Anda di halaman 1dari 2

Rukun Nikah

1.
2.
3.
4.
5.

Pengantin lelaki (Calon Suami)


Pengantin perempuan (Calon Isteri)
Adanya Wali
Dua orang saksi lelaki
Ijab dan Qabul (akad nikah)
.

Syarat-Syarat Sah Nikah


.
a) Syarat-Syarat Bakal Suami
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Islam
Lelaki yang tertentu
Bukan mahram dengan bakal isteri
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
.
.
b) Syarat-Syarat Bakal Isteri
.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Islam
Bukan seorang khunsa
Perempuan yang tertentu
Tidak dalam keadaan idah
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan isteri orang atau masih ada suami
.
.

Syarat Wali
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Adil
Islam
Baligh
Lelaki
Merdeka
Tidak fasik, kafir atau murtad
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Waras tidak cacat akal fikiran atau gila
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
.
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali
bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin
yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil
kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-Jenis Wali
.

1. Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai
kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan
persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak
dikahwinkan)
2. Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
3. Wali abad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan
wali aqrab berkenaan. Wali abad ini akan berpindah kepada wali abad lain seterusnya mengikut
susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
4. Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa
negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
.
.

Syarat-Syarat Saksi
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Islam
Lelaki
Baligh
Berakal
Merdeka
Sekurang-kurangya dua orang
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang
sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk
menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia
dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)
.
.

Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul


.
Syarat Ijab
1.
2.
3.
4.
5.

.
Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya
secara terang dan tepat.
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan
dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.
Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
.
* Contoh lafaz ijab:
Daku nikahkan dikau dengan .. binti . (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan
mas kahwin sebanyak RM tunai.
.
.

Syarat Qabul
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab


Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
Menyebut nama bakal isteri

Anda mungkin juga menyukai