Anda di halaman 1dari 16

KEDUDUKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR DI DALAM AL-QURAN

Sesungguhnya amar ma’ruf (menyuruh berbuat kebaikan) dan nahi mungkar (melarang

berbuat kemungkaran), adalah garis lurus yang terbesar dalam agama. Maka secara umumnya,

amar ma’ruf nahi mungkar adalah perbuatan mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan

kemungkaran berdasarkan syarat dan garis panduan serta petunjuk dari Al-Quran dan As-

Sunnah..Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah salah satu dasar dalam agama yang dengannya

kebaikan menjadi jelas dan tersebar. Manakala kemungkaran berkurang, tersembunyi, dan

menghilang.

Metodologi Tafsir Tematik :

Bil Surah Ayat

.
1 Ali-I’mran (3) 104, 110, 114
2 Al-Maidah (5) 78-79
3 Al-A’raf (7) 157, 199

4 At-Taubah (9) 67, 71, 112

5 Al-Hajj (22) 41

6 Luqman (31) 17

MAKKIYAH MADANIYAH
SURAH AYAT SURAH AYAT
Al-A’raf (7) 157, 199 Ali-I’mran (3) 104, 110, 114
Luqman (31) 17 Al-Maidah (5) 78-79
At-Taubah (9) 67, 71, 112
Al-Hajj (22) 41

 Kewajipan berdakwah kepada Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Firman Allah SWT :

َ ‫وف َويَهْن َ ْو َن َع ِن الْ ُم ْن َك ِر ۚ َوُأولَٰ ِئ َك مُه ُ الْ ُم ْف ِل ُح‬


104 ‫ون‬ ِ ‫ون اِب لْ َم ْع ُر‬ َ ‫َولْ َت ُك ْن ِمنْمُك ْ ُأ َّم ٌة يَدْ ع‬
َ ‫ُون ىَل الْ َخرْي ِ َويَْأ ُم ُر‬
‫ِإ‬
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada

kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah

orang-orang yang beruntung. (Ali-’Imran,

3 : 104)

Ayat tersebut menyeru agar manusia melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada

kebaikan dan mencegah terjadinya kemungkaran. Di dalam ayat ini Allah SWT telah

menetapkan bahawa tugas menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah Fardhu

Kifayah yang wajib kepada umat Islam. Apabila hukum ini dicuaikan maka akan berdosalah

seluruh umat itu.

Tugas berdakwah adalah menyeru manusia ke jalan Allah dan menjauhi jalan-jalan Syaitan

adalah tugas semua. Namun yang diberatkan untuk tugas ini ialah golongan ulama atau orang-

orang yang berilmu. Sementara bagi masyarakat umum pula menjadi kewajipan bagi mereka

untuk belajar dan berusaha menambah pengetahuan Islam.


Tafsir Fi Zhilalil Quran (Sayyid Qutbh) : Haruslah ada segolongan manusia yang menyeru

kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Apabila

dakwah dilaksanakan oleh individu yang kurang bidang kuasaannya, maka agak sukar untuk

dijalankan dakwah tersebut tetapi suruhan berdakwah itu tetap digalakkan kepada setiap umat

Islam. Oleh kerana itu, dakwah kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran ini

bukanlah tugas yang ringan dan mudah tetapi tidaklah sehingga menyebabkan berlakunya

perpecahan dan keretakan dalam sesuatu perhubungan itu.

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Jalan terbaik untuk bersatu dalam sesuatu kebenaran di

bawah naungan Al-Quran dan RasulNya, adalah dengan menjadi umat yang mengajak segala

bentuk kebaikan dunia dan akhirat, menyeru kepada kewajipan membantu manusia kepada

kebaikan bersama dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf nahi munkar, al-amr bi al-ma'ruf

wa al-nahy 'an al-munkar). Mereka yang mengamalkan prinsip itu dalam kehidupan seharian

adalah orang-orang yang memperolehi ganjaran yang berlipat kali ganda.

