Anda di halaman 1dari 7

Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Masa CUE ANN 1

Ketibaan VIP
MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Dihormati En Mohammad Nassrie b


Supari, BG SK Sungai Kapar Indah diiringi
oleh Yang Berusaha Puan
____________________________, barisan guru
penolong kanan, para guru dan AJK PIBG masuk
ke dalam dewan.

Hadirin dipohon berdiri.

Masa CUE ANN 2

Lagu Negara ku Lagu Negara ku dimainkan.....


dimainkan

Tetamu duduk Hadirin dipersilakan duduk.

Masa CUE ANN 3


Mega berarak indah berbalam,
Setelah Dipuput bayu ke pohon ara;
semua Pemanis kalam selamat datang,
hadirin Awal Bismillah pembuka bicara.
berada di
tempat Burung merpati terbang di awan,
duduk Terbang di awan melayang tinggi;
Ucapan bermula selamat datang,
Semoga majlis tambah berseri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang Dihormati En Zainuddin bin Mohd Noh


GB SK Sungai Kapar Indah

Yang Dihormati Puan Nor Azizah bt Mohd Noh


GPK Pentadbiran dan Kurikulum
Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Yang Dihormati En Abd Rahman bin Hamzah


GPK Petang

Yang Dihormati Puan Hjh Azlina bt Abdul


Rahman
GPK Kokurikulum

Yang Dihormati En Zainuddin b Kasman


GPK HEM

Yang Dihormati
___________________________
YDP PIBG SKSKI bagi sesi 2018/2019

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, para guru,


murid-murid, tuan-tuan puan-puan hadirin dan
hadirat yang dihormati.

Masa CUE ANN 4

0820 Setelah semua Majlis terlebih dahulu mengucapkan setinggi-


hadirin berada di tinggi penghargaan
tempat duduk Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Kebangsaan Sungai Kapar Indah untuk sama-
sama meraikan jasa dan pengorbanan para guru
yang tanpa penat lelah dan jemu saban hari
mendidik anak-anak SK SKI.

Untuk makluman hadirin sekalian, acara ini julung-julng


kali dianjurkan sepenuhnya oleh PIBG pada tahun ini
dengan bantuan pihak sekolah.

Masa CUE ANN 5


Menadah tangan tanda kerendahan,
0820 Bacaan doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh penghargaan,
Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan


Al-Fadhil
____________________________________
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Selepas bacaan Amin.. Ya Rabbal Alamin...Majlis merakamkan


doa setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 6


Lagu Guru Majlis Sambutan Hari Guru pada hari ini
Malaysia membuka tirai dengan persembahan koir
Lagu Guru Malaysia oleh guru-guru SK SKI
yang diketuai oleh Yang Dihormati
_________________________.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar


guru yang diketuai
oleh_________________________________
__________________.

Masa CUE ANN 7


Hadirin yang dihormati,

Ucapan YDP Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


PIBG Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput


Selesai Ucapan dan mempersila
_______________________________________
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan


terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Masa CUE ANN 8


Ucapan Ketua Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Hari Guru
Murid yang akan disampaikan oleh Ketua Murid SKSKI
bagi mewakili semua murid SK Sungai Kapar Indah
kepada semua guru-guru. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Adik
________________________________ untuk naik
ke atas pentas menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Adik
_________________________________ atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Masa CUE ANN 9


Ucapan Tuan Hadirin yang dihormati,
GB dan
perutusan hari Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan
guru bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh jiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak kenal erti putus asa,
Di sini ada Guru Besar yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis


menjemput dan mempersila Yg Dihormati
________________________________________

Guru Besar SK Sungai Kapar Indah


untuk menyampaikan ucapan sepatah kata seuntai
bicara sempena Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah bagi tahun 2018. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan


terima kasih kepada
_________________________________ atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


_________________________________________
Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

untuk membacakan perutusan Hari Guru. Majlis


dengna segala hormatnya mempersilakan.

 Ucap Terima kasih

Masa CUE ANN 10


Persembahan 1 Hadirin yang dimuliakan,

Dari Kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti;
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Terimalah persembahan pembuka tirai oleh ahli-


ahli Alumni SKSKI

Masa CUE ANN 10

Selesai Hadirin sekalian,


Persembahan 1
Berikan tepukan untuk persembahan sebentar tadi
. Untuk makluman hadirin persembahan itu tadi
adalah di bawah cetusan idea bekas murid SK SKI
_________________________________.
.
Masa CUE ANN 11

Penyampaian Berwarna merah berkebaya batik,


Hadiah Terbaik Diserikan dengan permata berlian;
Pendidikan Tibalah masa acara memotong kek,
Khas dan Kenangan manis tanda ingatan.
Akademik
Tahun 1-3 Bagi menyempurnakan majlis, majlis menjemput
_________________________________________

_________________________________________
untuk menyempurnakan majlis.

Masa CUE ANN 12


Persembahan 2
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Sebagai halwa mata dan telinga marilah sama-


sama kita saksikan persembahan
______________________

_____________________________________.
Dipersilakan.

Berikan tepukan yang gemuruh. Majlis


merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman
semua, Persembahan itu tadi adalah di bawah
bimbingan _______________________.

Masa CUE ANN 13

Hadirin sekalian,

Hadiah diatur tampak kemas,


Tuan Guru Besar senyum sekilas;
Tampillah murid ke hadapan pentas,
Menyerahkan hadiah dengan hati nan ikhlas.

Penyerahan hadiah dimulakan dari murid Tahun


1, dan seterusnya.

Masa CUE ANN 14


Penutup Kini, tibalah kita ke penghujung acara.

Inilah yang dikatakan,


Umpama berlayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Merdu bertingkah alunan suara,


Sambutan Hari Guru 2018-SKSKI 16 Mei 2018

Kadang tak sedar tersilap kata;


Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Majlis sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa PIBG, para ibu
bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi;
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Majlis diakhiri dengan Wabillathi taufik


walhidayah......Assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai