Anda di halaman 1dari 19

HADIS-HADIS PILIHAN KITAB

SUNAN NASAIE : AN-NIKAH

KURSUS : HADIS TEMATIK

USN 6103

KUMPULAN 1

SEMESTER 2 19 / 20

NAMA PENSYARAH : MOHD YUSAIRI BIN MOHD PAID

NAMA : NORADILAH HANUM BINTI AHMAD JAFRI

NO. MATRIK : I18102972

1
ISI KANDUNGAN

BIL. BAHAGIAN M/S


1. Penghargaan. 3

2. Perintah Rasulullah SAW untuk Membangun Perkahwinan. 4

3. Motivasi Pernikahan. 6

4. Wanita Solehah. 8

5. Dimakruhkan Menikahi Wanita Mandul. 10

6. Hadiah untuk Pengantin. 12

7. Diharamkan Nikah Mut’ah. 14

8. Pernikahan Anak Gadis. 16

9. Rujukan. 18

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta

saya, Ustaz Mohd Yusairi Bin Mohd Paid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah  memberikan saya

segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya

menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab

setiap pertanyaan yang saya kepada mereka.

            Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung

atau sebaliknya dalam kerja kursus ini. Terima kasih.

             

3
SUNAN NASAIE : AN-NIKAH (‫)النكاح‬

1) Bab : Perintah Rasulullah SAW untuk membangun pernikahan.

No. hadith : 3149.

‫ال َح َّدثَنَا أَبُو َح ا ِزٍم َع ْن َس ْه ِل بْ ِن َس ْع ٍد‬ َ ‫َخَبَرنَا حُمَ َّم ُد بْ ُن َعْب ِد اللَّ ِه بْ ِن يَِز‬
ُ ‫يد الْ ُم ْق ِر‬
َ َ‫ئ قَ َال َح َّدثَنَا ُس ْفيَا ُن ق‬ ْ‫أ‬

ِ
‫ال‬
َ ‫ام َر ُج ٌل َف َق‬ َ َ‫ول اللَّ ِه َف َرأْ يِف َّ َرأْي‬
َ ‫ك َف َق‬ َ َ‫ت َن ْف ِسي ل‬
َ ‫ك يَا َر ُس‬ ُ ‫ت ْامَرأَةٌ إِيِّن قَ ْد َو َهْب‬
ْ َ‫ال أَنَا يِف الْ َق ْوم إِ ْذ قَال‬
َ َ‫ق‬

‫ب َفلَ ْم يَ ِج ْد َش ْيئًا َواَل َخاتَ ًم ا ِم ْن َح ِدي ٍد‬ ٍ ِ ِ


َ ‫ب َولَ ْو َخاتَ ًم ا م ْن َحديد فَ َذ َه‬
ْ ُ‫ب فَ اطْل‬ َ ‫َز ِّو ْجنِ َيه ا َف َق‬
ْ ‫ال ا ْذ َه‬

ِ ‫ال َفز َّوجهُ بِما معهُ ِمن سو ِر الْ ُقر‬ ِ ‫ك ِمن سو ِر الْ ُقر‬ ِ ُ ‫ال رس‬
‫آن‬ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ َ َ َ‫ال َن َع ْم ق‬ َ َ‫آن َش ْيءٌ ق‬ ْ َ ُ ْ َ ‫ول اللَّه أ ََم َع‬ ُ َ َ ‫ َف َق‬.

Maksudnya : Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Yazid Al

Muqri`, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata ; telah menceritakan

kepada kami Abu Hazim dari Sahl bin Sa'd, ia berkata; saya sedang berada diantara orang-orang

disaat seorang wanita berkata; saya telah menghibahkan diriku kepadamu wahai Rasulullah,

lihatlah bagaimana pendapatmu terhadap diriku. Kemudian seorang laki-laki berdiri seraya

berkata; nikahkan saya dengannya. Maka Rasulullah SAW bersabda, "Pergi dan carilah

walau cincin dari besi." Lalu orang tersebut pergi dan tidak mendapatkan sesuatupun

tidak pula mendapatkan cincin besi. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Apakah

engkau hafal beberapa surah Al-Qur'an?" Maka orang tersebut berkata ; ya. Sahl bin

4
Sa'd berkata ; kemudian Rasulullah SAW menikahkannya dengan surah Al-Qur'an yang

telah ia hafal.

