Anda di halaman 1dari 2

BIDANG : AKHLAK

TEMA : SIFAT MAHMUDAH

Berbuat baik kepada ibu bapa

PERKARA ISI Catatan

Ibu mithali ibu yang sejati,


Intro Kasih sayangmu, kasih yang suci,
Pengorbananmu disanjung tinggi,
kasihmu tetap disanubari,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah wasyukurillah, walaa haula walaa quwwata illa billaah.


Allahummasholli ala muhammad, wa’ala ali muhammad, amma ba’du.
Bicara saya hari ini bertajuk Berbuat baik kepada ibu bapa.

Sidang hadirin,

Siapa yang lahirkan kita ?


Siapa yang menjaga, dan mencari nafkah untuk kita ?
Mmmm.. Rasa-rasanya, dapatkah kita membalas jasa dan kebaikan orang tua kita ?

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak akan mampu untuk
membalas kebaikan orang tuanya, kecuali ia mendapatinya dalam keadaan hamba, lalu ia membeli dan
memerdekakannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa Pengorbanan ibu bapa terhadap anak amat besar dan tidak mampu
dibalas oleh si anak. Bermula dari kesusahan si ibu ketika mengandungkannya, bertarung nyawa ketika
melahirkan hinggalah membesarkannya.

Wahai teman, Mari dengarkan,


Sebuah Kisah, jadikan pedoman Syair

Kisah Uwais Al-Qarni

Uwais Al-Qarni,
Namanya disebut Nabi,
Anak soleh yang taat berbakti,
Pada ibunya yang dikasihi,
Nasyid
Uwais Al-Qarni,
Diredha Ibu diredhai Ilahi,
Darjatnya diangkat tinggi,
Doanya mustajab sekali,

Uwais al-Qarni hidup pada zaman Tabi’in. Beliau hanya tinggal bersama ibunya kerana ayahnya telah
meninggal dunia sejak beliau masih kecil lagi Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak, badannya
dipenuhi tompok putih yang membuatkannya kelihatan hodoh. 
 
Walaupun begitu beliau adalah seorang yang soleh dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh

Uwais telah memenuhi impian ibunya untuk mengerjakan ibadah haji. Tanpa ada keluhan, beliau dengan
penuh susah payah mendukung ibunya dari Yaman ke Makkah. Kemudian pulang semula ke Yaman
setelah selesai ibadah haji.
 
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu
berada di Mekah?”
 
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”
 
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
 
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya,
maka saya juga masuk syurga.”
 
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak)
kamu ini.”
 
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan
kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
 
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau
berdoa.”
 
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan.

beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkanlah tompok putih pada badanku
ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
 
Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya
kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknya. 
Ya sidang hadirin, begitulah kisahnya,
Teladanilah Uwais Al-Qarni. Ketahuilah bahawa Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Oleh
itu, wajiblah kita berbuat baik dan mentaati mereka selagi mana tidak melanggar perintah Allah.
Firman Allah:

Ayuh sidang hadirin marilah kita menadah tangan berdoa.

Allohummagfirlana waliwalidayyah warhamhuma kama rabbayanna soghiro..


Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihilah mereka sepertimana
mereka mengasihi kami semasa kecil.
Wasollolahu a’la Muhammad wa a’ la ali Muhammad. Walhamdulillahirrabbil alamin..Amin

Buah durian dalamnya putih,


sekian terima kasih. 
Pantun

Wabilahitaufik wal hidayah


Wasalamu ‘alaikum warahmatullahi warahmatullahi wabarokatuh

Anda mungkin juga menyukai