Anda di halaman 1dari 8

ZAKAT HARTA, CARA MENGIRA ZAKAT

DAN CARTA ALIRAN PEMBAYARAN ZAKAT HARTA

0.1. PENGENALAN

Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima, Rukun Islam yang
ketiga selepas solat. Di dalam Al-Quran perintah mengeluarlan zakat
sentiasa bergandingan dengan perintah solat, hal ini menunjukkan betapa
eratnya hubungan antara keduanya, solat merupakan seutama-utamanya
ibadah badaniyyah sedangkan zakat adalah seutama-utamanya ibadah
maliyyah. Zakat juga adalah tanggung jawab sosial dalam bentuk kewangan.

Zakat di ertikan sebagai tumbuh dan bertambah, ianya juga berarti berkat,
bersih, suci, subur dan berkembang maju. Orang yang berzakat berkatnya
akan bertambah, hartanya bersih, jiwanya suci dan ekonominya berkembang
maju.

Firman Allah swt. Surat Al-Taubah 103

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan itu kamu


membersihkan (harta) dan mensucikan (jiwa) mereka, dan berdoalah
untuk mereka, kerana doamu akan memebri ketenangan kepada mereka. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan pada harta-harta mereka (Orang Kaya) ada hak untuk orang miskin
yang minta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.
(Aldz-Dzariat :19)

1
Dari ayat di atas jelaslah tentang kewajiban berzakat, yang kaya mesti
menyedari bahawa terdapatnya hak orang miskin pada harta mereka dan
sesiapa yang mengingkari kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama
Islam. Sebagaimana dibuktikan dalam sejarah bahawa Khalifah Abu Bakar
Ash-shiddiq telah memerangi orang yang engkar membayar zakat.

0.2. SYARAT WAJIB ZAKAT

2.1. Orang Islam sahaja.


2.2. Orang merdeka
2.3. Milik yang sempurna

Maksud milik yang sempurna ialah harta itu dimiliki dan boleh
digunakan oleh tuannya bila-bila masa. Adapun harta yang
dimiliki tetapi belum boleh di gunakan bila-bila masa,
dianggap milik yang belum sempurna seperti Wang simpanan
pekerja (KWSP), baru dikeluarkan zakatnya ketika masa
mengeluarkannya , harta yang berkongsi di antara orang Islam
dan bukan Islam , hanya bahagian orang Islam sahaja yang
diambil kira zakatnya.

2.4. Cukup Haul ( genap setahun Qomariyah ( 354 hari)


2.5. Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan samaada wajib


atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakatnya. Contoh zakat
simpanan, emas dan saham adalah senilai 85 gram atau 20
misqal emas ( RM 11,001.00 dinilaikan masa sekarang Ogos
2010)

0.3. KADAR ZAKAT

Bagi harta yang di sandarkan kepada emas, zakat perniagaan, gaji/


pendapatan , zakat saham kadar zakatnya ialah 2.5%

(tidak termasuk zakat atas binatang ternakan, biji-bijian /padi, hasil


galian seperti cari gali minyak, kadar zakatnya tersendiri)

2
04. ZAKAT PENDAPATAN DAN CARA MENGHITUNGNYA.

1. Jumlah pendapatan satu tahun, termasuk bonus (kalau ada)


kemudian di tolak dengan :

a. Keperluan diri yang berzakat sebanyak RM 8,000 ( lapan


ribu ringgit)
b. Tanggungan :
b.1. Isteri kalau sudah berkahwin RM 3, 000 ( tiga ribu ringgit)
kalau Isteri bekerja lebih baik di tolak dari
pendapatan masing-masing iaitu dari pendapatan isteri RM
8,000, tidak di tolak dari pendapatan suami yang 3000
( secara logiknya Isteri yang bekerja keperluan dirinya lebih
tinggi dari isteri yang tidak bekerja).
b.2. Anak, setiap seorang anak RM 1,000. ( contoh 5 anak berarti
RM 5,000) . (anak yang belajar di Universiti RM 4000/ orang)

