Anda di halaman 1dari 3

FAKTA RINGKAS

Cara Mengira Zakat Bagi Pelaburan Tukaran Matawang Asing Secara Online

Di dalam urusniaga Forex, modal yang diniagakan dan keuntungan yang terhasil daripada
aktiviti jual beli sepanjang tahun dan cukup haul dan nisabnya adalah wajib dizakatkan
berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu
yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” –
Al-Baqarah (267)

Antara syaratnya:

1. Islam

2. Sempurna milik – Memiliki modal dan berkuasa menguruskannya dan mendapat manfaat
atas pelaburan tersebut.

3. Cukup Nisab – Bersamaan dengan 85gm Emas nilaiannya (Approx RM14,100.00) pada
2017

4. Cukup Haul – Cukup tempoh pemilikan selama setahun

5. Halal – Bukan modal curi, menipu, gharar, judi

Kaedah Pengiraan:

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi
pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah
dicampurkan.

= (nilai pelaburan/modal di hujung Haul + keuntungan) x 2.5%

No Contoh Taksiran Nilai (RM)


1 Modal Forex (Akaun 1) 50,000.00
2 Keuntungan Urusniaga Akaun 1 50,000.00
3 Modal Forex (Akaun 2) 50,000.00
4 Keuntungan/Kerugian Akaun 2 (10,000.00)
Nilai Modal & Keuntungan Pelaburan Wajib Zakat 140,000.00
Zakat: 140,000.00 x 2.5% 3,500.00
*** Jika nilai modal dan keuntungan selama setahun adalah kurang drpd Nisab (Approx RM
14,100) maka tidaklah ia diwajibkan zakat.

Floating Position – Unrealized P/L (NEGATIVE)

Bagaimana pula jika akaun ada NEGATIVE FLOATING? NEGATIVE FLOATING tidak dikira
sebagai realized P/L dan tidak diambil kira sebagai pemilikan sempurna kerana keuntungan
dan kerugian tidak betul-betul menjadi milik pelabur. Cuma, modal asal setelah ditolak
margin serta kerugian (-ve floating) sahaja yang wajib dizakat.
Sebagai contoh:

No Contoh Taksiran Nilai (RM)


1 Modal Forex 50,000.00
2 Unrealized P/L (15,000.00)
3 Margin Digunakan (5,000.00)

Nilai Modal & Keuntungan Pelaburan Wajib Zakat 30,000.00


Zakat: 30,000.00 x 2.5% 750.00

Floating Position – Unrealized P/L (POSITIVE)

Bagaimana pula jika akaun ada Positive Floating? Positive Floating juga tidak dikira sebagai
realized P/L dan tidak diambil kira sebagai pemilikan sempurna kerana keuntungan dan
kerugian tidak betul-betul menjadi milik pelabur. Cuma, modal asal setelah ditolak margin
serta (+ve floating) sahaja yang wajib dizakat.

Sebagai contoh:

No Contoh Taksiran Nilai (RM)


1 Modal Forex 50,000.00
2 Unrealized P/L - POSITIVE 15,000.00
3 Margin Digunakan (5,000.00)
Modal + Positive Floating (65k) – Margin (5k) 60,000.00
(Memandangkan Keuntungan Masih Floating maka ia tidak
dinilaikan sebagai keuntungan yang pasti dan tidak diambil sebagai
kiraan dlm zakat)
Nilai Modal & Keuntungan Pelaburan Wajib Zakat 45,000.00
(Modal asas – Margin)
Zakat: 45,000.00 x 2.5% 1,125.00

Nota: Tetapi jika akhirnya setelah ditutup Positive Floating tersebut menjadi REALIZED
PROFITS maka wajiblah dizakatkan ke atas keuntungan tersebut.
Jika hanya mengambil kira kpd KEUNTUNGAN semata-mata disebabkan modal tidak cukup
nisab (Kurang daripada nilai 85gm Emas / Approx RM14,100.00.

Bagaimana pula jika akaun bermodalkan dengan modal yang kecil tetapi diakhirnya
keuntungan melebihi jumlah modal dan cukup nisab? Bagi pelaburan yang dijual beli
sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan pelaburan setelah ditolak modal
permulaannya.

Sebagai contoh:

No Contoh Taksiran Nilai (RM)


1 Modal Forex 5,000.00
2 Realized PROFITS – KEUNTUNGAN SEBENAR 20,000.00
Nilai Modal & Keuntungan Pelaburan 25,000.00
(Modal tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup Nisab)
Wajib Zakat (Keuntungan sahaja) 20,000.00

Zakat: 20,000.00 x 2.5% 500.00

Jika dinilai kembali, bukan banyak pun yang perlu dizakatkan. Semuanya atas Iman kita
sahaja bagi memastikan rezeki yang kita dapat adalah bersih.

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang
bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya,
pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh
neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Semoga memberi manfaat kepada semua trader yang beragama Islam dan mempunyai rasa
tanggungjawab dlm menunaikan perintah Allah SWT.

Nizam Mohd / Wak Salam Erwin Joko (WSEJ Academy)

Anda mungkin juga menyukai