Anda di halaman 1dari 4

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memperlihatkan kekuasaan dan keagongannya
kepada nabi s.a.w di malam Isra dan Miraj, yang merupakan mujizat besar kepada nabi
Muhammad s.a.w, Solawat daan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w ,
begitu juga kepada para isteri dan zuriat baginda, para sahabat, para tabiiin dan kaum
muslimin yang menuruti jejak langkah mereka dengan baik sehingga ke hari kiamat.
Saban tahun kita akan mengingati peristiwa penting Isra dan Miraj pada 27 Rejab.
Walaupun ada kekhilafan pada tarikh dan tahun kejadian, namun tarikh tersebut sudah
diterima umum dan diletakkan di kalendar rasmi.
Kisah Isra dan Miraj ini dirakamkan di dalam Al-Quran melalui surah al-Isra ayat pertama
iaitu :
.>.. _ _`. .:..-. *.l . .>`..l .,>l _|| .>`..l !.N _ !.,.. .l.> ..`.l .
!..... ..| .> ,..l ...l
Maksudnya Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam
hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui..
Perjalanan semalamam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit sehingga ke
Sidratul Muntaha bukan sahaja menjadi ujian keimanan kepada orang yang beriman namun
menjadi bahan ejekan kum musyrikin yang menanti-nanti peluang menidakkan kebenaran
yang di bawa oleh nabi Muhammad s.a.w .
Sering dikatakan bahawa peristiwa itu dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad
s.w. sebagai penghibur di atas kedukaan nabi s.a. w di atas kematian dua orang Insan
yang tersayang yang paling kuat menyokong dan mendokong usaha dakwah iaitu Siti
Khadijah dan Abu Talib. Namun timbul persolan di sana, bukankah disebabkan peristiwa ini,
makin teruk penghinaan dan ejekan yang diterima oleh nabi s.a.w? Peristiwa yang begitu
ajaib dan diluar kemampuan akal itu tidak pula disembunyikan oleh Nabi s.a.w bahkan
dihebahkan kepada kaum musyrikin. Bukankah ini menambahkan lagi tekanan kepada
nabi? Sebaliknya, ujian yang sebegitu berat tidak menggoyahkan perjuangan rasulullah.
Malah bertitik tolak daripada peristiwa inilah Rasulullah s.a.w terus mara di medan dakwah
sehingga terdirinya Negara Islam Madinah al-Munawwarah dan diikuti dengan pembukaan
kota Mekah dan akhirnya Islam berkembang hingga ke hari ini.
Persoalannya, apakah yang dibekalkan oleh Allah s.w.t semasa peristiwa Isra dan Miraj
dan apa pula yang diperlihatkan kepada Baginda s.a.w sehingga tekanan-tekanan yang
terpaksa dihadapi di medan dakwah terus dihadapi dengan lebih tabah . Sesungguhnya apa
yang diperlihatkan kepada baginda s.a.w dan apa yang ditanamkan ke dalam hati baginda
berupa penyaksian dan keyakinan itulah yang menjadi rahsia kelangsungan perjuangan
menegakkan agama Islam hingga ke akhirnya.
Antara peristiwa yang cukup mengesankan yang diperlihatkan kepada baginda s.a.w ialah
kisah Masyitah Tukang Sikat Rambut anak Perempuan Firaun.
Marilah kita ambil sedikit itibar daripada kisah ini ...
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda Semasa aku berada di malam Isra, tiba-
tiba muncul bau yang sangat harum, maka aku bertanya wahai Jibril, bau harum apakah
ini? Jibril menjawab, inilah bau Masyitah, tukang sisir rambut anak firaun dan bau anak-
anaknya. Rasulullah s.a.w bertanya lagi Apakah ceritanya? Jawab jibril, Suatu hari ketika
Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun, terjatuhlah sikat itu daripada tanganya lalu
spontan dia berkata bismillah (dengan nama Allah), Maka anak perempuan Firaun
Ayahku, Jawab Masyitah bukan, tetapi tuhanku dan tuhanmu ialah Allah s.w.t Lalu anak
perempuan Firaun berkata, aku akan beritahu ayahku, maka apabila dipanggil mengadap
Firaun, beliau ditanya wahai Fulanah (Masyitah) sungguh ada tuhan selain aku? Beliau
menjawab tegas ya, tuhanku dan tuhanmu Allah kemudian beliau di datangkan kepada
bekas yang berisi tembaga lalu dipanaskan, kemudian diperintah pula untuk dilemparkannya
dan anak-anaknya ke dalamnya. Maka Masyitah pun berkata sesungguhnya aku ada hajat
maka jawab firaun apa hajat kamu?,Maka jawab Masyitah, aku suka jikalau kamu
kumpulkan tulangku dan tulang tulang anakku dalam satu pakaian dan engkau
kebumikannlah kami. Jawab Firaun, Itu hak engkau, dan menjadi tanggungjawab kami
untuk melaksankannya, Maka firaun memerintahkan agar di bawa anak-anaknya, dan
dihumban di depan matanya seorang demi seorang sehingga sampai kepada bayinya yang
masih menyusu. Ketika ini, seolah-olah beliau teragak-agak untuk mundur kerana kesian
bayi kecilnya, Tiba-tiba bayi kecil bersuara wahai ibu kesayanganku, terjunlah,
sesungguhnya azab dunia lebih ringan dari azab di akhirat. Maka beliau pun terjun (ke
dalam bekas tembaga yang menggelegak itu) Ibnu Abbas berkata ada 4 orang yang boleh
bercakap ketika masih kecil (bayi), iaitu Nabi isa anak Maryam, bayi yang menjadi saksi
kepada Juraij, bayi yang menjadi saksi kepada Nabi Yusuf dan anak Masyitah (tukang sikat
Firaun).
Hadis riwayat Ibnu Hibban, Imam Ahmad, Ad-Darimiy, Abu yala, Alhakim, At-Thbarani dll.
Saudara-saudaraku seagama,
Inilah perkara yang perlu difahami oleh para pendakwah dan pejuang agama di lapangan
apa sekalipun samada di dalam masyarakat ataupun di kelas-kelas pembelajaran bahawa
ujian dalam perjuangan adalah sunnatuLlah yang tidak dapat dielak. Sunnah dawah
Islamiyyah pada setiap masa dan waktu. Apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah hanyalah
kelangsungan perjuangan para rasul dan para solihin sebelum baginda, termasuklah kisah
Masyitah di atas. Inilah bekalan yang dipersiapkan kepada nabi semasa isra. Apalah
sangat ujian yang kita hadapi di lapangan ini berbanding mereka itu ...