Pengajaran.

i. Al-Quran merupakan lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada

insan lain umpama suatu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut.

Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian Al-Quran

sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

ii. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan Al-Quran

dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

iii. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri

malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat.

iv. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai mas kahwin iaitu

sebagai pelaburan. Namun ayat-ayat Al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir

walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat Al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada

anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

v. Andai si suami telah pergi meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang

soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di akhirat kelak. Al-Quran yang

diberi kepada isteri in sya allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana. Tiada

apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan

amalan-amalan yang bermanfaat untuk roh suaminya yang telah meninggalkannya. Andai

5
si isteri sentiasa membaca Al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai mas

kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yg berganda-ganda kepada roh suaminya.

2) Bab : Motivasi Pernikahan.

No. hadith : 3156.

َّ ‫يم َع ْن َع ْل َق َم ةَ أ‬
‫َن‬ ِ ‫ال ح َّدثَنا حُم َّم ُد بن جع َف ٍر عن ش عبةَ عن س لَيما َن عن إِب ر‬
‫اه‬ َ ‫ق‬
َ ٍ ِ‫أَخبرنَ ا بِ ْش ر بن خال‬
‫د‬
َ َ ْ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ ُْ ُ ََ ْ

َ ‫ك يِف َفتَ ٍاة أ َُز ِّو ُج َك َه ا فَ َد َعا َعْب ُد اللَّ ِه َع ْل َق َم ةَ فَ َح َّد‬ ٍ


َ ‫َن النَّبِ َّي‬
ُ‫صلَّى اللَّه‬ َّ ‫ث أ‬ َ َ‫ال اِل بْ ِن َم ْس عُود َه ْل ل‬
َ َ‫عُثْ َما َن ق‬

‫ص ُن لِ ْل َف ْر ِج َو َم ْن لَ ْم يَ ْس تَ ِط ْع‬ ْ ‫ص ِر َوأ‬
َ ‫َح‬
ِ ُّ َ‫اع الْب اء َة َفلْيت ز َّوج فَِإنَّه أَغ‬
َ َ‫ض للْب‬ ُ ْ َ ََ َ َ َ َ‫اس تَط‬ َ َ‫َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬
ْ ‫ال َم ْن‬

ٌ‫ص ْم فَِإنَّهُ لَهُ ِو َجاء‬


ُ َ‫ َفلْي‬.

Maksudnya : Telah mengkhabarkan kepada kami Bisyr bin Khalid, ia berkata ; telah

menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari

'Alqamah bahawa Utsman berkata kepada Ibnu Mas'ud ; apakah engkau punya keinginan kepada

seorang wanita muda sehingga saya dapat menikahkanmu dengannya? Kemudian Abdullah

mengundang 'Alqamah dan menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang

memiliki kemampuan maka hendaknya ia menikah, karena sesungguhnya hal itu lebih

menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum memiliki

6
kemampuan maka hendaknya ia berpuasa, karena sesungguhnya hal tersebut adalah

pengekang baginya."

