Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN KULIAH MINGGU KEDUA

BML 6014 PSIKOLINGUISTIK DALAM


PENGAJARAN BAHASA MELAYU

DATA KESALAHAN BAHASA

FATIN BINTI ZULKIFLI


M20161000150
890607-14-5124

Data kesalahan bahasa.


Kesalahan bahasa merupakan kombinasi dua frasa iaitu kesalahan dan bahasa. Kesalahan
membawa maksud perbuatan yang salah atau kesilapan.

Frasa bahasa pula merujuk

kepada sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia.
Setiap hari kita akan berhadapan dengan manusia untuk kita berkomunikasi. Oleh
itu, semasa komunkasi itu berlangsung, pelbagai kesalahan dan kesilapan yang dapat
diperoleh dan didengari. Kadang-kadang secara tidak sengaja mahupun penutur itu tidak
fasih bahasa yang dipertuturkan.

Faktor-faktor yang mengundang kesilapan dalam

penggunaan bahasa antaranya:


i. Faktor dialek
ii. Faktor pengaruh media
iii.Faktor pengaruh bahasa lain
iv.Faktor pencemuhan
v. Faktor bahasa slanga
vi.Faktor keanekaan latar belakang
vii.Faktor kurang pemahaman tatabahasa
viii.Faktor pengaruh bahasa iklan
Berdasarkan tugasan ini, saya telah menggunakan perbualan dan aktiviti sepanjang
di kelas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Responden saya ialah
murid cina dari sekolah jenis kebangsaan cina.
langsung dan perbualan tidak dirancang.

Pengajaran ini dilaksanakan secara

Semasa pengajaran berlangsung terdapat

beberapa kesalahan bahasa yang dikenal pasti dan sempat direkodkan tanpa disedari oleh
responden. Saya sertakan sekali rakaman audio yang berdurasi 1:09 saat .

Data kesalahan bahasa dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah.


Bil

Frasa

Masa

Jenis kesalahan

1.

Pekerjayan = sepatutnya pekerjaan

00:18 s

Kesalahan sebutan

2.

Kepala = sepatutnya kelapa

01:04 s

Kesalahan sebutan
(Pertukaran huruf
konsonan)

Selain itu, terdapat kesilapan yang lain yang dapat dikenal pasti semasa di restoran mamak.
Mamak ialah India Muslim yang sangat ketara pertuturannya dalam sebutan seakan tamil.
Contohnya, ujaran Pukul tiga kalu takda roti jual.
Berdasarkan ujaran di atas jelas menunjukkan susunan dari segi pembinaan ayat
secara gramatis tidak berlaku.
dipertuturkan.

Mungkin beberapa faktor menjadi punca ayat ini

Seharusnya ayat itu Pukul tiga roti kita tidak jual.

Tetapi kesilapan-

kesilapan ini sudah menjadi kebiasaan dan seperti menjadi ikutan oleh penutur bahasa
Melayu semasa di restoran mamak.
Oleh itu, secara kesimpulannya, kita sebagai seorang guru tidak boleh menjadikan
kesilapan-kesilapan murid dalam berbahasa itu sebagai satu kesalahan besar.

Hal ini

kerana, murid itu mungkin menganggap sebutan mereka tepat dan boleh difahami. Perkara
ini bukan suatu kegagalan namun sebagai landasan untuk guru meningkatkan usaha dalam
pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menerima secara optimum ilmu yang
disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai