Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENGAJIAN ISLAM

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2019/2020

HIS 315 MUAMALAT: KONSEP DAN PERLAKSANAAN

1. Pensyarah:

Nama No. Tel/emel/bilik

Prof. Madya Dr Atikullah bin Hj. 04-653 3867 / atik@usm.my Blok C20/No.120
Abdullah H/P: 019-5642005

2. Sinopsis Kursus

Kursus ini akan memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengetahui dan memahami
konsep dan kedudukan bidang muamalat perniagaan dalam skima syariat Islam. Para pelajar
juga akan dijelaskan tentang prinsip-prinsip dan pelbagai bentuk dan jenis kontrak atau akad
perniagaan Islam serta rukun-rukun dan syarat-syarat masing-masing seperti yang terdapat
dalam perbendaharaan fiqh Islam. Kemudiannya para pelajar akan diterangkan tentang
pemakaian dan perlaksanaan pelbagi prinsip dan jenis akad perniagaan Islam ini dalam sistem
kewangan Islam moden khususnya sistem perbankan, takaful dan pasaran modal Islam.

3. Objektif Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar memahami asas-asas fiqh muamalat
Islam dalam perjalanan dan perkembangan sistem kewangan Islam kontemporari khususnya
seperti yang terlaksana di Malaysia hari ini. Dengan kefahaman yang jelas ini, para pelajar
diharapkan dapat mematuhi hukum hakam muamalat perniagaan Islam dan seterusnya
melaksanakannya dalam kehidupan mereka seharian.

4. Rangka Kursus

Minggu Tajuk-tajuk Kuliah

1 1. Definisi Muamalat
2. Kedudukan Muamalat Dalam Skima Syariat Islam

2 3. Maqasid Syariah Dalam Muamalat


4. Prinsip-Prinsip Umum Muamalat
i- Pengharaman Riba
ii- Pengharaman Gharar

3 iii- Pengharaman Penipuan


iv- Tiada Kemerbahayaan
v- Berasaskan Keredaan Bersama
vi- Berasaskan Keadilan
5. Akad dalam Muamalat Islam
4 i- Definisi Akad
ii- Rukun-Rukun Akad
iii- Syarat-Syarat Akad

5 Pembahagian Akad

i- Dari segi ada balasan atau tiada


a. Tabarru’at
b. Mu’awadat

ii- Dari segi kesan undang-undang


a. Akad yang sahih
b. Akad yang batil/fasid

6 iii- Dari segi keterikatan


a. Akad yang lazim
b. Akad yang ja’iz

iv- Dari segi Pemakaian semasa


a. Akad asasi
b. Akad sokongan/tambahan

7 Akad Jual Beli


Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
Jenis-Jenis jual beli

Dari segi jenis barangan jual beli


a. Jual beli mutlak
b. Jual beli sarf
c. Jual beli muqayadah

Dari segi cara penentuan harga


a. Musawamah
b. Muzayadah
c. Amanah
- Murabahah
- Tawliyah
- Wadi’ah

8 Ulangkaji/Ujian/Penyerahan Tugasan Esei

9 Dari segi tempoh pembayaran/penyerahan


a. Najiz/tunai
b. Mu’ajjal
c. Jual beli salam
d. Jual beli istisna’

Dari segi tujuan tujuan


a. Li al-tamalluk
b. Li al-tamwil
- Bay’ al-‘inah
- Bay’ al-Tawarruq

10 a. al-Qard
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
b. al-Rahn
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
c. al-Ijarah
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat

11 d. al-Wadi’ah
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
e. al-Wakalah
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
f. al-Mudarabah
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat
g. al-Musharakah
- Definisi, rukun-rukun dan syarat-syarat

12 Pemakaian Akad Muamalat Dalam Sistem Perbankan Islam


- Ibra’

Pemakaian Akad Muamalat Dalam Sistem Takaful Islam


13

14 I) Pemakaian Akad Muamalat Dalam Pasaran Modal Islam


II) Khiyar dalam akad muamalat

MINGGU ULANGKAJI

PEPERIKSAAN AKHIR

5. Kaedah Pengajaran

2 jam kuliah dan 1 jam tutorial pada setiap minggu

6. Masa dan Tempat Kuliah.


Kuliah Tutorial

Isnin 3.00 – 3.50 (DKE)


Khamis 2.00 – 2.50 (DKF)

Kegagalan hadir tutorial sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang boleh diterima boleh
dihalang dari menduduki peperiksaan.

