Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH

SYA3262

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

PENGURUSAN ISLAM DAN CABARAN ABAD KE-21

NAMA : NORADILAH HANUM BT. AHMAD JAFRI

NO. MATRIK : 2014005187

NO. KUMPULAN : 1

NAMA PENSYARAH : PUAN NOOR HILYATI BT. ALILAH

SEMESTER III (KHAS) 2014/2015

1
RUJUKAN BIOGRAFI PENUH

 Tajuk: Pengurusan Islam Abad ke-21 Revolusi Pengurusan untuk Keunggulan Sektor
Awam
 Pengarang: Wan Liza Othman Wan Omar
 Sumber: Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd
 Tarikh: Terbitan Pertama 1996, Ulang Cetak 1997

PENGENALAN

Abad ke-21 yang akan datang bakal menyaksikan pelbagai perkembangan baru yang
rencam dan menakjubkan baik dari segi sains dan teknologi mahupun dari sudut perubahan
ekonomi, geopolitik dan social.

Di peringkat nasional pula kita juga akan dihadapkan dengan pelbagai cabaran baru
dan serpihan daripada cabaran atau masalah lama yang belum beres dan akan berdepan
dengan beberapa fenomena baru.

Maka, senario global dan nasional tidak perlu ditangani dan didepani oleh jentera
pentadbiran awam dan sektor korporat di Malaysia. Oleh kerana Islamisasi pentadbiran
awam dan pengurusan korporat merupakan satu proses yang berpanjangan, gerakan
tersebut sudah pastinya akan terus relevan dan tetap meluncur dalam abad ke-21 yang
akan datang. Arus Islamisasi ini hanya akan terhenti pergerakannya jika berlaku perubahan
ataupun pergolakan drastik dalam politik negara yang menentang gagasan tersebut. Walau
bagaimanapun, jika senario hitam ini tidak berlaku, maka trend-trend sosio-politik yang sedia
ada baik di Malaysia sendiri mahupun di peringkat dunia Islam telah memberikan indikasi
yang kuat dan positif bahawa proses Islamisasi ini akan menjadi bertambah rancak dan
bersemarak di kala kita menyonsong tahun 2000 yang akan datang.

KAJIAN LEPAS

1) Analisis Michael Elliot dalam majalah Newsweek (14 November 1994) mengenai
rasuah menunjukkan bahawa perbuatan terkutuk ini boleh menjahanamkan usaha-
usaha reformasi pasaran di kebanyakan negara membangun pada masa kini dan
menjejas pertumbuhan ekonomi mereka.
2) Penulis Barat seperti Prof.Samuel Huntington (Foreign Affairs, Jilid 72, No.3, 1993)
meramalkan akan berlaku a clash of Civilizations di antara dunia Barat dan Islam
pada abad ke-21 yang akan datang.

2
3) Pengarang majalah Time (15 Jun 1992) dengan artikel yang begitu provokatif
tajuknya, The Sword of Islam pula telah mengatakan bahawa, “With the death of the
Soviet empire, some Western policy – makers are concerned whether Islamic
‘fundamentalism’ – may shape up as the next millennial threat to liberal democracy.”
4) Menurut Leon T. Hadar (1993) dari American University School of International
Service, “Bahaya Hijau” atau The Green Peril ini didenifisikan dengan warna Islam
yang disebutkan sebagai “a cancer spreading around the globe, undermining the
legitimacy of Western values and threatening the national security of the United
States.” (Foreign Affairs, Jilid 72,No.2 Spring : 27-42).
5) Menurut Philip B. Crosby dalam buku beliau, Competitiveness : Quality for the 21st
Century (1992) menjelaskan: “Just about everything is different as we approach the
21st Century. An organisation must be managed completely with a foundation of
zero-defects as its operating philosophy. As change is rapid and continuous, the
company (Organisations) must be stready and determined. In the future, there will be
so much data generated, almost all of it from the bottom of the organisation, that it
will seem to rise up. The successful managers will be those who can establish and
implement the proper vision, obtaining the best performance of people in the
process.”

Ringkasan

Cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi


bersama.
b) Membina masyarakat yang bermoral dan beretika.
c) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
d) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
e) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Strategi untuk mengelakkan korupsi dalam dalam perkhidmatan awam:

a) Pihak pengurusan di setiap jabatan hendaklah sentiasa mengemaskinikan sistem


organisasi, mengenal pasti kelemahan dan menentukan ciri pengawalan dalaman.
b) Pengawasan yang efektif oleh pengurusan atasan ke atas kakitangan bawahan.
c) Menguatkuasakan disiplin dan bertindak dengan tegass ke atas mana-mana staf
yang melanggar peraturan, etika dan undan-undang.

