Anda di halaman 1dari 3

<="" a="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; vertical-align: middle;">

<="" a="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; vertical-align: middle;">

Pohon Ranyai, simbol unik kemeriahan


Gawai
Nickyson Nyambar, Astro Awani | Mei 21, 2019 17:35 MYT

Menjelang Gawai, pohon Ranyai akan didirikan di tengah-tengah ruai iaitu ruang khas yang dibina
mengikut struktur istimewa sesebuah rumah panjang. -Gambar hiasan
SAMBUTAN Gawai sememangnya dinantikan masyarakat Dayak. Sudah
pastinya ada pelbagai aktiviti yang dianjur sepanjang bulan Mei menjelang
sambutan Gawai yang bakal diraikan pada 1 Jun setiap tahun.
Mirip perayaan lain dengan dekorasi tersendiri, begitu jugalah dengan
sambutan Gawai Dayak dengan hiasan pohon Ranyai.

Seperti masyarakat Iban yang tinggal di rumah panjang, pohon Ranyai ini satu
kewajipan. Menjelang Gawai, pohon Ranyai akan didirikan di tengah-tengah
ruai iaitu ruang khas yang dibina mengikut struktur istimewa sesebuah
rumah panjang.

Setiap rumah panjang pasti ada ruai kerana ruai inilah kawasan untuk
berlegar dan berkumpul. Selain itu, Ranyai ini didirikan mengikut keputusan
perbincangan bersama tuai rumah (ketua kampung) bersama komuniti
rumah panjang itu sendiri.
Sama ada di kawasan ruai tuai rumah atau didirikan di ruai keluarga yang
dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada sambutan Gawai itu, semua itu
bergantung kepada tradisi sambutan sesebuah rumah panjang itu.

Pembuatan pohon Ranyai ini adalah antara warisan yang masih kekal utuh
hingga kini. Mengikut tradisi, ia didirikan sebelum hari Gawai sebagai tanda
perayaan tersebut bakal tiba tidak lama lagi.

Setelah Ranyai didirikan, komuniti rumah panjang akan bersama-sama


menghiasinya dengan pelbagai jenis barangan.

Barangan ini selalunya terdiri daripada makanan dan minuman seperti buah-
buahan, makanan ringan, air kotak dan sebagainya.

Semuanya akan disangkut di pohon Ranyai menjadikannya meriah.


Sumbangan 'buah' Ranyai itu rata-ratanya daripada setiap keluarga yang ada
di rumah panjang itu.
Pada hari Gawai akan ada 'upacara' Ranyai. Pengabang (tetamu) dan wakil
keluarga rumah panjang akan bergilir-gilir menari tarian Ngajat mengelilingi
pohon Ranyai ini sebelum memilih barangan yang disangkut pada pohon itu.
Paluan Gong dan muzik tradisional akan mengiringi acara ini.

Ikatan yang ada di Ranyai itu juga akan dipotong menggunakan parang usai
tarian Ngajat. Kebiasaannya, sesiapa yang mengambil giliran terakhir akan
menebang pohon Ranyai itu.

Inilah keunikan tradisi di rumah panjang sempena Gawai.

Ikuti perkongsian selanjutnya bersama wartawan Nickyson Nyambar di


AWANI Sarawak dalam perjalanannya Pulai Bergawai pada 1 Jun nanti.

Anda mungkin juga menyukai