Anda di halaman 1dari 3

Penghayatan Peradaban Pada Peringkat Masyarakat

Definisi Masyarakat

Pengertian masyarakat adalah sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem


semi tertutup atau semi terbuka. Dengan kata lain, masyarakat merupakan interaksi
individu yang berada dalam kelompok tersebut. Selain itu, masyarakat juga bisa
disebut sebagai satu kesatuan atau kelompok yang memiliki hubungan serta
beberapa kesamaan seperti sikap, perasaan, tradisi, dan budaya. Yang mana
kelompok tersebut membentuk suatu keteraturan.

Latar Belakang Masyarakat di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum


iaitu Melayu, Cina dan India. Keunikan masyarakat Malaysia ialah walaupun mereka
berlatar belakangkan budaya dan corak hidup yang berlainan, namun mereka hidup
dalam keadaan yang harmoni dan aman mengikut kepada kebudayaan nasional.
Masyarakat majmuk bermaksud, setiap kelompok mengikuti agama, budaya, cara
hidup dan bahasa secara tersendiri. Namun tidak dinafikan, semenjak Zaman
Darurat ( 1948-60 ), pengasingan antara etnik telah berlaku, dalam erti kata, corak
hidup yang berlainan, kegiatan ekonomi yang berbeza, persekitaran berbeza dan
jenis – jenis pekerjaan yang berlainan. Akibat daripada pemisahan daerah, ekonomi
dan penempatan ini telah melahirkan satu sentimen yang agak kuat dikalangan
masyarakat. Selepas tragedi 13 Mei 1969, kerajaan telah mula mengutamakan
tentang pengagihan kekayaan dalam bidang ekonomi antara kaum. Pengagihan
jenis – jenis pekerjaan antara masyarakat Melayu dan Cina telah banyak diusahakan
seperti Dasar Ekonomi Baru atas tujuan untuk membasmi kemiskinan dan
meyusunkan semula masyarakat secara sama rata. Walau bagaimanapun,
pengaruh ini hanyalah terhadap budaya yang bersifat ‘concious’ dan bukan dalam
bidang – bidang seperti agama, nilai, sikap dan beberapa pandangan terhadap
kepercayaan yang di anuti.
Komponen Etika dan Peradaban Terhadap Masyarakat

Komponen pertama ialah geo-fizikal yang bermaksud sesuatu etnik yang


mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan
geografi tertentu. Geo – fizikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang di kelilingi
Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan
pergaulan dua peradaban besar dunia, China dan India melalui kegiatan
perdagangan. Peradaban Malaysia adalah penyulaman peradaban majmuk dunia
melalui difusi budaya. Selepas itu, ialah masyarakat dan demografi yang bermaksud
suatu kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama hingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial
yang mempunyai batas – batas tertentu seperti Tanah Melayu terdapat tiga etnik
utama iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung. Bumiputera Sabah seperti
Kadazan – Dusun, Bajau dan lain – lain serta Bumiputera Sarawak seperti Iban,
Melanau dan sebgainya yang bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan
pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Berikut adalah
komponen yang ketiga iaitu ekonomi dan pasaran. Ianya kerana masyarakat Melayu
mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang
paling asas dan hanya cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
Kerajaan juga telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk
menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi
dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi kepada semua
golongan masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan.
Komponen terakhir ialah falsafah dan pemikiran. Terdapat dua falsafah dan
pemikiran iaitu secara tradisional dan moden. Perspektif tradisional adalah
berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia
hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mencapai matlamat
tersebut. Dari perspektif moden pula berpandangan manusia berhak menentukan
matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mencapai matlamat
tersebut.
Etika daripada Perspektif Masyarakat

Pada perspektif masyarakat, etika adalah panduan dan prinsip –


prinsip moral yang dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat. Selain itu,
sesuatu nilai yang diterima dalam sesebuah masyarakat harus diamalkan oleh
masyarakat berkenaan. Namun, nilai ini berbeza – beza mengikut amalan, budaya
dan agama yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu nilai yang diterima
oleh masyarakat berkenaan harus dipatuhi dan diamalkan oleh individu yang berada
dalam masyarakat tersebut. Tiada individu yang terkecuali daripada nilai dan etika
yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat selagi mereka tinggal dan hidup
secara berkomuniti. Antara contoh perbuatan etika di dalam masyarakat ialah
menjaga kelestarian alam sekitar dengan tidak membuang sampah dan saling
membantu dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, tidak mengambil hak
orang awam seperti meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Kepentingan Etika di dalam Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat


dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan, keadilan dan kesejahteraan
yang kekal. Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang
sihat dan menghindari masalah – masalah sosial seperti rompakan dan
penyeludupan barangan haram. Selain itu, negara dapat berkembang lebih maju
dan pesat tanpa gangguan. Masyarakat perlulah mengamalkan sikap – sikap yang
baik seperti hormat – menghormati, kasih saying dan kerjasama. Sebagai contoh, di
Malaysia, penerapan sikap – sikap ini telah meyatukan masyarakat pelbagai kaum
yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Setiap perbezaan
yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan
haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan
Malaysia sebuah negara unik di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai