakah orang
yang paling layak dijadikan kawan baiknya, baginda menjawab: Ibuku, ibumu,
ibumu kemudian ayahmu. (Mutafaq Alaih).
Wanita telah diangkat martabatnya oleh Islam namun peredaran zaman dan
perubahan kehidupan telah membebankan golongan wanita terutama mereka
yang menghadapi masalah rumahtangga. Mereka hidup dalam persekitaran yang
dipenuhi dengan banyak cabaran dan dugaan. Ada wanita yang digantung tidak
bertali sehingga 10 tahun atau lebih. Mereka terpaksa naik turun mahkamah
selama bertahun-tahun tanpa hasil, sedangkan anak terpaksa disara dalam
keadaan nafkah tidak diberikan oleh suami. Suami pula ada yang melepaskan
hak dan tanggungjawab mereka sesuka hati.
Di negara kita, kes-kes tergantung di Mahkamah Syariah meningkat sehingga
70,000 kes. Masalah undang-undang atau layanan terhadap wanita ini
sebenarnya tidaklah serumit mana sekiranya semua pihak kembalikan semangat
Islam dalam erti yang sebenarnya. Di sisi Islam, isteri mempunyai hak-haknya
yang tersendiri. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu haknya terutama
ketika memohon perceraian ataupun selepas diceraikan.[1]
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

)





(
Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal mengikut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu
sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka
bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka
berikanlah kepada mereka upahnya dan menyawarahkanlah antara kamu segala

sesuatu dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain
boleh menyusukan (anak itu) untuknya.
(Al-Talaq: 6)
Demikianlah Allah s.w.t memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas
diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas
bercerai dengan isteri. Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh
membuat tuntutan ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.
Namun demikian, pihak lelaki atau suami juga mempunyai hak yang tertentu
selepas perceraian. Seperti tuntutan hadhanah, hak melawat anak dan
sebagainya. Sama juga dengan anak, di mana anak juga mempunyai hak yang
setimpal selepas ibubapanya bercerai.
Hak Dan Tanggungjawab Selepas Perceraian
Tuntutan-tuntutan hak tersebut adalah seperti berikut:
1) Tuntutan Mutaah
Mutaah juga adalah nama bagi harta yang diberikan oleh suami kepada isterinya
dengan sebab perceraian. Menurut Imam Syafie, mutaah merupakan harta wajib
diberikan oleh suami kepada isterinya yang diceraikan hidup sama ada dengan
talak atau seumpamanya dengan syarat-syarat tertentu. Ia merupakan
pemberian hadiah daripada suami untuk mengembirakan hati isteri yang
mungkin terluka. Tetapi, menurut pendapat jumhur ulama, pemberian mutah
daripada seorang suami kepada seorang isteri hukumnya adalah sunat.
Seorang isteri yang diceraikan boleh membuat tuntutan mutaah dalam beberapa
keadaan seperti isteri yang telah dikahwini tetapi diceraikan sebelum berlakunya
persetubuhan dan jumlah mahar belum ditentukan, isteri yang telah dikahwini
berserta penentuan jumlah mahar dan telah berlaku persetubuhan antara suami
isteri tersebut kemudian diceraikan, isteri yang tafwid (suami memberi kuasa
talak kepada isteri), telah ditentukan mahar dan telah berlaku persetubuhan
suami isteri, dan isteri yang telah dikahwini tanpa penentuan jumlah mahar.[2]
Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai mutaah. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
)









(

Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya)
mutaah menurut yang maruf sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang
bertaqwa. (Al-Baqarah: 241)
Mutaah itu boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai
dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadarnya dan ia
bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri, maka Mahkamah
Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.

Pada dasarnya tidak ada suatu penentuan mutlak tentang kadar ini oleh syarak.
Menurut satu pendapat daripada mazhab Imam Syafie, kadar minimum mutaah
ialah 30 dirham dan harus memberi mutaah lebih separuh daripada kadar mahar.
Sekiranya berlakunya perselisihan antara pihak isteri dan pihak suami tentang
kadarnya, maka hakim yang akan menentukan secara ijtihad dengan mengambil
kira beberapa faktor. Antara faktor berkenaan adalah seperti taraf kehidupan
suami, sama ada miskin, sederhana atau kaya, dan juga berkeadaan dari segi
nasab dan sifat-sifatnya.
Peruntukan tersebut menyatakan dalam seksyen 56 bahawa:
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang
diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau
pemberian sagu hati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas
mendengar keterangan daripada pihak yang terlibat dan apabila berpuas hati
bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syarak.
Jelas berdasarkan peruntukan tersebut, seorang isteri yang diceraikan hanya
berhak menuntut mutaah daripada suaminya jika dia diceraikan tanpa sebab
yang munasabah. Sekiranya perceraian itu berpunca daripada pihak isteri
ataupun jika isteri itu bercerai dengan suaminya secara fasakh disebabkan aib
atau kecatatan isteri ataupun isteri murtad maka dia tidak berhak menuntut
mutaah daripada bekas suaminya.
Contoh Kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld. 3 J.H.).
Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin
Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan
isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai mutaah.
Peguam itu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang
berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar Selangor (pada masa itu) telah merujuk
surah Al-Ahzab dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut
mutaah sebanyak RM25, 200 sebagaimana yang dituntutnya.[3]
Antara hikmah Islam mengadakan dan mensyariatkan mutaah ialah:
Untuk meringankan bebanan wanita serta untuk menghiburkan hati mereka
serta menghormati mereka setelah berlakunya perceraian dengan suami
mereka, kerana perceraian adalah suatu perkara yang besar dalam hidup
perempuan dan mereka bagaikan hilang separuh tempat bergantung.[4]
2) Tuntutan Nafkah Sewaktu Iddah
Nafkah dari segi bahasa bererti mengeluarkan dan membelanjakan. Manakala
dari segi istilah, ia membawa maksud mengeluarkan belanja atau sara hidup
kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya. Wanita yang
diceraikan pada asasnya berhak mendapat nafkah dalam masa iddahnya serta
menuntut nafkah tertunggak sekiranya ada daripada bekas suaminya,
bergantung kepada beberapa syarat. Nafkah yang dimaksudkan termasuklah

makanan, pakaian, tempat tinggal, dan belanja perubatan. Kewajiban dalam


memberi nafkah termaktub dalam Al-Quran.
Allah s.w.t telah berfirman:









Dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu
itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah Al-Baqarah : 233)
Bagi nafkah isteri, ia hanya akan menjadi wajib apabila memenuhi syarat-syarat
iaitu perkahwinan yang sah di sisi syarak, tercapainya maksud perkahwinan iaitu
berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri tersebut dan isteri mentaati
suaminya mengikut kehendak syarak. Selain itu, suami berhak merujuk isterinya
itu pada bila-bila masa sama ada dengan persetujuan isterinya atau tidak,
dengan pengetahuannya atau tidak, dengan syarat selagi tempoh iddah belum
tamat. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu tidak nusyuz.
Menurut kitab Kifayah Al- Akhyar Juz 29 halaman 48 mengatakan:
Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima
nafkah, pakaian dan giliran.
Hak nafkah seorang isteri akan gugur jika isteri enggan berpindah ke rumah
yang disediakan oleh suaminya, jika isteri itu akur berpindah tetapi kemudiannya
dia keluar daripada rumah tersebut dan tidak pulang selepasnya tanpa sebab
yang munasabah menurut syarak dan jika isteri bermusafir tanpa keizinan
suaminya walaupun tujuan musafir kerana Allah seperti mengerjakan haji atau
umrah.[5] Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib
beriddah rajie ini, suami dan isteri berfikir panjang dan merasa bagaimana
pahit getirnya perceraian. Dalam menentukan sama ada seseorang wanita yang
diceraikan itu berhak mendapat nafkah seperti yang ditentukan atau tidak, perlu
dilihat juga bentuk iddah yang mereka lalui iaitu iddah talak rajie atau iddah
talak bain.
Para fukaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang melalui iddah rajie
berhak mendapat kesemua jenis nafkah seperti mana nafkah yang diterimanya
semasa dalam perkahwinan kecuali dia diceraikan dalam keadaan nusyuz.
Antara nafkah tersebut ialah nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hak
ini akan diberhentikan sebaik sahaja tempoh iddah tamat. Bagi wanita yang
dalam iddah talak bain pula, umumnya para fukaha berpendapat sekiranya
wanita itu tidak hamil, para fukaha berbeza pendapat dalam menentukan nafkah
ke atasnya.
Menurut mazhab Syafie dan Maliki, wanita yang dalam iddah bain serta tidak
hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal sehingga iddahnya selesai.
Sekiranya isteri yang diceraikan dan hamil, maka wajib suami memberi nafkah
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pada dasarnya, kadar nafkah bagi wanita
yang diceraikan sama seperti apa yang telah diberikan kepadanya semasa
tempoh perkahwinan yang sedang berjalan. Penentuan kadar nafkah

berdasarkan kemampuan suami iaitu melihat keadaan kehidupan serta


tanggungannya. Pendapat para fukaha terhadap pasangan cerai mati mengikut
pada kebiasaanya, isteri yang kematian suami boleh membuat tuntutan pusaka
ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap
terhapus.[6]
3) Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
Hadhanah dari segi bahasa bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan
menanggung nafkah dan mendidiknya. Ia juga membawa maksud memegang
anak dan mendidiknya sejak awal kelahirannya lagi. Menurut istilah syarak pula,
hadhanah bererti mendidik dan mengasuh anak oleh sesiapa yang diberikan hak
hadanah oleh syarak kepadanya. Ia juga bermaksud mengasuh dan menjalankan
urusan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menyakitkannya kerana ia
belum cerdik seperti kanak-kanak ataupun orang dewasa tetapi tidak waras dan
lemah daya pemikirannya.
Kesimpulannya, hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki dan perempuan
yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak,
melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan
jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi
persoalan hidup yang akan dihadapinya. Hukum hadhanah ke atas kanak-kanak
kecil adalah wajib. Pengabaian terhadap diri kanak-kanak itu bererti
mendedahkannya kepada bahaya dan kebinasaan. Kewajiban tersebut lebih
utama kepada seseorang yang telah diberi hak hadhanah sama ada ibu, bapa
atau penjaga yang berhak.[7]
Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak
jika ibu bapa bercerai? Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah
bin Umar yang bermaksud:
Bahawasanya seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w
dan bertanya: Ya Rasulullah, bahawa anakku ini perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah
menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku.Engkaulah yang
lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.(Riwayat
Abu Daud)
Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu gugur salah satu syarat
berikut:
Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka,
beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya
kurang salah satu maka gugurlah hak hadhanah itu.
Ini bermakna anak-anak yang belum mumayyiz diserah kepada ibunya.
Bagaimana pula yang telah mencapai had umur mumayyiz?
Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumayyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah

daripada bayi hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula


daripada bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki telah
mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak perempuan telah mencapai umur 9
tahun dianggap mumayyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2)
keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana mahkamah boleh
memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.[8] Faktorfaktor yang menentukan atau yang harus dipertimbangkan apabila ibubapa
menuntut hak penjagaan anak-anak ialah:
Umur dan kesihatan anak tersebut
Jantina anak
Cara/corak hidup ibubapa
Pertalian emosi antara ibu dan anak
Keupayaan ibu atau bapa memberi penjagaan rapi (makanan, pakaian,
perubatan)
Pilihan (preference) anak-anak jika anak melebihi umur 12 tahun[9]
Sebaik sahaja seorang anak itu dilahirkan ke dunia, kedua-dua ibu bapa
mempunyai hak yang sama dalam memastikan anak mereka mendapat jagaan
serta didikan sempurna. Walau bagaimanapun, perhatian yang lebih wajar
hendaklah hadir daripada pihak ibu kerana biasanya ibulah yang mempunyai
masa terluang lebih daripada bapa, apatah lagi bagi ibu yang tidak berkerja.
Para fukaha telah bersepakat mengatakan bahawa ibu merupakan orang yang
lebih berhak terhadap hadhanah berbanding dengan pengasuh lain.
Meskipun ibu diberi keutamaan dalam penentuan hak penjagaan, ia tertakluk
kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Menurut mazhab Syafie, syaratsyarat yang dimaksudkan ialah merdeka, berakal (seorang yang gila, sama ada
gila secara berterusan ataupun gila secara sekejap-sekejap adalah tidak layak
mendapat hak hadhanah), adil, amanah, berbudi, beragama Islam, tidak
berkahwin lain melainkan lelaki yang menjadi kerabat kepada kanak-kanak
tersebut dan mesti seorang yang boleh menyusukan anak tersebut sekiranya si
anak masih menyusu.
Hak jagaan terhadap seseorang pada umumnya akan tamat sebaik sahaja dia
mampu menguruskan dirinya sendiri dan tidak memerlukan bantuan daripada
orang lain. Ada sesetengah ulama yang menetapkan umur mumayyiz sebagai
tamat tempoh penjagaan. Apabila tempoh hak hadhanah ibu berakhir, kanakkanak akan diberi pilihan sama ada hendak terus tinggal dengan jagaan ibunya
atau tinggal di bawah jagaan bapanya. Pemberian peluang untuk memilih ini
berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w:
Seorang perempuan telah datang kepada rasulullah dan berkata,
wahai Rasulullah, sesungguhnya suamiku hendak membawa anakku pergi
padahal dialah yang mengambil air untukku dari perigi Abu Unbah dan

sesungguhnya dia berguna sekali kepadaku. Maka Rasullah bersabda, Ini


ayahmu dan ini ibumu, pilihlah mana yang kamu suka. Lalu si anak memilih
ibunya. Maka berjalanlah perempuan itu membawa anaknya.
Menurut imam Al-Nawawi dalam kitabnya Minhaj Al-Talibin, sekiranya seorang
kanak-kanak lelaki memilih untuk berada di bawah penjagaan ibunya, dia akan
bersama ibu pada malam hari dan pada siangnya kanak-kanak itu bersama
bapanya. Hal ini bagi memudahkan si bapa mengajarkan hal-hal kehidupan dan
akhlak seorang lelaki. Bagi anak perempuan pula, jika dia memilih berada di
bawah penjagaan ibunya, siang dan malam dia akan bersama ibunya dengan
hak melawat tetap diberi kepada pihak bapa. Walau bagaimanapun, seandainya
terdapat kanak-kanak yang memilih ibu dan bapanya serentak, maka kadi
hendaklah membuat undian. Jika kanak-kanak itu sakit, ibulah yang paling
berhak untuk merawat meskipun pada masa itu dia berada di rumah bapanya.
Upah hadhanah ditanggung oleh bapanya jika kanak-kanak itu tidak mempunyai
harta. Upah tersebut termasuk dalam nafkah anak. Walau bagaimanapun jika
kanak-kanak itu mempunyai harta maka upah bagi hadhanahnya hendaklah
diambil daripada harta tersebut. Seorang ibu tidak berhak untuk menuntut upah
hadhanah sekiranya dia masih dalam ikatan perkahwinan. Walaupun anak itu di
bawah hadhanah isteri, namun pada asasnya bapa bertanggungjawab memberi
nafkah kepada anak. Namun begitu, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu
bapa mampu memberi nafkah, anak itu tidak mempunyai harta benda yang
boleh dijadikan sumber untuk menanggung nafkahnya, anak itu masih kecil dan
anak itu seorang yang merdeka dan bukannya hamba.
Sekiranya seorang kanak-kanak itu itu masih menyusu, dan dia disusukan oleh
wanita lain selain ibunya sendiri, maka upah menyusu ditanggung oleh bapa
atau pihak lain yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak tersebut. Menurut
pendapat mazhab Syafie, ibu diwajibkan menyusukan anak pada awal kelahiran.
Pada waktu demikian suatu peringkat penyusuan yang dikenali dengan laba
akan keluar sebaik sahaja bayi dilahirkan.
4) Tuntutan Nafkah Anak
Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang
tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajipan
orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu
boleh berdikari. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah
mereka. (Al-Talaq:6)
Daripada sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
Hindun pernah bertanya; Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami
Hindun) seorang yang bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang
dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya

itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab;


Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara
yang makruf. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seorang bapa wajib memberi nafkah
untuk anak-anaknya dengan syarat:
1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia
berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk
menafkahkannya
3. Bapa itu mampu memberi nafkah.
Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka tidak wajib lagi memberi
nafkah untuk anak itu. Begitu juga jika anak itu mempunyai harta sendiri
meskipun masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepadanya
anaknya. Pendapat ini adalah sepakat ulama.[10]
5) Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang
adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan
kehendak syariah maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai
sebahagian daripada Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Harta
sepencarian bermaksud harta yang diperolehi sepanjang masa perkahwinan
seorang suami dengan isteri hasil daripada sumber atau daripada usaha mereka
bersama.
Merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuat
kuasa di negeri-negeri sekarang, terdapat sedikit perbezaan di beberapa negeri
tentang takrif harta sepencarian ini. Bagi negeri Kelantan, Pahang, dan Perak, ia
ditakrifkan sebagai pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha
bersama di antara suami dan isteri, dan termasuklah pendapatan yang didapati
daripada modal yang diperolehi daripada usaha mereka bersama. Manakala bagi
negeri-negeri lain, harta sepencarian bererti harta yang diperolehi bersama oleh
suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang
ditentukan oleh hukum syarak.
Walaupun harta sepencarian diasaskan kepada adat bukan kepada syarak, ia
tidak bermakna bahawa perkara itu tidak termasuk dalam mana-mana kategori
hukum. Hal ini disebabkan amalan individu, kelompok, mahupun masyarakat
tetap tunduk kepada satu daripada tiga kategori iaitu harus atau tidak harus,
boleh atau tidak boleh ataupun yang ketiga, penerimaan dengan pindahan.
Pada mulanya ianya dikenali sebagai adat yang diamalkan oleh orang melayu
khususnya, dan orang Islam di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Malah
pengiktirafan adat yang menjadi hukum tersebut jelas dapat kita lihat menerusi
kaedah perundangan Islam sebagaimana dikemukan oleh Al-Suyuti dalam kitab

Al-Asybah Wa Al-Nazair yang bermaksud adat mengambil tempat hukum dan


sesuatu yang diterima mengikut adat samalah kedudukannya seperti suatu yang
dibuat mengikut syarak.
Berdasarkan kes-kes tuntutan yang dibawa ke mahkamah syariah pada masa
sekarang, jenis-jenis harta yang termasuk dalam harta sepencarian nampaknya
semakin pelbagai, selari dengan perkembangan semasa. Jenis-jenis harta yang
biasa dibuat tuntutan ialah rumah kediaman, kenderaan, tanah, sawah, kebun,
rumah kedai, bangunan, wang pampasan tanah, perabot, barang elektrik,
peralatan rumah, barang kemas, saham dan wang dalam akaun simpanan
bersama. Jelasnya, jenis-jenis harta yang menjadi tuntutan tidak terhad
melainkan harta itu berjaya dibuktikan telah diperolehi sepenuhnya sebelum
perkahwinan atau harta itu termasuk dalam harta yang wajib dibahagikan
mengikut sistem faraid.
Tuntutan harta sepencarian biasanya dibuat oleh pihak isteri. Walau
bagaimanapun, sebenarnya pihak suami juga berhak menuntut perkara yang
serupa. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang mempunyai bahagian dalam harta
tersebut tidak kira sama ada pihak suami atau isteri boleh menuntut hak
masing-masing berserta keterangan dan bukti. Pada dasarnya tidak terdapat
suatu ketetapan yang pasti, berhubung dengan kadar pembahagian sama ada
untuk isteri ataupun suami bagi harta sepencarian. Apa yang diambil kira dalam
penentuan kadar bahagian-bahagian tersebut berdasarkan tahap sumbangan
isteri atau suami dalam pemilikan harta yang dituntut. Selain itu, dalam
membuat apa jua tuntutan tentang harta sepencarian, pihak yang terlibat
hendaklah betul-betul memastikan haknya dan jangan sampai dia mengambil
hak orang lain walaupun milik bekas isteri atau suami.[11]
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
















Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang
perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. (AnNisa:32)
Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu
bergantung daripada apa yang diusahakan. Menurut akta Undang-Undang
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (ketika itu)
memutuskn kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang, harta sepencarian
ditakrifkan sebagai:
Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan
berusaha sama ada kedua-dua pasangan itu bersama-sama bekerja dalam

bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara
rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak.
Persoalan yang timbul bagaimana prinsip harta itu dibahagikan?
Menurut Yang Arif Dato Wan Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi
keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan terhadap kes Anita binti
Abdullah lwn zainuddin hj. Ariffin menyatakan:
1) Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka
hasil itu terpulang kepadanya.
2) Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, mereka
dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta itu
dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah maka harta
itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika salah seorang atau semuanya
telah mati maka hukum bersumpah itu dipertanggungjawabkan ke atas waris si
mati sekiranya waris itu menuntut.
3) Jika berlaku adat kebiasaan bahawa salah seorang daripada suami itu
berusaha lebih dari yang lain maka persetujuan pembahagian hendaklah
mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati maka
pembahagiannya adalah seperti (a) dan (b) di atas.[12]
6) Tunggakan Hutang
Selain daripada itu, seseorang isteri boleh membuat tuntutan hutang ke atas
bekas suaminya jika didapati bekas suaminya itu tidak membayar mas kahwin,
tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh perkahwinan, tunggakan
nafkah anak dan sebagainya. Untuk memudahkan mendapat hak-hak tersebut
adalah lebih baik menggunakan peguam. Bagi mereka yang tidak mampu
menggunakan khidmat peguam bolehlah membuat permohonan kepada Biro
Bantuan Guaman. Semua permohonan itu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah
Syariah.
Mahar ialah harta yang berhak diterima oleh isteri daripada suaminya dengan
sebab berlakunya akad perkahwinan atau hubungan kelamin. Mahar merupakan
salah satu kesan yang timbul apabila berlakunya suatu akad perkahwinan. Di
Negara kita mahar dikenali sebagai mas kahwin, enakmen pula mentakrifkan
sebagai pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak oleh
suami kepada isteri pada masa akad nikah, sama ada dalam bentuk wang yang
sebenarnya dibayar atau diakui hutang atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu
yang menurut hukum syarak, dapat dinilai dengan wang. Hukum menyebut atau
menyatakan mahar semasa akad perkahwinan adalah sunat.
Walaupun mahar wajib dibayar, namun kedudukan mahar bukanlah sebagai
rukun ataupun syarat bagi sahnya sesuatu pernikahan. Oleh sebab itu, akad
nikah tetap sah walaupun mahar tidak disebut ataupun tidak ditentukan semasa
akad. Mahar atau mas kahwin terbahagi kepada dua jenis iaitu mahar yang

dinyatakan semasa akad perkahwinan (Mahr Al-Musamma) dan mahar yang


tidak nyatakan semasa akad (Mahr Al-Mithli).
Fukaha telah bersepakat menyatakan tentang kewajiban pemberian mahar atau
mas kahwin kepada isteri terhadap beberapa keadaan iaitu berlakunya
persetubuhan yang sebenar antara suami yang baligh dengan isteri yang boleh
disetubuhi dalam suatu akad perkahwinan yang sah walaupun persetubuhan
tersebut berlaku dalam masa atau diharamkan oleh syarak, berlaku khulwah
sahihah antara suami isteri dalam keadaan tanpa halangan untuk melakukan
persetubuhan dan berlakunya kematian salah seorang sama ada suami atau
isteri walaupun belum berlaku persetubuhan dan sama ada suami atau isteri itu
mampu melakukan persetubuhan ataupun tidak.
Para ulama sependapat menyatakan akan gugur separuh mas kahwin sekiranya
suatu pencarian itu terjadi sebelum berlakunya persetubuhan dan penceraian
tersebut berpunca daripada pihak suami seperti suami yang menjatuhkan talak.
Seorang suami tidak wajib membayar apa-apa mas kahwin kepada isterinya,
sekiranya penceraian itu berlaku sebelum persetubuhan dan punca penceraian
itu adalah daripada pihak isteri.[13]
Kesimpulan
Perceraian adalah perbuatan halal tetapi keji disisi Allah. Perceraian hendaklah
dielakkan kerana kesannya buruk kepada keluarga terutamanya anak-anak serta
masyarakat. Cara yang paling baik untuk menyelesaikan hak-hak ialah secara
perundingan antara suami dan isteri. Penyelesaian secara musyawarah ini akan
menjimatkan masa,wang ringgit dan tidak menyusahkan anak-anak. Jika tiada
pilihan barulah dibawa ke Mahkamah Syariah dan hak-hak itu hendaklah dituntut
jika mempunyai alasan yang cukup.
Islam adalah agama yang adil dan memberi hak pembelaan yang cukup kepada
kaum wanita. Oleh itu, tidak timbul soal Islam menindas kaum wanita kerana
yang penting ialah wanita Islam perlu bersikap mengambil tahu tentang hak-hak
mereka di dalam perkahwinan atau selepas berlaku perceraian. Pencarian ilmu
pengetahuan merupakan suatu kaedah terbaik untuk wanita Islam dalam
menangani permasalahan yang dihadapi supaya dapat bagi wanita tersebut
memperkukuhkan identiti diri.
Rujukan
Dr. Kamil Musa, 1989, Fiqh Wanita : Anak Perempuan, Shah Alam, Penerbitan
HIZBI
Najib Ahmad Marzuki Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, 2006, UndangUndang & Kerja Sosial Di Malaysia : Kaitan Dengan Pembangunan Keluarga,
Sintok, Universiti Utara Malaysia
Prof. Madya Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, Raihanah Hj. Azahari,
1989, Undang-Undang Keluarga Islam: Konsep Dan Perlaksanaannya Di Malaysia,
Kuala Lumpur, Karya Abazie

Rohaty Mohd Majzub, Muhammad Rais Abdul Karim, 1999,Ibu Tunggal, Selangor,
Pelanduk Publication Sdn Bhd
Suzana Ghazali, 2009, Buatmu Wanita, Selangor, Buku Prima Sdn
Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati @ Mat Zin, 1997,Pengantar
Fiqh, Kuala Lumpur, Pustaka Salam
Zaini Nasohah, 2002, Perceraian: Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur, Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd

[1] Najib Ahmad Marzuki Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, 2006, UndangUndang & Kerja Sosial Di Malaysia : Kaitan Dengan Pembangunan Keluarga,
Sintok, Universiti Utara Malaysia
[2] Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur,Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd
[3] Prof. Madya Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, Raihanah Hj. Azahari,
1989, Undang-Undang Keluarga Islam: Konsep Dan Perlaksanaannya Di Malaysia,
Kuala Lumpur, Karya Abazie
[4] Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati @ Mat Zin, 1997,Pengantar
Fiqh, Kuala Lumpur, Pustaka Salam
[5] Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur,Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd
[6] Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati @ Mat Zin, 1997,Pengantar
Fiqh, Kuala Lumpur, Pustaka Salam
[7] Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur,Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd
[8] Najib Ahmad Marzuki Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, 2006, UndangUndang & Kerja Sosial Di Malaysia : Kaitan Dengan Pembangunan Keluarga,
Sintok, Universiti Utara Malaysia
[9] Rohaty Mohd Majzub, Muhammad Rais Abdul Karim, 1999, Ibu Tunggal,
Selangor, Pelanduk Publication Sdn Bhd
[10] Najib Ahmad Marzuki Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah,
2006,Undang-Undang & Kerja Sosial Di Malaysia : Kaitan Dengan Pembangunan
Keluarga, Sintok, Universiti Utara Malaysia
[11] Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur,Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd

[12] Prof. Madya Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid, Raihanah Hj. Azahari,
1989, Undang-Undang Keluarga Islam: Konsep Dan Perlaksanaannya Di Malaysia,
Kuala Lumpur, Karya Abazie
[13]Zaini Nasohah, 2002, Perceraian : Hak Wanita Islam, Kuala Lumpur,Utusan
Publication & Distribution Sdn Bhd
POSTED BY ME DHUHA AT 2:45 AM

Anda mungkin juga menyukai