• Keutamaan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Firman Allah SWT :

‫ون اِب هَّلل ِ ۗ َولَ ْو آ َم َن َأه ُْل ْال ِكتَ ِاب لَاَك َن‬
َ ُ‫وف َوتَهْن َ ْو َن َع ِن الْ ُم ْن َك ِر َوت ُْؤ ِمن‬
ِ ‫ون اِب لْ َم ْع ُر‬
َ ‫ُك ْنمُت ْ َخرْي َ ُأ َّم ٍة ُأ ْخ ِر َج ْت ِللنَّ ِاس تَْأ ُم ُر‬

َ ‫ون َوَأ ْكرَث ُ مُه ُ الْ َف ِاس ُق‬


110 ‫ون‬ َ ُ‫َخرْي ً ا لَه ُْم ۚ ِمهْن ُ ُم الْ ُم ْؤ ِمن‬

Maksudnya : Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh

kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya

Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

(Ali-’Imran, 3 : 110)

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa pentingnnya keutamaan amar ma’ruf dan nahi

mungkar. Ini kerana, ianya menerangkan bahawa umat Islam dianggap umat terbaik, kerana

menyempurnakan diri dengan iman dengan melaksanakan segala perintah Allah, dan menyeru

pula orang lain berbuat ma'ruf dan mencegah yang munkar, berjihad mengembalikan mereka

daripada kesesatan dan kemaksiatan. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Bahawasanya di dalam

ayat ini terdapat seruan dari Allah SWT kepada Ahli Kitab untuk mereka beriman (masuk

Islam), namun kebanyakan daripada mereka menolak. Bahkan lebih dari itu, mereka malah

memusuhi orang-orang yang beriman dengan berbagai bentuk permusuhan, tetapi semua itu

tidaklah membahayakan kaum mukmin selain hanya gangguan kecil saja.”

Tafsir Fi Zhilalil Quran (Sayyid Qutbh) : Keimanan kepada Allah merupakan suatu kepastian

untuk meletakkan neraca yang betul bagi semua nilai dan untuk memberi takrif yang betul

kepada kema’rufan dan kemungkaran. Menurut Sayyid Qutbh dalam tafsirnya dalam himpunan

ayat ini menunjukkan bahawa kewajipan orang muslim di muka bumi dalam menyuruh kepada

kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Maka, bersesuaianlah dengan kemuliaan orang

muslim ini yang tidak dapat dimiliki oleh manusia yang lain. Menjalankan tugas-tugas sebagai

umat islam dengan baik dan mengharungi rintangan yang dialami dengan tabah. Tanggungjawab

sebagai khalifah Islam ini adalah melarang berlakunya kemungkaran, mengajak kepada

kebaikan, dan menjaga masyarakat dari unsur-unsur kemaksiatan. Semua itu harus disertai

dengan keimanan dan keikhlasan kepada Allah SWT.


 Kewajipan terhadap Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

Firman Allah SWT :

‫يُٰ ْٰؤ ِمٰ نُٰ وٰ َٰنٰ اِب هَّلل ِٰ َٰوٰ اٰلْٰ َيٰ ْٰو ِمٰ اٰآْل ِخٰ ِرٰ َٰوٰ يَْٰأ ُمٰ ُٰرٰ وٰ َٰنٰ اِب لْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰفٰ َٰوٰ يَٰهْن َٰ ْٰو َٰنٰ َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ َٰوٰ يُٰ َٰسٰ اٰ ِٰرٰ ُعٰ وٰ َٰنٰ يِف‬

114 ٰ‫اٰلْٰ َخٰ رْي َٰ اٰ ِٰتٰ َٰوٰ ُأ وٰلَٰ ِئٰ َٰكٰ ِمٰ َٰنٰ اٰلٰ َّٰصٰ اٰ ِلٰ ِحٰ َني‬

Maksudnya : Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada

yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai

kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh. (Ali-’Imran, 3 :

114)

Sebagaimana kaum mukmin beriman, mereka beriman kepada semua nabi yang diutus dan

semua kitab yang diturunkan, termasuk beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan kitab yang

diberikan kepada-Nya, iaitu Al-Quran. Sentiasa mengharapkan pahala dan menjauhkan diri

daripada segala perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Mereka memanfaatkan kesempatan yang

ada untuk menambah kebaikan. Hal ini tidak lain karena rasa cintanya mereka kepada kebaikan

dan mengetahui akan ganjaran yang akan diperolehi kelak.

