Anda di halaman 1dari 7

NOTA DAN LATIHAN

ZAKAT:

KEWAJIPAN DAN HIKMAHNYA

Disediakan oleh:

Mohammad Khairani bin Abdul Bar


Guru Pembimbing Asnaf Ar-Riqab
Majlis Agama Islam Selangor
di PUSPEN Serendah

Nama: ………………………….....................................…………….............

N/B: ………….......... Asrama: …………............ Markah: ......... /25

1
ZAKAT

“Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (yang


wajib; zakat), agar dengan demikian akan membersihkan (harta) dan
mensucikan (hati) mereka serta doakanlah mereka, kerana doamu itu
akan membawa ketenangan untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, Lagi Maha Mengetahui”.
Surah al-Taubah ayat 103

Dari sudut bahasa, zakat bermaksud bersih, suci dan subur.

Dari sudut Syarak, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta kepada


mereka yang layak dengan kadar tertentu dan syarat tertentu.
Ia merupakan satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan dan merupakan
amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki.

Pensyariatan (Kewajipan) zakat berlaku pada tahun kedua Hijrah seiring dengan
pensyariatan puasa.

Perintah berzakat disebut di dalam Al-quran adalah sebanyak 35 kali dan 32


diantaranya digandingkan dengan perintah solat seperti dalam firman Allah ta’ala

“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu
beroleh rahmat”.

(Surah An-Nur ayat 56)

2
Tujuan, Fungsi dan Hikmah Zakat
Dipetik daripada Lembaga Zakat Selangor, antara tujuan dan fungsi zakat
termasuklah:

Ibadah kesungguhan dan keadilan


Pengabdian dan ketaatan kepada pembahagian harta yang
Allah. berprinsipkan nilai murni
kecukupan diri

satu cara untuk membangun


Sistem sokongan kemasyarakatan
sosioekonomi seimbang umat
yang utuh dengan merapatkan
Islam menerusi penyaluran
jurang kekayaan antara golongan
kebajikan dan penghasilan modal
kaya dan miskin.
insan

Memenuhi keperluan asasi Mewujudkan sifat prihatin dan


golongan asnaf demi meningkatkan bertanggungjawab dalam diri setiap
taraf kehidupan mereka dan Muslim supaya mereka mengambil
membantu keluar daripada peduli terhadap golongan yang
kesulitan memerlukan

Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk kebaikan
pengeluar zakat dan juga penerimanya. Faedah zakat juga dapat dinikmati oleh
individu dan masyarakat. Antara hikmah dan faedah tersebut adalah seperti berikut:

 Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarannya supaya bersifat


pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh
membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil. Hakikat ini dapat dirasai
oleh pengeluar zakat dan dia juga menyedari bahawa zakat itu lebih ketara
kepada penambahan harta daripada menguranginya. Hal ini sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dengan sabdanya:

3
‫ َم‬Maksudnya: “Zakat itu tidak mengurangi harta.”

Riwayat Muslim (2588)

Persoalan: Bagaimanakah dikatakan zakat itu akan mengurangi harta, sedangkan


Allah memberkati harta yang tinggal dengan sebab berzakat?

Jawapan: Allah SWT akan menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang


memudaratkannya dan memeliharanya daripada gangguan manusia. Selain
daripada perkara tersebut, Allah SWT juga menunjukkan cara-cara untuk
memanfaatkan dan mengembangkan harta tersebut kepada pemiliknya. Di samping
itu, Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan harta
semata-mata untuk keredhaan-Nya.

 Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang


antara pengeluar zakat dengan orang lain. Apabila kesedaran ini wujud
dalam masyarakat, setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan
mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak menerimanya. Ianya dapat
dilihat betapa eratnya jalinan kasih sayang sesama individu di kalangan orang
Islam dan masyarakat keseluruhannya.

 Selain itu, Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada


sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat
berdendam, iri hati dan hasad dengki. Bagaimanapun sifat tersebut akan
menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang, tolong-
menolong dan saling bersimpati. Fenomena ini bukan hanya propaganda
yang dilaung-laungkan sahaja, malah ia telah menjadi satu realiti yang nyata
dan bukan fantasi yang direka. Apabila zakat dilaksanakan, hasilnya akan
jelas kelihatan dan kesannya yang menakjubkan.

4
            Oleh itu, ia dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad dengki dan iri hati
serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berbeza dari segi
kemewahan dan kekayaan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

َ ‫ُخ ْذ مِنْ أَ ْم َوال ِِه ْم‬


ِ ‫ص َد َق ًة ُت َط ِّه ُر ُه ْم َو ُت َز ِّك‬
‫يهم ِب َها‬

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),


supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan
mereka (dari akhlak yang buruk).

(Surah al-Taubah: 103)

           

 Syeikh Ali al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa


Falsafatuhu berkata: “Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa
kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan hujah
bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala
menimpa masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk
mengeluarkan zakat berlaku. Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada
pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan
dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan.”

            Semoga dengan kita memahami hikmah dan rahsia pensyariatan zakat
menjadikan kita benar-benar faham erti zakat dan faedah disebalik zakat tersebut.

(Dipetik daripada laman sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)

5
Lagi-lagi Latihan....
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat:

1. Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian ______________kepada mereka

yang layak dengan kadar tertentu dan ______________ tertentu.

2. Pensyariatan zakat berlaku pada tahun ______________ Hijrah seiring dengan


pensyariatan ______________________.

3 Zakat ______________ (fitrah / harta/ emas) adalah zakat badan yang wajib

dikeluarkan pada setiap bulan __________ atau sebelum Solat hari Raya Aidil Fitri.

4. Dari sudut bahasa, zakat bermaksud __________________________.

5. Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah ‫ﷺ‬,

________________________ (Abu Bakar, Umar al-Khattab, Ali) pernah memerangi

orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana hukum mengeluarkan zakat adalah

____________ dan orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari

kewajipannya dihukum murtad dan kafir.

(10 markah)

B. Huraikan 3 Hikmah Zakat kepada Umat Islam.

1.________________________________________________________________

________________________________________________________________

2.________________________________________________________________

________________________________________________________________

3.________________________________________________________________

________________________________________________________________

(6 markah)

6
C. Isikan tempat kosong dengan kalimah yang betul.

(4 markah)

D. Lengkapkan Rukun Islam dalam rajah berikut:

2.

3. Mengeluarkan __ __ __ __ __

4.

5.

(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai