Anda di halaman 1dari 5

PENERBITAN DAKWAH

MUSOLLA AL- AMIN


RISALAH DAKWAH 1
PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ

Israk Mikraj

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup


Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan
Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang
mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa
saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang
tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa
penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka
peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan
dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.
Sebelum Israk dan Mikraj .

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW


mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati
Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada
Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh
Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk"
itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi


(ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-
tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat
berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan


melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu
daripada Allah.
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)

· Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:


Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang
berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh
Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak
Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi
yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang
dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah
(tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
· Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh
kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (solat).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
RISALAH 2

SABAR

PENGERTIAN SABAR
Sabar berasal dari bahasa Arab ((‫صبر‬
Dalam pendekatan ilmu Feqah, sabar didefinisikan sebagai
tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang
bertentangan dengan hukum Islam, baik dalam keadaan
lapang mahupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang
dapat menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar
bererti menahan diri dari keluh kesah dan rasa benci, menahan
lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan
yang mengganggu dan mengacaukan.

Definisi sabar menurut Al-Quran surah Ali’Imran ayat 146-147


yang ertinya : “Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang
bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang
bertakwa, meraka tidak menjadi lemah kerana bencana yang
menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula
menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang
sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan “Ya Tuhan kami
ampunilah dosa-dosa tindakan kami yang berlebih-lebihan
dalam urusan kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir”.
Orang yang sabar menurut ayat tersebut adalah yang apabila
ditimpa musibah tidak menjadi lemah, lesu dan menyerah
dengan keadaan yang tersepit, bahkan ketika ditimpa musibah,
orang yang sabar berdoa memohon ampun kepada Allah atas
dosa-dosa dan tindakan-tindakan yang melampaui batas-batas
hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.

Ibnu Qayyim al-Jauziah memberi motivasi sabar dalam tiga


keadaan , sabar dengan pertolongan Allah, sabar kerana Allah,
dan sabar bersama Allah. Sebagaimana Firman Allah :
‫ك إبل لبباِل‬
‫صببرر ك‬
‫صبببر كوكماِ ك‬
‫كواَ ب‬
Ertinya : “Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan
dengan pertolongan Allah”. (al-Nahl, ayat 127)

KEPENTINGAN SABAR
1. mengandungi nilai yang tinggi dan mulia di sisi agama dan
budi pekerti.

2.sifat yang mesti bagi mengangkat darjat agama dan akhlak


diri sendiri.

3.agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak


akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil tanpa sifat sabar.

BATAS-BATAS KESABARAN
· sabar dengan ujian dunia
· sabar dengan ajakan nafsu
· sabar mentaati Allah S.W.T
· sabar menghadapi kesukaran dalam berdakwah ke jalan Allah
· sabar dalam perhubungan sesama manusia

CIRI-CIRI ORANG SABAR


· tidak emosi
· tidak marah
· selalu senyum
· bersyukur dengan segala yang berlaku
· redha ketentuan Illahi
· yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya

Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah


bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat
yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke
akhirat.

CONTOH NABI YANG SABAR DALAM AL-QURAN


· Nabi Ayub A.S
· Nabi Yaakub A.S
· Nabi Yusuf A.S
· Nabui Ismail A.S
· Nabi Ibrahim A.S
· Nabi Nuh A.S
· Nabi Isa A.S
· Nabi Musa A.S
· Nabi Muhammad s.a.w

Anda mungkin juga menyukai