Anda di halaman 1dari 18

MONDAY, AUGUST 19, 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian


dan Implikasi Perdagangan Malaysia

Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan


dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang
sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya
terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?

Sebelum kita membicarakan TPPA dengan lebih lanjut, eloklah kita melihat isu
perjanjian perdagangan global WTO dan serantau seperti APEC, AFTA yang
sediada yang boleh dikaitan dengan TPPA.  Jika tanpa mengetahui organisasi dan
perjanjian-perjanjian tersebut, dikhuatiri anda akan tersasar fokus dan tidak dapat
memahami mengapa perjanjian TTPA itu amat diperlukan.

Di samping hubungkait antara beberapa klaus dalam perjanjian FTA misalnya


yang dijadikan kesinambungan kepada perjanjian TPPA.  Maka penekanan juga
diberikan kepada isu-isu FTA terutamanya hubungan Perjanjian FTA Malaysia-
Amerika Syarikat.
Disenaraikan beberapa organisasi dan perjanjian perdagangan yang penting :

 WTO – World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Ia adalah sebuah organisasi perdagangan dunia yang berfungsi untuk mengatur dan
mengawalselia perdagangan antarabangsa.  Diditubuhkan pada 1 Jan. 1995 bagi
menggantikan General Agrement on Tariffs and Trade (GATT) yang ditubuhkan
selepas Perang Dunia Kedua. Kini WTO dianggotai oleh 143 buah negara
termasuk Malaysia. Setiap perbincangan yang melibatkan perdagangan dunia akan
dilakukan serta dirujuk melalui WTO yang beribupejabat di Genewa, Switzerland.
 APEC – Asia Pacific Economic

Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan dianggotai oleh 12 buah negara pengasas di
Asia Pasifik termasuk Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan
pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Pasifik. Selepas tahun 1993, APEC
menerima banyak keanggotaan baru sehinggalah kini berjumlah 21 buah negara
termasuk Hong Kong sebagai entiti yang berasingan dari China.

Forum ekonomi APEC mempunyai jurang perbezaan yang luas dalam sistem
politik, sosial, institusi kebudayaan dan tingkat pembangunan ekonomi yang
berbeza.

Negara-negara yang menganggotai APEC ialah : Australia, Brunei, Kanada, Chile,


Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zeealand,
Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika
Syarikat dan Vietnam.
 AFTA – ASEAN Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani pada tahun 1995, ia hanya dianggotai oleh
enam buah negara pengasas ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,
Singapura dan Thailand. Kini AFTA mempunyai 10 keanggotaan negara-negara
ASEAN yang kemudian penerimaannya dibuat antara tahun 1995 hingga 1997.

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkat daya saing ASEAN
sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan
halangan tariff dan bukan tariff dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya
AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang
sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih
cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan
peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran
yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluran secara besar-
besaran.
 FTA – Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas

Ia adalah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat.
Tujuannya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna.
Barang-barang yang kompetatif di pasaran boleh beredar dan di pasarkan tanpa
sekatan cukai bertindih iaitu percukaian satu hala dari negara asalnya.  Kebiasaan
isu-isu percukaian, halangan birokrasi, perjanjian-perjanjian sediada, masalah
teknikal dalam urusan kastam dan imigresen menjadi halangan.
 
   
Pada asalnya perjanjian FTA lebih menjurus kepada penjualan dan pembelian
barangan antara negara-negara yang terlibat. Tetapi akhir-akhir ini versi FTA lebih
melibatkan isu-isu lain seperti import dan eksport perkhidmatan, harta intelek,
pergerakan tenaga mahir dan teknokrat, pengurusan kanan dan lembaga pengarah. 
Dan yang terbaru ialah hubung kait di antara perdagangan barangan dengan
perkhidmatan serta pelaburan.

Antara kelebihan FTA ialah apa jua barangan boleh dimport dan dieksport ke
seluruh dunia. Dalam dunia globalisasi dan ledakan internet, permintaan dan
penawaran barangan dan perkhidmatan yang berasaskan internet boleh dipasarkan
ke seluruh dunia dengan pantas. 

Ia membuka peluang e-commerce dan e-pembayaran yang tiada batasannya.


Dengan teknoloji kejuruteraan dan bioteknoloji membolehkan pengeluaran produk
ke tahap yang lebih tinggi. Di samping pengedaran produk yang meluas bagi
meminimakan lambakan barang-barangan. Seterusnya pengguna akhir amat
beruntung dengan mendapat produk dengan harga yang murah.
Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India, 
Chile, New Zealand dan Australia secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula
telah menandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India
dan Jepun. Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Kesatuan Eropah dan
Turki.

Bagi Malaysia, Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat yang ditandatangani


dalam tahun 2010 lebih menonjol berbanding dengan blok negara-negara lain. Ini
kerana Malaysia mengeksport banyak barangan perkilangan, perabot, komoditi dan
sebagainya. Mengikut perangkaan tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke 18
sebagai negara sumber import bagi Amerika Syarikat dan negara ke 10 terbesar
dalam dagangan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia.  Malaysia adalah
pengeksport terbesar dari kalangan negara-negara Asean dengan nilai RM12.6
bilion, diekori oleh Thailand dan Vietnam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS, eksport Malaysia ke
Amerika Syarikat dalam dua bulan pertama 2012 bernilai AS$4.062 bilion
(RM12.6 bilion), meningkat 2.63 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  
Syarikat Malaysia perlu meneroka bidang perniagaan yang menjanjikan
pertumbuhan yang akhirnya akan membolehkan Malaysia, bergerak daripada
pembekal komoditi kepada pengeksport produk berteknologi tinggi.
Dengan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat, ia menjadi landasan kepada
syarikat-syarikat Malaysia untuk lebih mudah memasuki pasaran Amerika Syarikat
berbanding negara-negara yang tidak berbuat demikian.
Walaupun FTA Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan banyak menguntungkan
Malaysia, namun terdapat beberapa kesan negatif yang secara langsung atau tidak
langsung yang memberi impak terhadap kos beberapa sektor seperti :

 Perubatan

Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan
oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut
keuntungan. Namun sehingga kini, kita masih tidak nampak kesan yang ketara atas
peraturan ini.

 Pertanian

Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan
menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan
tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian.

Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan
dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah
berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Namun demikian ia hanya memberi
kesan yang sedikit lantaran pergantungan terutama beras yang diimport dari
negara-negara ASEAN menjadi pilihan.  Walaupun Amerika Syarikat mengeksport
beras dengan harga yang murah. Untuk pengetahuan, bahawa AS adalah
pengeksport ketiga terbesar dunia bagi komuditi beras yang menyamai Vietnam.

Produk pertanian keluaran Amerika Syarikat yang lain lebih kepada pertanian
empat musim yg tidak terdapat di Malaysia.  Jadi ia tidak membimbangkan malah
memberi kebaikan kepada kita lantaranpenawaran harga yang lebih murah. Ini
disebabkan AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada
pertanian mereka.

 Perkhidmatan

AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna


membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat
telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan,
perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan,
jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran. 

Walaupun demikian, ia masih tidak menampakkan kesan buruk yang ketara


terhadap sektor perkhidmatan negara, bahkan dari sudut pelaburan ia menjadi
penyumbangkan kepada pelaburan terus asing (foreign direct investment or FDI).

 Pekerja

Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya


dikurangkan yang menyebabkan barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi
lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan.
Namun demikian, kita harus memahami, kita hanya mengurangkan tarif tetapi di
pihak AS terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pekerja-pekerja yang
menghasilkan barang yang sama.

Dan jika kita dapat membuat peningkatan efisiensi terhadap kualiti dan


kuantiti dengan disebabkan saingan yang hebat, sudah tentu kita masih berada
di pihak yang beruntung.  Secara tidak langsung, para pekerja Malaysia akan lebih
cemerlang dengan iltizam untuk memasuki pasaran global daripada hanya
memikirkan pasaran tempatan sahaja.
 TPPA – Trans Pacific Partnership Agreeement atau Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik

Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin


sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia
lebih merangkumi negara-negara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik.

TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei
Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari
tahun 2005 lagi,  walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi
mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik.
Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga
dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara
pengasas kumpulan ini.

Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama
lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan
New Zealand.

Kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga
negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara
berpendudukan kecil. Bagaimana negara-negara kecil kependudukan ini
tetapi berjiwa besar dapat terfikir bahawa gagasan mereka ini boleh mendatangkan
manfaat kepada negara mereka melalui satu perkongsian perdagangan global.
Sudah tentunya mereka mempunyai visi yang jauh untuk menyemarakkan potensi
rakyat, sumber kekayaan dan perkhidmatan serta kepakaran intelek untuk
dikongsikan bersama. 

Perlu diingat, akhirnya gagasan penubuhan TPPA ini telah menerima rakan-rakan
baru seperti Malaysia, Australia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat, Mexico dan
Kanada yang berjumlah 11 buah negara.

Sebenarnya masih banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP
tersebut, malah Jepun telah mengadakan satu pungutan suara khas bagi
mendapatkan mandat untuk menyertainya. Dengan kemasukan Jepun dalam forum
TPPA ini yang baru saja diterima, maka jumlah keanggotaannya kini ialah 12 buah
negara.

Adalah tidak benar bahawa penggubalan TPPA adalah sebuah penjajahan bentuk
baru oleh Amerika Syarikat dengan kelangsungan FTA yang sedia ada, seperti
yang diuar-uarkan oleh ramai pihak. Mereka sesungguhnya tidak memahami
keseluruhan dimensi spectrum dan perjalanan organisasi perdagangan
dunia. Janganlah melihat bahawa negara yang paling besar dan berpengaruh ialah
Amerika Syarikat maka menidakkan kesebelasan negara-negara lain pula.

Apakah rakyat Malaysia masih lagi di takuk lama, masih mengimpikan beberapa
kes dalam FTA dan NAFTA yang dianggotai oleh Mexico, Amerika Syarikat dan
Kanada dahulu yang pernah mencetuskan fenomena negatif lalu menolak
TPPA ? Malah dalam pemikiran kita masih beranggapan TPPA sama seperti FTA
Malaysia-Amerika Syarikat,sedangkan yang kita rundingkan sekarang
ialah perkongsian antara 12 buah negara. 
Memang tidak dinafikan bahawa kempat-empat negara pengasas TPPA
iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile tidak mampu untuk menggerakan
momentum bagi melaksanakan gagasan yang sebesar itu, maka peranan negara-
negara yang lebih besar seperti Amerika Syarikat adalah diperlukan.Untuk
pengetahuan, nama asal forum ekonomi ini dinamakan sebagai Trans-Pasific
Strategic Economic Partnership Agreement atau TPSEP yang bertujuan untuk
meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.

Maka pentadbiran Barrack Obama telah memulakan inisiatif untuk


mengembangkan gagasan tersebut dalam satu persidangan APEC dalam tahun
2009.  Ianya disusuli dengan mensyuarat kali pertama TPPA yang diadakan pada
bulan Mac 2010 di Melbourne, Australia. 
  
Sehingga kini mesyuarat dan rundingan TPPA telahpun dijalankan sebanyak 18
kali, manakala yang ke 19 akan diadakan di Brunei Darussalam pada 23-30 Ogos
nanti. Disenaraikan tarikh dan tempat mesyuarat dan rundingan yang lepas-lepas
untuk rujukan. 

Ini bagi menunjukkan bahawa mesyuarat dan rundingan-rundingan telah diadakan


secara sama rata di kalangan negara-negara anggota, bukanlah ianya diadakan di
Amerika Syarikat sahaja. Ini bagi menempelak cakap-cakap serta perkhabaran
yang tidak betul bahawa forum ekonomi ini menjadi telunjuk imperialis Amerika
Syarikat. Mereka yang bercakap demikian adalah terdiri dari yang tidak suka
membaca dan menganalisa sesuatu isu, lalu mengambil pendirian orang lain
sebagai pendirin sendiri.
Kali pertama  : Melbourne, Australia Mac 15-19, 2010
Kali kedua :  San Francisco, California, Jun 14-18, 2010
Kali ketiga : Brunei, Oktober 4-9, 2010
Kali keempat : Auckland, New Zealand, Disember 6-10, 2010
Kali kelima : Santiago, Chile, Februari 14-18, 2011
Kali keenam : Singapore, Mac 24-April 1, 2011
Kali ketujuh : Ho Chi Minh City, Vietnam, Jun 15-24, 2011
Kali kelapan : Chicago, Illinois, September 6-15, 2011
Kali kesembilan : Lima, Peru, Oktober 22-29, 2011
Kali kesepuluh : Kuala Lumpur, Malaysia, Disember 5-9, 2011
Kali kesebelas : Melbourne, Australia, Mac 2-9, 2012
Kali keduabelas : Dallas, Texas, Mei 8 - 18, 2012
Kali ketigabelas : San Diego, California, Julai 2-10, 2012
Kali keempatbelas : Leesburg, Virginia, September 6-15, 2012
Kali kelimabelas : Auckland, New Zealand, Disember 3-12, 2012
Kali keenambelas : Singapore, Mac 4-13, 2013
Kali ketujuhbelas : Lima, Peru, Mei15-24, 2013
Kali kelapasbelas :  Kota Kinabalu, Malaysia, Julai 15-24, 2013
Kali kesembilanbelas : Brunei, 23-30, Ogos, 2013