Pengajaran.

i. Menjamin kesihatan hidup, perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat

terutama jenayah zina yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya seperti Aids dan

Sifilis.

ii. Lebih mendekatkan diri kepada perkara-perkara baik dan menjauhkan dari perbuatan

buruk, kerana sesungguhnya menikah itu menunjukkan yang kita telah menyempurnakan

salah satu kewajipan agama yang dituntut serta factor kepada tambahnya keimanan

seseorang itu.

iii. Pernikahan merupakan bentuk ketaatan seorang Hamba kepada Allah SWT dan

menunjukkan kepatuhan kita kepada syariat-syariat Nya. Bagi seorang lelaki atau

perempuan yang telah memiliki kemampuan untuk bernikah, sementara dia memiliki

hasrat seksual tinggi, pernikahan adalah wajib hukumnya.

iv. Menjalin silaturrahim dan mengembangkan keturunan.

Perkahwinan dapat menghubungkan persaudaraan antara pihak lelaki dan perempuan,

serta merapatkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua keturunan.

v. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

7
Perkahwinan merupakan perkongsian hidup antara suami isteri. Kesenangan dan

kesusahan akan dihadapi bersama. Zuriat yang dihasilkan melalui ikatan perkahwinan

memberi ketenteraman dan keceriaan hidup pasangan suami isteri.

3) Bab : Wanita Solehah.

No. hadith : 3180.

‫يل بْ ُن‬ِ‫آخ ر أَْنبَأَنَ ا ُش ر ْحب‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ذ‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ح‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ث‬ َّ
‫د‬ ‫ح‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫يِب‬
َ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ث‬ َّ
‫د‬ ‫ح‬ ‫ال‬ ‫ق‬ ‫د‬ ‫ي‬‫ز‬َِ‫َخَبرنَ ا حُمَ َّم ُد بْ ُن َعْب ِد اللَّ ِه بْ ِن ي‬
ُ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ‫أ‬

‫ص لَّى‬ ِ َ ‫َن رس‬ ِ ‫ِّث َع ْن َعْب ِد اللَّ ِه بْ ِن َع ْم ِرو بْ ِن الْ َع‬ ِ ِ


ُ ‫يك أَنَّهُ مَسِ َع أَبَا َعْب د الرَّمْح َ ِن احْلُبُل َّي حُيَ د‬
ٍ ‫َش ِر‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫اص أ‬

ُ‫الصالِ َحة‬ ِ َ‫الد ْنيَا ُكلَّ َها َمتَاعٌ َو َخ ْي ُر َمت‬


ُّ ‫اع‬
َّ ُ‫الد ْنيَا ال َْم ْرأَة‬ َ َ‫اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق‬.
ُّ ‫ال إِ َّن‬

Maksudnya : Telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Yazid, ia berkata;

telah menceritakan kepada kami ayahku ia berkata ; telah menceritakan kepada kami Haiwah dan

ia menyebutkan yang lain, telah memberitakan kepada kami Syurahbil bin Syarik bahwa ia

pernah mendengar Abu Abdur Rahman Al Hubuli menceritakan dari Abdullah bin 'Amr bin Al

'Ash bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah

perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita Solehah."

8
Pengajaran.

i. Menyerahkan diri kepada suami secara baik.

Seorang isteri yang solehah bersedia keseluruhan untuk melayani suaminya ketika

berdua. Ia penuh dengan kemesraan dan keikhlasan dalam memenuhi keinginan

suaminya serta tidak bersikap dingin kepada suaminya kerana boleh menimbulkan

prasangka buruk suami.

ii. Mengelakkan diri daripada perkara-perkara zina dan sentiasa menjaga kehormatan diri

serta pasangannya. Isteri yang solehah akan menyedari hanya boleh menunjukkan dirinya

secara bebas di hadapan suaminya sahaja. Menjaga diri daripada timbulnya fitnah

sehingga mengganggu hubungan antara suami isteri. Ini kerana, seorang suami akan

dikira dayus dan berdosa jika membiarkan keluarganya tidak menutup aurat secara

sempurna.

iii. Mendidik ahli keluarga ke arah didikan Islam.

Memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Menyuruh anak beribadah

bermula pada usia 7 tahun supaya mendapat pendedahan dalam hukum-hakam Islam

serta menyeimbangkan di antara dunia dan akhirat.

iv. Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, ini kerana memilih pasangan hidup

kita yang membawa kearah kebaikan dan kesejahteraan. Hidup sekeluarga juga sentiasa

diberkati oleh Allah.

v. Lebih bertanggungjawab dan amanah terhadap keluarga. Pasangan yang baik akan

sentiasa mengingati tanggungjawabnya terhadap keluarga serta tidak pernah melupakan

nafkah yang perlu disediakan walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun.

9
‫‪4) Bab : Dimakruhkan Menikahi Wanita Mandul.‬‬

‫‪No. hadith : 3175.‬‬

‫ٍِ‬ ‫ِ‬
‫ص و ِر بْ ِن‬
‫ال أَْنبَأَنَا الْ ُم ْس تَل ُم بْ ُن َس عيد َع ْن َمْن ُ‬ ‫َخَبَرنَا َعْب ُد الرَّمْح َ ِن بْ ُن َخالِ ٍد قَ َال َح َّد َثنَا يَِز ُ‬
‫يد بْ ُن َه ُارو َن قَ َ‬ ‫أْ‬

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ‫ال ج اء رج ل إِلَى رس ِ ِ‬


‫ول اللَّه َ‬
‫ِ‬
‫َزا َذا َن َع ْن ُم َعا ِويَةَ بْ ِن ُق َّر َة َع ْن َم ْعق ِل بْ ِن يَ َس ا ٍر قَ َ َ َ َ ُ ٌ َ ُ‬

‫ب إِاَّل أ ََّن َها اَل تَلِ ُد أَفَأََت َز َّو ُج َها َفَن َهاهُ ثُ َّم أَتَاهُ الثَّانِيَ ةَ َفَن َه اهُ‬
‫صٍ‬‫ب وم ْن ِ‬
‫س ٍ ََ‬ ‫ت ْام َرأَةً ذَ َ‬
‫ات َح َ‬ ‫ال إِنِّي أ َ‬
‫َص ْب ُ‬ ‫َف َق َ‬

‫ود فَِإنِّي ُم َكاثٌِر بِ ُك ْم‬


‫ود ال َْو ُد َ‬ ‫‪.‬ثُ َّم أَتَاهُ الثَّالِثَةَ َفَن َهاهُ َف َق َ‬
‫ال َت َز َّو ُجوا ال َْولُ َ‬

‫‪Maksudnya : Telah mengkhabarkan kepada kami Abdur Rahman bin Khalid, ia berkata ; telah‬‬

‫‪menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, ia berkata ; telah memberitakan kepada kami Al‬‬

‫‪10‬‬
Mustalim bin Sa'id dari Manshur bin Zadzan dari Mu'awiyah bin Qurrah dari Ma'qil bin Yasar, ia

berkata ; telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW dan berkata sesungguhnya

aku mendapati seorang wanita yang memiliki kedudukan dan harta hanya saja ia mandul,

apakah aku boleh menikahinya? Maka beliau melarangnya, kemudian ia mendatangi

beliau untuk kedua kalinya dan beliau melarangnya, kemudian ia mendatangi beliau

ketiga kalinya, lalu beliau melarangnya dan bersabda, " Nikahilah wanita yang subur dan

pengasih, kerana aku bangga dengan banyak anak kalian."

Pengajaran.

i. Membentuk keluarga yang mulia, dengan adanya perkahwinan adalah jalan terbaik

untuk memperbanyakkan keturunan. Melestrasikan hidup manusia serta memelihara

nasab dan memperbanyak jumlah kaum muslimin.

ii. Munculnya naluri kasih sayang, tumbuhnya naluri keibubapaan yang saling

melengkapi, tumbuhnya perasaan cinta, ramah, dan sayang dalam suasana hidup

bersama anak-anak.

iii. Memperteguhkan silaturrahim dan dapat mengeratkan lagi hubungan tali

kekeluargaan. Memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah dapat membawa ahli

keluarganya ke syurga, seperti sabda Rasulullah, “Amalan seseorang itu tidak akan

terputus dengan adanya doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah.

11
iv. Mengeratkan lagi hubungan pasangan suami isteri dengan adanya penyeri dalam

kehidupan. Tidak berlakunya kelalaian dalam memberi nafkah keluarga serta lebih

memberi perhatian kepada pasangan. Mencurahkan lebih kasih sayang daripada

sebelumnya.

v. Menyambung keturunan serta dapat mewarisi ilmu-ilmu ataupun harta yang dimiliki

melalui nasabnya sendiri. Ini kerana supaya tidak berlakunya pergaduhan ataupun

pertelingkahan disebabkan warisan sesuatu perkara.

5) Bab : Hadiah untuk Pengantin.

No. hadith : 3335.

‫َخَب َريِن ُس لَْي َما ُن بْ ُن بِاَل ٍل َع ْن‬ ِ ُ ِ‫ال َح َّدثَنَا َس ع‬


ْ ‫يد بْ ُن َكث ِري بْ ِن عُ َفرْيٍ قَ َال أ‬ َ َ‫َخَبَرنَا أَمْح َ ُد بْ ُن حَيْىَي بْ ِن الْ َو ِزي ِر ق‬
ْ‫أ‬

ِ
َ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم َبنْي‬
ِ ُ ‫ول آخى رس‬
َ ‫ول اللَّه‬
ِ ٍ َ‫يد َع ْن مُحَْي ٍد الطَّ ِوي ِل َع ْن أَن‬
ُ َ َ ُ ‫س أَنَّهُ مَس َعهُ َي ُق‬
ٍ ِ‫حَي ب ِن س ع‬
َ ْ ‫ْىَي‬

‫ال لَهُ َس ْع ٌد إِ َّن يِل َم ااًل َف ُه َو َبْييِن‬ ٍ ‫الربِي ِع وعب ِد الرَّمْح ِن ب ِن ع و‬ ِ


َ ‫ف َف َق‬ َْ ْ َ َ َ‫صا ِر ف‬
َْ َ َّ ‫آخى َبنْي َ َس ْعد بْ ِن‬ ٍ ْ‫ُقَري‬
َ ْ‫ش َواأْل َن‬

ْ َّ‫ك فَأَنَا أُطَلِّ ُق َه ا فَ ِإ َذا َحل‬


َ ‫ب إِلَْي‬ ِ ِ
ُ‫ال بَ َار َك اللَّه‬
َ َ‫ت َفَتَز َّو ْج َه ا ق‬ َ ‫ك َش طَْران َويِل ْامَرأَتَ ان فَ انْظُْر أَيُّ ُه َم ا أ‬
ُّ ‫َح‬ َ َ‫َو َبْين‬

12
ٍِ ِ ِ ‫الس‬ ِ ِ
‫ال َو َرأَى‬ َ ْ‫وق َفلَ ْم َي ْرج ْع َحىَّت َر َج َع بِ َس ْم ٍن َوأَق ط قَ ْد أَف‬
َ َ‫ض لَهُ ق‬ ْ ‫ك ُدلُّويِن أ‬
ُّ ‫َي َعلَى‬ َ ‫ك يِف أ َْهل‬
َ ‫ك َو َمال‬ َ َ‫ل‬

ِ َ ‫ص ْف َر ٍة َف َق‬ ِ ِ ُ ‫رس‬
‫ص ا ِر‬
َ ْ‫ت ْام َرأَةً م ْن اأْل َن‬
ُ ‫ْت َت َز َّو ْج‬
ُ ‫ال َم ْهيَ ْم َف ُقل‬ ُ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم َعلَ َّي أََث َر‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ

َ ِ‫ال أ َْولِ ْم َولَ ْو ب‬


‫ش ٍاة‬ َ ‫ َف َق‬.