c. Potongan simpanan Pekerja (KWSP) selama satu tahun. Wang kita


yang dimasukkan pada KWSP, atau yang berada di dalam KWSP,
tidak di wajibkan zakat, kerana dianggap milik kita yang belum
sempurna, artinya, tidak/ belum boleh di keluarkan dan di gunakan.
Hanya kewajiban zakat (akan dikenakan zakat) apabila kita
mengeluarkan wang dari KWSP sama ada sebahagian sebelum
usia 55tahun, atau semuanya ketika usia 55 tahun, maka ketika itu
kita wajib mengeluarkan zakat dari jumlah yang dikeluarkan di
kalikan kepada 2.5% ( contoh keluarkan RM 20,000 X 2.5% = RM
500 zakatnya) .

Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan

a. Pendapatan setahun RM 3.000 X 15 (berikut bonus)= RM 45,000


b. Tanggungan / nisab. / yang menolak pendapatan.

1. Diri sendiri ( umpamanya suami) RM 8,000


2. Isteri (seorang isteri tak bekerja ) RM 3,000
3. Anak 5 orang 5X RM 1,000 RM 5,000
4. Potongan KWSP setahun umpamanya RM 4,000
-----------------------------------------
Jumlah potongan RM 20,000

3
C. Pendapatan yang dikenakan zakat RM 45,000 - RM 20,000 = RM
25,000
D. Zakat yang perlu dikeluarkan iaitu RM 25,000 X 2.5 % = RM
625 ( enam ratus dua puluh lima ringgit sahaja)

0.5. ZAKAT WANG SIMPANAN

Kebanyakan urusniaga yang dijalankan hari ini adalah melibatkan


mata wang sebagai alat pertukaran. Setiap negara mempunyai nilai
matawangnya sendiri yang disandarkan kepada emas. Oleh itu
simpanan terbagi kepada :

5.1. Simpanan Tetap.

Apabila suatu simpanan tetap itu genap setahun ( 354 hari) dan
jumlahnya sama atau melebihi daripada nisab ( nilai 85 gram
emas/ RM 11,001.00 nilai sekarang), maka wajib dikeluarkan
zakatnya sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tersebut.

5.2. Simpanan Biasa ( keluar dan masuk).

Ianya adalah di kira berdasarkan kepada jumlah baki terendah


sesuatu akaun simpanan tempoh sesuatu tahun.
Jika lebih dari satu akaun, baki terendahnya hendaklah di
satukan dalam sesuatu tahun. dan dipastikan sekiranya di dalam
wang simpanan tersebut mengandungi wang faedah (bank yang
mengamalkan sistem riba) maka wang faedah/ riba tersebut
hendaklah ditolak dulu dari jumlah baki terendah.

Contoh Pengiraan

a. Simpanan dalam satu akaun.


b. Tentukan tempoh haul 354 hari.
c. Baki simpanan yang terendah dalam masa setahun (haul)
d. Apabila ada faedah ( riba) tolak dulu.
e. Bakinya kalikan 2.5%

4
1. Contoh pengiraan dalam satu Akaun

baki terendah 10,200,00 – 200 riba = RM 10.000 x 2.5%


= RM 250 (zakat)

2. Contoh pengiraan Simpanan dalam beberapa akaun.

Jika seseorang memiliki beberapa akaun simpanan maka baki


terendah dari tiap-tiap akaun di campurkan dan hasilnya
dikalikan dengan 2.5%

Contoh Akaun 1. RM 4,500.00 baki terendah


Akaun 2. RM 5,700.00 baki terendahnya
Keuntungan (riba) RM 200.00
Jumlah terendah akaun 1 dan 2 RM 10,200.00
Zakat yang mesti di keluarkan RM 10,200 - RM 200 (riba
) = baki RM 10,000 X 2.5% = RM250.00 ( Zakatnya)

0.6. ZAKAT SAHAM

Saham adalah wang yang di laburkan dalam syarikat atau


perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilikan sesebuah perniagaan.
Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di
Bursa Saham. Ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding
dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam
koperasi.