Australia :  2 kali
Amerika Syarikat : 5 kali
Brunei : 2 kali ( +1 kali lagi semasa menandatangan perjanjian TPPA pada Oktober
nanti)
New Zealand : 2 kali
Chile : 1 kali
Vietnam : 1 kali
Singapura : 2 kali
Peru : 2 kali
Malaysia : 2 kali 

Dalam 5 kali perundingan terakhir dijalankan di luar Amerika syarikat iaitu di New
Zealand, Singapura, Peru, Malaysia dan Brunei. Ini memperlihatkan bahawa
negara-negara kecil sekalipun memainkan peranan yang besar dalam
merundingkan TPPA. 

Ianya tidak sama dengan perundingan FTA Amerika Syarikat-Malaysia yang


samada di jalankan di Malaysia atau Amerika Syarikat sahaja. Di mana dalam
perundingan seperti ini, kita tidak mempunyai suara lain untuk menyokong
permintaan kita. Namun dalam perundingan TPPA, suara-suara dari 12 negara lain
telah disatukan. Apakah ini tidak cukup untuk mengatakan ia sesungguhnya satu
perkongsian idea bagi kemakmuran ekonomi serta perdagangan di rantau Asia
Pasifik?  

Tidak dinafikan, seperti perjanjian FTA yang lain, kita juga mempunyai alasan
untuk menzahirkan keperihatinan terhadap masa depan rakyat dan negara. Namun
sudah tentu pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
yang mewakili Malaysia dalam rundingan ini telah mengambilkira pelbagai faktor
yang membabitkan hak-hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia dan negeri-negeri serta keperluan untuk melindungi
kelompok-kelompok tertentu. 

Begitu juga kita masih mengamalkan sikap dasar perlindungan terhadap beberapa
skop industri, sesetengah perkhidmatan dan keperluan untuk melindungan GLC
sebagai satu entiti kerajaan dalam pemerolehan negara dan mensejahterakan
rakyat.  Di samping itu memberi penekanan bahawa kerajaan akan sentiasa
memberi perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya
dari kalangan Bumiputra.

Difahamkan pihak MITI kini sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula dan
penyesuaian yang bukan sahaja diterima oleh rakyat tempatan tetapi juga di
peringkat antarabangsa. Namun kita harus memahami dalam perundingan
antarabangsa yang mana setiap negara juga mempunyai kepentingan yang tidak
sama, maka satu penyelesaian dan tolak-ansur serta kompromi harus diterima. Kita
tidak seharusnya terus-menerus menegakkan pendirian masing-masing yang
akhirnya tiada sebarang persetujuan. Inilah yang sering terjadi pada setiap kali
perundingan WTO menemui jalan buntu.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa jika kita tidak menyertainya, maka kita
telah terkebelakang dan apabila menyedari nanti, orang-orang lain sudahpun
merebut peluang ini. 

Secara keseluruhannya, TPPA sebagai sebuah perjanjian yang mencakupi pelbagai


isu seperti perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta
kelastarian sejagat, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPPA diberi kebebasan untuk


menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian
daripada perjanjian. Ini adalah satu bentuk pengecualian yang mana setiap negara
mempunyai hak-hak tertentu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ia
adalah satu pengiktirafan yang memberi jaminan bahawa kelangsungan setiap
polisi yang terkecuali itu dapat diteruskan dalam negara masing-masing.

Maka apakah kelebihannya jika kita turut menandatangai perjanjian ini yang bakal
diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Oktober nanti? Dikhabarkan bahawa
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dijangka akan menghadiri majlis yang
bersejarah ini.

Sejak beberapa bulan ini, banyak laporan dan persepsi negatif yang dilontarkan
oleh segelintir blogger dan NGO yang keterlaluan, seolah-olah bahawa TPPA akan
menjadi medan untuk menjual negara dan sebagai penghambaan kepada negara-
negara maju.  

Namun demikian, mereka tidak nampak dari segi positif di mana kita akan meraih
manfaat lebih-lebih lagi golongan usahawan Melayu dan Bumiputra untuk pergi
jauh ke peringkat global dengan jumlah pasaran yang tidak terhad dalam
pemasaran produk-produk berbentuk barangan ataupun perkhidmatan dari pelbagai
bidang.