Marilah kita perhatikan kepada hadis ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang-orang sebelum kamu telah ditangkap,
digalikan lubang dan diletakkan mereka di dalamnya. Kemudian dibawa gergaji lalu
diletakkan di atas kepalanya. Maka terbelah dua badannya. Daging dan tulang mereka
disikat dengan sikat besi. Perkara tersebut tidak menghalang mereka daripada agama
mereka. Demi Allah! Allah akan menyempurnakan urusan agama ini sehingga mereka yang
datang dari Sanaa menuju ke Hadraaut tidak takut kecuali kepada Allah dari bimbangkan
kambingnya daripada serigala. Tetapi kamu selalu ingin cepat.(tergesa-gesa).
Sahih Bukhari.
Perhatikan juga firman Allah s.w.t
Firman Allah:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum
datang kepada kamu (ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan kesengsaraan serta
digoncangkan (dengan ancaman musuh), sehingga Rasul dan orang-orang yang
beriman yang bersamanya berkata: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada agama Allah).
Al-Baqarah: 214
Di akhir-akhir ini, ujian yang menimpa kaum muslimin tidak kurang hebatnya .Harga iman
dan Islam bagaikan begitu murah, boleh dijual beli sesuka hati. Usahkan untuk
mempertaruhkan nyawa seperti Masyitah, hanya kerana ejekan kawan, ramai yang
tinggalkan hijab atau tudung padahal itu perintah Allah s.w.t. Hanya kerana siaran hiburan
dan sukan, ramai yang tinggalkan solat. Apa yang ditegah oleh agama, dilakukan secara
terang-terangan seperti perbuatan sumbang dan zina.. Adab-adab Islami di antara anak
dengan ibu bapa, murid dengan guru serta orang muda dengan orang tua semakin
dilupakan kerana dirasakan tiada kepentingan duniawi yang memberi keuntungan.
Serangan pemikiran (ghazwul fikri) bagai tidak mampu dibendung menceroboh kehidupan
muslimin melalui media massa dan media cetak seperti internet, majalah samada dalam
bahasa tempatan atau bahasa asing, television, radio dan sebagainya. Dugaan keimanan
dan ujian untuk meneruskan komitmen kepada ajaran Islam datang dari berbagai-bagai
arah.
Gejala ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.
Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian
berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman
di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang
masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia
telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
H.R.Muslim
Justeru, al-Faqir menyeru agar marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat iman yang
ada dengan menegakkan kehidupan beragama di dalam kehidupan kita, keluarga kita,
sekolah kita, masyarakat dan kawasan kita mengikut nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t
kepada kita berupa ilmu, wang ringgit, kesihatan, pangkat dan masa lapang. Berusahalah
mempraktikkan ajaran agama kerana dengan sebab itu, proses mempertingkatkan iman
akan berjalan seiring. Dengan Ilmu semata-mata belum mampu melahirkan insan yang
mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya sebagaimana yang zahir kelihatan di
kalangan masyarakat kita kini. Ingatilah kepadaNya banyak-banyak ketika mana nikmat
mencurah-curah turun kepada kita. Jangan pula kita dipaksa ingat kepadaNya dengan
bertimpa-timpanya bala sebagaimana yang diingatkan oleh Ibnu Athoillah as-Sakandariy .

SESIAPA YANG ENGGAN MENGHADAP ALLAH S.W.T DENGAN KEHALUSAN KURNIA-NYA
AKAN DIHERET (UNTUK MENGHADAP-NYA) DENGAN RANTAIAN UJIAN BALA.

Sekian sahaja buat kali ini, yang baik daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datang
daripada diri Al-faqir yang hina ini. Mohon ditegur barang yang salah dan silap.

(Nama pena : Asma Amaaniina)
Rujukan.
1. Sirah Nabawiyyah Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Butiy
2. Membentuk insan kamil Dr. Abdur Rahman Umdirah
3. Syarah Hikam Ibnu Athoillah as-Sakandariy

Anda mungkin juga menyukai