Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak kanak

menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai disokong


oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan
dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Setiap potensi yang ada boleh
diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner, kecerdasan
tersebut ialah:

a) Kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan


perbendaharaan kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.

b) Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan


nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks,
menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah.

c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang,


melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta gambaran mental serta
mengamati dunia visual.

d) Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal,


bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan
terhadap ritma dan melodi muzik.

e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik,


kawalan tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta
gaya menari.

f) Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk


semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan
berkesan.

g) Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang


terhadap agama,refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta
kesedaran terhadap perasaan diri.

Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid murid dapat membentuk


imaginasi yang berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baru. Berdasarkan
rangsangan yang diberikan murid murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis
sebagaimana yang dinyatakan dalam kecerdasan logikal matematikal.

2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat
melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan Teori
Konstruktivisme ada menyatakan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan
dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dan bukan
menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai kefahaman
terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat
baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang
perselisihan yang timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam
memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di sekeliling.
Organ organ deria akan bertindakbalas dengan rangsangan rangsangan yang
sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak untuk menjadi
pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan
dalam suatu situasi yang sesuai.

Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi


membolehkan pelajar membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara
aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh meningkatkan
minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan
kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama sama
menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan
menyebut beberapa perkataan yang baru didengar. Jadi di sini, ia dapat
menambahkan perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus mereka
mendapat pengetahuan baru.

Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya
tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar.
Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang dapat
mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.

3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan


melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann
yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif
seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni
Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan
pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang
tertentu. Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta,
matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola,
ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan


perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan
menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia dapat membantu
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi seni
visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat
memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa
yang dilihat dan disaksikan.

4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses


menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan
pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam
Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua
benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam p&p
boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan
pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang
bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti
yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori
Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.

Setiap pelajar berhak menerima ilmu dengan pelbagai cara. Bagi memastikan
setiap pelajar menerima apa yang sepatutnya, maka SDP merupakan alat
pembelajaran yang membantu pelajar untuk terus belajar subjek yang mereka
mempunyai masalah dalam pembelajaran dari cara biasa. Integrasi Seni Visual,
Seni Muzik dan Seni Pergerakan dapat meningkatkan perkembangan insan dan
minda secara holistik. SDP penting kerana ia merupakan alat pembelajaran yang
dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala


Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Amazing Offers: http://bit.ly/cheap_gadgets

Anda mungkin juga menyukai