3
d) Para pegawai hendaklah mengawal nafsu supaya mereka tidak terjebak dalam
gejala rasuah.

RESPONS PERIBADI KEPADA ARTIKEL

Pada pandangan peribadi saya, memilih tajuk Pengurusan Islam Dan Cabaran Abad Ke-21
adalah kerana, di dalam tajuk inilah kita dapat mengetahui fungsi Islamisasi ilmu yang telah
kita huraikan sebelum ini dalam menapis unsur-unsur luar mengikut acuan atau paradigma
Islam. Di samping itu, kita boleh mengaplikasikan doktrin siasah syariah secara fleksibel
untuk menerima mana-mana idea yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.
Islam di kalangan penduduk Islam di Malaysia akan menjadi faktor pendesak ke arah
melaksanakan Islamisasi secara lebih menyeluruh. Semangat kesedaran baru Kita juga
dapat bersiap sedia dalam menangani cabaran yang susah ini dan terus meningkatkan daya
saing dalam menuju ke arah abad ke-21 yang akan datang.

ISU

(Cabaran-Cabaran Utama Pengurusan Islam Pada Abad Ke-21)

a) Merealisasikan Wawasan 2020.

Seperti yang telah dicetuskan oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, mengimpikan Malaysia
sebagai sebuah negara perindustrian maju menjelang tahun 2020. Oleh kerana, gagasan ini
ialah tahun 2020, ini bermakna warga Malaysia, termasuk golongan pentadbir awam selaku
penggerak misi dan dasar kerajaan, akan terus berdepan dengan cabaran ke arah
mencapai aspirasi wawasan pada abad ke-21 yang akan datang.

b) Menentang korupsi.

Salah satu barah masyarakat yang utama ialah rasuah. Amalan rasuah ini akan terus wujud
di Malaysia pada abad ke-21 yang akan datang, Cuma dari segi tahap penularannya kurang
dapat kita pastikan.

c) Isu-isu sosiobudaya.

Masyarakat Malaysia juga sering dihadapkan dengan pelbagai kemelut sosial yang amat
mengkhuatirkan. Masalah-masalah penagihan dadah, keruntuhan moral remaja, gejala
‘lepak’, jenayah juvana, kes penceraian dan lain- lain lagi. Di kala kita melangkau ke abad
ke-21, inilah di antara isu-isu pokok yang perlu dihadapi oleh para pentadbir awam, pembuat
dasar sosial dan pendidikan serta golongan korporat pada masa depan.

d) Menangani perubahan.

4
Abad ke-21 yang akan datang sudah tentunya akan dihujani dengan perubahan yang
pantas dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang keilmuan dan pemikiran.

e) Kemunculan ‘Abad Asia’

Beberapa para pemikir Barat telah meramalkan bahawa berdasarkan kepada


pertumbuhanekonomi yang pesat di kebanyakan negara Asia pada masa kini, abad ke-21
yang akan datang adalah ‘Abad Asia’.

KESIMPULAN

Konklusinya, jalan yang paling mudah ialah menerima semuanya secara mudah, sementara
jalan yang ekstrem pula ialah menolak segala idea yang berasal dari dunia Barat.
Pendekatan yang paling munasabah ialah yang mengambil jalan tengah iaitu menerima
mana yang baik dan sesuai serta menolak mana yang buruk dan berlawanan dengan nilai-
nilai agama dan budaya kita. Terdapat kecenderungan memberansangkan di kalangan para
pemimpin dalam parti pemerintah yang terbesar di negara ini untuk melihat Islam dijadikan
teras kepada sistem pemerintahan di negara ini. Pendekatan yang serba kreatif yang
terbuku ini akan dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi dalam menghadapi era
perubahan menjelang abad ke-21 yang akan datang tanpa membuang nilai-nilai dalam
tradisi dan khazanah bangsa.

RUJUKAN

1) Rujukan Buku
a) Wan Liza Wan Othman (Terbitan Pertama 1996, Ulang Cetak 1997) pengurusan
Islam untuk abad ke-2; revolusi pengurusan untuk keunggulan sektor awam dan
korporat. Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd.

5
6

Anda mungkin juga menyukai