Tafsir Fi Zhilalil Quran (Sayyid Qutbh) : Ayat ini menunjukkan bahawa Ahli Kitab mereka

telah beriman dengan iman yang benar, sempurna, dan menyeluruh. Mereka beriman kepada

Allah SWT dan hari akhirat. Mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim

dengan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Jiwa mereka tenang kepada kebaikan dan

berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan mereka termasuk dalam kalangan orang-orang

yang bertaqwa.
Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Golongan ini juga membenarkan wujudnya Allah dan

keesaanNya, wujudnya para rasul dan tidak menyembah selain daripada Allah SWT dan

membenarkan kedatangan hari kiamat, mengajak kepada ketaatan, melarang perbuatan maksiat

dan selalu bersegera dalam melakukan amalan kebaikankan. Mereka itu, menurut Allah SWT

termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.

• Celaan dan kutukan disebabkan meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar.

Firman Allah SWT :

َ ُ‫لُ ِع َن اذَّل ِ َين َك َف ُروا ِم ْن بَيِن رْس َ ائِي َل عَىَل ٰ ِل َس ِان د َُاوو َد َو ِعيىَس ا ْب ِن َم ْرمَي َ ۚ َذٰكِل َ ِب َما َع َص ْوا َواَك ن ُوا ي َ ْع َتد‬
‫ اَك ن ُوا‬78 ‫ون‬
‫ِإ‬
79 ‫ون‬ َ ُ‫اَل يَتَنَاه َْو َن َع ْن ُم ْن َك ٍر فَ َعلُو ُه ۚ ل َ ِبئْ َس َما اَك ن ُوا ي َ ْف َعل‬

Maksudnya : Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa

putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.

Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat.

Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (Al-

Maidah, 5 : 78-79)

Keterangan ayat tersebut adalah sangat tegas. Kerana ianya menerangkan sebab mereka

berhak mendapat balasan ialah disebabkan mereka meninggalkan nahi mungkar. bagi manusia

yang melihat kezaliman, kemudian tidak berusaha merubahnya, maka dikhuatirkan Allah akan

menurunkan seksaan kepada mereka.


Oleh itu, amar ma’ruf nahi mungkar tidak boleh dipandang remeh dan di cuaikan. Namun

dalam perlaksanaannya terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi. Ia mestilah dilaksanakan dengan

penuh hikmah dan kebijaksanaan serta tidak boleh sengaja mencari kesalahan individu yang lain,

kerana sengaja mencari-cari kesalahan juga adalah berdosa dan dibenci Allah SWT.

Menurut Tafsir Al-Sya’rawi : Ayat ini menunjukkan bahawa kemungkaran telah dibuat. Dari

ayat diatas boleh difahami bahawa mereka sudah tidak melarang perbuatan kemungkaran yang

dilakukan dan disebabkan itu telah dikutuk, dilaknat oleh Allah SWT yang merupakan umat dari

Bani Israel. Mereka menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Daud. Mereka melanggar

peraturan pada hari sabtu, sehingga mereka dikutuk menjadi kera. Mereka dilaknat dalam kitab

Zabur, kerana telah menyebarkan fitnah terhadap Maryam. Hal ini juga membuat mereka

dilaknat dalam Kitab Injil.

Menurut Al-Sya’rawi perkataan (‫وا‬DD‫ )عص‬derhaka pada ayat tersebut membawa maksud

bahawa pelanggaran terhadap perintah Allah SWT memberi akibat yang buruk kepada diri

sendiri. Kita hendaklah mengambil berat kepada seluruh manusia dan saling nasihat menasihati

agar tidak jatuh ke dalam lembah kemungkaran.

Perkataan (‫اهون‬DD‫ )يتن‬saling melarang yang membawa maksud apabila berlakunya suatu

kemungkaran, maka hendaklah melarangnya. Selain itu, membawa maksud kepada berhenti

(tidak melakukan) iaitu mereka terus menerus dan tidak berhenti daripada melakukan

kemungkaran. Ayat ini merupakan salah satu dasar tentang kewajipan dalam melaksanakan amar

ma’ruf nahi mungkar. Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, beliau berkata, “Saya mendengar Rasulullah

SAW, bersabda : “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia

mengubahnya, dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka hendaklah dengan lisannya. Dan
jika tidak mampu, mak hendaklah dengan hatinya. Ini merupakan (amalan) iman yang paling

lemah.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

• Suruhan untuk mengajak melakukan kebaikan.

Firman Allah SWT :

ٰ‫اٰذَّل ِٰ يٰ َٰنٰ يَٰتَّٰ ِبٰ ُعٰ وٰ َٰنٰ اٰلٰ َّٰرٰ ُٰسٰ وٰ َلٰ اٰلٰنَّٰيِب َّٰ اُٰأْل ِّمٰ َّيٰ اٰذَّل ِٰ يٰ جَي ِٰ ُٰدٰ وٰنَٰ ُهٰ َمٰ كْٰ ُتٰ وٰاًب ِعٰ نْٰ َٰدٰ مُه ْ يِف اٰلٰتَّٰ ْٰو َٰرٰ اٰ ِةٰ َٰوٰ اٰ جْن ِٰ يٰ ِل‬
‫ِإْل‬
ٰ‫ث‬َٰ ٰ‫يَْٰأ ُمٰ ُٰرٰ مُه ْ اِب لْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰفٰ َٰوٰ يَٰهْن َٰ اٰمُه ْ َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ َٰوٰ حُي ِٰ ُّلٰ لَٰ ُهٰ ُمٰ اٰلٰ َّطٰ ِ ّيٰ َبٰ اٰ ِٰتٰ َٰوٰ حُي َٰ ّٰ ِرٰ ُمٰ عَٰلَٰهْي ِٰ ُمٰ اٰلْٰ َخٰ َبٰ اٰ ِئ‬

ٰ‫َٰوٰ يَٰ َٰضٰ ُعٰ َعٰٰهْن ُٰ ْٰم رْص َٰ مُه ْ َٰوٰ اَٰأْل غْٰ اَل َلٰ اٰلَّٰيِت اَك نَٰ ْتٰ عَٰلَٰهْي ِٰ ْٰم ٰۚ فَٰاٰذَّل ِٰ يٰ َٰنٰ آ َمٰ نُٰوٰاٰ ِبٰ ِهٰ َٰوٰ َعٰ َّٰزٰ ُٰرٰ وٰ ُهٰ َٰوٰ نَٰرَص ُٰ وٰ ُه‬
‫ِإ‬
157 ٰ‫َٰوٰ اٰتَّٰ َبٰ ُعٰ وٰاٰ اٰلٰنُّٰوٰ َٰرٰ اٰذَّل ِٰ يٰ ُأ نْٰ ِزٰ َلٰ َمٰ َعٰ ُهٰ ٰۙ ُأ وٰلَٰ ِئٰ َٰكٰ مُه ُٰ اٰلْٰ ُمٰ فْٰ ِلٰ ُحٰ وٰ َٰن‬

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya)

mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh

mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar

dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang

buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti

cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang

beruntung. (Al-A’raf, 7 : 157)

Ma’ruf adalah perbuatan baik, atau perkara yang terpuji dan bermanfaat. Contohnya seperti

tauhid, solat, zakat, puasa, haji, menjaga hubungan silaturrahim, berbakti kepada kedua ibu bapa,

berbuat baik kepada jiran dan perkara memberi manfaat kebaikan kepada semua orang.
Mungkar adalah perbuatan keji, atau perkara yang dikenali keburukannya menurut akal dan

fitrah. Contohnya syirik, membunuh nyawa manusia tanpa alasan yang benar, berzina, meminum

minuman yang memabukkan, berbuat zalim kepada yang lain, dusta, dan sebangainya.

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Ayat ini menerangkan mengenai Nabi Muhammad

SAW, seorang rasul yang tidak dapat membaca dan menulis, yang ciri-cirinya dapat ditemukan

di dalam Kitab Taurat dan Injil. Nabi Muhammad SAW yang selalu mengajak kepada kebaikan

dan mencegah kepada kemungkaran. Baginda juga akan menghilangkan segala bebanan dan

kesulitan yang umatnya tanggung sebelum ini.

Firman Allah SWT :

199 ‫ُخ ِذ الْ َع ْف َو َوْأ ُم ْر اِب لْ ُع ْر ِف َوَأ ْع ِر ْض َع ِن الْ َجا ِه ِل َني‬

Maksudnya : Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta

berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Al-A’raf, 7 :

199)

Allah SWT berfirman supaya kita melakukan amalan kebaikan dan ajaklah manusia yang

lain melakukan kebaikan bersama supaya tidak tergolong dengan individu yang jahil. Jika di

kalangan kaum Muslimin hari ini tidak mempunyai sebarang usaha untuk mengubahnya, bahkan

dengan hati pun jauh sekali ingin melakukannya di samping langsung tidak mengambil peduli

tentang keadaan umat Islam di seluruh dunia, ini bererti imannya sudah pun hilang di dalam

dirinya dan kemungkaran akan tumbuh subur menyelimuti seluruh umat manusia.
Tafsir Al-Jalalain : Ayat ini menyeru agar (Jadilah engkau pemaaf) mudah memaafkan di

dalam menghadapi perlakuan orang, dan janganlah membalas perbuatan mereka itu (dan

menyuruh orang mengerjakan ma’ruf) perkara kebaikan (serta berpalinglah daripada orang-orang

yang bodoh) janganlah engkau melayani kebodohan mereka.

 Orang munafik menyuruh kemungkaran dan melarang perbuatan ma’ruf.

Firman Allah SWT :

ٰ‫اٰلْٰ ُمٰ نَٰاٰ ِفٰ ُقٰ وٰ َٰنٰ َٰوٰ اٰلْٰ ُمٰ نَٰ اٰ ِفٰ َقٰ اٰ ُٰتٰ بَٰ ْعٰ ُٰضٰ ُهٰ ْٰم ِمٰ ْٰن بَٰ ْعٰ ٍٰضٰ ٰۚ يَْٰأ ُمٰ ُٰرٰ وٰ َٰنٰ اِب لْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ َٰوٰ يَٰهْن َٰ ْٰو َٰنٰ َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰفٰ َٰوٰ يَٰقْٰ ِبٰ ُٰضٰ وٰ َن‬

67 ٰ‫َأ يْٰ ِدٰ هَي ُٰ ْٰم ٰۚ نَٰ ُٰسٰ وٰاٰ اٰهَّلل َٰ فَٰنَٰ ِٰٰس هَي ُٰ ْٰم ٰۗ َّنٰ اٰلْٰ ُمٰ نَٰاٰ ِفٰ ِقٰ َٰنيٰ مُه ُٰ اٰلْٰ َفٰ اٰ ِٰسٰ ُقٰ وٰ َٰن‬
‫ِإ‬
Maksudnya : Orang-orang munafik lelaki dan perempuan. sebahagian dengan sebahagian yang

lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang

ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah

melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.

(At-Taubah, 9 : 67)

Ayat ini menerangkan mengenai tingkah laku orang munafik yang membenci perbuatan

yang ma’ruf (baik) dan menyeru kepada kebaikan. Ini kerena tindakan itu berupaya menegakkan

ajaran Islam. Semua orang munafik hanya akan menyeru perbuatan mungkar (jahat) dengan

segala sifatnya. Mereka menyeru perbuatan syirik kepada Allah dan ibadah selain dariNya,

menyeru untuk meninggalkan solat. Selain itu, menyeru untuk memutuskan tali silaturrahim dan
menderhakai kepada kedua ibu bapa. Menggalakkan kepada pencurian, perzinaan dan melakukan

tradisi liwath (homoseksual) memang sangat disukai oleh orang munafik.

Mereka menyalurkan berbagai media informasi ke rumah-rumah kaum muslimin untuk

merosakkan akidah mereka dan mengeluarkan mereka dari kesucian diri. Mereka turut

menyebarkan berbagai fitnah di tengah-tengah kaum muslimin, sehingga kaum muslimin tidak

dapat melaksanakan kewajipan mereka dan berlaku perpecahan.

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Orang munafik, lelaki dan perempuan, adalah sama

iaitu melakukan dan menyeru berbuat kemungkaran, meninggalkan dan melarang berbuat

kebenaran, dan bakhil dalam mengeluarkan harta di jalan kebenaran. Masing-masing seperti

bahagian-bahagian dari satu benda yang saling melengkapi. Disebabkan mereka berpaling dari

Allah, maka Allah pun berpaling dan tidak akan memberi petunjuk kepada mereka. Mereka

adalah orang-orang yang tidak patuh kepada Allah.

 Lelaki muslim mahupun wanita muslimah wajib melaksanakan amar ma’ruf nahi

mungkar.