Maksudnya : Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Yahya bin Al Wazir, ia berkata;

telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Katsir bin 'Ufair, ia berkata; telah mengkhabarkan

kepadaku Sulaiman bin Bilal dari Yahya bin Sa'id dari Humaid Ath Thawil dari Anas bahawa ia

mendengarnya mengatakan ; Rasulullah SAW mempersaudarakan antara orang-orang Quraisy

dan Anshar, dan mempersaudarakan antara Sa'd bin Ar Rabi' dan Abdur Rahman bin 'Auf.

Kemudian Sa'd berkata kepadanya ; Saya memiliki harta, harta tersebut dibahagi dua antara saya

dan engkau. Dan saya memiliki dua orang istri, lihatlah siapakah diantara keduanya yang lebih

engkau sukai, maka saya akan mencerainya kemudian apabila ia telah selesai masa 'iddahnya

nikahilah dia. Abdur Rahman berkata; semoga Allah memberikan berkah bagimu pada keluarga

dan hartamu. Cukuplah tunjukkan kepadaku dimanakah pasar? Kemudian ia tidak kembali

hingga kembali membawa mentega, dan keju yang Allah anugerahkan kepadanya. Abdur

Rahman berkata; dan Rasulullah SAW melihat padaku terdapat bekas warna kuning.

Kemudian bertanya, "Apa ini?" Lalu saya katakan; saya telah menikah dengan seorang

wanita dari kalangan Anshar. Kemudian beliau bersabda, "Rayakan walaupun hanya

dengan seekor kambing."

13
Pengajaran.

i. Bertujuan untuk mengebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut

supaya tidak berlakunya sebarang fitnah atau perkara yang tidak diigini terhadap

pasangan dan keluarganya.

ii. Melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Ini kerana Allah SWT telah

mempermudahkan segala urusan perkahwinan demi untuk menghalalkan pasangan

kita.

iii. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga pengantin. Memberi peluang

kepada para tetamu dan keluarga kedua-dua belah pihak berhimpun, bersuai kenal

serta lebih mengenali antara satu sama lain serta mendoakan kebaikan rumahtangga

mereka.

iv. Mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru

menjejaki jinjang pelamin dan sebagai tanda kegembiraan juga kepada ibu bapa

kerana mendapat menantu baharu.

v. Mengikut ajaran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sepertimana yang kita ketahui bahawa

perkahwinan merupakan sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam. Ini kerana

supaya dapat mengelak daripada berlakunya perzinaan serta mendapat pahala bagi

sesiapa yang berjaya menghalalkan sesuatu hubungan itu.

6) Bab : Diharamkan Nikah Mut’ah

No. hadith : 3315.

14
‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه‬ ِ ُ ‫الربِي ِع ب ِن س بر َة اجْل هيِن عن أَبِ ِيه قَ َال أ َِذ َن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ ْ َ ِّ َ ُ َ ْ َ ْ َّ ‫ث َع ْن‬ ُ ‫َخَبَرنَا ُقَتْيبَ ةُ قَ َال َح َّدثَنَا اللَّْي‬
ْ‫أ‬

‫ت َم ا ُت ْع ِطييِن‬ ْ ‫ت أَنَ ا َو َر ُج ٌل إِىَل ْام َرأ ٍَة ِم ْن بَيِن َع ِام ٍر َف َعَر‬


ْ َ‫ض نَا َعلَْي َه ا أَْن ُف َس نَا َف َق ال‬
ِ
ُ ‫َو َس لَّ َم بِالْ ُمْت َع ة فَ انْطَلَ ْق‬

ِ َّ ‫َش‬ ِ ِ ِ ‫احيِب ِردائِي و َك ا َن ِرداء‬


ِ ‫ال ص‬ ِ
ْ ‫ب مْن هُ فَ ِإ َذا نَظَ َر‬
‫ت‬ َ‫تأ‬ُ ‫َج َو َد م ْن ِر َدائي َو ُكْن‬
ْ ‫ص احيِب أ‬
َ َُ َ َ َ َ َ‫ت ِر َدائي َوق‬
ُ ‫َف ُق ْل‬

ِ ِ ‫إِىَل ِرد ِاء‬


ُ ْ‫ت َو ِر َد ُاؤ َك يَكْفييِن فَ َم َكث‬
َ‫ت َم َع َها ثَاَل ثًا ثُ ّم‬ ْ َ‫ت إِيَلَّ أ َْع َجْبُت َها مُثَّ قَال‬
َ ْ‫ت أَن‬ ْ ‫صاحيِب أ َْع َجَب َها َوإِذَا نَظََر‬
َ َ

ِ ِ ‫ال من َك ا َن ِع ْن َدهُ ِمن َه ِذ ِه الن‬ ِ ِ َ ‫إِ َّن رس‬


ُ ‫ِّس اء الاَّل تي َيتَ َمت‬
‫َّع َفلْيُ َخ ِّل‬ َ ْ ْ َ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم ق‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ

‫سبِيلَ َها‬.
َ

Maksudnya : Telah mengkhabarkan kepada kami Qutaibah, ia berkata; telah menceritakan

kepada kami Al Laits dari Ar Rabi' bin Sabrah Al Juhani dari ayahnya, ia berkata ; Rasulullah

SAW pernah mengizinkan nikah mut'ah, kemudian saya pergi bersama seorang laki-laki menuju

seorang wanita dari Bani 'Amir. Kemudian kami menawarkan diri kami, wanita tersebut berkata ;

apa yang akan engkau berikan kepadaku? saya berujar; selendangku. Sedangkan sahabatku

berkata; selendangku sahaja. Kebetulan selendang sahabatku lebih bagus daripada selendangku,

dan saya lebih muda darinya. Kemudian disaat wanita tersebut melihat kepada selendang

sahabatku ia tertarik kepadanya, dan di saat ia melihat kepadaku maka ia kagum kepadaku.

Kemudian wanita tersebut berkata ; engkau dan selendangmu cukup bagiku. Maka saya tinggal

bersamanya selama tiga hari, kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang

memiliki wanita yang ia mut'ah maka hendaknya ia melepaskannya."

15
Pengajaran.

i. Menjaga kehormatan seorang wanita supaya tidak menjadi barang yang boleh

diperjualbeli. Hal tersebut kerana, Islam adalah agama yang sangat memuliakan

manusia, baik yang lelaki mahupun perempuan. Larangan perbuatan ini merupakan

salah satu bentuk penghormatan bagi kaum wanita.

ii. Mencegah daripada berlakunya percampuran nasab. Apabila perkahwinan mut’ah

dibenarkan maka itu bererti memasukkan anak yang bukan benih ke dalam keluarga

yang dinantikannya dan akan mewarisi harta keluarganya. Anak yang berasal dari

hubungan perkahwinan mut’ah tidak boleh mendapatkan harta pusaka.

iii. Menjaga keutuhan dan ketenteraman di dalam rumah tangga. Hubungan suami isteri

jika terdapat salah satunya daripada melakukan perbuatan perkahwinan mut’ah akan

mengundang berlakunya kehancuran rumah tangga.

iv. Sesuai dengan fitrah seorang manusia yang mempunyai rasa cemburu terhadap

psangannya. Mereka tidak akan rela apabila orang yang dicintainya menjadi barang

yang boleh diguna pakai dan pemuas nafsu orang lain.

v. Bertujuan agar manusia terhindar dari pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin,

virus berbahaya seperti HIV/AIDS dan lain-lain lagi. Penyakit tersebut merupakan

hukuman dari Allah di atas perbuatan keji yang sudah mereka lakukan.

7) Bab : Pernikahan Anak Gadis.

No. hadith : 3167.

16
‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬
َ َّ ‫ت النَّيِب‬ ُ ‫اد َع ْن َع ْم ٍرو َع ْن َج ابِ ٍر قَ َال َت َز َّو ْج‬
ُ ‫ت فَ أََتْي‬ ٌ َّ‫ال َح َّدثَنَا مَح‬
َ َ‫َخَبَرنَ ا ُقَتْيبَ ةُ ق‬
ْ‫أ‬

َ ُ‫ال َف َهاَّل بِ ْك ًرا تُاَل ِع ُب َها َوتُاَل ِعب‬


‫ك‬ ُ ‫ال بِ ْك ًرا أ َْم َثيِّبًا َف ُقل‬
َ َ‫ْت َثيِّبًا ق‬ ُ ‫ت يَا َجابُِر ُقل‬
َ َ‫ْت َن َع ْم ق‬ َ ‫ال أََت َز َّو ْج‬
َ ‫ َف َق‬.

Maksudnya : Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah, ia berkata; telah menceritakan kepada

kami Hammad dari 'Amr dari Jabir, ia berkata; saya menikah, kemudian datang kepada Nabi

SAW. Lalu beliau bersabda, "Apakah engkau telah menikah?" saya katakan; ya. Beliau

bertanya, "Gadis atau janda?" saya katakan; janda. Maka beliau bersabda, "Tidakkah

engkau menikahi gadis hingga engkau dapat mencandainya dan ia mencandaimu?"

Pengajaran.

i. Seorang janda mungkin tidak akan dapat menghilangkan sepenuhnya memori atau

kenangan bekas suaminya. Berbeza dengan seorang gadis, suaminya akan dapat

menikmati keindahan cinta pertama kalinya.

ii. Gadis belum pernah bergaul dengan mana-mana lelaki, kebiasaannya kurang bersifat

kasar. Malahan akan mudah mendengar kata-kata dan nasihat disebabkan tidak

pernah hidup berumah tangga.

iii. Peluang untuk memperolehi anak juga lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih

muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin

menghalang mereka untuk terus mendapat zuriat.

17
iv. Selain itu, gadis dia mempunyai tenaga yang masih baru dan segar berbanding

dengan janda. Ini disebabkan oleh faktor usia dan juga pola pemakanannya yang

berbeza dengan yang sudah berumah tangga.

v. Rasulullah SAW juga sangat menggalakkan untuk menikahi anak gadis. Tetapi jika

terdapat jurang antara dua orang itu seperti janda lebih berakhlak mulia dan

beragama, maka memilih janda adalah lebih baik. Malahan juga, Islam tidak

membenci dan memandang rendah kepada golongan janda. Cumanya, hadis ini

bercakap hanya dalam bentuk umum.

RUJUKAN

1) Robiatul Wahida. 2018. “Anjuran Menikahi Wanita Produktif dalam Sunan An-Nasa’i”.

Sarjana Agama dalam Ilmu Tafsir Hadits, Universitas Islam Negeri Raden Fatah

Palembang.

18
2) Ahmad Bin Osman. 2018. “Sejarah Perkembangan Hukum Islam : Sejarah Pengharaman

Perkahwinan Mut’ah”. Universiti Utara Malaysia.

3) Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji. 2009. Kitab Fikah

Mazhab Syafie. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

4) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syurga Perkahwinan. Selangor : Jiwamas Printers

Sdn Bhd.

5) Mustafa ‘Abdul Rahman. 2008. Hadith 40 Terjemahan dan Syarahnya. Selangor : Dewan

Pustaka Fajar.

6) Dr. Abdullah Nashih Ulwan. 1996. Pedoman Pendidikan Anak dalam Islam. Kuala

Lumpur : Victory Agencie.

7) http://husainiinside.blogspot.com/2012/02/hantaran-senaskah-al-quranhang-biaq.html

(3 Februari 2012)

8) https://www.slideshare.net/realkamy/pendidikan-islam-tingkatan-5-perkahwinan-dalam-

islam

(11 Januari 2014)

19

Anda mungkin juga menyukai