Anda di halaman 1dari 13

1 AGAMA SEBAGAI ALTENATIF PENYELESAIAN MASALAH BELIA Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Artikel ini bertujuan melihat

fenomena remaja dan sebab salahlaku remaja dari pelbagai sudut dan seterusnya menyediakan satu cadangan altenatif, iaitu dari sudut agama untuk mengurangkan index permasalahan mereka. Kajian yang berdasarkan obsevasi dan penelitian ini akhirnya menemukan bahawa penjiwaan terhadap ajaran agama dilihat sebagai satu jalan pilihan terbaik dalam mendidik remaja kepada norma-norma baik dan terpuji. PENGENALAN: KEPELBAGAIAN DEFINISI REMAJA 1. Definisi cendikiawan

1.1 Marshall & Turner (1974), Logan (1980), Malina (1990), Noor Adiah Mohd Noor (Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik- 1998): Remaja selalunya dihubungkan dengan kedewasaan, iaitu sudah cukup umur bagi berkahwin apabila timbul rasa cinta . 1.2 Mahmood Nazaar Mohamed (Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia - 1990): Zaman peralihan sementara yang di lalui oleh setiap individu daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Ia adalah peringkat yang bermula apabila seseorang itu berumur 15 tahun sehinggalah dia mencapai umur dewasa ataupun apabila dia mampu mengambil tanggungjawab orang dewasa, seperti berkahwin, berkerja ataupun menyertai apa-apa fungsi seorang dewasa. (Mahmood Nazaar Mohamed, 1990: 51) 1.3. Zakiah Daradjat (Pembinaan Remaja -1997): Usia remaja yang hampir disepakati oleh kebanyakkan ahli psikologi adalah umur antara 13 hingga 21 tahun. (Zakiah Daradjat, 1997: 14) 1.4 Granville Stanley Hall (1844 1924): Remaja ialah tempoh masa daripada umur 12 hingga 23 tahun dan ianya dipenuhi dengan gelora dan tekanan (storm and stress). Hall meminjam label storm and stress daripada bahasa German, storm and drang yang digunakan oleh penulis-penulis German seperti Goethe dan Schiller, yang menulis novelnovel yang penuh dengan idealisme, komitmen kepada matlamat, rasa berahi, persaan dan revolusi. Lebih lanjut lagi, Hall merasakan terdapat keselarasan antara tema-tema novel penulis-penulis German dengan perkembangan psikologi yang dialami oleh remaja. Pada pandangan Hall, pemikiran remaja, perasaan dan tindakannya sentiasa berbolak balik antara keangkuhan dan kerendahan hati, kebaikan dan godaan dan antara kegembiraan dan kesedihan. Dengan itu, remaja berkemungkinan bertindak baik pada ketika yang lain. Remaja juga pada suatu ketika mungkin hendak bersendirian, tetapi beberapa ketika selepas itu dia berkehendakan kepada teman-teman dan rakan-rakan. (Granville Stanley Hall. 1904: 43-50)

2 1.5 Newman & Newman (1991): Remaja bukan lagi kanak-kanak tetapi pada masa yag sama bukan pula dewasa. Dalam kata lain, remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi. Umur mereka adalah sekitar 11 hingga 22 tahun. (Newman & Newman, 1991: 63-71) 2. Definisi lama

2.1 Plato (abad ke-4 SM): Kebolehan membuat taakulan bukan ciri-ciri kanak-kanak, sebaliknya adalah kebolehan dan keupayaan pada individu yang muncul buat pertama kali pada usia remajanya. Plato dengan itu membuat kesimpulan kanak-kanak sepatutnya menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti sukan dan muzik, manakala remaja pula sepatutnya mempelajari bidang Sains dan Matematik. (Noor Adiah Mohd Noor. 1998: 25-41) 2.2 Aristotle (abad ke-4 SM): Aspek yang terpenting pada remaja adalah kebolehannya memilih, di mana, kehendak kendiri (self-determination) itulah yang menjadi ciri ciri kematangan seseorang individu. (Noor Adiah Mohd Noor. 1998: 2541) 2.3 Rousseau: Berpendapat kebolehan membuat taakulan atau reasoning adalah sesuatu yang berkembang dalam diri individu sewaktu remaja. Beliau menjelaskan yang sikap ingin tahu terutamanya, patut digalakkan dalam pendidikan awal remaja iaitu ketika individu berumur 12 hingg15 tahun. Beliau percaya daripada umur 15 hingga 20 tahun, individu menjadi matang daripada segi emosi dan sikap mementingkan diri sendiri mulai bertukar dengan minat individu tersebut kepada orang lain. (Noor Adiah Mohd Noor. 1998: 25-41) 3. Definisi dari sudut Agama