Firman Allah SWT :

َ ‫الصاَل َة َوي ُ ْؤت‬


‫ُون‬ َ ُ ‫وف َويَهْن َ ْو َن َع ِن الْ ُم ْن َك ِر َوي ُ ِقمي‬
َّ ‫ون‬ ِ ‫ون اِب لْ َم ْع ُر‬ ُ َ‫ون َوالْ ُم ْؤ ِمن‬
َ ‫ات ب َ ْعضُ ه ُْم َأ ْو ِل َيا ُء ب َ ْع ٍض ۚ يَْأ ُم ُر‬ َ ُ‫َوالْ ُم ْؤ ِمن‬

71 ‫ون اهَّلل َ َو َر ُسوهَل ُ ۚ ُأولَٰ ِئ َك َسرَي ْ مَح ُ هُ ُم اهَّلل ُ ۗ َّن اهَّلل َ َع ِز ٌيز َح ِك ٌمي‬
َ ‫َّالزاَك َة َوي ُ ِطي ُع‬
‫ِإ‬
Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka

(adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang

ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat

pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah

Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(At-Taubah, 9 : 71)

Setiap umat Islam di muka bumi ini, tidak kira lelaki mahupun wanita wajib dan amat

dituntut agar mengajak manusia yang lain kepada kebaikan dan mencegah mereka dari

melakukan kemungkaran. Kerja mencegah kemungkaran ini perlu dibuat oleh sesiapa sahaja

yang berdepan dengan perbuatan mungkar dan perlu mencegahnya dengan apa cara sekalipun.

Hinggalah apabila tidak mampu, ia mesti membenci perbuatan mungkar tersebut didalam hati.

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Orang-orang Mukmin, lelaki dan perempuan

hendaklah saling menyayangi dan membantu antara satu sama lain dengan dasar keimanan,

mereka menyuruh untuk melakukan apa yang diperintahkan oleh agama mereka yang benar,

melarang perkara yang dilarang oleh agama, mengerjakan solat pada waktunya, membayar zakat

untuk orang yang berhak menerima pada waktunya, mematuhi perintah Allah dan RasulNya, dan

menjauhi larangan Allah SWT dan RasulNya. Merekalah yang akan selalu berada dalam rahmat

Allah SWT.

 Menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran

Firman Allah SWT :


ٰ‫اٰلٰتَّٰاٰئِٰ ُبٰ وٰ َٰنٰ اٰلْٰ َعٰ اٰ ِبٰ ُٰدٰ وٰ َٰنٰ اٰلْٰ َحٰ اٰ ِمٰ ُٰدٰ وٰ َٰنٰ اٰلٰ َّٰسٰ اٰحِئ ُٰ وٰ َٰنٰ اٰلٰ َّٰرٰ اٰ ِكٰ ُعٰ وٰ َٰنٰ اٰلٰ َّٰسٰ اٰ ِٰجٰ ُٰدٰ وٰ َٰنٰ اٰآْل ِمٰ ُٰرٰ وٰ َٰنٰ اِب لْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰف‬

112 ٰ‫َٰوٰ اٰلٰنَّٰاٰ ُهٰ وٰ َٰنٰ َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ َٰوٰ اٰلْٰ َحٰ اٰ ِفٰ ُٰظٰ وٰ َٰنٰ ِلٰ ُحٰ ُٰدٰ وٰ ِدٰ اٰهَّلل ِٰ ٰۗ َٰوٰ بَٰرِّش ِٰ اٰلْٰ ُمٰ ْٰؤ ِمٰ ِنٰ َٰني‬

Maksudnya : Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji,

yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat

munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin

itu. (At-Taubah, 9 : 112)

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Ayat ini menerangkan mengenai ciri orang-orang yang

mengorbankan diri mereka di jalan Allah untuk mendapatkan syurga adalah mereka yang banyak

bertaubat kepada Allah atas kesalahan-kesalahan mereka, memuji Allah dalam apa jua keadaan,

berusaha melakukan kebaikan untuk diri mereka dan orang lain, memelihara solat dan

menjalankannya dengan sempurna dan penuh khusyuk, menyuruh melakukan segala kebaikan

yang sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh syariat, mencegah segala keburukan yang tidak

dibenarkan agama, dan teguh menjalankan syariat Islam.