7. Kerja Kursus

Kerja kursus terbahagi kepada dua komponen iaitu Esei dan pembentangan

i- Esei

Pelajar dikehendaki menyediakan sebuah esei sekitar 15-20 halaman kertas A4 serta
bertaip selang 1 baris setengah. (1 ½ spacing). Tarikh akhir penyerahannya ialah
minggu ke 8. Tugasan ini dilaksanakan dalam kumpulan tidak melebihi dua(2) orang
ahli.

Realiti dalam perniagaan menunjukkan sering berlaku tindakan monopoli


terancang oleh sesuatu golongan ahli perniagaan dan tindakan pengguna
secara terancang melaksanakan hak mereka untuk memilih barangan dan ahli
perniagaan berdasarkan ciri-ciri tertentu. Bincangkan kedua-dua tindakan ini
menurut perspektif muamalat ekonomi dan kewangan Islam.

Bentuk Persembahan tugasan/esei ini mestilah memenuhi kriteria berikut:

1. Muka kulit (Nama pelajar, No. matrik, Tajuk esei, Waktu tutorial dan
Nama Pensyarah/Tutor)
2. Kandungan isi perbincangan
3. Tajuk-tajuk kecil
4. Gunakan font Times New Roman, saiz 12
5. Tajuk dan sub-tajuk hendaklah jelas, bold atau italic atau kedua-duanya
6. Gunakan justify pada teks
7. Gunakan spacing 1.5
8. Muka surat antara 15-20 halaman
9. Penggunaan Bahasa Malaysia yang baik
10. Pastikan keaslian idea, elakkan daripada copy & paste melalui internet.
11. Menyatakan citation/nota kaki kepada fakta dan data.
12. Tugasan/esei yang sama (peniruan) akan membawa markah sifar (0)
13. Kesimpulan kepada tajuk
14. Senarai Rujukan dengan menggunakan format seperti Al Maududi, Abu
Al-A‘la (1985), Asas-asas Islam, (terj. O.K. Rahmat), Shah Alam: Dewan Pustaka
Fajar dan disusun mengikut tertib abjad.
15. Pastikan tajuk dan penulisan tidak terseleweng
ii- Pembentangan

Pembentangan wajib dilakukan dalam kumpulan semasa tutorial berdasarkan


tajuk-tajuk yang akan ditentukan. Ahli kumpulan, tajuk pembentangan dan waktu
tutorial akan ditentukan kemudian.

8. Pemarkahan

a) Peperiksaan akhir - 60 %
b) Ujian - 10 %
c) Pembentangan - 10%
d) Esei - 20 %
Jumlah = 100 %

9. Rujukan

Muhammad Ridhwan Ab Aziz (2016) Islamic Commercial Law: Theory and


Application of Selected Contracts. USIM Press, Negeri Sembilan 2.

Muhammad Yusuf Saleem (2013) Islamic Commercial Law. Wiley. Singapore


Amir Shaharuddn (2016) Shariah Issues in Islamic Banking and Finance. USIM
Press. Negeri Sembilan.

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanannya di Malaysia,
JAKIM, Kuala Lumpur.

Ahmad Haji Hasbullah (1993). Perniagaan Dalam Islam. DBP, Kuala Lumpur

Atikullah Abdullah (2008). Prinsip-Prinsip Muamalat Perniagaan Islam: Satu Huraian


Berdasarkan Beberapa Hadis Berkaitan, dalam Mohd Radzi Othman et.al., Warisan al-Hadis:
Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad (2009). Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam Sistem
Kewangan Islam. Pusat Penerbitan Universiti, UiTm, Shah Alam

ISRA (2011). Islamic Financial System – Principles & Operations, International Syariah
Research Academy For Islamic Finance, Kuala Lumpur

Mohamad Akram Laldin (2011). Fundamentals and Practices in Islamic Finance,


International Syariah Research Academy For Islamic Finance, Kuala Lumpur.

Mohd. Muslehuddin (1969). Insurance and Islamic Law. Adan Publishers and Distributors,
New Delhi

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1985). Insurance in An Islamic Economy. Islamic


Foundation, Leicester
S.E.Rayner (1991). The Theory of Contracts in Islamic Law. Graham & Trotman, London

Sudin Haron (1996). Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Berita Publishing, Kuala Lumpur

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, et.al. (2005). Pengantar Perniagaan Islam,
Pearson Prentice Hall, Petaling Jaya

Zaharuddin Abd Rahman (2009). Panduan Perbankan Islam, Telaga Biru, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai