Anda di halaman 1dari 6

SKIM CAP

AYAM

1
Skim Pemasaran Program Ayam Bandar
2

1. Setiap Derma (RM250.00) untuk program ini (Program Ayam Bandar)


akan mendapat seekor Ayam Bandar atau RM13.00 setiap bulan mulai
bulan berikutnya seumur hidup!
2. RM240.00 daripada derma tersebut akan digunakan sebagai modal
(kos) untuk menternak 30 ekor Ayam Bandar dengan kos purata RM8.00
setiap seekor yang dijangka matang dalam tempoh maksima dua (2)
bulan, manakala RM10.00 lagi adalah belanja pengurusan.
3. Dua (2) ekor ayam matang yang siap disembelih dan dibersihkan adalah
milik penderma (boleh ditukar dengan RM13.00 setiap satu) dan yang
selebihnya (28 ekor) akan dijual pada harga RM13.00 setiap satu juga.
4. Dengan kadar mortaliti yang dijangkakan adalah 12%, jumlah sebenar
pendapatan daripada aktiviti ini adalah dijangkakan sebanyak RM317.20
pada setiap pusingan.
5. Daripada pendapatan tersebut, RM240.00 akan digunakan untuk
pusingan berikutnya, RM10.00/27.20 untuk pengurusan dan baki
RM50.00 adalah untuk tabung bencana dan program hemodialisis.
Mari Kita Kupas Satu Persatu…
3

1. Setiap Derma (RM250.00) untuk program ini (Program Ayam Bandar)


akan mendapat seekor Ayam Bandar atau RM13.00 setiap bulan mulai
bulan berikutnya seumur hidup!

Isu No. 1
¨ Katakanlah kita dipanjangkan umur 30 tahun lagi, kita akan dapat 12 bulan x 30
tahun = 360 bulan atau 360 ayam atau 360 x RM13 = RM4,680! Wow!
¨ Ini adalah akad janji untung, maka ia tidak patuh syariah, sebab ia adalah pelaburan
tanpa risiko sebab sudah menjanjikan modal dan untung
¨ Apabila dijanji modal, akad akan bertukar jadi akad pinjaman, dan jika dijanji modal
dan untung, maka akan bertukar jadi akad pinjam dengan riba
¨ Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang
mewartakan : "Sebarang pelaburan yang mana pihak
pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar
pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia
adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan
secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah
Riba" (Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)
Mari Kita Kupas Satu Persatu…
4

1. Setiap Derma (RM250.00) untuk program ini (Program Ayam Bandar)


akan mendapat seekor Ayam Bandar atau RM13.00 setiap bulan mulai
bulan berikutnya seumur hidup!

Isu No. 2
¨ Derma adalah akad yang tiada imbalan atau balasan (akad tabaru’at), maksudnya
seseorang yang memberi derma tidak boleh mengharap atau meminta sebarang
balasan
¨ Ia tidak boleh digunakan untuk akad jenis pertukaran hak milik (mu’awadat).
¨ Dalam skim ini, dengan derma RM250 akan mendapat balasan seekor ayam atau
RM13.00 setiap bulan.
¨ Maka jelaslah ia suatu penipuan (baca scam) dan bukanlah akad derma.
¨ Kaedah fiqh menyatakan “Yang menjadi pegangan atau yang dipakai
(dalam sesuatu akad/transaksi) adalah maksud dan maknanya
bukanlah lafaz dan bentuknya.”
¨ Apabila transaksi berlaku, kata-kata yang digunakan bukanlah kriteria
menentukan hukumnya, tetapi niat atau maksud adalah yang utama
¨ Oleh itu, keharusan ditentukan atas cara transaksi itu dijalankan,
bukan atas apa nama atau kata-kata yang digunakan
Mari Kita Kupas Satu Persatu…
5

2. RM240.00 daripada derma tersebut akan digunakan sebagai modal (kos)


untuk menternak 30 ekor Ayam Bandar dengan kos purata RM8.00 setiap
seekor yang dijangka matang dalam tempoh maksima dua (2) bulan,
manakala RM10.00 lagi adalah belanja pengurusan.
3. Dua (2) ekor ayam matang yang siap disembelih dan dibersihkan adalah
milik penderma (boleh ditukar dengan RM13.00 setiap satu) dan yang
selebihnya (28 ekor) akan dijual pada harga RM13.00 setiap satu juga.
Isu
¨ Bilakah peserta akan terlibat riba?
¨ Apabila pulangan menjadi lebih daripada RM250 iaitu derma asal.
¨ Iaitu setelah bulan ke 20, maksudnya setelah bulan ke 20 dan seterusnya,
peserta akan terlibat dengan riba
¨ Dalam situasi sama, kita boleh merujuk kepada pengharaman
Rasulullah SAW terhadap pejualan anak unta yang belum dilahirkan
dan barangan yang tidak wujud iaitu akad bai’ al-ma’dum.
¨ Jual-beli ini termasuk dalam jual-beli gharar yang dilarang sebab tiada
kepastian ayam itu akan dapat disediakan oleh pengelola.
Nasihat Kami
6

1. Skim ini adalah scam yang jelas.


2. Hentikan skim begini segera kerana ia jelas tidak patuh syariah kerana:
a) Ia menggunakan akad yang bathil atau salah iaitu akad derma
b) Ia terlibat riba kerana menjanjikan keuntungan.
c) Ia terlibat gharar (ba’i ma’dum) kerana menjanjikan sesuatu yang belum tentu
dapat di masa hadapan.

3. Sebagai alternatif, boleh gunakan akad musyrakah untuk


menjalankan perniagaan seperti ini di mana ahli menjadi
pemegang saham atau ahli koperasi yang menjalankan
perniagaan ternak ayam.
4. Jika ada keuntungan (setelah menjual ayam) boleh dibahagi
mengikut purata kadar modal seseorang.
5. Begitu juga jika mengalami kerugian, mesti ditanggung
mengikut kadar modal seseorang.
6. Wallahu’alam…

Anda mungkin juga menyukai