 Amalan kebaikan yang dituntut oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT :

ٰ‫اٰذَّل ِٰ يٰ َٰنٰ ْٰن َمٰ كَّٰ نَّٰاٰمُه ْ يِف اَٰأْل ْٰر ِٰضٰ َأ قَٰاٰ ُمٰ وٰاٰ اٰلٰ َّٰصٰ اَل َةٰ َٰوٰ آتَٰ ُٰوٰ اٰ اٰلٰ َّٰزٰ اَك َةٰ َٰوٰ َأ َمٰ ُٰرٰ وٰاٰ اِب لْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰفٰ َٰوٰ هَن َٰ ْٰو ا‬
‫ِإ‬
41 ٰ‫َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ ٰۗ َٰوٰ هَّلِل ِٰ عَٰاٰ ِقٰ َبٰ ُةٰ اُٰأْل ُمٰ وٰ ِٰر‬
Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi

nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan

mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

(Al-Hajj, 22 : 41)

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Ayat ini menceritakan tentang perkara yang

dijanjikan Allah terhadap orang-orang mukmin untuk mendapatkan pertolongan, dan manusia

akan menjaga hubungan mereka dengan Allah dan sesama manusia. Kemudian mereka

mengerjakan solat dengan cara yang sempurna, membayar zakat dan menyalurkannya kepada

yang berhak, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat kemungkaran. Hanya Allah yang

berhak menentukan pengakhiran hidup seseorang dari semua perkara, dan mencela kepada

sesiapa yang dikehendakiNya.

 Seruan membuat kebaikan dan larangan membuat perkara mungkar.

Firman Allah SWT :

‫اَي بُٰيَن َّٰ َأ ِقٰ ِمٰ اٰلٰ َّٰصٰ اَل ةَٰ َٰوٰ ْأ ُمٰ ْرٰ اِب لْٰ َمٰ ْعٰ ُٰرٰ وٰ ِٰفٰ َٰوٰ اٰنْٰ َهٰ َعٰ ِٰنٰ اٰلْٰ ُمٰ نْٰ َكٰ ِرٰ َٰوٰ اٰ ْصٰ رِب ْ عَٰىَل ٰٰ َمٰ اٰ َأ َٰصٰ اٰبَٰ َٰكٰ ٰۖ َّنٰ َذٰٰ كِل َٰ ِمٰ ْٰن‬
‫ِإ‬
17 ٰ‫َعٰ ْزٰ ِمٰ اُٰأْل ُمٰ وٰ ِٰر‬

Maksudnya : Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik

dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang

menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh

Allah). (Luqman, 31 : 17)


Hal ini menghendaki untuk mengetahui perbuatan yang ma’ruf dan yang mungkar,

demikian pula mengetahui sesuatu yang menyempurnakan amar ma’ruf dan nahi mungkar

seperti perbuatan bersabar. Dalam ayat ini terdapat penyempurnaan terhadap diri dengan

mengerjakan kebaikan dan meninggalkan keburukan, dan menyempurnakan orang lain dengan

memerintah dan melarang. Oleh kerana dalam memerintah dan melarang terdapat ujian, maka

Allah SWT memerintahkan untuk bersabar.

Tafsir Al-Mishbah (Quraish Shihab) : Ayat ini menceritakan ketika Luqman menyuruh

anaknya melakukan amalan-amalan kebaikan katanya, “Wahai anakku, jagalah solat, perintahlah

manusia untuk melakukan segala kebaikan dan laranglah untuk melakukan segala kejahatan.

Bersabarlah atas kesulitan yang akan menimpamu. Sesungguhnya apa yang telah diwasiatkan

oleh Allah adalah hal-hal yang harus selalu dilakukan dan dijaga.”
RUJUKAN

Drs. Muslich Shabir, MA. 2006. Terjemahan Riyadhus Shalihin Jilid 1 & 2. Kuala Lumpur :

Klang Book Centre.

Al-Quran dan Terjemahannya. 2007. Bandung : FT Syamil Cipta Media.

M. Quraish Shihab. 2001. Tafsir Al-Mishbah Pesan, Kesan dan Keserasian Al-Qur’an Jilid 3

Surah Al-Ma’idah. Jakarta : Lentera Hati.

Sayyid Quthb. 1992. Tafsir Fi Zhilalil Qur’an Di Bawah Naungan Al-Quran Jilid 3. Jakarta :

Gema Insani Press

https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/amar-makruf-nahi-mungkar/

(8 April 2019)

Anda mungkin juga menyukai