Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Aqidah

-Aqidah sebagai penentu/pendorong


Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup
seseorang , akidah adalah pengerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang
lemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang, biasanya mereka yang tidak
memeiliki akidah yang jelas dan betulakan menghadapi pelbagai masalah dalam
kehidupan dan terdedah kepada berbagai bagai kemungkaran, seperti
melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain lain.

-Akidah sebagai benteng dan perisai dalam diri seorang


muslim
Akidah merupakan banteng kukuh bagi memelihara akal daripada perkara
khurafat dan syirik serta perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir jahat,
perasaan syak dan ragu serta segala bentuk penyelewengan.

-Akidah ialah dasar dan tunjang seseorang insan


Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan
individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang.
Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang
serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan
sejahteraan kehidupannya.

Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman


pernbentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki
akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perinrah
dari RasulNya untnk dilaksanakan.Yang lain ibarat cabang dan ranting, mati
dasar maka akan matilah ranting dan cabangnya.

-Akidah sebagai pemutus sama ada seseorang itu akan


keselematan di dunia dan akhirat.
Firman Allah swt yang bermaksud “sesiapa yang beramal soleh dan lelaki atau
sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dan dengan
kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan
memberikan pahala yang lebih dan apa yang mereka telah kerjakan.

-Ianya menjadi sebab dab tujuan manusia diciptakan oleh


Allah swt.
Firmanya “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
kepadaku (surah Az-zariyat, ayat 56)

Anda mungkin juga menyukai