Anda di halaman 1dari 16

LATIHAN OPEN BOOK 2

KURSUS : HADIS TEMATIK

USN 6103

KUMPULAN 1

SEMESTER 2 19 / 20

NAMA PENSYARAH : MOHD YUSAIRI BIN MOHD PAID

NAMA : NORADILAH HANUM BINTI AHMAD JAFRI

NO. MATRIK : I18102972


SOALAN SATU

1. Lima (5) kepentingan adab penyembelihan.

i. Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang

kafir dalam soal mematikan haiwan.

ii. Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram

dimakan oleh orang Islam.

iii. Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa

ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

iv. Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini

seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada

dalam darah haiwan tersebut.

v. Sebagai meminta keizinan dari Allah SWT kerana haiwan dan manusia adalah

makhluk Allah SWT yang bernyawa.

2. Lima (5) syarat sembelihan mengikut pandangan ulama.

i. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.

ii. Binatang itu adalah halal dimakan.

iii. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang.

iv. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.

3. Lima (5) faedah yang terdapat dalam kandungan hadis.

i. Bersikap ihsan terhadap segala perkara yang ada di muka bumi ini.

ii. Ketika hendak bunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik sebaik-

baiknya.
iii. Melakukan penyembelihan dengan cara yang baik dan dituntut syarak.

iv. Sembelihan yang dilakukan mestilah dengan menajamkan alat sembelihan supaya

mengurangkan kesakitan haiwan sembelihan.

v. Meletakkan haiwan yang hendak disembelih dalam kedudukan yang selesa

supaya lebih memudahkan.

4. Pada pandangan saya, hukum pemberian daging korban kepada orang bukan islam adalah

dibolehkan namun lihat kepada situasi tersebut sekiranya jiran-jiran mereka yang bukan

Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat

setempat, jika terdapat lebihan maka dibolehkan. Namun jika hasil korban itu hanya

mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih

memerlukan.

Ini kerana terdapat dalil dari Al-Quran agar berbuat baik kepada orang bukan Islam yang mana

Allah SWT telah berfirman:

َ‫اَّل يَ ۡنهَ ٰى ُك ُم ٱهَّلل ُ َع ِن ٱلَّ ِذينَ لَمۡ يُ ٰقَتِلُو ُكمۡ فِي ٱلدِّي ِن َولَمۡ ي ُۡخ ِرجُو ُكم ِّمن ِد ٰيَ ِر ُكمۡ أَن تَبَرُّ وهُمۡ َوتُ ۡق ِسطُ ٓو ْا إِلَ ۡي ِهمۡۚ إِ َّن ٱهَّلل َ ي ُِحبُّ ۡٱل ُم ۡق ِس ِطين‬ 

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-

orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari

kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 

(Surah Al-Mumtahanah: 8)
Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran meskipun

mereka bukan dari kalangan orang Islam. Rasulullah SAW telah bersabda:

‫ت أَنَّهُ َسيُ َورِّ ثُه‬ ِ ‫صينِي بِ ْال َج‬


ُ ‫ار َحتَّى ظَنَ ْن‬ َ َ‫َما ز‬
ِ ‫ال ِجب ِْري ُل يُو‬

Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan

baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT

agar menjadikan mereka sebagai pewaris.”

Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)

SOALAN TIGA

1. Maksud sebenar hadis menurut pandangan ulama adalah kenabian itu satu kesatuan, dan

tidak boleh dibahagi. Kerana itu, tidak ada istilah mendapat setengah kenabian, atau

sepertiga kenabian, termasuk tidak ada 1/46 kenabian. Kerana itu, ketika ada orang yang

mengalami mimpi benar, bukan berarti itu tanda bahawa dia memiliki seper-empat puluh

enam kenabian. Atau 1/46 bahagian dia menjadi nabi.

Ibnul Atsir menjelaskan hadis di atas dengan mengatakan,

Hadis ini tidak bermakna bahwa kenabian itu boleh terbahagi. Tidak juga bererti

bahwa orang yang mengalami mimpi semacam ini bererti memiliki satu bahagian
kenabian. Kerana kenabian itu tidak boleh diupayakan. Dan tidak boleh dicari dengan

melakukan berbagai sebab. Kenabian adalah anugerah dari Allah ta‟ala.

(an-Nihayah fi Gharib al-Atsar,

1/741)

2. Pengertian sebenar bagi ‫ الرؤيا الصالحة‬bagi seorang muslim yang sejati ialah bahawa mimpi

yang benar tidak datang kepada sembarangan orang. Ia hanya dikurniakan kepada mereka

yang berpegang teguh dengan agama, warak dan bersih hatinya. Daripada Abu Hurairah

R.A, Nabi SAW bersabda:

“Orang yang paling benar mimpinya adalah orang yang paling benar lidahnya.”

Riwayat Muslim (6042)

Di sini jelas menunjukkan bahawa mereka yang dengan ciri-ciri tertentu seperti soleh, teguh

beragama dengan menjaga lidah hanya akan dikurniakan mimpi tersebut. Imam al-Qurtubi

berkata:

“Orang Islam yang jujur dan soleh adalah menyerupai keadaan para nabi. Oleh sebab itu,

mereka dianugerahkan sebahagian daripada apa yang diberikan kepada para nabi iaitu melihat

alam ghaib.”
(Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, 19/451)

3. Seseorang mengaku pernah bermimpi berjumpa Nabi SAW, pandangan saya adalah

mungkin individu tersebut benar dapat berjumpa dengan Nabi SAW tetapi bergantung

juga pada amal ibadat dan kebersihan hatinya. Ini kerana daripada Abu Hurairah RA

berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku

sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa

jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (syaitan tidak akan dapat menjelma

seperti Nabi SAW)

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

i. Setiap orang Islam yang bermimpi melihat Nabi SAW semasa tidurnya dia akan

melihat junjungan Nabi SAW semasa di hari kiamat dan ini adalah berita baik.

ii. Syaitan dan iblis tidak akan dapat menyerupai para nabi dan rasul sama ada ketika

jaga mahupun di dalam tidurnya.

4. Empat (4) faedah dari hadis tersebut.

i. Mimpi yang baik dan benar itu salah satu daripada pernyataan yang diberikan

oleh Allah kepada mana-mana hamba yang Dia kehendaki.

ii. Mimpi orang yang soleh sebagai peringatan dari Allah.

iii. Individu yang soleh, teguh beragama dan menjaga lidah akan memperolehi mimpi

yang baik.

iv. Tidak menyalah tafsir mimpi sendiri, tanyalah kepada golongan yang lebih arif

mengenai mimpi tersebut.


SOALAN EMPAT

1. Perbezaan pandangan ulama tentang dua hadis tersebut.

i. Mafhum daripada hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu

kotoran dan juga najis. Oleh kerana itu ia perlu disucikan.

ii. Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada

kewajipan perkara tersebut.

Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah berkata: Wajh al-dalalah nya adalah bersuci

itu sama ada kerana hadas, atau kotoran, ataupun suatu kemuliaan. Dan tidak ada hadas pada

bekas (minuman), begitu juga tidak ada kemuliaan padanya. Maka yang menjadi penentu

(bersuci) disini adalah bersuci daripada al-khubs (kotoran).

Maka sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian

paling bersih dari anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk

dianggap sebagai najis). Begitu juga khinzir, kerana keadaannya adalah lebih buruk berbanding

anjing. Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105).

2. Cara ringkas bagaimana cara menyucikan jilatan anjing menurut Islam.

Antara riwayat yang menceritakan berkaitan cara menyucikan bekas yang dijilat anjing adalah:

 Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


‫ب ال َك ْلبُ فِي إِنَا ِء أَ َح ِد ُك ْم فَ ْليَ ْغ ِس ْلهُ َس ْبعًا‬
َ ‫إِ َذا َش ِر‬

Maksudnya: “Apabila anjing meminum pada bekas salah seorang daripada kamu, maka kamu

basuhlah ia (bekas) sebanyak tujuh kali”.  [Riwayat al-Bukhari (172)]

Namun jika menyentuhnya dalam keadaan (tangan atau tubuh anjing) basah, maka tangan

(pakaian atau bahagian tubuh) yang tersentuh anjing wajib membasuh tangan itu tujuh kali, salah

satu diantaranya menggunakan debu.

3. Pada pandangan saya, hukum bagi orang Islam yang memelihara anjing adalah haram

melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan

kemaslahatan. Antaranya adalah untuk tujuan:

i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing "comel" dijadikan "teman" untuk

bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk

berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk

mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-

seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir

dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta

sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu.

iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan

juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah.

iv. Membantu penternakan haiwan.


4. Faedah yang boleh difahami daripada hadis tersebut adalah:

i. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan

dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya

bercanggah dengan pegangan mazhab dan uruf di Malaysia. Menurut mazhab syafie,

umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri

tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

ii. Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan

sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan

seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah

seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

iii. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan

akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh

membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu

segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.

iv. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan

peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian diri,

pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.


SOALAN LIMA

1. Pandangan ulama bagi yang bertasyahud dalam solat.

'Abdullah bin Mas'ud RA berkata:

Kami membaca tahiyyat dan menyebutkan nama-nama sambil memberi salam antara kami

sesama kami. Rasulullah SAW mendengar lalu bersabda, sebutlah:

Segala penghormatan hanya milik Allah, juga segala pujian dan kebaikan. Semoga

kesejahteraan terlimpahkan kepada engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat dan berkat-Nya.

Semoga kesejahteraan diberikan kepada kami dan kepada hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa

Muhammad itu hamba dan rasul Nya.


Sesungguhnya apabila kamu telah melakukan begitu, sesungguhnya kamu telah memberi salam

kepada semua hamba Allah yang soleh di langit dan bumi.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-'Amal fi as-Solat, hadis no: 1202]

2. Makna sebenar, kandungan hadis bagi isyarat telunjuk dan kedudukan tangan ketika

tasyahud.

Para ulama bermazhab asy-Syafie juga sebahagian besarnya mensahihkan hadis menggerak-

gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah

mensahihkan hadis berkenaan memberi isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggoyang-

goyangkan jari. Antara hadis-hadis yang menjelaskan tentang berisyarat dengan jari telunjuk

ialah:

“Nabi SAW pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jari telunjuknya, lalu

sabda baginda kepada lelaki itu: Satu jari sahaja, satu jari sahaja seraya baginda mengacukan

jari telunjuknya (mengisyaratkan atau menggoyang-goyangkan) jari telunjuknya”.

Abu Ya‟la rahimahullah memberikan tambahan pada hadis ini dengan sanadnya yang sahih dari

Ibnu Umar RA:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk (dalam tasyahhud) sebagai pengusir syaitan. Seseorang

tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya (dalam tasyahhud)”.
“Ketika baginda sallallahu „alaihi wa-salllam mengacukan telunjuknya, ibu jarinya memegang

jari tengah (sehingga membentuk bulatan)”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Awanah)

“Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk bulatan (sedangkan telunjuknya tetap

diacukan ke arah kiblat sambil menggoyang-goyangkannya)”. (Hadis Riwayat Abu Daud,

Nasai‟i, Ibnu Jarud dalam al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam

Sahihnya, 485)

3. Pada pandangan saya, jika seseorang tertinggal tasyahud awal atau akhir kedudukan solat

tersebut adalah tidak menjejaskan solat tersebut, hukum tahiyat awal dalam solat ialah

sunat ab’adh iaitu sunat yang dituntut. Tertinggal tahiyat awal tidak membatalkan solat ia

hendaklah diganti dengan ‘Sujud Sahwi’. Kaedahnya setelah selesai tahiyat akhir

hendaklah terus sujud sahwi dengan niat ‘sahaja aku sujud sahwi kerana tertinggal tahiyat

awal’ sujud sahwi dilakukan sebagaimana sujud biasa iaitu sujud kemudian duduk antara

dua sujud dan sujud sekali lagi, bangkit dari sujud terus bagi salam.

Jika meninggalkan tasyahhud awal kerana lupa, ia tidak menjejaskan solat. Cuma

pada akhir solat dituntut supaya dilakukan sujud sahwi. Dalilnya hadis Buhainah, bahawa

Nabi SAW pernah bersolat Zohor, dan tidak duduk tasyahhud awwal kerana terlupa.

Kemudian, di akhir solat, Nabi SAW sujud sahwi. (Bukhari: 795 dan Muslim 570).

Jika meninggalkan tasyahhud awal dengan sengaja, ada khilaf di kalangan fuqaha.

Kebanyakan ulama mengatakan: sah solatnya kerana tasyahhud awal adalah sunat bukan
wajib. Manakala Imam Ahmad menganggapnya wajib, dan batal sembahyang jika

ditinggalkan sengaja. (Majmuk Nawawi 3/450)

4. Empat (4) faedah yang boleh diambil dari hadis tersebut adalah :

i. Menunjukkan penghormatan dan kesejahteraan dan kebaikan adalah milik Allah.

ii. Penyaksian (syahadah) iaitu dengan bersumpah atau bersaksi bahawa tiada Tuhan

selain Allah.

iii. Memohon pemberian keberkatan kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga

baginda.

iv. Memberi kepujian kepada Allah SWT.

SOALAN ENAM

1. Lima (5) kelebihan Al-Quran dalam Islam.

i. Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.

ii. Allah SWT mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran.

iii. Membaca Al-Quran mendapat ketenangan.

iv. Membaca dan memperelokkan bacaan Al-Quran mendapat kebaikan.

v. Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat 10 ganjaran pahala.

2. Maksud sebenar Rasulullah SAW mengatakan “Bacalah olehmu Al-Quran,

sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para

pembacanya (penghafalnya)” .
Al-Quran adalah sumber pahala yang sangat besar dikurniakan kepada umat Nabi

Muhammad SAW. Di padang mahsyar kelak, semua manusia akan merasai kepanasan dan tiada

siapa yang akan dapat membantu. Hanya orang-orang terpilih sahaja yang akan mendapat

teduhan Allah SWT. Mereka adalah golongan terpilih kerana ketika hayatnya sentiasa

mendampingi Al-Quran.

Maka, Al-Quran akan datang memberi syafaat dan pertolongan. Seperti dinyatakan dalam

hadis itu, bacalah dua surah yang bercahaya dan bergemerlapan iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali

Imran. Nabi SAW menjelaskan menerusi hadis itu, dua surah berkenaan akan mendatangi

golongan

yang bersahabat dengan Al-Quran seperti awan mendung atau dua kawan burung yang akan

menaungi serta mempertahankan golongan itu. Kelebihan Al-Quran juga bukan hanya bagi

mereka yang membacanya, malah mereka yang mendengarnya juga turut beroleh kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada

Al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka

dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)

Jika membaca dan mendengar Al-Quran membolehkan seseorang Muslim mendapat

pahala yang cukup besar, apatah lagi jika mampu membaca serta memahami isi kandungannya.

Di dalam Al-Quran itu banyak terkandung segala perintah, amaran, larangan serta nasihat.

Sekiranya membaca ayat yang menceritakan keagungan Allah SWT, maka kita perlu baca

dengan sepenuh rasa kekaguman. Apabila membaca ayat ancaman daripada Allah SWT, kita

perlu menghadirkan rasa kerisauan serta memohon pengampunan daripada-Nya dengan penuh

pengharapan.
Sehubungan itu, walaupun sekadar membaca Al-Quran dan tidak termasuk lagi

memahami isi kandungannya, Allah SWT tetap menyediakan pahala yang melimpah ruah kepada

golongan itu. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada Al-

Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh

kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu

huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)

3. Pada pandangan saya, hukum mengambil upah mengajar Al-Quran adalah dibolehkan

mengambil upah daripada mengajar Al-Quran. Ini kerana, bagi menampung kos-kos

pengajian seperti usaha, pengangkutan dan masa yang ditanggung oleh guru tersebut.

Membaca Al-Quran adalah sangat dianjurkan. Begitu juga bersedekah. Mengambil upah

untuk tugas-tugas keagamaan seperti membaca Al-Quran, menjadi imam, membaca

khutbah jumaat, azan, mengajar ilmu-ilmu syariah, telah menjadi kebiasaan diamalkan

umat Islam di negara-negara Islam sejak zaman berzaman. Adapun mengambil upah

membaca Al-Quran ia termasuk dalam keumuman hadith Rasulullah SAW (yang

bererti) :

Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

(Riwayat Bukhari)

Hadith ini adalah bahagian akhir hadith yang panjang riwayat Al Bukhari dari Ibn Abbas iaitu :

Bahawasanya satu jama'ah para sahabat Nabi melalui di tempat yang ada air yang ada di sana

seseorang bernama Ladigh atau Salim (perawi tidak pasti antara keduanya yang kena sengat

binatang ), Datanglah seorang lelaki dari tempat air itu lalu berkata : Adakah di antara kamu

yang pandai menjampi kerana sesungguhnya di tempat air itu ada seorang lelaki yang disengat

binatang bisa. Lalu ada seorang dari mereka lalu membaca Surah Al-Fatihah dengan
pembayaran beberapa ekor kambing. Lalu (selepas menjampi) dia membawa kambing tersebut

kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Mereka

berkata : Apakah kamu mengambil upah dengan membaca kitab Allah? (perkara ini berlarutan)

sehinggalah mereka sampai di Madinah, lalu mereka berkata : Ya Rasulullah, dia telah

mengambil upah melalui kitab Allah. Rasulullah SAW lalu mengatakan : Sesungguhnya yang

paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya ialah kitab Allah (Al Quran).

Imam Nawawi berkata dalam Raudhah ath Tholibin : Dari al Qadhi Husain di dalam Al Fatawa,

menyebutkan :

Sesungguhnya mengupah membaca al Quran di atas kubur pada tempoh tertentu adalah

dibolehkan sebagaimana (dibolehkan) mengupah orang untuk azan dan mengajar al Quran.

4. Faedah yang boleh diambil dari kandungan hadis tersebut.

i. Membaca Al-Quran dan susah menyebutnya akan mendapat dua pahala.

ii. Mukmin yang membaca Al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

iii. Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang roboh.

iv. Sesiapa yang lebih fasih membaca Al-Quran akan lebih layak menjadi imam solat

berjemaah.

Anda mungkin juga menyukai