Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: KISAH NABI ILYAS ALAIHISSALAM. (A.

S)
(KATEGORI LELAKI )

‫ألسلما عليكم ورحمة الله وبركته‬


Asslalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
,guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Kisah Nabi Ilyas ingin ku kisahkan,


Rasul penyabar dalam seruan,
Sentiasa dicemburu kawan dan lawan,
Marilah kita jadikan ia teladan.

Berdirinya saya disini adalah untuk menghayati Kisah Nabi Ilyas a.s. mengharungi
kaumnya yang yang degil dan tidak mahu menerima seruan dakwahnya.

PENGENALAN:

Nabi Ilyas a.s. merupakan keturunan Nabi Harun a.s yang keempat. Nama baginda
ialah Ilyas Al-Nasyabi adalah putera kepada Yasin bin Fanhash bin Al-‘izar.
Baginda diutuskan oleh Allah s.w.t sebagai rasul kepada Bani Israil di negeri Balbik
di Lebonan Selatan.

Allah s.w.t berfirman: surah as-soffat : ayat 123


    
Bermaksud : “ dan Sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) Yang diutus”

Kawan-kawan yang dikasihi..


Islam amat menitik berat tentang keturunan atau nasab. Kerana perkahwinan
mengikut syariat islam menggambarkan keturunan yang baik akan lahir insan yang
baik kepada ummah.
Sejak akhir-akhir ini, sering kita mendengar berita tentang kelahiran anak luar nikah
serta kes-kes pembuangan bayi di negara kita. Maka marilah kita menjaga diri dan
nasab kita supaya keturunan yang baik akan lahir insan yang soleh serta cemerlang
di
dunia dan di akhirat.

2. MENGAJAK KAUMNYA MENYEMBAH ALLAH.

Hadirin sekalian…

Setiap hari Nabi Ilyas a.s berdakwah kepada kaumnya Bani Israil menyembah Allah
s.w.t iaitu agama tauhid. Namun mereka tetap degil dan menolak seruan nabi Ilyas
a.s. Kaumnya gemar menyembah berhala bernama Ba’al dibuat daripada emas.
Oleh kerana nabi Ilyas sering berdakwah, beliau diugut bunuh oleh kaumnya.
Allah s.w.t berfirman; surah Ali-Imran ; 110 & 104

1
      
      
 
“ dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang
baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang
bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”

Kawan-kawan sekalian...

Oleh itu, marilah kita sentiasa mengajak diri kita dan umat ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu dan putus
asa.

Program realiti pencetus Ummah dan juga Imam Muda sangat baik dan berkesan
kerana ia bertujuaan mencari pelapis Ulamak-ulamak muda ummah. Berbuat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

Hadirin hadirat yang dikasihi....

3. ALLAH MENURUNKAN BALA

Kawan-kawan tahu tak apa terjadi kepada kaum nabi Ilyas....?

Pada suatu ketika, Allah telah menurunkan bala kepada kaumnya Bani Israil
berbentuk kemarau yang panjang selama 3 tahun. Semua tanaman dan ternakan
kaumnya tidak menjadi. Kaumnya berada dalam kehausan dan kelaparan sepanjang
3 tahun itu. Mereka menyalahkan pula kepada nabi Ilyas a.s.

Allah berfirman : surah al-maidah ; 2

        


        
“ dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Justeru itu, kita mestilah sentiasa beriman kepada rasul dan mengakui keagungan
Allah yang maha berkuasa dan maha pengampun. Kita juga perlu bekerjasama,
saling bantu membantu ketika susah dan senang dalam kehidupan kita.

Baru-baru ini, peristiwa banjir telah melanda bandar kuantan di negeri pahang yang
sangat teruk. Oleh itu, marilah kita membantu saudara kita disana dengan
menyumbangkan derma dengan ikhlas.

4. KAUMNYA INSAF DAN MENGAKUI KENABIAN

2
Akibat bala yang diturunkan itu, maka ramai kaumnya yang tidak beriman mati
akibat kelaparan. Nabi Ilyas berkata kepada kaumnya : “sekiranya kamu
meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu, aku akan mohon kepada Allah
untuk menghilangkan penderitaan yang sedang kamu hadapi ”. Akhirnya mereka
menerima nasihat nabi Ilyas a.s.

Mereka insaf dan mengakui kenabian Nabi Ilyas a.s dan mohon supaya nabi Ilyas a.s
mendoakan mereka. Maka Allah menerima doa nabi Ilyas a.s dan menurunkan hujan
sehingga bumi kembali subur.

Allah berfirman : surah al-Baqarah ; 152


      
“ oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-
undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu
kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).”

Justeru apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah seharusnya menjadi pengajaran
kepada kita dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. Begitu juga
peristiwa pengeboman di Selatan Thailand baru-baru ini.

Kawan-kawan, nikmat keamanan dan rezeki yang banyak di negara kita haruslah
bersyukur. Doa yang kita panjatkan adalah menjadi senjata kepada orang-orang
mukmin.

Hadirin sidang pendengar sekalian…

5. DIKURNIAKAN KEHIDUPAN DAN REZEKI DARI ALLAH

Nabi Ilyas a.s diibarat pembawa rezeki. Dimana baginda memasuki setiap rumah
pasti didapatinya ada makanan di situ. Pada hari yang lain, nabi Ilyas telah
menjumpai seorang kanak-kanak bernama Ilyasa’ a.s bersama ibunya yang sedang
menderita. Lantas baginda mendoakan agar di hilangkan penderitaan mereka. Mulai
saat itu Nabi ilyas sentiasa megambil berat tentang Ilyasa’ a.s. dan menjadikannya
anak angkat. Kaumnya hidup aman dan patuh kepada Allah.

Ketika itu Nabi Ilyas a.s sudah tua. Ketika baginda didatangai malaikat maut untuk
mencabut nyawanya. Baginda berasa sedih kerana tidak lagi dapat berzikir dan
mengingati Allah s.w.t. Lalu baginda memohon kepada Allah menundakan
kematiannya ke suatu masa. Maka Allah perkenan doanya.

Allah berfirman : surah Ali-Imran ; 159


        
 
“ kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk
membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.”

Kawan-kawan, sidang hadirin sekalian.

Kita hendaklah sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah dalam urusan
kehidupan kita. Semua Qada’ dan Qadar Allah adalah ketentuan daripadanya.

3
Allah berfirman : surah at-Tolaaq ; 2- 3
          
           
        
“2 . dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya
dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah),
sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala
perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Pada Disember tahun 2013 lalu, kisah trajedi kemalangan bas terjunam ke dalam
gaung di Genting Highland dan telah meragut nyawa 36 orang mangsa. Kita
merancang Allah s.w.t pun merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.
Sudah tentu ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

Hadirin sekalian …

Sebelum saya mengundur diri dengar 2 buah pantun dari saya;

Jangan kita mementingkan diri sendiri


Syirikan Allah jangan sekali
Takbur, riak dan sombong sifat yang keji,
Ingatlah azabnya pedih sekali…

Bunga cempaka harum bunganya


Dipetik oleh si dara jelita
Berakhir sudah cerita saya
Mohon maaf tersalah bicara

Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh…

Anda mungkin juga menyukai