Istilah peringkat remaja dari sudut Islam tidak wujud secara khusus. Namun peringkat ini banyak dibicarakan oleh cendikiawan Islam sebagai peringkat belia. Belia atau remaja ini dalam Islam dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama; iaitu peringkat selepas bermimpi yang usianya bermula daripada 12 tahun atau 13 tahun sehingga ke 21 tahun. Peringkat kedua; iaitu peringkat kematangan bermula daripada usia 22 tahun hingga 30 tahun. Di dalam Islam peringkat pertama itulah yang dianggap remaja, iaitu bermula daripada baligh hingga ke usia 21 tahun. (Abdullah Nashih Ulwan, 1989: 47) Perbezaan had baligh (sampa umur untuk dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama) ini adalah amat penting dalam Islam kerana ia menunjukkan seseorang itu tergolong di dalam golongan Mukallaf (sampai kepada peringkat matang) atau tidak. Apabila had ini sudah dikenalpasti di dalam diri seseorang maka dengan sendirinya ia wajib melaksanakan tanggungjawab agama. Maka ia mula dikenakan segala tuntutan Allah s.w.t yang berkaitan dengan larangan-larangan, janji--janji, balasan-balasan Syurga dan Neraka dan lain-laninya.

3 Mengikut pandangan ahli perundangan Islam, syarat utama untuk menentukan permulaan peringkat baligh itu dapat dilihat daripada lima tanda, tiga bagi lelaki dan dua bagi perempuan. Tiga tanda yang terdapat bagi golongan lelaki ialah bermimpi (mengeluarkan air mani), pertumbuhan fizikal tubuh badan dan bersuara kasar. Dua tanda bagi perempuan iaitu datang haid dan mengandung. (Abdullah Nashih Ulwan, 1989: 53) KESEPAKATAN BENTUKNYA MENENTUKAN PERMASALAHAN REMAJA DAN

Permasalahan remaja ini secara umumnya ditafsirkan sebagai sesuatu yang mendatangkan keburukan kepada diri atau masyarakat sekeliling, iaitu perbuatan dan tindakan serta pemikiran yang menyalahi norma-norma baik. Perbuatan, tindakan dan pemikiran ini bila dilaksanakan akan menimbulkan banyak kesan negatif dan sesetengahnya membawa kepada kemudharatan kepada diri dan anggota masyarakat lain. Ianya berlaku di dalam semua masyarakat samada dahulu ataupun sekarang. Perkara yang membezakannya cuma bentuk jenayah (permasalahan yang ditimbulkan yang menyalahi sesuatu undang-undang yang diguna pakai) yang dilakukan itu. Bentuk ini pula dipengaruhi oleh pengalaman dan keadaan sekeliling dan keadaan sezaman remaja tersebut. (Erickson, 1968: 28) Menurut Syariat Islam, sesuatu masalah yang menyalahi norma-norma baik (norma-norma ini sesetengahnya ada di dalam keterangan al-Quran atau al-Sunnah) disebut sebagai 'jenayah' iaitu segala perbuatan yang diharamkan melakukannya oleh syarak (hukum agama). Ia memberi maksud semua perbuatan yang ditegah melakukannya oleh syarak kerana perbuatan itu menimbulkan bahaya yang nyata terhadap agama, nyawa, akal, maruah diri dan harta benda. Terdapat dua istilah dalam Islam yang biasanya digunakan untuk pengertian yang sama atau hampir sama berkaitan perbuatan yang dilarang oleh syarak ini, iaitu perkataan 'Jarimah' dan 'Jinayah'. Dalam pengertian biasa keduanya membawa erti sebagai perbuatan jahat secara umum. (Abdullah Nashih Ulwan, 1989: 279) Di dalam istilah perundangan Islam pula perkataan 'Jarimah' ialah melakukan sesuatu tindakan yang diharamkan oleh Islam samada perbuatan yang disuruh atau dilarang dan dikenakan tindakan atau hukuman tertentu. Manakala istilah 'Jinayah' pula kebiasaannya digunakan untuk tindakan jahat yang melampau. Jadi penggunaan perkataan 'Jinayah' ini lebih berat jika dibandingkan dengan penggunaan perkataan 'Jarimah'. 'Jinayah' menurut perundangan Islam ialah melakukan tindakan yang diharamkan oleh Islam samada perbuatan yang disuruh atau dilarang yang membawa kepada terlaksananya hukuman 'had' dan 'ta'zir' (hukum ini juga disebut sebagai hukum qisas) sebagai penguatkuasaan. Dari sudut pemakaian undang-undang di Malaysia pula, jenayah didefinisikan sebagai tindakan atau perlakuan atau perbuatan jahat dan yang menyalahi undang-undang serta menyalahi moral atau etika masyarakat. Orang yang melakukan jenayah ini berhak untuk menerima hukuman yang telah ditetapkan. Undang-undang dan hukuman terhadap

4 penjenayah berubah-ubah mengikut tamadun. Ada sesetengah perbuatan dianggap salah dan menyalahi nilai-nilai sesuatu tamadun tetapi ada pula tamadun yang tidak mengaggap perbuatan itu satu kesalahan. (Samsudin Abd Rahim & Iran Herman, 1996: 31) Berkaitan dengan bentuk permasalahan remaja ianya berubah-ubah mengikut sesuatu suasana, keadaan, masa dan pengaruh-pengaruh sekeliling semasa. Umpamanya pada masa ini terdapat satu ketegori permasalahan remaja yang menyentuh masalah multimedia, iaitu ketaggihan melayari laman web lucah. Akibat dari perbuatan ini akan lahir satu tindakan jenayah yang tidak dapat disangka jika perbuatan itu ditafsirkan kepada sesuatu yang negatif. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan bentuk permasalahan remaja, berikut diberikan satu jadual, contoh bentuk kesalahan remaja dan perangkaan kadar perlakuannya di Malaysia mengikut tahun-tahun tertentu; Bentuk Permasalahan Remaja 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992

Bunuh 6 22 5 6 13 7 10 Rogol 17 22 21 9 30 24 13 Mendatangkan kecederaan 54 84 123 74 132 58 61 Pecah rumah dan curi 478 332 334 237 492 317 179 Curi kenderaan 134 68 93 53 159 270 105 Lain-lain kecurian 980 720 636 495 945 132 217 Kesalahan dadah 346 247 164 127 260 135 65 Peras ugut 40 55 27 32 39 35 15 Ugutan jenayah 3 2 1 1 Memiliki senjata merbahaya 16 42 32 15 39 21 15 Judi 25 37 81 46 86 23 8 Samun 174 88 86 41 101 22 23 Lain-lain kesalahan 282 322 272 237 462 332 151 Jumlah 2570 2044 1886 1401 2789 1376 862 Jadual menunjukkan bentuk-bentuk permasalahan remaja dan kadar perlakuannya dari tahun 1986-1992 Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bentuk-bentuk kesalahan yang terdapat di dalam jadual di atas adalah bentukbentuk kesalahan biasa. Terdapat kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam jadual di atas juga adalah berdasarkan kepada kes-kes yang telah direkodkan samada direkodkan dengan cara pengaduan di Balai Polis atau direkodkan dengan melalui prosedur undangundang (melalui proses mahkamah). Walau bagaimanapun terdapat permasalahnpermasalahan lain yang tidak di jadualkan. Permasalahn-permasalahn lain ini samada tidak direkodkan ataupun timbul disebabkan perubahan masa dan zaman ataupun tidak terdapat peruntukan undang-undang untuk menghukumnya ataupun tindakan yang dilakukan dianggap tidak menyalahi norma-norma baik sesuatu tamadun tetapi tetap menyalahi hukum Islam kerana akibatnya yang serius. Antara permasalahan tersebut adalah seperti berikut; i) Kesalahan Siber.

5 ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Pergaulan bebas. Sumbang mahram. Vandalisme. Gengsterisme. Penagihan arak. Lari dai rumah. Pembuangan bayi. Penipuan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERMASALAHAN REMAJA SECARA UMUM Banyak faktor yang menyebabkan permasalahan remaja ini timbul. Setiap faktor ini dianggap sebagai pengaruh yang besar dalam mempengaruhi tindakan remaja yang bersifat negatif. Faktor-faktor tersebut dapat diringkaskan seperti berikut; (Samsudin Abd Rahim & Iran Herman, 1996: 31-35) a) Faktor keluarga. i) ii) iii) b) Penceraian dan kematian ibu bapa. Kurangnya didikan agama dari ibu bapa. Kurangnya perhatian dan kasih sayang.

Faktor pengaruh teman-teman. i) ii) iii) Pengaruh di sekolah. Pengaruh di kejiranan. Pengaruh di tempat kerja.

c)

Faktor persekitaran. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Persekitaran bandar. Persekitaran kampung. Setinggan. Perubahan masa dan zaman. Perubahan fesyen semasa. Perubahan gaya hidup semasa. Faktor ekonomi diri dan keluarga. Bilangan adik beradik.

d)

Faktor media. i) ii) iii) Pengaruh media massa. Pengaruh media elektronik. Pengaruh media siber.

6 e) Faktor pendidikan. i) ii) iii) iv) f) Pendidikan formal. Pendidikan tidak formal. Pendidikan agama. Pendidikan asas zaman kanak-kanak.

Faktor dalaman. i) ii) iii) Sifat buruk yang diwarisi. Rendah darjat kecerdasan dan kecacatan anggota. Tersekat kemahuan dan keinginan yang munasabah.

Dari pembentangan faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan remaja di atas dapatlah dirumuskan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan permasalahan-permasalahan tersebut. Antara perkara-perkara yang sepatutnya diambil perhatian ialah seperti berikut; i) Peranan ibu bapa atau penjaga sebagai memerhati, meneliti, mengawasi dan memberi dorongan dan sokongan terhadap setiap permasalahan anak-anak remaja mereka. Pendidikan agama sebagai asas kepada setiap pergerakan golongan remaja. Pendidikan ini tidak semestinya diperolehi secara formal, tetapi boleh juga diadakan secara tidak formal. Walaupun tidak ada satu perbicaraan khusus berkaitan menangani permasalahan remaja dari sudut agama, tetapi bentuk pengajaran norma-norma dan hukum-hakam dianggap sebagai satu pendidikan tidak langsung dari sudut agama. Contohnya, sumbang mahram dihukumkan sebagai haram dan ini secara tidak langsung mendidik remaja supaya tidak melakukannya. Penguatkuasaan yang lebih menyeluruh merangkumi semua aspek pencegahan tindakan remaja yang negative. Strategi-strategi meliputi pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan yang menyeluruh termasuk strategi-strategi utama dan altenatif perlu diwujudkan dan dilaksanakan dari masa k semasa untuk mengatasi permasalahan remaja ini.

ii)

iii) iv)

PENYELESAIAN DARI ASPEK AGAMA: SATU ALTENATIF 1. Karektor umum Agama

Agama adalah satu anutan yang bekembang sebagai ilmu pendidikan jiwa (dalaman) yang mengajar manusia menyelami jiwa sendiri, hubungkaitnya dengan kekuasaan Tuhan, sifat Zuhud (sederhana) dalam menangani kerenah dunia dan yang berkaitan dengan falsafah jiwa manusia yang diterjemahkan di dalam tingkahlaku tertentu dalam usaha merealisasikan kesempurnaan moral. Walaupun ilmu ini dilihat sebagai satu ilmu yang terpencil kerana pendidikan jiwa adalah hak dan peribadi seseorang tetapi ia adalah

7 cara yang berkesan dalam menangani kerakusan jiwa untuk tunduk kepada sesuatu tindakan yang negatif. Ilmu agama adalah kaedah pendidikan dalaman yang mahu membuang sifat-sifat ego, keangkuhan, nafsu yang tinggi terhadap dunia, kelalaian tehadap tanggungjawab akhirat (kehidupan selepas mati) yang diterjemahkan melalui tindakan dan tingkahlaku seperti Zuhud, Tawadhu', rendah diri, prihatin dan nilai-nilai murni yang lain. Sifat-sifat ini lahir dengan menumpukan kepada kebesaran dan keesaan Tuhan, kesan kebesaran tersebut terhadap manusia dan tanggungjawab yang besar manusia terhadap kehidupan. Jika dizahirkan ilmu ini dalam kehidupan seharian ianya akan mempengaruhi sifat-sifat moral manusia itu sendiri. Sifat-sifat kemoralan yang baik secara langsung akan nampak dalam diri seseorang jika mempraktikkan dan menghayatai agama ini. Walaupun sebahagian besar dari pengamal ilmu ini atau yang dipanggil ahli agama/pengikut agama tidak mengistiharkan secara terbuka tentang pengamalannya tetapi kemoralan dirinya akan terserlah. Ini kerana kesan daripada pendidikan jiwa yang diasuh akan menyebabkan seseorang itu menzahirkannya melalui tindakan dan tingkahlaku. Secara umumnya karektor umum agama itu adalah seperti berikut; i) ii) iii) iv) v) Menghayati kebesaran Tuhan di dalam diri dan kehidupan. Menumpukan kepada pendidikan jiwa (dalaman) yang tinggi dan bersungguhsungguh. Menterjemahkan pendidikan jiwa di dalam tingkahlaku dan tindakan dengan konsep Zuhud, Tawadhu',rendah diri dan sifat-sifat murni yang lain. Secara tidak langsung dapat memperbaiki moral diri dari sudut jiwa (dalaman) mahupun luaran. Penekanan pendidikan jiwa (dalaman) adalah dari perkara amat penting dalam sesuatu ajaran agama.

Walau bagaimanapun masih banyak lagi faedah dan kebaikan dari agama ini yang tidak dapat dicungkil dan di dedahkan. Ahli agama/pengikut agama adalah orang yang paling banyak menerima faedah dan kebaikannya. Kesukaran mengenegahkan kebaikan agama ini kerana samada tidak menjadi pengamal atau kerana sifat agama itu sendiri yang suatu ketika adalah ilmu yang terpencil dalam dunia moden ini. Maksudnya hanya sebahagian kecil yang mendalaminya dan ketiadaan satu wadah untuk mengistiharkannya. 2. Asas-asas ajaran agama.

Abdullah Nasih Ulwan, seorang cendikiawan pendidikan Islam meringkaskan asas-asas ajaran agama seperti berikut; I) Pengajaran agama akhlaki/sahsiah/kemoralan

8 Pada pandangan golongan agama, manusia selalu cenderung untuk menurut nafsunya. Kecenderungan ini akan menjadikan manusia bertuhankan keinginan nafsunya. Akibat langsung daripada ini ialah akan membawa kepada kehancuran moral peribadi dan masyarakat. Oleh kerana itu, kecenderungan negatif ini perlu diatasi atau dikurangkan terlebih dahulu dan perjuangan melawan nafsu ini adalah perjuangan yang mulia. Bagi ahli agama pendidikan bentuk ini mesti melalui tiga peringkat penting iaitu; (al-Ashari, 1977: 53) i) Peringkat Takhalli (kesedaran) - Iaitu pendidikan untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela yang digelar maksiat zahir dan maksiat batin yang mengotori jiwa seperti sifat dengki, sombong, buruk sangka, membangga diri dan lain-lain sifat-sifat tercela. Cara mendidiknya ialah dengan melihat kesan-kesan buruk sifat-sifat tercela tadi dan balasan-balasan yang dijanjikan Tuhan terhadap manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Peringkat Tahalli (pengisian) - Iaitu tahap dimana ahli agama mengisi dan menghias diri dengan sifat-sifat terpuji setelah berjaya di perngkat Takhalli. Caranya ialah dengan menerapkan dan membiasakan jiwa, diri dan tindakan dengan sifat-sifat terpuji dan mulia. Peringkat Tajalli (penyempurnaan) - Iaitu satu tahap penyempurnaan pendidikan jiwa dimana ahli agama pada peringkat ini sudah tidak mempunyai kecenderungan pada godaan dunia. Sebaliknya menumpukan kepada ganjaran di akhirat (kehidupan selepas mati). Peringkat ini diasuh dan dikuatkan dengan sifat Munajat, Muraqabah dan Muhasabah (menginsafi diri dan selalu merasakan Tuhan ada bersama) Pengajaran agama amali

ii)

iii)

II)

Iaitu lanjutan daripada yang pertama diatas. Pengajaran ini adalah dalam bentuk pengisian dan praktikal kehidupan seharian ahli agama. Setiap ahli agama perlu mengisi kehidupan hariannya seperti yang disyariatkan oleh agama, iaitu membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Di dalam melalui pengajaran ini ahli agama melatih diri mereka dengan melalui 4 peringkat berikut; (al-Shahrawardi, 1966: 72) i) Syariah/undang-undang - Iaitu melatih diri dengan mengikuti semua yang telah dibebankan oleh Islam terhadap seseorang hamba dari perkara yang disuruh dan perkara yang dilarang. Tariqah/cara-cara - Iaitu perlaksanaan mematuhi syariah/undang-undang hendaklah dibuat dengan satu tujuan sahaja iaitu kerana Tuhan. Haqiqah/hak penentuan - Iaitu hasil daripada perlaksanaan syariah/undangundang yang dibuat kerana Tuhan, hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui samada benar-benar diterima atau sebaliknya. Makrifah/mengenali - Iaitu jalan atau cara mengenal Tuhan dengan cara hati atau dalaman. Ini adalah hasil daripada praktis syariah/undang-undang, Tariqah/caracara dan Haqiqah/hak penentuan. Pengajaran agama falsafi

ii) iii)

iv)

III)

Pengajaran jenis ini adalah pengajaran yang lebih kepada nilai-nilai praktikal daripada konsep-konsep atau teori-teori ilmu agama itu sendiri. (al-Sullami, 1969: 21) Umpamanya praktikal konsep 'cenderung melakukan sesuatu yang baik' di dalam diri seseorang ahli agama. Golongan ahli agama berpendapat jika seseorang menghayati ajaran agama, semua perbuatan atau perlakuan akan cenderung melakukan perbuatan yang baik. Hakikatnya tidak ada satupun ajaran agama menyuruh penganutnya melakukan sesuatu perbuatan yang cenderung kepada kejahatan. PENDEKATAN REMAJA AGAMA DI DALAM MENANGANI PERMASALAHAN

Permasalahan remaja dari masa kesemasa dan dari hari kehari menunjukkan peningkatan yang serius dan menakutkan. Ini mungkin disebabkan oleh penularan budaya permasalahan tersebut dari individidu remaja kepada individu yang lain dan dari sekumpulan ke sekumpulan yang lain. Perkara ini tidak menghairankan kerana majunya bidang komunikasi yang ada sekarang. Oleh itu, perlu ada satu mekanisme yang dapat menangani permasalahan ini. Agama adalah satu altenatif untuk memberi didikan kepada golongan remaja tentang perlunya moral yang baik di dalam kehidupan. Selama ini seringkali di hebahkan peri pentingnya pendidikan agama di dalam menangani masalah remaja ini. Tetapi tidak ada pengkhususan dan pendekatan yang direncanakan dan digunakan dalam usaha mengurangkan permasalahan ini. Pendidikan agama/moral secara umum sahaja tidak banyak membantu kerana pada dasarnya sebahagian besar daripada remaja yang menghadapi masalah ini kadang-kadang mempunyai didikan agama dasar. Ajaran agama menumpukan skop didikan jiwa/dalaman. Ini adalah satu skop yang menarik kerana kebanyakkan remaja yang bermasalah ini mempunyai masalah didikan dalaman. Pengalaman dari ahli agama juga diharapkan dapat membantu merealisasikan penerapan pendekatan agama ini kepada golongan remaja yang bermasalah ini. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menerapkan pendekatan agama ini dalam menangani permasalahan remaja seperti yang diusulkan oleh Abdullah Nasih Ulwan, iaitu seperti berikut; 1. Penerapan pendekatan secara teori

Cara ini boleh dilakukan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut; i) ii) iii) iv) Memberi penerangan secara umum tentang asas-asas ajaran agama terutama yang menyentuh pendidikan jiwa kepada golongan sasaran. Memberi penerangan tentang bertapa pentingnya pendidikan jiwa dan jiwa yang bersih di dalam kehidupan. Menyatakan hubungan diri dengan kekuasaan Tuhan melalui cara dan kaedah yang sesuai. Menerapkan sifat-sifat mulia di dalam jiwa.

10 v) Menerangkan kaedah-kaedah dan strategi-strategi yang boleh diguna pakai dari sudut apabila remaja menghadapi masalah seperti penyesalan, perubahan dari yang buruk kepada yang baik dan lain-lain lagi.

Penghasilan (dalam kajian saintifik penghasilan ini seringkali diebut sebagai keakhiran atau dalam Bahasa Inggeris dsebut sebagai Outcomes) dari penerapan pendekatan secara teori ini ialah; i) ii) iii) iv) v) Golongan sasaran dapat memahami secara asas tentang permasalahan jiwa. Golongan sasaran dapat mengenalpasti permasalahan moral yang di hadapi. Menanamkan sifat sayangkan diri sendiri kepada golongan sasaran. Menerapkan konsep kekuasaan Tuhan mengatasi segala-galanya. Golongan sasaran dapat menilai kesan-kesan baik dan buruk dari sikap yang ditonjolkan dan dari tindakan yang dijalankan. Penerapan pendekatan secara praktikal

2.

Abdullah Nasih Ulwan juga menyarankan perkara-perkara berikut sebagai satu latihan (praktikal) kepada mereka yang bergelar remaja; i) Memberi peluang kepada golongan sasaran mengamalkan nilai-nilai murni yang mudah seperti sifat menghargai diri, sifat kasih sayang, sifat lemah lembut dan lain-lain lagi. Memberi ruang dalam diri untuk menghayati kebesaran Tuhan yang diaplikasikan mengikut pengajaran agama yang betul. Menghayati kesan-kesan buruk dari perlakuan dan tindakan yang tidak bermoral yang dilakukan sebelum ini. Menghargai setiap usaha dan tindakan yang dijalankan oleh semua golongan demi memperbaiki diri. yang dicadangkan diatas adalah untuk penghasilan

ii) iii) iv)

Latihan (praktikal) (keakhiran/outcomes); i)

ii) iii) iv)

Golongan sasaran dapat merasakan pengalaman mempratikkan nilai-nilai murni sepertimana ahli agama dapat merasakan 'kelazatan' di dalam pengamalan ilmunya. Penghayatan yang berkesan terhadap kebesaran Tuhan di dalam kehidupan. Dapat membezakan baik dan buruk tindakan yang tidak bermoral yang telah dilakukan sebelum ini. Golongan sasaran dapat merasakan bahawa ada pihak yang prihatin terhadap permasalahan mereka dengan menghargai setiap usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu untuk memperbaiki diri. Penerapan pendekatan melalui kesan

3.

11 Pendekatan cara ini menurut Abdullah Naih Ulwan adalah lebih menuju kepada hasil atau kesan atau apa yang di dapati daripada mempraktikkan dan mengamalkan ajaran berbentuk agama lebih-lebih lagi kepada jiwa dan sifat-sifat dalaman. Cara ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut; i) ii) iii) iv) Menzahirkan dalam bentuk kata-kata atau cerita daripada pengamal ajaran agama ini kepada rakan sebaya atau rakan yang mempunyai permasalahan yang sama. Memberi pengajaran secara intensif cara-cara dan kaedah-kaedah yang boleh mendidik jiwa melalui ajaran agama. Ahli agama memperkenalkan diri mereka atau mengistiharkan amalan mereka dikhalayak ramai atau pada umum. Mengikis sifat 'bersembunyi' dalam diri pengamal ajaran agama terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan jiwa kerana ia akan memberi peluang kepada umum menghayati dan memahami ajaran agama.

Penghasilan yang hendak dicapai melalui praktis perkara-perkara diatas adalah; i) ii) iii) Berkongsi kesan dan faedah daripada pengamalan ajaran agama. Ajaran agama lebih berkesan jika pengamal ajaran ini tersohor. Membudayakan pendidikan dalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran.

KES-KES YANG DIRUJUK Kepelbagaian masalah remaja memerlukan metode yang berbeza untuk menanganinya. Berdasarkan kepada kes-kes yag dirujuk oleh sebilangan pelajar universiti kepada pensyarah-pensyarah mereka (pelajar universiti adalah golongan remaja yang sering menonjolkan permasalahan mereka dalam usaha mereka untuk mengatasinya demi untuk kelangsungan penumpuan mereka kepada pelajaran dan tidak mahu dibebani oleh permasalahan remaja. Ini tidak bermakna selain dari pelajar universiti, golongan remaja lain tidak menghadapi permasalahan yang serupa, cuma tempat rujukan itu harus disediakan/diadakan mengikut kesesuaian golongan remaja, contohnya pekerja kilang yang rata-ratanya golongan remaja perlu merujuk permasalahan mereka kepada majikan atau unit-unit tertentu di tempat kerja mereka) memerlukan penyelesaian atau pandanagan dari sudut agama. Antara permasalahan yang diutarakan ialah; (permasalahan ini diambil dari kes-kes yang dirujuk kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) 1. Seorang remaja wanita menceritakan pengalaman pertama melakukan istimta' (ringan-ringan) dengan pasangannya dan menjadi ketagih melakukannya setiap kali 'dating'. 2. Seorang remaja mengalami 'kekosongan jiwa' sehingga menganggu emosi dan perlakuannya. Sampai kepada suatu peringkat remaja tersebut menganggap kehidupan sudah tiada ertinya dan sering bercerita tentang cara-cara kematian.

12

3. Seorang remaja menghadapi tekanan kerana sering dimarahi dan dihina oleh keluarga kerana cuba mempraktiskan membaca al-Quran dan melakukan Solat dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. 4. Seorang remaja yang ketagihan ubat batuk sehingga sanggup membelanjakan sekurang-kiurangnya RM 30.00 sehari untuk membeli ubat batuk tersebut. 5. Seorang remaja perempuan yang mengandung 3 bulan hasil dari pergaulan bebas. Remaja tersebut cenderung untuk menggugurkan kandungan tersebut dan menghadapi suasana panik yang amat kronik. 6. Seorang remaja yang ketagihan rokok dan menghabiskan 3 kotak rokok sehari. Datang untuk meminta pandangan cara-cara untuk menghentikan ketagihan tersebut. 7. Seorang remaja yang datang kerana menghadapi masalah 'konflik agama'. Tidak pernah seumur hidupnya mempraktiskan ajaran agama dan tidak mempunyai pengetahuan langsung berkaitan ajaran agama kecuali apa yang dilihat dan didengar dari orang lain. 9. Seorang remaja lelaki yang meminta pandangan dari sudut agama berkaitan masalah kegemukan yang dihadapinya. 10. Seorang remaja lelaki yang datang meminta pandangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya, iaitu kegemarannya 'mengurat' wanita dan sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara diluar batasan bersama pasangan barunya. Sacara umumnya, berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, ajaran agama adalah altenatif terbaik sebagai panduan penyelesaian permasahan tersebut. Idea yang dikemukakan dalam perbincangan diatas dari sudut agama boleh dijalankan secara beperingkat tanpa membebankan diri remaja yang dating merujuk. Penyelesaian segera seperti member wang secukupnya kepada remaja yang menghadapi masaah kewangan dilihat sebagai satu bentuk penyelesaian jangka pendek selagi sifat boros berbelanja yang ada dalam diri mereka tidak diatasi. Idea agama yang melarang sifat boros dan cara-cara mengatasi melalui pendidikan jiwa pula boleh dianggap sebaai satu penyelesaian jangka panjang.

KESIMPULAN Permasalahhan remaja yang semakin serius dan dikhuatiri akan menjadi satu budaya yang negatif dikalangan remaja di negara ini memerlukan satu pendekatan yang benarbenar tersusun dan jitu dalam menanganinya. Di dalam perkara ini pendekatan pendidikan secara dasar sahaja samada secara formal atau tidak formal tidak memadai kerana pendekatan cara ini lebih banyak menekankan perkara-perkara yang berbentuk

13 tradisi semata-mata seperti tradisi hormat menghormati, tradisi budi bahasa lain-lain lagi yang tidak menyentuh secara langsung punca yang menyebabkan permasalahan remaja berlaku. Punca sebenar berlakunya tindakan luar kawalan dikalangan remaja sehingga menjadikannya gejala sosial ialah pendidikan jiwa atau pendidikan dalaman. Jiwa yang kosong tanpa pendidikan yang khusus akan menjadikan diri remaja itu terumbang ambing. Pendekatan dan ajaran agama adalah altenatif kepada pendidikan secara dasar malah ajaran agama ini mempunyai ciri keistimewaan khusus di dalam mendidik jiwa untuk digunakan sebagai satu kaedah pendidikan remaja terutama sekali yang menghadapi masalah gejala sosial.
RUJUKAN

Abdullah Nashih Ulwan, Dr.. 1989. Pedoman Pendidikan anak-anak dalam Islam, Jilid 1, Klang: Klang Book Centre. ______________. 1989. Pedoman Pendidikan anak-anak dalam Islam. Jilid 2, Klang: Klang Book Centre. Al-Ashari, Abu al-Hassan. 1977. Al-Ibanah an Usul al-Diyanah. Ed. Fawkiyah Husayn Mahmud. Kaherah: dar al-Ansar. Al-Shahrawardi, Abd al-Qahir Abd Allah. 1966. Kitab 'Awarif al-Maarif. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. Al-Sullami, Abu Abd al-Rahman. 1969. Tabaqat al-Sufiyyah. Ed. Nur al-Din Sharibah: Kaherah: Maktabah al-Khanji. Erickson, E.H. 1968. Identyty, Youth and Crisis. New York: W-W. Norton. Granville Stanley Hall. 1904. Adolescence: Its Psychology and Its Relations to Physiology, Anthropology, Sociology, Sex, Crime, Religion, and Education , 2 vols. New York: Appleton Logan. 1980. Social Cognitive Development During Adolescence. New York: Wiley Marshall & Turner. 1974. Requirements for Healthy Development of Adolescent Youth. New York: Pan Ltd. Md. Akhir Haji Yaacub. 1997. Undang-undang Islam dan Kewajipan Melaksanakannya. Kelantan: Pustaka Reka Sdn. Bhd. Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka. Newman & Newman. 1991. Effects of TV Violence on Child Behavior. New York. Noor Adiah Mohd Noor. 1998. Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia. tidak diterbitkan. Samsudin A. Rahim & Iran Herman. 1996. Remaja dan AIDS: Media, Nilai, Personaliti dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia. Santrock, J.W. 1996. Adolescence: An introduction. Sixth Edition. Chicago:: Brown & Benchmark Publishers. Sidi Gazalba. 1983. Islam dan Perubahan Sosio Budaya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Zakiah Daradjat. 1997. Pembinaan Remaja. Jakarta: Bumi Aksara

Anda mungkin juga menyukai