Anda di halaman 1dari 8

Rukun Iman Ke 5:

Edaran 8
(Feb 2021)
Beriman Kepada Hari
Kiamat

Nama:......................................................................

N/B:.......... Asrama:................ Markah: ......../ 20

Mohammad Khairani bin Abdul Bar


MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR - PUSPEN SERENDAH
Hari Kiamat merupakan hari pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi
ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal
kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia
yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia
dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya
bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu
sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari
kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”

Antara perkara yang berkaitan dengan keimanan kepada hari kiamat ialah

1. Ajal dan kematian yang pasti


Allah berfirman dalam Surah Ali Ímran ayat 185 yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat
sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu
tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

2. Azab dan siksa atau nikmat kubur

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW
bersabda:

Maksudnya: Apabila seseorang daripada kamu telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua
malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar
dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau
katakan mengenai lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan
yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-
Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan
mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70
hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan
kepadanya: “Tidurlah engkau.” Riwayat al-Tirmizi (1071)

1
3. Tiupan sangkakala, kehancuran sekalian alam dan isinya

Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah dalam Surah
al-Naml ayat 87

ِ ْ‫ت َو َمن فِي اَأْلر‬


ۚ ُ‫ض ِإاَّل َمن َشا َء اللَّـه‬ ِ ‫اوا‬ ِ ُّ‫َويَ ْو َم يُنفَ ُخ فِي الص‬
َ ‫ور فَفَ ِز َع َمن فِي ال َّس َم‬
‫ين‬ ِ ‫َو ُكلٌّ َأتَ ْوهُ َد‬
َ ‫اخ ِر‬
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar -
makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki
Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.

4. Padang Mahsyar , tempat semua manusia dan jin dikumpulkan setelah dibangkitkan

Firman Allah dalam Surah maryam ayat 68 yang bermaksud:

“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan
mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan
bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahannam.”

5. Pahala dan dosa akan dihisab dengan neraca Mizan

Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, 7. maka dia berada dalam
kehidupan yang memuaskan. 8. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan
(kebaikan)nya, 9. maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. (Surah Al Qori’ah 6-9)

6. Meniti tititan Sirat

Mengenai kedudukan titian sirat itu, dipercayai berada di antara padang mahsyar menuju
ke syurga dan di tengah-tengahnya adalah neraka. Di dalam sebuah hadis, Qutaibah
pernah melaporkan:

“Lalu orang-orang Muslimin berdiri dan jambatan (sirat) diletakkan, kemudian mereka
melalui di atasnya seperti larinya kuda yang bagus dan penunggang kuda” (Riwayat
Tirmizi)

2
7. Syurga dan neraka

Menerusi sepotong hadis Qudsi, Allah berfirman : "Aku menyediakan syurga kepada hamba-
Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh
pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita
tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah."

Bila berlakunya Kiamat?

Di dalam satu hadis panjang yang dikenali sebagai hadis Jibril (hadis ke-2 dalam hadis 40
Imam al-Nawawi). Selepas baginda ditanya tentang Islam, Iman dan Ihsan, Jibril bertanya
tentang hari Kiamat.

Kemudian dia (lelaki asing itu) berkata: “Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat
(bila ia akan berlaku)”. Beliau bersabda: “Tidaklah yang ditanya (Nabi) lebih tahu
daripada yang bertanya (Jibril) .” Dia berkata: “Ceritakan kepadaku tentang tanda-
tandanya.” Baginda bersabda: “Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau
melihat pengembala kambing yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan miskin, (kemudian)
berlumba-lumba meninggikan bangunannya”.

Kemudian orang itu berlalu dan aku (Umar RA) membisu beberapa ketika. Kemudian
Baginda bertanya: “Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya itu?” Aku berkata:
“Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: “Dialah Jibril yang datang
kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.”
(Riwayat Muslim)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa maksud
yang paling tepat bagi lafaz ‘hamba wanita melahirkan tuannya’ ialah akan terjadinya
banyak penderhakaan terhadap ibu bapa, dimana anak-anak akan melayan ibu mereka
sepertimana seorang tuan melayan hambanya, dengan kata-kata penghinaan, cacian,
memukul dan memaksa mereka melakukan kerja-kerja.

Tanda -tanda Kiamat

Tanda-tanda kiamat itu boleh dibahagikan kepada tanda kecil dan tanda besar

Tanda-tanda besar kiamat antaranya ialah:

1. Keluarnya Dajjal – iaitu penipu besar yang menyembunyikan kebenaran dan


mengubah perkara benar dengan kedustaan atau sihirnya

3
2. Munculnya Imam al-Mahdi- pemimpin dunia daripada keturunan Rasulullah ‫ﷺ‬
3. Turunnya Nabi Isa álaihisSalam- baginda yang masih hidup di langit akan diturunkan
dan membunuh dajjal, menghapuskan segala yang haram (babi) dan memerintah
dunia
4. Keluarnya yakjuj dan makjuj
5. Terbit matahari daripada sebelah barat
6. Keluarnya haiwan Dabbah al-Ard

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata
dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu
tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.  (Surah An-
Naml:82)

Manakala sesetengah daripada tanda kecil telahpun muncul. Banyak hadis yang menyebut
tentang tanda-tanda kecil kiamat, antaranya:

1. Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan


persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih
Muslim)

2. Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang
bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab:
“Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi
wanita” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam


mendirikan masjid” (Riwayat an-Nasai)

4. Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (Riwayat Ahmad dan Hakim)

4
5. Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” (Riwayat
Ahmad)

6. Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang
yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)

7. Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (Riwayat Ahmad)

8. Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang”

9. Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar
oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” (Sahih Muslim)

10. Banyak Saksi Palsu dan Tersimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya


hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan
hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya
hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama
ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara.

5
Jom buat latihan sikit....

A. Tandakan ( √ ) pada Pernyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang


salah.

No. Pernyataan (√) atau (X)

1 Jika seseorang tidak percaya pada salah satu rukun Iman,


tidak lah membatalkan iman , kerana masih ada 5 rukun
yang dipercayainya.

2 Percaya kepada azab atau nikmat kubur adalah


sebahagian daripada percaya kepada Hari Kiamat

3 Keluarnya dajjal adalah satu daripada tanda-tanda kecil


Kiamat

4 Hanya Allah sahaja yang tahu bilakah hari kiamat akan


berlaku.

5 Allah melalui RasulNya memberitahu kita tentang tanda-


tanda kiamat supaya kita leka dan membiarkan sahaja
apa-apa yang akan terjadi.

(5 markah)
B.Sebutkan 3 tanda-tanda kecil Hari Kiamat

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

__________________________________________________________________

(6 markah)

6
C.Adakah kita mampu mengelak daripada berlakunya Hari Kiamat?
Bagaimanakah sepatutnya kita berhadapan dengan kehidupan pada akhir
zaman ini?

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

__________________________________________________________________

(4 markah)

D. Anda ada seorang jiran yang tidak percaya kepada Tuhan (Ateis). Dia juga
tidak percaya kepada kehidupan selepas mati. Bagaimanakah anda
menerangkan kepadanya tentang konsep dosa pahala dan Syurga neraka?

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

__________________________________________________________________

(5 markah)

Anda mungkin juga menyukai