Pengiraan zakat saham ialah 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun
atau cukup haul.
Bagi seseorang yang kerap membeli dan menjual saham sepanjang
tahun dalam beberapa kaunter syarikat yang tercatat di Bursa Saham,
zakatnya dikira atas nilai saham pada akhir tahun atau cukup haul
( genap setahun).

Sekiranya tempoh pemilikan sesuatu saham tidak genap setahun tetapi


secara keseluruhannya harta tersebut bertukar bentuk beberapa kali
sepanjang tahun, dari saham ke wang dan sebaliknya , maka
zakatnya adalah dikira atas nilai saham atau wang pada akhir tahun
atau tarikh cukup haul (genap setahun).

5
Contoh : 05/01/06 : membeli saham sebanyak 10 lot, dan
1 lot : 1000 unit,
harga 1 unit RM 1.00
Jadi nilai saham 100.000 unit = RM 100,000.00.

25/12/07 Cukup haul ( 354 hari)


harga semasa misalkan 1 unit Rm 1.50
Nilai saham RM 150,000.00
Nisab tertinggi sepanjang haul RM RM 9,300.00
Zakatnya RM 150,000.00 x 2.5% = RM 3,750

 Jika harga naik ketika haul maka ikut harga naik, begitu juga
jika turun.
 Zakat tidak perlu dibayar atas saham dimana syarikat tersebut
telahpun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang
pemegang sahamnya. .

0.7. PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN


Dalam akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan rebet cukai
pendapatan individu untuk bayar zakat.

0.8. AKTA CUKAI PENDAPATAN

“Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk


sebarang zakat. Seperti zakat harta perniagaan, zakat fitrah dan
lain-lain tuntutan agama Islam, yang mana pembayarannya
wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun
taksiran itu. Dan dibuktikan oleh resit rasmi yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang di tubuhkan
mengikut undang-undang bertulis”
Akta Cukai Pendapatan tahun 1967 Seksyen 6 A (3)

6
CARTA ALIRAN PEMBAYARAN ZAKAT/PELEPASAN CUKAI

(contoh di Kariah Masjid AN- NUR Universiti Teknologi PETRONAS)

A : Pembayar zakat
B : Ustaz D. Cahyono Bin Nurdin.
Amil yang dilantik menguruskan zakat di Kariah Masjid
Universiti Universiti Teknologi Petronas (UTP)
C. : Pejabat Agama Daerah Perak Tengah
C D. : Baitul Mal Nereri Perak.( JAIP)
E. : Jabatan Hasil Dalam Negeri ( Ipoh Perak).
RESIT RASMI DIKELUARKAN
OLEH AMIL DAN DITERIMA
OLEH PEMBAYAR ZAKAT

PEMBAYAR PROSES AMIL ZAKAT


ZAKAT (A) PEMBAYARAN (B)

WANG DISERAHKAN KEPADA


(A) MENGISI BORANG CUKAI PEJABAT AGAMA ISLAM/
DAN MELAMPIRKAN RESIT BAITUL MAL PERAK TENGAH C
ZAKAT DARI AMIL

(A) MENYERAHKAN BARANG CUKAI WANG KUTIPAN ZAKAT


DAN RISIT ZAKAT KE JAB. PUNGUTAN DISERAHKAN KE BAITULMAAL
CUKAI NEGERI PERAK ( E ) PERINGKAT NEGERI ( D)

* Dengan membayar zakat Anda sebagai muslim yang baik.


* Dengan membayar Cukai anda sebagai warga negara yang baik.

Sesiapa ada kemusykilan atau mahu membayar zakat harta/ pendapatan


sila datang ke Pejabat Unit Pentadbiran Masjid An-Nur atau hubungi
Ustaz Dawi. Cahyono Bin Nurdin (Amil Bertauliah No PT 18 / 2008
tel: 05-3688501 /012-5869033

7
8

Anda mungkin juga menyukai