Anda di halaman 1dari 3

Published on Oct 18, 2014

Ayat Ruqyah Syariyyah Terjemahan Bahasa Melayu


afnizami smail

Ayat Ruqyah Syariyyah


Tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. . Maka di
antara cara yang paling tepat dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit atau perlindungan
diri adalah dengan memfungsikan Al-Quran, As-Sunnah dan dan doa-doa untuk mengubati berbagai
macam penyakit dengan izin Allah. ( disebut juga dengan Ruqyah)
Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :


44. Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka
mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing
sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi
orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang
Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[1334]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari
tempat yang jauh".
[1334] yang dimaksud Suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat
bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )
Rasulullah saw bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai
dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim )
Terdapat beberapa tanda umum yang boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan seseorang itu
adalah mangsa sihir, saka, kerasukan (gangguan ), histeria :
Tanda-tanda Ketika Jaga :
1. Sakit kepala, badan terasa bias-bisa, batuk berpanjangan ,sakit dibahagian perut, Sakit tulang, kaki,
atau dada yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal selepas waktu Asar dan keatas
2. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
3. Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib dan tengah malam
4. Sikap berubah secara mendadak, panas baran, suka melakukan tabiat buruk dan malas beribadat
5. Gelisah, panas di tengkuk, kerap sendawa atau mengantuk bila dengar al-quran

6. Istihadah ( darah yang keluar melebihi 15 hari ).


7. Selalu terasa ada sesuatu yang memerhati, mengekori atau melintas di belakang anda. (Timbul rasa
takut tanpa sebab ) Selalu mendengar bunyi-bunyi aneh atau melihat kelibat di rumah.
8. Seringkali pengsan tanpa sebab.
9. Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil.
10.Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
11. Nampak bayangan, makhluk yang aneh yang menakutkan atau melihat jin secara terus.
12. Terasa seperti ada sesuatu yang menolak ketika berada dalam tandas.
13. Bayi kerap menangis tanpa sebab.
14. Nafsu seksual yang melampau atau gagal melakukan hubungan kelamin.
15. Sakit / Takut ketika menziarahi jenazah.
16. Kerap mendengar bisikan yang meminta mangsa melakukan sesuatu yang dilarang Allah.
17. Ragu ragu tentang keimanan.
18. Rasa seperti hampir menemui ajal.
19. Kerap berkhayal, termenung, berangan atau terlalu rasa rendah diri, kelihatan murung dan hilang
keyakinan.
Tanda-tanda Ketika Tidur :
1. Sukar untuk lelapkan mata (tidur malam).
2. Seringkali mimpi yang menakutkan.
3. Seringkali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.
4. Dihimpit sesuatu atau terasa terindih benda berat ketika tidur.
5. Mimpi bayi@kanak-kanak atau mimpi menyusukan bayi.
6. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
7. Mimpi ketempat kotor,sunyi dan menakutkan.
8. Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
9. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur.
Simptom-simptom lain
1. Sakit jiwa, mental atau gila
2. Nyanyuk belum sampai usia lanjut
3. Mandul
4. Kerap keguguran
5. Berat dapat jodoh atau kekal jodoh
Ayat Ruqyah Syariah ini Amat berkesan untuk rawatan kepada beberapa penyakit seperti berikut :
1. Sukar tidur diwaktu malam.
2. Sakit yang tidak dapat diubati melalui perubatan konvesional.
3. Sakit misteri.
4. Sihir.
5. Santau.
6. Pukau.
7. Ribath ( sihir yang menghalang persetubuhan )
8. Histeria
9. Rumah,sekolah @ pejabat yang diganggu jin dan syaitan.

10. Masalah rumahtangga


11. Angin Ahmar
12. Haid yang tidak teratur.
13. Jiwa yang tidak tenteram.
14. Sakit kepala ( migraine )
15. Anak-anak keras hati.,degil.
16. Lembam ( benak hati )
17. Masalah minda dan ingatan.
18. Koma
- Amat bagus membaca Surah-surah Ruqyah atau diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang
mengalami pelbagai penyakit.
- Atau boleh dibacakan pada air mutlak seperti air mineral.Setelah selesai air itu hendaklah dibuat
mandi dan minum 2x sehari selama seminggu berturut-turut
HANYA PADA ALLAH SAHAJA LAH KITA SEMBAH DAN BERGANTUNG
HARAP....Yakinlah Pada ALLAH SWT
Senarai ayat dalam susunan ini ialah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.

Al Fatihah
Surah AlBaqarah ayat 1-5
Surah AlBaqarah ayat 102
Surah AlBaqarah ayat 163-164
Surah AlBaqarah ayat 255
Surah AlBaqarah 285-286
Surah Ali Imran ayat 18-19
Surah Al-Araf ayat 54-56
Surah Al-Araf ayat 117- 122
Surah Yunus ayat 81-82
Surah Taha ayat 69
Surah AlMuminun ayat 115-118
Surah As-Saffat ayat 1-10
Surah Al-Ahqaf ayat 29-32
Surah ArRahman ayat 33-36
Surah Al-Hasyr ayat 21-24
Surah AlJin ayat 1-9
Surah AlZalzalah ayat 1-8
Surah Al-Ikhlas ayat 1-4
Surah AlFalaq ayat 1-5
Surah An-Nas ayat 1-6

Anda mungkin juga menyukai