Anda di halaman 1dari 3

BIDANG : AQIDAH

TEMA : RUKUN IMAN


QADHA DAN QADAR SETA KAITANNYA DENGAN DOA

PERKARA ISI Catatan

Hoii… senangnya dalam hati kalau ponteng sekolah, Dialog


Intro Terasa… dunia… ana yang punya..hoiiii… lakonan

Apa ??? Ponteng sekolah???


Besar nanti, kamu nak jadi apa ni Zulhaidar?

Hahaha bapa ni…. Itu semuakan qadha dan qadar. Jadi rasanya, tak perlulah saya berpenat-
penat ke sekolah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah wasyukurillah, walaa haula walaa quwwata illa billaah. Allahummasholli ala
muhammad, wa’ala ali muhammad, amma ba’du.
Bicara saya hari ini bertajuk Beriman kepada Qadha’ dan Qadar serta kaitannya dengan usaha
dan doa.

Sidang hadirin,

Nak tahu tak apa makna Qadha’ dan Qadar?

Ha… Qadha ialah pelaksanaan, Qadar Allah.

Qadar pula bermaksud segala ketentuan Allah terhadap makhluknya sejak azali. Contohnya
kelahiran, rezeki, ajal dan jodoh.

Firman Allah:
ً ‫ش ْي ٍء َف َق َّد َر ُه َت ْقد‬
‫ِيرا‬ َ َّ ‫َو َخلَ َق ُكل‬
(Surah al-Furqan, ayat 2.)

Maksudnya : Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Lalu menentukan keadaan
makhluk-makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna.

Sidang hadirin,
Berdasarkan ayat tersebut, kita wajib beriman dengan qadha’ dan qadar kerana semua perkara
telah ditetapkan oleh.sejak azali.

Namun tidak bolehlah seperti watak zulhaidar itu tadi.


Tidak bolehlah semua perkara disandarkan kepada qadha’ dan qadar sahaja tanpa ada usaha,
ikhtiar dan doa .

Sidang hadirin nak tahu?


Kekuatan doa boleh merubah qadha’ dan qadar yang tidak baik.
Ada sebuah kisah dalam al-quran yang boleh dijadikan buktinya. Kisah nabi musa dengan nabi
khidir dalam surah al- kahfi ayat 65 hingga 82.
Alkisahnya, nabi musa,
ingin berguru dengan nabi khidir, Nasyid
Lalu mengikutnya berkelana,
hingga terjadi tiga peristiwa,

Peristiwa pertama,
tatkala, mereka menumpang perahu,
seorang nelayan miskin tanpa sewa,
Nabi Khidir, telah melubangkan perahu tersebut,
menyebabkan ianya dinaiki air.

Peristiwa kedua,
apabila mereka sampai ke sebuah kampung,
Nabi Khidir telah menangkap dan membunuh,
seorang kanak- kanak di situ. Sajak

Peristiwa ketiga,
di sebuah kampong yang lain,
tatkala penduduknya,
tidak melayan mereka dengan baik,
Nabi Khidir telah menolong membaiki dinding rumah,
seorang penduduk yang hampir roboh,
tanpa meminta upah.

Nabi musa tersangat hairan,


Baginda memohon diberi penjelasan,
Pantun

Lalu nabi Khidir pun menjelaskan semua yang dilakukannya berdasarkan wahyu dari Allah
berkat doa hamba-hambanya.

Nelayan itu sentiasa berdoa agar terhindar dari kezaliman manusia. Adapun perahu nelayan
tersebut ditakdirkan terserempak dengan seorang raja yang zalim yang akan merampas semua
perahu dalam keadaan baik. Dengan bocornya perahu tersebut, maka, ianya akan dibiarkan
sahaja oleh raja yang zalim itu.

Kanak –kanak yang dibunuh itu pula ditakdirkan bakal menyesatkan akidah kedua ibubapanya
apabila dewasa. Padahal kedua orangtuanya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
Maka Allah gantikan tempatnya dengan lahirnya anak yang soleh setelah itu.

Dinding rumah yang hampir roboh itu pula merupakan kediaman anak yatim. Arwah Ibubapa
mereka sentiasa berdoa agar anak mereka terpelihara setelah kematian mereka. Sekiranya
dinding itu roboh, maka, terbongkarlah harta peninggalan kedua orang tua mereka di bawahnya
dan bakal dirampas oleh penduduk yang kufur.

Begitulah sidang hadirin, betapa hebatnya kekuatan doa. Namun, harus diingat, doa perlulah
seiring dengan usaha.
Firman Allah:

Sessungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan diri mereka sendiri.
Sidang hadirin,
Tuntasnya, segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambilkira oleh Allah, maka
dengan sebab itulah kita mestilah sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala- galanya Allah
jua yang menentukan. Bak lirik sebuah lagu “ kita hanya merancang, tuhan yang menentukan
….” Justeru siding hadirin, marilah kita bersama menadah tangan dan berdoa.

Allahuma tim a’laina bihusnil khotimah wal tahtim a’laina bi su il khotimah


Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabbannar
Wasollolahu a’la Muhammad wa a’ la ali muhammad
Walhamdulillahirrabbil alamin..Amin
Sekian.

Wabillahit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai