Anda di halaman 1dari 1

Saudara yang masih punya akal fikiran dan hati,

Takutlah kamu kpd Allah swt yang menjadikan kamu, menghidupkan kamu, memberi kam
u makan dan minum daripada kurniaannya yang tidak terkira di dunia ini sejak kam
u kecil hingga sekarang. Dialah yang memberikan kamu segala kekuatan dan keupaya
an sehingga kamu tergamak menggunakan jari jemari tangan itu untuk melakukan dos
a dan kedurhakaan. Kamu jangan lupa bahawa semua nikmat yang ada itu boleh ditar
ik pada bila bila masa termasuk nyawamu. Betapa hina dan jijiknya kamu setelah b
erbuat dosa, menyebarkan pula kepada orang ramai. Andaikata kamu mati, apakah pa
hala yang kamu akan dapat untuk menyelamatkan kamu daripada azab Allah? Sungguh
malang jika kamu mati, kamu meninggalkan perkara dosa yang akan ditatapi oleh or
ang lain, dan mereka pun berbuat dosa dan segala dosa itu akan menambahkan azab
pedih kepada kamu di alam barzakh dan di akhirat. Maka, bertaubatlah, jangan jad
i manusia yang merosakkan diri dan anak bangsa sendiri. Allah boleh saja membala
s segala kejahatan kamu kepada ahli keluarga kamu sebagaimana apa yang kami buat
kepada orang lain. Sebagaimana kita pasti akan mati, maka kita juga tidak mungk
in dibiarkan berbuat apa saja tanpa pembalasan di atas segala perbuatan terkutuk
yang kita lakukan. Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayang. Deletella
h segalanya yang jahat dan keji itu sebab mati boleh datang bila bila masa yang
akan menghapuskan segala kenikmatan dunia yang sangat sedikit dibandingkan denga
n alam akhirat yang kekal abadi.
Ikhlas kerana Allah .

Anda mungkin juga menyukai