Kita harus memahami dalam kerangka perjanjian besar yang menyerupai WTO,
negara-negara yang menyertai TPPA adalah terdiri daripada negara-negara Selatan,
yakni negara-negara sedang membangun,negara-negara yang hampir mencapai
taraf negara maju dan juga blok negara-negara maju. Maka jurang antaranya juga
adalah besar. Sebagai negara kecil yang dari blok negara-negara Selatan sekalipun
tidak rela diperkotak-katikkan, dan begitu juga negara-negara maju juga tidak akan
sewenang-wenangnya memperkecilkan negara-negara yang baru membangun. 

Mereka akan memperluaskan konsep perkongsian menang-menang di mana pihak-


pihak yang terlibat akan diajak berunding dalam suasana yang menguntungkan
bersama. Sebab itulah ia juga dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.  Ia
juga menepati cara Malaysia melancarkan konsep perkongsian pintar
Langkawi yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad di kalangan negara-
negara Selatan dahulu.

Seperti dalam perjanjian WTO malah AFTA sekalipun yang dilakukan dalam
kalangan negara-negara ASEAN, banyak kelonggaran dan pelanjutan tempuh
waktu matang bagi pelaksaan sesuatu ketetapan terutamanya dari segi tariff. Ianya
bertujuan sehingga satu tahap sesebuah negara itu mampu untuk bersaing dan
membuka pasaran dari negara-negara yang menyertainya. 

Dalam masa yang sama, ia menjadi pemangkin kepada negara-negara ini untuk
terus berusaha dengan cepat, dan jika dia gagal maka sudah tentu menggugat
survivalnya. Jadi apakah ini kita jadikan alasan untuk tidak menerima TPPA?

Antara isu-isu yang dirundingkan ialah mengenai hakcipta yang perlu diselesaikan.
Malah ia juga menjadi isu bagi negara-negara lain. Jika negara-negara lain sanggup
juga berkompromi, apakah kita ini terlalu banyak harta intelek yang boleh
dieksport berbanding harta intelek yang akan masuk ke sini di mana akan
dimanfaatkan oleh kita. 

Jika dahulunya kita memikirkan dalam masa 50 tahun nilai harta intelek itu
mencapai satu target yang diingini dalam pasaran konvensional, tetapi dengan
pasaran yang begitu luas dalam TPPA, mungkin ia hanya memerlukan 20-30 tahun
atau kurang daripadanya untuk mencapai tahap itu. Maka apakah tempuh
selebihnya itu tidak dianggap sebagai satu bonus?  
Dengan termeterainya TPPA nanti, kita juga dapat memperkembangan industri
yang berasaskan pengetahuan pakar dan harta intelek. Inovasi dalam sains dan
teknoloji seperti perisian komputer, penulisan buku-buku dan segala aktiviti-
aktiviti berkaitan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan pantas serta dalam
kuantiti yang banyak. Akhirnya kita akan memperolehi keuntungan yang besar
sementelah dunia disambungkan dengan kecanggihan teknologi internet.

Itu hanya sebahagian kecil daripada manfaat yang diperolehi daripada 29


bidang yang dibincangkan dalam TPPA. Selain daripada strategi ekonomi, ianya
juga meliputi bidang kesihatan umum, alam sekitar dan sistem kehakiman. Kelima-
lima bidang ini dilabelkan sebagai perjanjian perdagangan.  

Merujuk kepada sumber-sumber kerajaan, Perjanjian TPPA ini berkemungkinan


besar akan ditandatangani oleh Malaysia tetapi tidak terburu-buru dengan  batas
waktu tersebut lantaran masih banyak perkara yang perlu ditangani terlebih dahulu.

Di sebaliknya juga, kerajaan  memandang pembukaan pasaran yang begitu luas


untuk beberapa industri terutamanya sektor automotif yang dipelopori oleh negara
seperti Proton dan Perodua. Dengan pasaran tersebut, jumlah kuantiti yang dapat
dieksport boleh memberi impak bagi industri permotoran dalam skala yang lebih
besar. Secara tidak langsung ia akan menurunkan harga unit pengeluaran kereta-
kereta Proton dan Perodua disebabkan kos pengeluaran semakin rendah. Cara yang
sama telah dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan.

Ditulis oleh : Hisemudin Kasim


19.08.2013

Anda mungkin juga menyukai